31 May 2012
aku terima nikahnya...
second handmade :)
salam sayang,
30 May 2012
cerita bajet sayu
25 May 2012
nota buat cikgu...
24 May 2012
hasil usaha sy buat pertama kalinya
hari-hariku kini
hari hari ku kini diisi dengan mimpi menakutkan..taklah nightmare tp takut
lah jugak..pasal apa? pasal nk masuk u nanti..just a few days before menjadi
ahli UIA :) before tu mcm2 aku mimpi tp tknak cerita, MALU LAH..cehh, boo
shasya boo ! mcm2 dlm fikiran aku nie..mna nk beljar arab lagi, english
lagi..tkpe, nanti belajar eh kat sana..hehehe..level 1 pun 1 lah kan..tk paham
ape aku dok ckp? kena jd warga uia baru paham ! tetiba teringat masa form 1,
masa nk pilih bahasa asing mandarin ke arab..tetiba rasa nk point kt ustazah
kamaliah sbb dia kata cmni, "nk masuk kelas arab kena ada basic"..sbb
tu aku tk masuk kelas arab sbb aku tkde basic..sumpah takde ! dari kecik tk
pernah belajar arab..tk baik lah tuding salah kt org lain..i'm sorry ustazah *gaya
amir i'm sorry :P
okay, tu salah satu merunsingkan fikiran aku..bnyak jugak berkongsi cerita
dengan maksu..maksu kan bekas uia..bak kata maksu, mmg dia more to
language..kiranya mmg belajar english nty tiap2 hari lah..tk kisah pun..aku lg
sukaa..tkde lah jd mcm dlm OH MY ENGLISH !! hahah..
selain tu, aku masih memikirlang course aku tu..engineering and science
comp..org kata nty kena pilih either engineering or science comp..haiyaa..aku
tk tau ape aku minat..sebab tu pilihan mama aku kan..kang mama pilih, aku suruh
mama belajar pulak kang..heheh..serius aku tk tahu wehh..yg aku tahu suatu masa
dulu, aku nk amek asasi pertanian then sambung veterinar..ingat nk jd doktor
haiwan tp tkde rezeki kt situ kott..nie semua pilihan mama..aku fikir mcm nie
je..kalau aku boleh survive dlm spm yg aku tk pilih subjek2 tu, kenaa tidak
sekarang? siapa kata aku suka physic but aku berjaya jugak kan..janji usaha tu
ada..so ape2 pun course aku, aku akan belajar bersungguh2 jugak..Allah akan
tolong aku :) aku rasa kena buat istikharah nk pilih engineering or science
comp..tp mama kata engineering..aku pun rasa nk pilih engineering tp science
comp tu nampak cm cool je..Ya Allah, aku dah buntu nie !! insyaAllah i will be
fine :) just smile shasya and everything solve :)
ape ape pun, UIA, here i come :)
salam sayang,
21 May 2012
detik mencemaskan awal pagi !!
19 May 2012
shopping sakan today :)
found the LOVE letter :')
Kehadapan my future wife(s)
I menulis surat ini bukan lah kerana di cabar oleh seorang member yang ingin melihat keromantikan I. Tapi.. err.. I ...menulis ini adalah kerana kehendak I. So, sila baca surat ni perlahan-lahan. Tak perlu laju-laju.
So, wahai my future wife(s)
I don't know who the hell are you and I have no idea where you are right now. But one day, bila kita dah berjumpa, I harap you mampu terima I seadanya seperti mana I akan terima you dan diri you sebenarnya. Lagi pun, I tahu yang you ni memang comel. Dan baik. Dan rajin. Dan alim. Dan cun.
I berharap bila I check facebook you nanti, you tidak letak banyak gambar you yang daring-daring kat facebook. Sebab, setahu I, kalau perempuan tu comel, mesti nak tunjukkan ke seluruh dunia. Macam lah dia sorang je yang comel. I comel tak ada pun letak gambar kat facebook tunjuk ke seluruh dunia. Boleh je hidup. Ehem.
