27 January 2013
selepas 3 bulan.
dia rindu kau sekejap.
15 January 2013
uia menggalakkan perkahwinan?
dulu sesama kawan dormmates bising dok bercerita pasal cintan-cintun.
sekarang sesama roommates dok galk bercerita pasal kahwin-kahwin.
berbeza betul zaman dulu dan sekarang ye. ahaks kak, umur dh sampai tahap
berkahwin ke?? tapi mama kata kalau nak kahwin make sure masa tu dah kerja. so
aku ni pun masih enjoy nk study jadi tk payah pkey dulu lah kan bab2 kawen ni.
dulu masa before masuk uia, aku terdengar lah desas-desus ‘UIA MENGGALAKKAN
PERKAHWINAN’. aku pun tertanya-tanya, eh yeke? dorg tk bagi komen pulak. kena
explore sendiri nampak gayanya. so kehidupan aku dia uia, ada gak dgr cerita
kakak ni dh kawen. itu ini. banyak jugak talk pasal kawen kt uia. so lama2 aku
assumekan uia ni mmg galakkan kita kawen awal dgn sedikit pandangan negatif.
yelah, bg aku kita ni muda lagi. buat apa nk keja kawen kan. tp aku terlupa
yg soal jodoh ni di tangan Allah. cepat lambat kita tk tahu. jodoh dh sampai,
takkan nk menolak kan?
then one day aku terfikir. betul2 terfikir. kenapa nk kena galakkan kawen.
lepas tu aku berfikir dari sudut berbeza, luaskan lagi pemikiran. ‘habis kalau
tk galakkan kawen, nk galakkan apa? couple’ tetiba terdetik di hati aku. betul
jugak. drpd couple buat dosa je lebih so why not kita HALAL kan hubungan yg
HARAM dgn kawen. then aku dpt jawapan yg sgt positif drpd tanggapan aku yg dulu
tu. uia galakkan lagi benda2 baik. kawen awal itu bukan sesuatu yg negatif
rupa2nya. aku tersalah tafsir. bahagia bila dapat menemukan jawapan yg baik.
ada satu talk dekat uia ni. ustaz tu cakap “okay, anda ada makanan dan anda
kena solat. anda pilih mana? mestilah makan dulukan. tapi tu pun kalau ada
makanan. tkde makanan nk makan apanya, so solatlah” significant dgn diri kita,
makanan itu pasangan dan solat itu belajar. “anda dok sebok sok sek sok sek nak
kawen awal tapi pasangan anda takdak lagi nk kawen apanya? pegilah focus
belajar dulu” aku terasa, sangat terasa dengan kata2 itu.
kata ustazah pula kalau perempuan dia izinkan tapi kalau lelaki kawen awal
berat sikit sbb tangungjawab banyak. mana nk belajar lagi, nk cari duit bagi
nafkah lagi kan :)
p/s : mama tahu aku suka org johor tapi tetiba haritu request org penang
sbb nk muka hindustan. alamakk.
salam sayang,
Penangan kpop.
ini bukan tajuk sendiri. nie tajuk harian metro muka depan bertarikh rabu
lepas. berapa haribulan ntah. mmg ni post lame sket. plan nk buat hari tu jugak
tapi disebabkan kemalasan mengatasi segala-galanya. eh tak, bukan malas tapi
seru tak smpai :3
tau tak kisah tu? emm emm emm, kes pembedahan plastik dekat korea dh
semakin popular kt malysia pulak. korea lain cerita lah, bukan negara Islam. nk
letak silikon ke, nk runcingkan dagu lah, hidung lah. belum bab putihkan kulit
lagi. rutin biasa kot. nak cantik, kekal muda lagi-lagi retiss yoww. sape tk
buat mmg lame.
tu kisah korea biaq pi lah kan. nie dh sampai popular ke malaysia pulok
dah. dah tu lelaki pun berminat nk kpopkan wajah dia. tgk retis kpop semua
hensem tahap tk igt, so lelaki2 malaysia yg tk hensem pun ngada-ngada nk ‘kekal
muda’ jugak. muka kekal muda boleh blah jugak. kau igt umur kau kekal jugak.
lama-lama mati jugak. bukan hidup selamanya pun.
kisah lelaki ni snggup belanja berpuluh ribu jugaklah nak suntik2 bagai tu.
sampai ke sia dia pegi sbb murah sket. dh tu penat pulok nk jaga. kena injek
apa ntah tiap2 bulan. aku yg perempuan ni pun rasa lemas sesak banyak sgt
pantang. laki tu bukan selebriti pun. over je lebih. lantaklah, muka masing2.
