"Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui." [29:64]

02 January 2020

Welcoming you, 2020!


Wow, I didn't know I will write in this blog as soon as possible. Ingat nak biar  bersarang je sampai bila-bila. But then, I remembered, my therapy was writing (okay or typing?) so okay jomlah kita menulis di sini lagi. Sepanjang aku meninggalkan dunia blog ni, aku banyak menulis dekat media sosial, notes in my phone and the latest one in document dalam laptop. Random betul masetu sebab terlalu down dgn diri sendiri. Aku suka menulis sbb aku suka baca balik dan recap kenapa aku begitu begini pada hari tersebut.

Okay, aku dah mula membebel banyak pulak. Aku menulis ni sbb aku dah start rasa tak sedap. Perasaan anxiety rasa nak datang kembali. Aku tak sure if aku pakai the right word tapi perasaan ni buat kepala aku serabut dan penat. Aku akan tetiba rasa sedih dan useless. The latest aku hadap perasaan ni masa petang 31 disember 2019. Masa lipat baju depan tv pon boleh menangis. So aku decide untuk jadi better di dalam tahun baru ini. So sbb perasaan ni dah mula tak sedap malam tadi tp aku berjaya kawal (kot) sebelum pagi ni rasa serabut balik haha. Ya Allah, tak tahu nak describe cemana tapi aku tak suka perasaan ni dtg. Sbb aku akan jadi pendiam sbb otak aku tengah busy fikir segala hal dan kemungkinan. Setiap kali penat je, aku akan rasa penat untuk teruskan hidup. Hahaha dasar lemah betul lah aku ni. Azam aku ni nak jadi kuat tau haa.

Walaupun sepanjang 2019, aku kerja dua jenis kerja kontrak, aku selalu rasa tahun 2019 aku gagal. Gagal menjadi manusia yg berjaya mungkin? Mungkin sebenarnya aku manusia yang tak rasa bersyukur dan puas dgn diri sendiri. Mungkin. Setiap kali nampak kawan-kawan yang dah berjaya kerja, kahwin, ada anak, I always question myself (and God) kenapa aku masih tak kecapi semua tu. Dan akhirnya aku pujuk diri aku, timeline aku lain dari mereka. Rezeki aku pun lain Allah nak beri. Aku pun taktahu mcm mana nak hilangkan perasaan cemburu melihat orang berjaya. Aku pun tak pasti sama ada usaha aku yang tak cukup kot? Mungkin aku yang memilih kerja? Terkadang, aku pun tak paham dengan diri aku. Hahaha. Kadang aku rasa rezeki aku Allah tak beri sbb aku tak beria meminta pada dia. Dan mungkin atas segala dosa-dosa aku. Kan?

Okaylah, tu je lah aku rasa nak menulis pagi ni. Aku tahu blog sekarang tak mendapat sambutan dan aku berharap tiada siapa yang baca segala apa yang aku tulis sbb korang hanya akan bazirkan masa haha. Sorry. Happy new year!

09 September 2019

#ShasyaDiscoverPlaces: Itinerary 5 hari 4 malam ke Hua Hin dan Bangkok, Thailand

Hai assalamualaikum! Akhirnya blog kembali bernyawa. Aku start taip blog ni pada 4 September 2019 jam 10.16 pagi. Dan aku tak tahu bila aku akan habis tulis. Sebab mcm baaaaaaanyak gila nak cerita HAHA (bear with me people!). So basically, aku dah 6 hari balik dr Thailand. Harap semuanya masih segar lah dalam kepala. Dan cadangnya, aku nak taip itinerary versi blog (paling meleret), versi facebook (summarize of meleret), album gambar dan vlog yg belum start pun edit? Hehehe. Nanti kita tengok mana yang jadi okay?

Okay, so ni itinerary meleret aku dan travel partner aku, Hidayah ke Thailand; specifically Hua Hin dan Bangkok selama 5 hari 4 malam. First sekali orang mesti nak tahu berapa habis kan? So the damages done for one pax:

Flight ticket + accommodation + few klooks things = RM503.21
Thailand expenses (excluding shopping) = 3600.50 THB

So basically, total seorang semuanya RM1041.21 untuk 5 hari, 2 negeri. Dan bonus, perbelanjaan shopping aku berjumlah 4406.50 THB bersamaan RM616.91 dan aku tersangat terkejut HAHAHAHAHA tapi tulah, aku mmg gila bila mula shopping. Mmg kena ada orang azan kat telinga ye. Btw, utk tukaran duit RM1.40 bersamaan 10baht tau. Tempat aku tukar tu dpt 10 baht = RM13.78 so jimatlah sikiiiiiit je. So untuk details expenses kitorang, boleh click SINI di mana aku dah letak dekat excel dan dlm google drive aku. Tengok lah cepat dan download sesiap sbb aku suka kemas (read: delete) google drive aku hahaha.

Sebelum aku start cerita dgn lebih details dan melalut, izinkan aku cerita sebelum percutian ini terjadi. Hidayah ni dari tahun lepas dah mmg travel dgn aku ke Yogyakarta sekali dgn Aqilah. Tapi masa ktorg ke Thailand ni, Aqilah baru 2 minggu menjadi isteri orang. Jadi amat tidak molek ye culik bini org hahaha so jadinya trip ini hanya kami berdua sahaja. Yg tukang ajak ni Hidayah. Sbb tetiba AirAsia buat promotion tiket Kl-Hua Hin seorang cuma RM79. Haa murah kan? So dayah approach aku, dan masetu aku tengah stress jugak lama tak jenjalan so aku pun onz. Padahal masetu rasanya aku baru habis kerja sbg guru ganti, duit pun nan hado sis. Tp gatal nak berjalan, cenggini lah jadinya. So ktorg secure first tiket pergi. Pastu baru bincang nak cuti berapa lama. So ktorg decide ambik 5 hari, dan taknak stay HuaHin semata. Ktorg memula bincang nak ke Hatyai or Bangkok tp last2 decide ke Bangkok sbb aku ada kawan stay sana. SEKALI MASA AKU KE SANA, KAWAN AKU DAH BALIK MALAYSIA HAHAHAHA AIN ARE YOU READING THIS AIN??! Tp thanks to Ain, banyak kajian aku settle atas pertolongan dia.