Serta, gambar di facebook tu, jangan lah nak dedah sana dedah sini. Malu I. You pun tau kan, perempuan ni ibarat cokelat Ferrero Rocher. Bila berbalut dengan pembalut, even cokelat tu jatuh kelantai pun orang still nak. Tapi kalau dah tak berbalut, bila jatuh ke lantai, semua buat dono. Ada tu, kalau boleh, ada yang nak pijak lagi. You pun tak nak kena pijak kan?
Lagi pun, you tahu, tak ada lelaki di dunia ni yang nak kahwin dengan perempuan yang seksi meksi.
My future wife(s),
I tak tahu pasal masa depan I. I tak tahu berapa banyak duit yang I akan ada. So, dengan kata lain, I mungkin tak akan mampu kasi rumah 10 tingkat kat you. I juga mungkin tak mampu kasi you 10 emas intan berlian. Harap you tak kisah dengan diri I yang tak beharta ni. Tapi kalau setakat kasi you 20 hingga 30 anak tu, I okay je. Dalam tiga tahun, kita mungkin akan ada 2 anak. Tapi tu tak termasuk yang kembar tau.
Bila kita ada rumah nanti, I tak kisah kalau you nak bekerja. Tapi lagi bagus kalau you duduk je rumah jaga I. I bukan mintak di layan bagai raja. Tapi kalau I balik dari kerja tu, apa salahnya tanggalkan stokin I, urut bahu I, sediakan minum-minum I. Tapi kalau you tak nak buat, tak apa. I boleh tambah lagi 1 (cukup 2). Lagi pun, bila I tambah lagi 1, kurang la sikit beban you. See? I memang prihatin.
Hmm. You tau, I tak mengharapkan yang you adalah gadis lemah lembut dan ikut semua kata I. Kalau you boyish sikit pun apa salahnya. Aggressive itu menarik. Kalau boleh, lebihkan kat bahagian mengada-ngada dan keras kepala you tu. I suka. Senang la I nak ajak bergaduh kalau macam tu. Sebab kalau di ikutkan, I tak suka perempuan yang lemah lembut sangat. Nanti tak meriah rumah tangga. So kalau skali skala bergaduh, best juga kan? Lagi pun, kita gaduh siang-siang je, bila dah nampak katil di malam Jumaat, kita berbaik lah. Tambahan pula, bagi kita, setiap malam kan malam Jumaat.
My future wife (s),
You, I harap you reti memasak. You mesti reti memasak. Apa? Tak salah kalau perempuan tak reti masak? Ya. Memang tak salah. I tak kata pun salah. Tapi jangan salahkan I kalau I tambah lagi 1 isteri (cukup 3) sebab yang satu dan dua tak reti masak nak buat macam mana kan? Okay tak-tak. I tak nak bini 2,3,4. Banyak sangat. bukan tak mampu. Tapi... Ehem.
Actually, I bukan mintak you masak macam makan kat hotel. Asalkan you reti masak yang simple-simple sudah lah. You tau, air tangan masakan isteri lah yang buat si suami setia. Lagi pun, tak akan setiap hari kita nak makan kat restoran kan? Kalau setiap hari makan kat restoran, baik I kahwin je dengan mak cik tukang masak tu. Ye tak? You pun tak nak kan I tambah lagi satu (cukup 4) kan?
I harap you reti jaga diri sebelum jumpa I. Kalau boleh, jangan couple banyak-banyak. Tak pernah couple lagi bagus. Tapi kalau dah couple tu, jangan buat yang bukan-bukan dengan boyfriend you. Bila dating tu, jangan nak mengada-ngada keluar berdua. Boyfriend you tu bukan boleh percaya sangat. Kebanyakkanya adalah buaya. Sebab kalau dah lelaki, mesti bermulut manis. Boys, their mouth is bull****. So, don't trust them.