KONON.
sebelah column tu jugak ada ustaz ckp berdosa merubah wajah. kita ni
seindah-indah kejadian tahu? Allah tu Yang Maha Mengetahui. cantik dah muka
kita Dia ciptakan. hang sesenang ja nk ubah, konon nampak lebih menarik. kena
dek api neraka baru rasa sedap tk sedap noo. ini bukan doa tapi peumpamaan je.
manusia mmg tk pernah puas dgn apa yg ada kan? tk pernah reti rasa bersyukur.
lepas ni para pendidik boleh berfikir utk mengadakan kelas mengajar rasa
bersyukur pulak. kot2 boleh terbukak mata, hati dan sebagainya.
“apa hal kau sibuk hal aku. kubur kan lain-lain”
“memang lah kubur lain-lain. buatnya kubur kau sebelah aku. panas telinga
aku nak hadap bunyi bising seksaan kau nanti”
salam sayang,
13 January 2013
perbezaan chenta hati
ni 30 minutes after dia lahir on 6 okt 12 |
umur dia tk sampai sebulan lagi |
masa ni sebulan lebih. tgk mata dia berair baru lepas inject |
ni tk tahu berapa bulan. tgk pipi diaa |
ni gambar dia paling stylo :) |
suka tgk dia pakai baju ni, mcm pisang masak ranum |
tidur meniarap. somel somel |
09 January 2013
aku malu jadi syok sendiri
06 January 2013
baju yang jarang? hmm…
ni masalah orang perempuan lah ni. aku bercakap sbb aku pun perempuan. aku
rasa perempuan yg pakai baju jarang tu masalah sbb dia takde kemaluan. sbb apa?
dia menayangkan baju dalam atau bahasa sopannya BRA di khalayak org ramai. aku
yg perempuan pun rasa malu weh. mana nk taruk maruah wanita. sesenang tunjuk
bra depan lelaki. klau setakat dpn perempuan lain cerita lah. lagi warna yg
menyilaukan mata tu. masyaAllah. nak bagi lelaki tonton ye kak? dah sah2 lah si
teruna pun tertarik dekat situ. bukan nk menyorok malah bangga menayang bonjolan
tu.
tadi aku ternampaklah seorang wanita pakai baju sleeveless so nampaklah
tali bra dia tu kan. sama je lah tu! nampak jugak bra. lagi satu perempuan yg
pakai baju kemban tu. mmg nampak lah tali bra tkpun dia pakai yg takde tali tu.
aku en, kalau org pakai baju kemban tu kan aku rasa nk tarik je. kalau nk
tayang, tayang je lah semua. tk payah simpan2 dah! aku bukan nk jaga tepi kain
baju dalam org tp sebabnya aku perempuan lah aku ckp cmtu. aku sebagai
perempuan aku MALU tapi kalau aku lelaki aku cakap SUKA. orang tayang free buat
apa nk bayar?
senang cerita en, kau tutup je lah aurat. selubung tu lagi cantik dari
seksi meksi.
dikutip dari fb guna bahasa sendiri : kenapa org perempuan Islam kena tutup
aurat? jawabnya, “kalau kau di beri gula2 yg dibalut rapi dan gula2 yg togel
tkde pembalut, mana kau pilih?”
iyeww, tkkan kau pilih yg kotor en? *aku tk cakap perempuan yg tk tutup
aurat tu KOTOR* org panggil ini perumpamaan tapi aku panggil ini kiasan dan
sindiran.
p/s : even gula2 mentos pun kalau kau ambik sebijik, mesti kau tutup balik
atas tu guna pembalut yg dah terkoyak tu en en en? tk baik tipu sunat mahu pun
wajib. aku rasa ayat aku cukup bertapis kan?
salam sayang,
tidak menerima ketentuan takdir?