Dan lagi satu yang paling aku suka, Hidayah ni jenis masuk dgn kepala aku. Note that yg aku susah nak in dgn org dan senang tak suka orang hahahaha okay my bad. Aku bukan jenis random traveller tau. Aku sebelum ke sesuatu tempat, aku kena baca segala iti orang lain, buat research apa semua. Kira duit yg diperlukan, book sesiap semua yg boleh di book dan pelbagai lagi lah. Pokoknya, aku dan dayah sejenis kena ready semua benda sebelum start travel. So aku mmg boleh harap kat dia. Jadi, ktorg bahagi tugas, dia settle iti HuaHin, aku buat iti Bangkok. So kalau nak tengok iti HuaHin dayah buat boleh tengok SINI dan iti Bangkok aku buat boleh tekan SINI and secara keseluruhannya, ktorg mmg follow 90% of the iti listed.

Dan sebelum pergi, ktorg dah siap beli flight Malindo air dr Bangkok ke KL, Train HuaHin ke Bangkok dan beberapa entrance fee beli through klooks and kkday sbb ada discounts sikit so boleh jimat. Untuk expenses pulak, ktorg sediakan empat sampul mcm gambar yg insyaAllah aku boh lah bawah ni kalau ingat; sampul makan, transport, activity fee dgn other. So setiap kali makan ke, bayar mrt ke, bayar entrance fee mmg bayar pakai duit dlm sampul je. Duit sendiri simpan utk shopping. Dah dekat nak last day tu baru ktorg bahagikan duit lebih dekat sampul tu dan sambung shopping mcm kena rasuk (?). Okay aku dah habis bebel so jom masuk cerita utama. Btw, aku akan cerita day by day tau. Mana ktorg pergi, buat apa, dan beberapa komen dan review dari aku. And again, bear with me guys.




Day One
So ktorg fly ke HuaHin pada pagi hari ahad 25 Ogos 2019 jam 10.15. So masing2 dah sampai KL malam 24hb tu dari Sarawak dan Kelantan. Ktorg jumpa dekat KLIA2 before ke Bary Inn, Sepang dan bermalam kat sana. Maseni dah ada satu ujian tau dr Bary Inn dan aku selamat mengamuk pada pukul 1.15 pagi hahahahaha. Adalah hotel tu buat hal pasal airport shuttle ergh nasib baik driver mycar ktorg dapat org kedah haa takde kaitan kan? Besoknya pukul 7 pagi ktorg dah gerak ke KLIA2, breakfast kat sana dan pindah2 barang dlm bag sbb dua2 tak beli luggage dan dorang main timbang so kena bawah 7kg lah. Brg aku dah lah banyak dan nasib baik brg dayah tak banyak so aku tumpang bag dia hehehehehe. Flight ambik masa dalam 2 jam dan ktorg sampai sana dlm pukul 11.20 pg Thailand since jam sana lambat sejam dr Malaysia.


Sampai situ ktorg beratur utk imegresen je sejam lebih ha ha ha ha. Kaunter okay je 3 bukak entah kenapa lama gils. Padahal flight ktorg je masetu. Oh dayah kata flight AA huahin ada dua kali je seminggu. Airport huahin ni kecik nomey je tp okay lah selesa je. Then ktorg beli simkad sana 240baht, unlimited internet utk seminggu. Beli satu je pastu psg hotspot share dua org. Habis semua tu dekat nk pukul 1 so ktorg terus gerak ke hotel. Cek harga grab dlm 180baht tp tetiba ada taxi airport tawarkan ktorg harga 200baht cam lebih kurang je so ktorg pun go je lah. Sbb dah hujan pun. Mr. Bee yg drive masetu ckp Huahin baru harini start hujan. Cam gloomy sikit time tu. And Mr. Bee pun buat pakej bawak jenjalan ke 5 tempat sehari, 1500baht utk satu kereta.






          Sampai hotel dorg kata dah boleh check in. Time tu pukul 1, check in should be pukul 2. Hotel dia kecik je tp cozy gila wehhhhh. Dgn ruang tamu dia cantek sangat. Oh hotel ni Coconut Budget and Boutique Hotel kot namanya. Satu malam dlm RM97.28 and ktorg book hotel semua through Agoda sbb murah. Bilik ada satu king bed, sofa, tv, peti ais, almari, shower pun best. Mmg puas hati kecualiiii, lampunya romantic gila weh nak mekap pun susah! So sampai tu ktorg rehat jap and solat jamak taqdim and keluar balik dlm pukul 3 kot. Ktorg sewa skuter kat hotel ni je. 250baht utk sewa dan 50 deposit. Masa aku tahu aku kena bawak skuter tu kan, menggeletar ok. Sbb aku lama tak bawak moto. Masa first time aku bawak skuter dkt uia tu aku accident 3 kali tauuuuuu! Pastu tobat bawak luar uia. Dah dkt final sem baru berani ke kedai makan luar uia gitu je haha. Utk menyewa, kena fotostat sesiap lesen memandu Malaysia engko dan fotostat passport sekali. Oh sebenarnya dayah reti je bawak moto weh cuma dia takde lesen so aku lah kena bawak haha.