Akhir kata dari I, bila kita kahwin nanti, you masak, I makan. I imam, you makmum. I baca doa, you aminkan. You merajuk, I pujuk. Perfect, kan? So cepat lah cari I. I takut lah nak cari 'you'. Takut tersalah pilih perempuan lain. You pun mesti tak nak jadi isteri ke dua I kan.
p/s untuk future wife sila tinggal kan pesan selepas baca surat ni ya ^^
18 May 2012
kegilaan pada novel #sukaa
4 tingkat :) ZOOM IN !!! |
tingkat 1 ; novel yg masih baru |
tingkat 2 ; novel alaf 21, dua lapisan kott |
tingkat 3 ; prima and kaki novel |
caca merba ! the last tingkat |
kerana AMUKAN POCONG, aku . . .
cerita hindustan paling . . .
sape tengok cerita hindustan ari rabu lepas tu? kt tv2..yg mula2 aku ingat khabi kushi khabi gham tu..ahaks..rupanya khabi alvida naa kehna yg bermaksud jangan ucapkan selamat tinggal..aku malas nk cerita panjang cerita nie..aku gtau pelakon dia je lah eh..ada amitabh bachan, abishek, shah rukh khan, rani murkejee and preity zinta..nama pelakon hebat kan?? dr mula cerita smpai habis aku ckp, "eii, buruknya cerita niee" bnyak kali aku ulang..tk tipu ! walaupun ada air mata belah kiri aku menitis part mana ntah..aku tk ingat..habis cerita tu, aku pun fikir..tu apa pengajaran dia??
curanglah untuk mencari cinta sejati !
kenapa aku ckp begitu? korg tengok sendiri cerita nie then korg akan tahu..tk puas hati pulak aku nih..haha..nasiblaa..
sabtu nie ada milenge milenge *shahid kapoor and kareena kapoor kt tv3 and prem apa ntah tajuk dia *hritik roshan dgn kareena kapoor kt tv2 rabu nty..BEST ! YEAY !
salam sayang,
15 May 2012
resepi chef SHASYA :)
14 May 2012
pengalaman bersama IBU AYAM !
nk dengar cerita pasal ibu ayam tk?? meh sini meh sini..nie cerita ketika
berada di kampung eh..pukul 9 pagi tadi, berakhirlah episod akhir ustaz
amirul..tak,ibu ayam takde kt dalam tu lah ! then cerita sarapan kan? 8osan
semacam je..then aku ambil keputusan untuk tdo..heheheh, depan tv, atas tikar
di ruang tamu, aku bukak spek dan aku pun buat gaya tk sopan dengan tidur gaya
tidur kt dalam baitil iman dulu..berbantalkan lengan je kott..then melayan tdo,
dalam 9.30 pg tu, terdengar kakak aku menjerit, "minnnnnn..halau
halau"..aku pun bangun terpisat tengok dia dah bertukar baju dah..oh, dah
mandi rupanya..then dengar cip cip cip..eh eh, bisingnyaa..rupa rupanya ibu
ayam bersama sama ank nya masuk dlm rumah..dh smpai ruang tamu dah..dia masuk
dari pintu belakang..cepatnya ayam ayam ini masuk..
CORRECTION, ibu ayam nie the REAL chicken's mom..bukan yg menjual perempuan
tu lah ! set mind balik..kakak aku try halau dengan bunyi meoww *APAKAH?? try
guna penyapu jugak tp FAILED ! then mereka masuk ke tepi meja makan..aku pun
dapat idea..then aku masuk senyap senyap ke tepi meja makan then SERGAH
mereka..menjadi ! dorang lari lintang pukang ke dalam bilik..OH NOO ! kenapa
pintu bilik tu tk tutup?? aiyaa..dah jd 1 kerja pulak..bila masuk dlm bilik tu,
mereka menyorok bwh ampaian sidai sidai tu..aku pun membebel,
"ayam, kau dah lah ibu..bimbinglah anak kau ke jalan yang betul..apa
pulak lepak dalam bilik..memang dasar ibu ayam lah kau nih !"