“kita ni manusia hanyalah pelakon di atas pentas iaitu dunia. skrip kita
dalah perjalanan takdir kita.”
takdir dh tertulis sejak azali di loh mahfuz lagi. percaya tk? but takdir
ada yg boleh bertukar. takdir yg tetap seperti bila kita mati, jodoh kita.
manakala takdir yg boleh bertukar adalah kejayaan kita yg boleh bertukar dengan
adanya usaha!
so sy nk bercakap pasal jodoh. last night i’ve watched 8jam with my kechik.
tahu cerita tu? shahiziey sam *betul ke eja?* and yana. tapi seram jugak tau.
sebab dia kena hukum sampai mati dekat penjara! sebabnya dia bunuh gf dia.
rupanya gf dia dh bertunang. dh lah panas baran semua. dia kata “kalau aku tk
boleh dpt kau, org lain pun tk boleh dpt kau!” ayat common dlm filem en? isy
isy isy. cinta tu bukan setakat buta malah kejam dan boleh membunuh kalau tk
reti jaga. jodoh kn ketentuan Allah. kalau bukan dia means ada lagi yg lain, yg
lebih baik untuk kita. *cerita itu patut buat 18 tahun keatas -.- rosak akhlak
budak muda tgk cerita ganas tu. haih, cinta cinta. cintalah kat Allah confirm
tk syok sendiri :) daripada cinta org yg memandang kecantikan paras rupa :3
so bila tadi dgr lagu that should be me – bieber tu en mesti teringat
ashraf muslim. yelah, dulu kan sy gila gila punya GILA ashraf muslim. bila dia
kawen sy pun katalah “THAT SHOULD ME BE . . .” haha. nampak mcm menyalahkan
takdir en? isy isy lagu tu pun. ntah pape je. but no worries, main2 je tu. mmg
sy tahu impossible pun jodoh sy dgn dia. setkat berangan bleh cerita lah. haha.
so tk payah lah nk bercouple. penat je couple 10 tahun, pegang tangan semua,
maksiat lagi tup tup bukan jodoh kita -.- buang masa, tenaga dan air mata.
believe me. i have my own experience!
salam sayang,
perkongsian kejadian manusia dan alam.
just want to share for those who interested. ini bukan artikel cilok mana2
web dalam internet yg belum pasti kesahihannya. perkongsian ini memang benar
dan tiada tolak tandingannya. sebab i’ve found this in my pink tafsir al-Quran.
here it is.
kejadian manusia ; surah Ghafir ayat 67 :
67. Dialah yang menciptakanmu dari tanah, kemudian dari setetes mani, lalu
dari segumpal darah, kemudian kamu dilahirkan sebagai seorang anak, kemudian
dibiarkan kamu sampai dewasa, lalu menjadi tua. Tetapi di antara kamu ada yang
diamtikan sebelum itu. (Kami perbuat demikian agar kamu sampai kepada kurun
waktu yang ditentukan, agar kamu mengerti.
kejadian alam; surah Fussilat ayat 10 – 12 :
10. Dan Dia ciptakan padanya gunung-gunung yang kokoh di atasnya. Dan
kemudian Dia berkahi, dan Dia tentukan makanan-makanan(bagi penghuni)nya dalam
empat masa, memadai untuk (memenuhi kebutuhan) mereka yang memerlukan.
*kebutuhan – keperluan, keinginan.
11. Kemudian Dia menuju ke langit dan (langit) itu masih berupa asap, lalu
Dia berfirman kepadanya dan kepada bumi, “Datanglah kamu berdua menurut
perintah-Ku dengan patuh atau terpaksa.” Keduanya menjawab, “Kami datang dengan
patuh.”
12. Lalu diciptakan-Nya tujuh langit dalam dua masa dan setiap langit Dia
mewahyukan urusan masing-masing. Kemudian langit yang dekat (dengan bumi), Kami
hiasi dengan bintang-bintang, dan (Kami ciptakan itu) untuk memelihara.