Dh dpt skuter honda tu, ktorg ke kawasan huahin railway station, situ ada few kedai makan halal. Tak silap ada 3 kedai halal. Dan ktorg random je pergi memana kedai utk lunch. Aku mkn tomyam seafood and dayah mkn ayam chilli paste. Tp for us, rasanya biasa saja. Lepastu ktorang bergambar dkt railway station tu. Before beli teh ais 7e (PADU GILA) dan gerak ke plearnwan. Kat situ mcm ada kedai2 hipster yg cantik, ada benda comel2 ha gitu lah. Taktau nk explain cane kahkah. Tp mmg nice utk bergambar. Lepas dah habis situ ktorg cm nk tgk sunset kat seenspace. Seenspace tu banyak kedai tepi laut. Nak masuk kena beli something. So ktorg pilih kedai oasis sbb kedai tu ada pool tepi laut. Ktorg memasing beli coffee and santai2 situ kejap dan bergambar mcm biasa lah. Tp sunset tak nampak sgt sbb awan tebal. Then ktorg sambung ke cicada night market dan tamarind night market. Night market dorg sebelah2 je. Ktorg just jalan2 cuci mata je. Banyak je brg best jual cuma ktorg mmg tak aim nak beli brg kat sana. So pusing2 je lah. Besar gila kot night market dia. Dan aku rasa agak exclusive lah tempat tu. And masa nak balik tu jumpa kedai roti halal so ktorg beli Nutella banana pancake makan situ. Sedap! Crunchy dan lemak manis. Then ktorg pun balik ke hotel tp sebelum tu singgah 7e beli air masak and few jajan. Balik hotel ktorg mandi, solat, iron baju utk besok dan pengsan hahaha.












Day Two
    Okay day two. Kat sini subuh masuk pukul 4.40 pagi dan syuruk dlm 6 pg. Ktorg bangun dlm 5.30 pg solat dan terus sesiap mandi apa semua. Siapa yg kenal aku, aku mmg suka matchy2 tau (gudluck ah bakal hasben kahkah) so harini tema pastel blue pink dgn dayah. Harini ktorg sewa kereta and kereta tu dtg dlm pukul 8 pagi kat hotel. Dah siap tu, ktorg check out and pulangkan moto semalam. Deposit 50baht tidak dipulangkan sbb ktorg tak isi full tank. Sbb smlm jalan tak jauh pun weh ktorg tgk minyak gerak sikit je tapi tak menepati syarat dorg sbb mmg kena isi sampai tumpah kot kahkah. Pastu tuan kereta sewa pun dtg. Btw sewa ni dari TN car rental, recommended sbb senang berurusan dan pada pendapat dayah, murah jugak katanya. Sewa 1000baht, deposit 2000baht. Memula dia nak bagi kereta yaris (Toyota kan? ke honda ah lantak ah aku bab kereta mmg kureng) tapi takdan so dia ganti dgn vios. Dayah pulak mmg pakai vios so senang ah. Sewa tu utk 24 jam tp since mlm tu ktorg akan gerak ke tempat lain, ktorg kena pulangkan kereta by 6pm.
         
Bila dah set semua dan baca doa kenderaan sbb cuakz weh bawak kereta dkt tempat org niii, ktorg ke tempat favourite ktorg ke kwsn railway tu utk tapau breakfast. Masetu dah start hujan renyai sikit tau huhu. Ktorg beli pulut ayam dan nasi kaomok dekat stall sebelah 7eleven. Dan masuk 7E beli jajan siket and beli raincoat yg akhirnya ktorg buang kat Bangkok kahkah. So pagi tu ktorg breakfast dlm kereta je. Sedap weh breakfast tu sampai skrg aku teringin lagi huhu. Habis mkn, ktorg gerak ke tempat pertama which is Santorini Park. Dr kwsn ktorg tu cam kena lalu highway, drive abt 20 minutes gak ah. Utk part susun tempat hari kedua ni, mmg dayah deserve an applause sbb susunan dia nice. Takde ulang alik, mmg jalan sehala sebelum uturn balik ke tempat asal.





     Tiket Santorini Park ni dayah dah beli kat KKday RM20 kot? Ah baca kat budget expenses aku bubuh tu. Ktorg tukar tiket dkt kaunter and tiket ktorg dpt tu ada free one ride. Since hujan so outdoor ride mcm tak beroperasi lah. And since ktorg sampai sini dlm pukul 9 pagi so kosong gak ah. Ktorg pusing2 ambik gambar apa semua, masuk semua ceruk yg ada. Then lepas tu masuk free ride. Ktorg pilih 4d cinema dan naik virtual rollercoaster. Best gak ah ganas betul kerusi nya sampai tercampak badan aku ke tepi. Habis situ, ktorg gerak ke 1000 Sook. Sini banyakkkk sangat tempat bergambar tapi malangnya masetu hujan agak lebat huhu. Bayaran masuk 50baht sorang tp dekat kaunter tu ckp sesiap yg ada benda tak dpt buat sbb hujan. Feeding arnab ke eh tak sure pulak. For me personally, aku enjoy sgt tempat ni sbb banyak tempat best utk bergambar. Tp ktorg jd rushing sbb hujan. Ada few games gak mcm archery tp semua off. Even toilet and souvenir shop derang pun best tau. Dah murah pulak tu hahaha.