kira mcm tu lah aku bebel dekat ayam ayam tu..lepas tu keluar sekor anak
ayam..hmm, terdetik di hati aku, 'bela smpai besar, pastu masak ayam masak
merah..SEDAP sehh'..
nk tangkap tp hehehe, sy tatot lahh..takut paruh dia mematuk..cehh, aku nie
penakut dengan anak ayam dan sekutunya rupanya padahal gila suka mkn ayam..isy
isy isy..then, kitorg panggil mama sb ayam tu dh dlm bilik dah..mama pun masuk
bilik, tengok kejap then keluar and jerit, "makkkkkkk, ayam masuk dalam
bilit"..cehh, mama panggil nenek kt atas..ingatkan mama nk
keluarkan..haha..then nenek jugak yg berjaya keluarkan dengan menangkap sekor
sekor bukan MENGHALAU mcm ktorang buat..hehe..tngkap ayam pun failed lah
shasya..buat malu je -.-
salam sayang,
interview mara 2012
sy nk cerita pasal interview mara nih..semalam ! pagi tu ada anugerah pkms,
dpt hadiah galakan spm..dpt lah duit sikit, Alhamdulillah :) then pukul 12
lepak rumah anjang nah..nk tnggu alang2 pegi samariang pkul 3 nanti..pkul 2.50
ktorg bertolak dr rumah anjang nah..hujan lebat gila..sumpah lebat..smpai je kt
mrsm, pkul 3.11 petang..masuk lah dlm bilik menunggu..budak yg interview pkul 3
blom masuk lg..bak kata dorg, flight delay -.- so, ktorg ada 7 org masuk dlm
pkul 4.15 cmtu lah..aku pkai tag A1..masuk tu baru berdebar bagai nk
rakk..biasalah aku..sampai speaking, aku memang
ketaq lutut sikit..aku mengaku aku memang LAMPI bab bab speaing nie..aku
pun tk tahu apa kena dgn aku nih..isy sy isy..bila nk improve bi shasya
oiii..okay, kembali balik..
sy dapat case study 5..soalan dia begini ;
ekonomi tengah gawat sekarang so kena buat something in universiti tu..BOD
(board of director eh, bukan biology tu -.- ) mencadangkan untuk setiap pihak,
apa perlu buat..untuk student, cdngan dia naikkan beberapa yuran and no free
lab access..untuk professors group, buang professor yg dah nk pencen..for
management group -.- buang pekerja kontrak and part time..so bahagi group and
kena disagree dengan cadangan bod tu..
aku tknk cerita pengalaman aku..heheh, tetiba rasa mcm pemalu..then aku
blank kejap, tk tahu nk ckp apa..bila aku merepek bercakap, panel tu kacau
sikit aku terus tk bercakap sbb blank balik..kesian budak management tu..lelaki
muka mcm nik azwan..last2 panel mintak last decision, ktorg cdgkan buang pkerja
kontrak dgn part time tu, kira management group lah..then lelaki tu masih tk
setuju..pastu aku ckp, WE NEED FINAL DECISION ! setuju je lah..aku setuju je
nih wehh..last last ktorg sebulat suara pilih management group..then panels tu
ckp kt management group, rilex, awk pekerja full time so confirm tkkan kena
buang..okay, itu lawak..then habis :) masa salam2 ketiga2 panel tu, dia tnya
sekolah mana, aku ckp lah sains selangor then mereka semua terkejut..apehal?
pelik eh sekolah smss?? BLANK..KENAPA??
so habis lah..masa balik tu, aku nmpak lelaki muka nik tu..so aku pun
lambai dia..BYE BYE..aku nk ckp sorry tp bila fikir blek for what? dia dh buat
terbaik..panel tu examine sorg2 bukan group ktorg..kan?? kott lah..hehe..so the
end :)
p/s : conclusion : mission FAILED ! kalau dpat, memang Allah bagi rezeki tk
terhingga..terharu :'(
salam sayang,