Demikianlah ketentuan (Allah) Yang Mahaperkasa, Maha Mengetahui.
disalin bulat-bulat sama ada dari segi bahasa, ayat, perkataan, ejaan,
huruf mahu pun space. setakat inilah yang sy boleh kongsikan apa yang sy tahu.
trust me, bacalah tafsir. melaikan dh power bahasa arab and faham ayat
al-Quran. al-Quran is just like a story book bak kata ainwani. banyak kisah yg
terkandung tau. tk rugi. if boleh habiskan novel beratus beribu pages, why not
you try to read tafsir al-Quran? *aku terasa* dari 2011 sy masih lagi cuba
untuk menghabiskan bacaan tafsir. and now dh sampai juzuk 25. but if dh habis,
insyaAllah sy akan ulang lagi untuk lebih memahami. kalau setakat baca tk paham
tkde guna jugak kan?
p/s : waktu Maghrib is my islamic time. sebab en sesuka mana pun aku suka
lagu faizal tahir rock bagai but then waktu Maghrib i prefer to listen
nasyeed’s songs. it was masa yg tenang :)
salam sayang,
i can define my title as HOORE HOORE
kenapa hoore hoore. itu tajuk filem lah kakak. film utk menghargai
Allahyarham Sudirman tapi aku tk tipu, aku bagi 5 bintang tau utk cerita.
pegilah tengok sendiri. cerita ni lengkap dengan setiap rasa. pasal cinta,
agama, kecantikan, persahabatan dan kekeluargaan and plus lagu lagu Allahyarham
yg sememangnya aku suka sejak dulu kala. ibarat masakan yg lengkap dgn garam,
gula, ajinamoto etc etc.
aku tk tahu mcm mana nak cerita pasal cerita ni. apa yg aku tahu,
kecantikan luaran akan pudar bersama masa manakala kecantikan dalaman itulah yg
hakiki. so kt sini, aku nk share kata-kata yg aku copy straight from that film.
“jika kerana paras rupa engkau jatuh cinta, cinta itu akan hilang bersama
pudarnya kecantikan itu.” – maskulin cinta.
“Iman lawa apa. cantik tu dari hati tau. buat apa muka cantik mcm bidadari
tapi perangai cingai” – nenda
“apa yg penting, kita kena yakin diri dan berani buat perubahan.” – nenda
“Iman kena ikut resam matahari. org suka ke tak, matahari tetap bersinar
sbb org dpt manfat dari dia” – johari
“sahabat sejati takkan pernah berubah hati. biarpun musim selalu berubah.”
– nenda
rizal : dlm hidup bermasyarakat yg banyak ragam, bagaimana cara utk hidup
bersama?
aiman : jari jari kita pun takde yg sama. apa jadi kalau semua sama? perbezaan
itu utk saling lengkap melengkapi dan menyempurnakan. itu yg membuatkan dunia
kita lagi menarik. jadi, tk perlu takut utk jadi berbeza.
lia : mak suka lah kan iman ikut jejak mak, waris ratuu. waris apa kalau
masuk neraka!
nenda : malam ni baru mak sedar rupanya syurga dan neraka tu dah ada dlm
tgn lia.
“dalam mendidik anak, kita kena jadi penonton bukan penghukum, bukan
penghalang. biar iman cari dan bina keyakinan dia sendiri. lepaskan mcm
layang2. tinggi mana pun masih boleh dijaga.” – nenda
“ramai yg pakai tdung tapi hati tidak. akhirnya jadi fitnah agama. ayah
tknak iman rasa terpenjara dlm agama. niatkan dalam hati supaya dpt jd contoh
dan bukti bahawa perintah agama itu bknnya satu pasungan bagi kaum hawa.” –
hairil
tu jelah kot yg boleh di kongsikan. tk rugi layan hoore2 ni. selain dpt
menyanyi! hehe. suara dahlah semua sedap. cuba bagi aku menyanyi sikit, lebat
tk lebat hujan tengok. sekian wassalam.
salam sayang,
yayasan sarawak and a little about wirajaya.
bila teringat, rindunya masyaAllah :) aku dpt masuk ys masa f1. dpt
biasiswa sekolah kt smss. mula2 masuk awkward gak. tk kenal sesiapakan. dh
lama2 tu dh kenal ramai org bestt. yelah, dekat semenanjung mana nk cekau org
sarawak. blek yg dptlah jumpa org senegeri smbil mempraktiskn bahasa sarawak yg
bersarang tk guna. tp setiap cuti, aku mesti blik ys kalau tkde ape2 halangan.