    Next destination ktorg ke Swiss Sheep Farm. Maseni aku mintak drive sbb nak gak achievement unlock hahaha. Sbb perjalanan 10 minit je so boleh ah try test. Tiket beli dekat klooks RM13 seorang. Dekat sini pun banyak tempat best untuk bergambar dan kawasan dia lebih besar berbanding 1000 Sook tu. Sini gak ada sheep feeding tp cukup lah aku bergambar je. Aku tak berjiwa haiwan rupanya sbb aku tak suka tgk haiwan kena kurung hahaha. Oh sepatutnya kan, ktorg ke Camel Republic tak silap tp ktorg buang from iti atas sebab tertentu. Sbb basically tempat nya serupa gak, tempat bergambar dan ada haiwan, ada unta lah kot haha. Lepas dah lepak2 kat Swiss tu tadi, ktorg ke kedai mkn muslim A Bang Mana. Ktorg waze mcm dekat sbb mmg dekat pun. Sebelah Swiss tu ada petrol station, kau menapak ke dalam sikit jumpa lah. Ktorg lunch nasi pakapau situ, sedap dan pedas hahaha merana aku. Then singgah solat sbb depan tu ada musolla.







   Habis situ ktorg ke Mrigadayavan Palace. Setiap kali nak tulis nama palace ni mesti aku kena google sbb tak pernahnya reti nak ingat. Kwsn ni kat tepi pantai gak. And kena berjalan masuk sbb dia tutup jalan kereta. And bg aku, jauh tau jalannnnnnnn! Sbb masetu aku dah start cranky sbb hujan balik sikit and tudung aku lepas solat tu cam caca merba gila mcm first timer pakai tudung je gaya haha. Kat palace ni, kau kena tutup aurat. And unfortunately, level 2 closed for renovation so ktorg cuma boleh ambik gambar belah bawah je. So bg aku rugi, sbb atas dia cam lagi cantik. And palace itself pun dah cukup cantik, warna dia pastel turquoise, cantik en? So ktorg tak lama lah kat sana, terus ke The Venezia.





    Dekat Venezia ni, banyak sangat aktiviti boleh buat. Dayah beli through klook gak and ada banyak combo. Dayah tanya nak naik gondola ke tak, aku onz je lah. Rupanya gondola tu under combo C which banyak benda kau boleh masuk dan bayaran seorang RM40. Harga depends on benda yg kau pilih tau. Since ktorg ambik combo tu, ktorg boleh ambik gambar queen, masuk upside down house, 3d art museum, naik train, masuk music park, another park tak ingat nama dan naik gondola. Gondola ni yg sampan across the river tau. Taaaaapi, sini pun masih hujan and ada time tetiba lebat sikit, ktorg cam duduk kejap bg reda huhu. Memula ktorg ambik gambar queen, pegi 3d art tapi masing2 tak berapa minat. 3d art dia terlalu open art dia, tanjat gegel! Upside down house ktorg masuk 10 saat dan keluar sbb mmg tak minat hahaha. Bergambar kat luar lg banyak benda best. Lepas dah naik gondola tu, pergi dua park tu tp takdan nak bergambar sbb dah penat bergambar lah weh. Pose dan senyuman utk haritu pun dah habis kahkah.





    Then habis situ, ktorg terus pi isi minyak full tank sebanyak 280baht before tunggu tuan kereta sampai. Dia pick up kat hua hin temple pukul 6ptg and ktorg dpt balik depo 2000baht. Then ktorg bawak lah bag masing2 dan bergerak menggunakan kaki sbb dah homeless dan carless. Ktorg berjalan ke chatsila night market yg bersebelahan hua hin night market. Dua malam je dah pergi 4 night market kahkah. Tapi tak jauh pun jalan, mmg depan mata je semua tu. Cuma barai sbb penat and heret bag lagi. Jenjalan cuci mata je dlm night market tu. Ada few mknan halal tp ktorg tak beli sbb masetu cam tak lapar lagi. Dlm kereta ktorg ada makan burger 7E dan jajan kan. And aku beli seliper sbb aku cuma bawak kasut je, aku baru tahu kepentingan seliper hahaha. Dah habis night market tu, ktorg ke hua hin railway station (utk kali ke seribu lol) pun berjalan kaki je sbb tak jauh pun sebenarnya dlm 15 minit jalan kot cuma dia rasa payah sbb gelap malam dan aku heret bag *insert emoji nangis*. Dayah rileks je bawak backpack dia pastu siap offer nak heret bag aku lagi. Tercalar maruah aku yg mmg mengada ni hahahahaha.






   Sampai railway station tu, ktorg letak luggage kat sana, ada bilik left luggage. Aku lupa bayar berapa. Tp tak mahal pun. Dia kira per bag. Dan bukak 24jam. Patut letak sesiap dr pagi doo hahah tak terfikir langsung, takyah ah heret bagai lol. Dah tu, ktorg pergi tgk stall sebelah 7E yg pagi td jual breakfast tu, mlm stall bakso celup yg bukak. Ktorg dua2 pilih mee padthai and letak sup dan 10 ketul bakso yg sedap gila! dan dia ada meja and kerusi sekali so ktorg mkn situ je. Murah dan sedap! Pastu cambiasa ah? Mestilah masuk 7E hahahahaha. Then ktorg kill the time dkt railway station tu sbb ktorg akan naik train ke Bangkok mlm tu. Shud be train sampai pukul 1.16 pagi tp biasa ah delay pukul 2.26 baru sampai ha ha ha ha. So ktorg kill the time dr pukul 8 lebih tak silap aku. Main phone, pergi 7E, mandi (bayar 15baht). Overall, station tu okay je, sbb boleh mandi apa semua. Cuma ktorg takleh nak solat sbb situ kwsn anjing lalu2 gak so tak jumpa tempat bersih. Dah pukul brp entah aku dah start ngantuk, aku tdo jap kat kerusi situ. Walaupun tak selesa, tp aku mmg boleh tdo kat mana2 sbb kalau aku tak tdo, kau akan hadap watak negative aku haha. Dayah tak tdo pun, power en dia? Dia mmg bae teruks weh, sumpah cakap.

     Maseni kat railway station ni, ktorg jumpa dua akk Malaysia tgh nak beli tiket train ke Bangkok gak tp dorg nak pi besok lah. Tiket ni, dayah beli online gak. Dia ada banyak jenis train dan banyak jenis seat. Ktorg ambik train yg stop2 so dlm 5 jam perjalanan dr huahin ke Bangkok sbb mmg nak tdo dlm train mlm tu. And ktorg ambik jenis bed yg berkipas. Aircond takut sejuk takdan tdo. Harga dlm RM40 seorang. Masa train sampai, ktorg ambik upper bed dua2 sbb murah lagi. And ktorg solat dlm tu je sebelum tdo. Aku masetu tdo dlm pukul 3 lebih. Pastu bangun 5.30 utk solat subuh pun dlm tu gak. Ingat nak sambung tdo tp cam dgr bunyi bising2. Rupanya dlm pukul 6 lebih camtu, pekerja train akan tukar semua bed jadi ke kerusi. Bed tu cuma wujud masa malam je. So ktorg dpt lah tgk live dia tukar. And lagi satu, mostly org Malaysia jarang ah nak naik train ke bangkok ni, biasa ni kerja org putih. Aku pun tatahu kenapa ktorg berani naik train hahaha mungkin sbb faktor duit dan pengalaman sbb saaaangat tak rugi! Tengok lah selfie ai dekat tingkap train tu semangat gila hahah rasa cam cerita hindustan sgt weh.





Day Three
    Sesampai di train station Bangkok, hua lamphong tu, ktorg duduk sana kejap. Station dia best sbb besar and sejuk mcm dlm station kal ho na hoo scene aman langar naina tuuu ha gittoh. Pastu nak cari kedai halal tp tak jumpa last2 breakfast kat 7E je. Itu paling easy. Okay dekat Bangkok ni, kenderaan utama ktorg bts skytrain/mrt, tuktuk dan kaki je. Grab pun ktorg ambik masa nak ke airport tu je. So dr hua lamphong, ktorg kena naik mrt dan tukar ke bts utk ke siam. Sbb ktorg beli kat klook one day train pass. Style Singapore gak ah, free sampai jam 12 mlm naik bts skytrain ni. Tiket tu kena ambik kat siam square. So ktorg ke sana, ambik pass. Singgah jap tengok siam square dgn siam paragon. Siam paragon ni singgah kejap je sbb tempat ongkaye hahahah. Ktorg masuk pun cam aura lain maciam so terus keluar dan ambik gambar je kehkeh. Next ktorg ke MBK Center. Dr siam tu sebenarnya boleh je jalan tp sbb ktorg ada one day pass kot, ktorg ke stesen national stadium sebelah tu and jalan sikit masuk mbk center. Mbk center ni bg aku cam times square lah. Siam square maybe cam midvalley. Siam paragon mcm pavi tp pavi ramai org, ni tak ramai punnn haha semua butik2 mewah.




    Okay kembali pada mbk center. Sesampai sana, ktorg cari tempat letak bagasi and jumpa kat tingkat 6 tak silap. Kedai ni bagus sbb dia buat pos luggage gak, selain simpan luggage, free 4 jam pertama. Selebihnya charge 100baht perbag utk sehari. Which sangat convenient sbb ktorg nak stay situ tak sampai 3 jam pun. Free2 je bag kena jaga hehe sewonok! Kat situ ktorg jenjalan, baaaaanyak sgt kedai. Kau nak apa, cakap je semua ada. Dia ada 7 tingkat kot tak silap. Ada satu tingkat tu aku tgk dah mcm night market versi dlm mall haha. Seronok tengok. Aku sempat sambar baju tdo warna kuning corak kucing. Sumpah suka gila hahahah. Then ktorg lunch situ since baca blog org lain semua cadang try green curry situ. So ktorg pun cari Yana Restaurant dekat tingkat 5 kot? ke 3? Aku lupa bhahaha tp kedainya kat belakang lah bukan tengah2. So kena cari sikit tp banyak je petunjuk situ. Since kedai tu mmg confirm sedap, ktorg order je banyak2 mcm ongkaye. Ktorg order green curry daging, tomyam ayam with coconut milk dan somtam. Air pun taknak kalah, aku ambik blue lemon soda dan dayah ambik green tea latte. Dan ini lah jumlah mkn paling mahal ktorg bayar, total 627baht hahaha dan ktorg sikit pun takde rasa menyesal weh hahah sbb semua sedap dan ktorg sgt berpuas hati. Dan service mmg laju walaupun ramai org hehe.






     Then ktorg pun dah penat makan dan kekenyangan gila babs, ktorg ambik balik luggage dan plan nak ke hotel je check in. Hotel ni walking distance je dr bts ratchadewi (aku tahu salah eja tp bunyi lebih kurang sbb aku malas nk google haha), tp sbb dah kenyang dan ngantuk tambah tak cukup tdo, rasa jauh gila weh jalan nak ke hotel tu. Nak menangis aku berjalan dah ah panas gila Bangkok. Ye ah, dkt huahin gloomy je cuaca sekali sini terik sungguh! Last2 lepas 15minit jalan dan bergaduh dgn maps, sampai depan hotel glur central pratunam at 2pm. Check in hotel shud be pukul 3. So bila tanya boleh tak check in awal, dia kata tak. HEH! K fine, dia suruh ktorg lepak common room tingkat 4 sambil tunggu. Masalahnya panas gila weh, common room dia mmg spacious tau, tapi takde aircond. Panas mmg rasa nak mengamuk tp terlalu penat lalu aku sempat tido kejap huhu. Dayah pun dh start mengamuk lepas aku tunjuk bilik dorm ni aircond dia on dr pukul 7pm sampai 10pagi je. Means ktorg masuk japgi, takde aircond. Ha ha ha ha, rasa gagal pulak sbb hotel ni aku yg book huhuhu sorreh dayah! Dan jam 3 lepas check in dan masuk female dorm ktorg. Upper bed, bilik dah ah kepam utk 8 org, katil queen dan takde kipas takde aircond gila ah sikit lagi nak gila. So ktorg mandi sejukkan badan, solat kat common area, sbb dorm tu mmg takde space bersih and masuk pun pakai seliper. Melainkan solat duduk atas katil which is mana boleh! Haha. Lepas solat, ktorg keluar sambung jalan.