bagi erat sikit silaturahim yg ada. tp tk tipu ah, ada puak jugak. lagi2
perempuan. tp mmg perempuan lebih suka berpuak dr lelaki sbb prempuan ambik
masa lama nk kenal. that a fact. puak dekat sini depends on daerah kt srawak.
ada puak kuching, puak lawas and so on. sbbnya bahasa lain2, aku pn tk paham
bahasa dorg. sbenarnya boleh je masuk tp susah skit. ada puak based on sekolah
jugak. tp lantaklah janji happy.
dekat sini, aku belajar macam. aku dpt buat gang dgn bebudak ssp, smap
kajang, sains johor, seseri and so on. kenal ramai kawan. budak smss mmg aku dh
kawan dh lah en. dapat kenal ana, kak ana, zarith, zahraa, atik, qila, kak ain,
dania, kak mimi and banyak lagilah geng ktorg. kt sini jugak ktorg merasa geram
dgn para form 6 yg suka bejet senior padahal ktorg lagi lama jd budak yg.
hahaha. mcm jd tradisi kot tk suka dorg tp aku ada lah jugak buat geng bg yg
sama kepala tu. kenal lah jugak habib, zaki, paan, zul. apehal aku lupa nama
kakak perempuan eh? :3 kt sini jugak kami dijaga oleh pakcik hakim *ketua ys
cawangan sini* garang tp sebenarnya lawak jugak. kenal abg taib, kak zira, kak
su, abg bedul, abg driver apa-ntah-namanya, kak leha and banyakkk lagi.
setiap cuti mesti ys buat program punya. carik lah memana consultant buat
ktorg punya program. paling rapat dgn ktorg, wirajaya. kenal kot, siap buat
geng lagi. ada abg khai, abg awie, abg razie, abg fazlee, abg apis, kak nisya,
kak el, kakak apa lagi lupa dah namanya. program yg ys buat mmg best sbb pandai
bahagikn masa. masa awal cuti mesti ada kelas tusyen. nk bg ktorg habiskan hw
lah before bergumbira. lepas tu ktorg dibawa jalan2 melawat memana tempat.
ktorg pernah pegi melawat melaka, cameron highland, genting. pernah sekali
wirajaya buat program keluar seharian kt one utama. ktorg pegi main boling,
main futsal and tgk wayang cerita lagenda budak setan serentak dgn budak ys
sebanyak 5 ke 4 bas tk silap. smpai blek pukul 1 pagi. mmg boleh buat rekod. jd
budak kpg dah rasanya. pastu ada hari sukan utk ktorg. kalau cuti pertengahan 2
minggu tu ada ktorg pegi kem 3 hari masuk hutanlah, mandi kolamlah, nk makan
kena sebut “jemput makan semua”, main lumpur, jungle trackking and bnyak lagi.
and last day ada jamuan dan persembahan. aku pernah buat persembahan muzikal,
hindustan lah, poco2, lakonan, nyanyian patriotik. lengkap, percutian sempurna.
jgn tk tahu, solat kena trun surau tau berjemaah. masa puasa lepas trawih kena
khatam al-Quran satu juzuk satu kumpulan. aku siap pernah buat bday surprise
dekat kak ana, and abg awie lah tlg bawak ktorg beli kek bday malam2 tu and
celebrate dgn diorang. abg fazlee tlg mainkan gitar lagu bday. mmg awesome gila
lah wirajaya. sumpah rindu dorang. bestt gila.
ada kenangan sangat tk boleh dilupai masa aku f3. kena blek sekolah awal
sbb ada kelas tambahan en. tp yg sedihnya dlm program tu ada pegi genting masa
last day kelas tambahan tu. so tau apa ktorg buat buat. alahh, smss kan otai.