          Next destination, ktorg naik bts ratchadewi tu balik dan turun station asok. Sbb nak ke mall Terminal 21. Katanya setiap level tu negara lain2. Dia buat style airport. Aku nampak lah lambang Jepun bagai level tu, cuma tak rasa mcm kat jepun punnn. Penat aku expect lelebih haha. Ktorg masuk daiso, pasaraya dorg dan jenjalan sikit. Masetu dah pukul 6, nak ke Neon night market. Ingat area tu jugak, sekali bukak maps dia kena turun station and jalan sikit. Masa sampai tu, ktorg bukak lah maps pejalan kaki tu, jauh nau jalan weh. Dah dia bagi jalan sunyi masuk bangun mana entah. Bingung betul ktorg berjalan dlm 20 minit nasib masetu dekat nak maghrib so tak gelap sangat. Dan akhirnya sampai ponnnnnnn neon night market huhuhu. Rasanya kejayaan terbesar. Night market ni bagi aku bestttt, banyak benda dan cantik tp malam tu aku taktahu apesal tak rasa nak jalan sangat dan nak terus ke pratunam night market. Sila noted yg kwsn hotel ktorg kat pratunam ni, ada pratunam night market, pratunam market dan pratunam morning market. Dan semua tu berbeza! Hahaha.





So dr neon tu nak ke pratunam katanya walking distance tapi entah lah malam tu aku cranky tahap maximum dgn tetiba kaki melecet nya lagi, ngantuk nya, laparnya lagi sbb last makan kat yana tu je kan. Dgn maps tu cam onggile kejap masuk sini, sana last2 aku give up. Dayah ajak naik tuktuk sbb tgk aku tak serupa org kot? HAHA. Memula tuktuk charge ktorg 100baht tp ktorg mintak 50baht. Rupanya sekentut je weh pratunam night market tu. Tak sempat nak tarik nafas dah sampai. Kiranya masa ktorg give up tu, pratunam night market hanya di depan jalan, hanya perlu melintas hahahaha. Tp takpelah, merasa lah jugek naik tuktuk khen. Dah sampai sana mcm tak berapa happening pulak marketnya. Ktorg jumpa kedai mkn halal and makan je situ. Dah org nye (yg pakai baju hitam di gambar bawah) org golok and ckp kelatey je dgn dayah, dah ah bg kad kedai mkn tu siap tulis nama dia and bg kat dayah. Siap harap dayah dtg lagi kedai tu hiuhiu. Ehekz. Ktorg mkn padthai, ayam goreng dgn pulut manga. Then nk balik tu naik tuktuk dia charge 180baht. Okay lah jugak sbb hotel agak jauh (tapi still walking distance) and pemandu tuktuk tu hensem, so isokay charge mahal? HAHAHAHAHA TERUKS! Balik tu ktorg sambung mengamuk sbb aircond dah on pun ktorg masih panasssssssssss. Dan on suhu 25 celcius duh? Mlm tu ktorg tdo je lah panas2 pun huhu tp best ah sbb dah penat satu hari, jumpa pun katil utk tdo huhu.





Day Four
     Selamat pagi hari keempat dunia? Ktorg berharap hari ini bahagia dan tidak koyak. Mcm biasa bangun subuh awal pukul 5 pagi sbb nak sambung tdo lepas tu kahkahkah senonoh betul perangai engko ni. Pukul 7 pagi tu bangun iron, mandi dan bersiap, harini tema baju shoppe. Baju sama, warna je berbeza hehe. Around 9.30 pagi ktorg berjalan ke Pratunam morning market but as I say maps mmg bermasalah tau hahah so ktorg tersesat-sesat sikit. Dan figure out pratunam night market tu banyak jual baju je. Ktorg tak jumpa pulak kedai halal. Last2 ktorg brunch dekat noor restaurant depan hostel ktorg tu. Mkn pakapau dgn garlic chicken but I’d say the dishes was too biashe. Tak mkn sini pun takpe noks. Then ktorg teruskan pengambaraan, naik bts ratchadewi, tukar line kat siam and turun dekat station saphan taksin. Kat sini ada boat ride sungai chao phraya, kau kena berjalan sikit ke sathorn. Ada banyak jenis boat tau btw. Utk tourist ada boat hop on hop off. Single journey cost you 60baht, one day pass last aku check 180baht tp aku rasa dah naik sbb single journey tu pun last aku check 50baht tahu2 dah naik tak sampai setahun hahaha. Dan ktorg nak pergi Wat Arun temple, ktorg taknak naik tu sbb mahal. Ktorg naik boat local aje, dia tulis orange flag. Tiketnya mcm ni (kat bawah tu if aku ingat lah nak letak haha), single journey cuma 20baht kot! (yg dulunya aku cek 15baht pon naik ye haha). Ramai gak foreigner naik boat local ni, siap sama dgn org korea lagi. Boat nya okay je, ktorg dpt duduk. Cuma tourist boat ada dua tingkat ah. Tuje kot beza? Boat ni akan lalu beberapa persinggahan. Kau dgr lah nanti dia jerit Bahasa Thailand, telinga kau kena peka dia sebut Wat Pho/Wat Arun haa pastu kau bangun dan pergi belakang sbb ready nak keluar dah.