ktorg pernah komplot dgn abg khai suruh ambik ktorg mlm tu dekat smss. masa tu
ktorg stay asis. so kiranya dptlah ktorg pegi genting. bukan setakat aku yg f3
ni, kakak f5 smss pun join sekali balik sama and ponteng kelas. yg cuti bulan 8
tu pulak ada jugak kelas tambahan en then tk silap ktorg suruh abg khai ke abg
taib pegi tulis surat ckp ktorg ada program. haha. ponteng lagi! masa aku sakit
kaki tisu terkoyak pun pihak faci wirajaya hantarkn aku pegi klinik dekat
melaka siap belanja mkn lagi. kenangan terindah tau bersama wiraya. kalau aku tau
je consultant dia wirajaya, aku tahu confirm cuti aku akan jadi lebih indah!
and masa f3 tu semua cuti kn wirajaya consult, disebabkn ktorg syg gila kt
wiraja so ktorg bagi kad besar dekat semua faci. ntah simpan lagi ke tak. here's some pics.
the facis. |
tempat2 penginapan ktorg selalunya dekat sekolah2. ktorg pernah stay skolah
bts, asis *sekolah lelaki pun redah je*, smakl, upm pun pernah. pernah sekali
kan seminggu kena stay dekat kem lembah genting tapi yg consult pihak lain.
standard org pegi kem 3 hari pling lama, ni ktorg kena stay seminggu! dekat kem
kan, mana selesa. dekat dgn hutan, nk outing mmg susah ah. duduk meyempit 20
org sebilik, tandas pulak haih. mmg totally camp lah. makan basuh sendiri. masa
hari ke3 aku dh menangis dah tk tahan but tahu apa jadi the end of the day rasa
syg plak nk tinggalkan tempat tu. last day ada bbq bagai. ktorg pernah mandi
sungai situ. best lah kiranya. tp mmg markah kosong utk pakej agama. sbb bukan
wirajaya consult kot? hehehehe
hahh, panjang kan cerita aku pasal yg. tp sekarang aku dh habis sekolah
menengah, pakej dgn ys pun dh habis. sedih plus tk sabar nk tinggalkan. sedih
sbb nty confirm rindu lagi program2 yg diadakan. tk sabar sbb err? tk tahan?
hehe. ntahlah semuanya telah menjadi kenangan yg akan di simpan dalam otak.
nice memori! :)
salam sayang,
pusat asasi universiti islam antarabangsa.
ngehehehe. terigt masa sy isi borang upu dulu. nk amek jurusan apa nie? u
mana ni? poning poning. so sekarang tu semua kenangan yg dh lepas. sekarang
adik2 yg habis spm ni pulak mesti pening nk pilih mana en. meh sy nk cerita
pasal uia ni. *terasa tua tetiba.
mula2 kena pilih antara diploma atau asasi atau tingkatan 6. a-level tu
cerita lain yg sy tk paham. maaf. sy teringt kata motivator raja shamri tk
silaplah. kalau boleh tingkatan 6 tu pilihan akhir. sy mmg tkmau pun. sy pilih
asasi sbb tu paling cpt. dip 3 tahun. mana nk tahan. sy dh penat bersekolah
dari 5 tahun. ‘oi shasya, tk yah penat dlm mencari ilmu lah’. then antara asasi
matriks or u. sejujurnya sy prefer u sbb ntah. rasa lebih dewasa kot. matriks
okay tp matriks suka campak engkorang kt mana2 course bila sambung dgree nty.
lgpun org kata tough sket. ntahlah, sy pun tk tahu sejauh mana kebenaran itu.
uia ni mmg tk pernah ada dlm list u sy pun. klau boleh sy mmg elak uia. sbb
ntah. agama kot. sbb ramai org alim. sy tkmau bajet alim. tu tanggapan sy.
hehe. mama yg pilih uia ni. and Alhamdulillah sy dpt uia. mula2 tu heartless
gila. sumpah tk tipu. sy mcm oh uia? masuk jelah dgn tk berperasaannya. but
Allah bagi masa sy seminggu je and after that sy rasa sgt bersyukur dan tk
menyesal masuk uia malah bangga. bangga gila wa ckp lu! kenapa? meh sy cerita
keistimewaan centre of foundation, international islamic of university located
in petaling jaya.
sbbnya program foundation yg ditawarkn cukup spesifik berbanding yg lain.
kalau lain tawar asasi sains hayat, sains fizikal, uia tawar terus asasi
perubatan, pergigian, engineering *that’s me*, kejururawatan, ekonomi, sains
kemanusiaan, allied health sains, bio sc, international language of english,
international language of arab, major in english, major in arab, law. ada lagi
tk sy tertinggal? carik sendrik lah. tk igt sgt. nmpak tk spesifik en? then
tempoh paling kejap setahun, ada sethun setengah and 2 tahun insyaAllah kalau
tk tersangkut mana2 sbjek *kot2 failed memanjang, mintak dijauhkan* tempoh tu
based on ujian apt and ept masa awal masuk. ujian nk test tahap mana level arab
and english. english ada 6 level and arab ada 2 level kecuali law and arab ada
4 level. mula2 sy takut nk belajar arab. basic arab mmg kosong lah but don’t
worry, sy mmg diajar satu dari awal smpai sekarang Alhamdulillah dpt faham
sikitttttttttt ayat dlm al-Quran. dulu takat tau wahid isnaini salasa, sekrang
dh tahu arba’a dan homsata!
awal sem mmg kena belajar arab and english smpai anda pass level kecuali
anda dh exit masa exam awal tu. tkyah lah belajar lagi. tp best jugak tau dpt
belajar english balik. dpt improve kn english en. exam dia pun ala2 muet jugak.
kita ada 3 semester. 2nd sem is short sem, about 2 month. manakala
sem 1 and 3 sem biasa selama 5 bulan. mcm sem 1 sy tk bnyak sbjek core kena
belajar. tu yg best, dekat matriks berpulun beljar bnyak core serentak tp sy
sem 1 belajar 2 core and sem 3 ni 3 core. short sem khas utk student terpilih
lebih2 lagi utk student yg dpt 1 years and 1 and half years. utk 2 tahun lepak
sikit lah. kalau tk dpt short sem cuti 3 bulan woo mcm apa yg sy tgh buat ni.
boleh kerja makan gaji lagi. habis asasi, nk smbung dgree mmg confirmlah dlm
uia terus sama ada kt gombak atau kuantan. tk payah penat2 isi borg upu lagi
mohon nk masuk. nama kita mmg dh ada saham kt uia. insyaAllah lah.
mula2 pkey bebudak sini semua alim2 tk tk pun. sbb sebenarnya kita yg
mencorakkan diri kita sendiri. tp persekitaran kt sini mmg menjurus ke arah
kebaikan. betul. mlm2 mesti ada talk ceramah ke, ada yg terjemah hadis lah. dia
tk paksa kita hadir pun. duduk kt u semua atas pilihan kita sendiri. kita yg
tentukan. kt sini sy belajar pakai inner tudung, pakai tudung bidang 50. bnyak
lagi perkara positif boleh belajar kalau kena dgn cara dan niat kita.
mudah-mudahan. kt sini cara panggilan brother sister. bila fikir balik baru
paham tau. kita kn tk sure yg kita panggil tu sebaya ke, senior ke, junior ke.
ramai kot. gila nk kenal semua org. tabik spring ah. so dr kita panggil awakk,
atau labih sopan woiii. so better panggil sister or brother. manis sikit kan.
nk outing? hari jumaat smpai ahad dari pukul 9 smpai 10 malam. boleh naik
bas utk pegi stesen lrt universiti atau terus ke midvalley. dekat je! kalau org
nk melawat tiap2 hari boleh dr pukul 4 ptg smpai 10 mlm tk silap. hostel
disediakan, ada 6. 3 utk brothers, 3 utk sis. agak sempit tapi gembira bila
bersama kawan2. betul tk tipu! dalam bilik dpt katil, loker, meja studi and rak
buku. best lah lebih kurang. kt sini tk nmpak senioriti pun. dia senior pun
kita tk tahu. cth dlm persatuan, junior pun boleh dpt jd pengerusi kalau layak.
penat gila bercerita mcm sy ni tuan uia. kalau nk tahu lebih lanjut, masuklah
sini. nk tanya apa2 pun boleh. sy mengalu-alukan kedatangan junior2 semua!! tk
tipu, best wehh :)
dear, kalau nak tanya apa2 soalan, bukak new post akk pasal uia dekat sini pliz. tq!
dear, kalau nak tanya apa2 soalan, bukak new post akk pasal uia dekat sini pliz. tq!
salam sayang,
01 January 2013
biar terpaksa, nanti biasa.
terpaksa apa? apa yang terpaksa? just a short post. *bingit telinga aku
dengan bunyi bunga api tahun baru ni sambil tengok musang berjanggut :3 simple
example please.