      Sampai2, Wat Arun akan ada depan mata. Temple ni warna putih and ktorg spent masa lama gak kat sini weh. Aku tak tahu lah, dekat temple Borobudur dulu pun spent masa banyak. Aku syak aku dgn dayah suka temple ah hahaha. Dah ah panas terikkkkkkk. Tp banyak gila gambar ktorg sompah! Masuk bayar 50baht sorg dan bergembiralah kau mengambil gambar yg tiada penghujungnya hahaha. Sampai penat bergambar dibawah terik matahari baru ktorg berhenti dan decide balik haha. Masa balik ni naik tourist boat hop on hop off sbb nak merasa duduk atas jugek hehe. Maseni plan nak balik station awal sekali, sathorn then naik free boat ke iconsiam mall. Tp lupa boat ni lalu iconsiam so ktorg pun turun je situ dr buat dua tiga kerja hahaha. Dan sampai lah ktorg ke iconsiam mall, the latest mall in Bangkok. And trust me, aku bersyukur gila ikut nasihat ain pergi sini sbb sangat cantikkk dan puas sgt dpt jalan sini!






     Iconsiam mall ni dia cam klcc kot? Dia ada banyak butik branded dan dalam dia sumpah lawaaaaa. H&M je dah tiga tingkat weh hahaha melampau gila. Level bawah dia cam ada stall jual2 yg sesuai utk rakyat marhaen gak. So takdelah mcm ktorg masuk siam paragon 5 saat dan keluar balik lol. Memula masuk nampak ah mall ongkekaye lepastu first sekali teka ktorg cari apa? Cari 7E!!! Hahah sbb nak beli mineral water. So otw ke sana tu lah ktorg sempat tgk stall, masuk toilet omg semua benda lawa from a to z, semua mmg just perfect! Pastu jumpa kedai halal few gak. Ada kedai jual mcm nasi campur yg halal. Aku perati je ayam pakapau dia weh nampak sedap teruks tp ktorg kenyang lagi brunch tu kan huhu. So ktorg beli pulut manga je yg mmg sedap dan based on dayah, pulut manga tersedap dia pernah rasa? Haa gitoh. And ktorg solat pun sini gak. Nasib baik ada surau kat sini yg mmg terjaga sbb ada makcik guard, nak masuk kena tulis nama dan time kau masuk haha. Dan rezeki gak, ktorg sempat tgk persembahan tarian tradisional dorg. Aku akan masukkan dlm vlog tarian tu. Dah habis berfoya-foya dlm tu, ktorg lepak luar jap ambik angin petang sambil hadap sungai chao phraya pastu ambik free boat kembali ke sathorn.






     Sesampai tu terus beratur utk free ride ke Asiatique pulak. Maseni start hujan balik dan aku pegi menikmati hujan sampai lencun baju hahaha. Asiatique ni dia cam tarikan malam kat riverfront. Masa ktorg sampai tu petang lagi so cam tak ramai sgt org. Oh, boat ride tu start pukul 4ptg, ktorg naik tu maybe dlm pukul 5 ptg kot. Ktorg jenjalan jap, kat situ banyak kedai2. Then ktorg pergi stalls makanan, and lotsa skewers halal. Sebelah tu siap jual buaya golek lagi...seram... Ktorg beli kepala sotong gergasi, udang drummet and bontot ayam. Hahaha pergi Thailand mkn bontot ayam. Sedap kot! Kepala sotong tu pun sedap cuma agak masin. Ktorg mkn tak habis so bungkus je bwk balik. Kat situ ada tarikan ferris wheel, haunted house ride tp agak pricey gak so ktorg tak main sgt pun. Ktorg jenjalan kejap je since dah makin malam, org makin ramai so ktorg pun balik ke saphon. Dr situ naik bts dr station saphan taksin back ke ratchadewi. Plan asal nak jenjalan kat soi 7 patchaburi tp sbb kenyang dah so tak jadi. Ktorg singgah bilik jap letak barang (&sotong) dan bahagi duit pastu sambung keluar ke night market sbb tu dah mlm last, nak shopping dan menikmati malam Bangkok agituh.







      Dan Alhamdulillah hari keempat ni happy sangat berjalan setelah semalamnya koyak. Dayah pun seronok gila dia cam taknak balik dr iconsiam tu hahaha. Shopping night market mlm tu je pun smooth je. Aku beli brg banyak gila padahal kawan Kuching tak ramai pun lol. Semua ktorg mlm tu jalan kaki je weh tetiba sampai ke night market yg ktorg jalan malam semalam. Semalam kemain koyak nak jalan penat, sekali malam tu semua benda mmg walking distance je. Kaki ktorg pun dah selesa agaknya jalan jauh camtu haha. Dah habis shopping semua benda, sebelum balik hotel, ktorg pergi urut kaki jap. Situ banyak kedai urut so apalah salah mengambil kesempatan khen? 150baht utk setengah jam. Pastu ktorg pun balik ke hotel, mandi solat tido.





Day Five
Pagi ni, pagi last ktorg. Flight patutnya pukul 6.10pm tp dayah kata delay pukul 6.55pm. So pg tu ktorg kemas beg, mandi dan bersiap dan tema kami harini baju bunga-bunga. Pagi ni akhirnya, ktorg akan mencari breakfast di soi 7 patchaburi. Ktorg dtg mmg aim street ni sbb ada masjid dan banyak makanan halal kat sini tp last day baru sempat. Jadi lah dari tak sempat haha. Kalau dr station ratchadewi tu, jalan kekanan tu hotel ktorg, jalan kekiri ada soi 7 tu haa. Tapi aku mmg cakap, kwsn hotel aku tu mmg cunz sangat2. Cuma jgn ambik hostel je nasihat aku hahaha. Banyak gila org jual makanan halal sini, jual ayam goreng, air, benda2 goreng2, nasi2 apa semua. Ktorg just beli ayam goreng, sosej goreng dan mkn nasi air. Balik tu aku tapau ayam goreng dgn sosej tomyam yg dulu mkn dekat rantau panjang Kelantan tu sedap ergh. Sebelum balik hotel tu, pergi 7E beli brg2 skincare, mekap dan sedikit foods nak bawak balik Malaysia. Balik hotel rehat kejap and packed sesiap. Pukul 11.30 tu ktorg check out, letak bag dekat hotel then jalan ke last mall, platinum fashion mall. See, everything was walking distance from our hotel. Located at Pratunam okay btw. Mall ni sumpah mcm KWC. Banyak gila jual baju2 dan ramai org beli baju dan jual balik dgn harga mahal hahaha. Ktorg solat zohor kat sini, shopping jugak barang2 sikit je. Dayah yg shopping banyak sini hekhek. Pastu kebetulan luar mall ni ada WOW fest. Aku taktahu ah stand for apa, tp lambang masjid so banyak lah stall makanan halal. Ktorg beli mknn goreng2 je pastu kenyang.











Balik hotel tu, ambik bag apa semua and ambik grab pergi ke airport. Btw Bangkok ni ada dua airport. Satu BKK, mas landing sini. Satu lagi DMK, Don Mueng Airport. AirAsia kat sini and flight domestic pun semua kat sini. Memula aku google DMK takde tau Malindo Air. Pastu dah sampai sana aku tak jumpa Malindo Air, check flight departure pun takde malindo air. Aku punya gelabah tu weh dah terbayang beli tiket AA on the spot hahahah. Pastu ktorg ke information kaunter, pastu nampak kaunter malindo air sebelah tu hahahahaha weh sumpah rasa nak menangis berpelukan weh hahaha ingat kena scam dgn malindo air tadi. Pastu baru ktorg tahu malindo air ni anak syarikat the lion air eh? Dah bag drop, ktorg ke 7E buat kali terakhir haha tapi 7E airport ni tak best ah tak besar tak banyak benda huhu keciwa sis. Then ktorg masuk jelah dalam terus ke gate tunggu flight. Pastu last minit, gate tukar. Nasib baik sedar sbb announcement dia ktorg tak berapa paham, bunyi Thailand kahkah. And airport sini ada je kedai halal au white ke apa, ni kedai coffee tapi ada makanan halal dah siap bungkus. Tp ktorg tak lapar maseni sbb tadi mknn yg ktorg tapau tu. So masuk flight dan terbang dlm 7.20 kot, delay sejam. And flight kosong dan ada in flight entertainment. Dayah layan aquaman, aku layan padman.

Sampai KLIA dlm pukul 10.30 malam. Flight aku balik Kuching sepatutnya 11.30 mlm tp dr KLIA2 mmg tak sempat ah so tiket tu burn. Mama belanja aku tiket balik keesokan hari, flight pukul 7.50 pagi. So malam2 buta tu aku msg bos aku masuk lambat besok pagi hahaha. Nasib bos memahami. Mlm tu ktorg rileks, solat dan dinner at 1am? Haha pastu tdo kat kerusi airport cam biasa. Lepas solat subuh tu, aku dan dayah pun berpisah. Dia ke tbs balik Kelantan. Aku fly back to Kuching. Sampai airport Kuching, ambik grab balik rumah. Mandi dan bersiap terus pecut ke uitm masuk lab buat experiment ha ha ha hari itu sangat disaster dan memenatkan btw. Maka dengan ini, tamatlah cerita panjang kisah kami ke hua hin dan Bangkok Thailand.

So apa lagi yang engkorang nak tahu? Bagi aku, aku tak puas dua hari kat Hua Hin since ada few tempat tak cover and ada tempat yg dah penat bergambar haha so kena buat rileks2 je sbb yelah, dah makin tua ni, nafsu nak bergambar agaknya dah berkurang yedak? Kalau 3 hari pun cukup dah, makanan halal kat depan stesen ketapi tu pun dah cukup puas je sebenarnya. And Bangkok pun kalau repeat lagi pun seronok. Sbb best shopping. Dan since aku dah tahu tempat2 best, rasa nak bawak mama ke sini pulak lepasni. Kalau ada apape persoalan, boleh direct tanya. Sidebar blog aku ada email aku, nak email pun boleh ha ha ha ha. Selain tu, mcm biasa, aku akan promote Instagram aku, @shasyasmin_ kat situ ada story Bangkok dan huahin aku dah letak dekat highlight. And story pasal makanan pun adaa. Nak tanya soalan boleh dm kat situ jugak kerana aku masih muda dan aktif ig. Cumaaaanya, aku private ig dan tak approve org aku tak kenal hahahahahahaha so apape, dm dulu #BajetRetis

So tujelah kot, harap membantu lah eh. And sorry for any typos sbb aku taip semua ni kat Microsoft words dan dia ada autocorrect hahaha. Ni first time aku gigih gila record expenses sepanjang dekat sana harap ada orang hargai hahahaha. So until next #ShasyaDiscoverPlaces yeah? Bye mwahked! (End: 7 Sept 2019 jam 3.43pm)

Salam Sayang,