"kenapa nk pakai tudung kalau terpaksa? buat hilang pahala je" so
jawabnya, "biar terpaksa, nanti biasa". khas dari ustaz penceramah,
"kalau tak minat dengan tanggungjawab, buat buat minat nanti Allah
datangkan minat tu"
paham? contah lagi senag. memang kau terpaksa pakai tudung. buat buat je
lah suka pakai tudung. Allah tahu hati kau. lama lama kau akan minat bertudung.
so sekolah yang wajibkan bertudung memang bagus lebih2 lagi sekolah aku tu haa.
*credit tu smss. HAHA. serius. aku kenal perempuan yang tidak bertudung dan on
off sebelum masuk sekolah. after that, Alhamdulillah dia bertudung. bukan
seorang tau, ramai. Allah datangkan minat dia pada bertudung.
lantaklah terpaksa pun. "aku taknak hipokrit" derr. benda wajib
tk payah nak ada hipokrit sangatlah. boleh tk aku ckp aku bodoh. aku tk layak
amek spm. aku tknak hipokrit jadi pandai amek spm. but spm still wajib utk di
ambik kan. apa pilihan kau ada? terjun lombong mungkin? nk tunggu seru sampai?
tunggu jela ajal menyeru!
nice and short? nice?? err, i am the judge, so what?
p/s : hobi aku serius melihat orang lalu lalang. dan bila mulut aku jahat,
maka keluarlah "apehal minah tu begitu -.-", "masalah gila baju
over dia" etc etc. insaflah wahai mulut.
salam sayang,
bila rindu...
di keheningan malam, termenungku berseorang, tak lena mata dipejam,
terdengar suara terngiang, suara merdu yang disayang, bagai kau di depan mata,
ku capai tapi tak kena, sukarnya memendam rasa, inginku luahkan kata.
bila rindu, terkenangmu sayang terasa sayu, syahdunya jiwaku bila malam,
makin kelam, jauh terbang diriku melayang. aku rindu sentuhanmu kurasa sayu,
inginkan jiwaku selubungi jiwa ini, bawaku dalam pelangi, melepasi batas diri
ini.
jauh angan ku lena, kurasa kita bersama, kau bawa daku kesana, ke alam
kisah yang lama, kenangan di dalam jiwa, bila tersedar semula, disisiku kau
tiada, sukarnya ku pedam rasa, inginku luahkan semua.
bila rindu, terkenangmu sayang terasa sayu, syahdunya jiwaku bila malam,
makin kelam, jauh terbang diriku melayang. aku rindu sentuhanmu kurasa sayu,
inginkan jiwaku selubungi jiwa ini, bawaku dalam pelangi, melepasi batas diri
ini.
sesungguhnya kita mestilah wujudkan sefahaman dan hormat menghormati,
ikhlas, kasih, sabar insyaAllah kita akan bertemu semula.
awan yang memecah semesta, menyampaikan pesan kesunyian dikala sendirian,
kesepian yang menyelubungi hatiku, disajikan doa-doa penerang rindu, yang
menanti kau pergi seperti impi-impiku, fantasiku bukan dongeng lagi yang sayup
kedengaran, disisi cuping, disetiap corong lorong yang lohong, benar ku tak
bohong.
bila rindu, terkenangmu sayang terasa sayu, syahdunya jiwaku bila malam,
makin kelam, jauh terbang diriku melayang. aku rindu sentuhanmu kurasa sayu,
inginkan jiwaku selubungi jiwa ini, bawaku dalam pelangi, melepasi batas bila
rindu, terkenangmu sayang terasa sayu, syahdunya jiwaku bila malam, makin
kelam, jauh terbang diriku melayang. aku rindu sentuhanmu kurasa sayu, inginkan
jiwaku selubungi jiwa ini, bawaku dalam pelangi, melepasi batas diri ini.
kreatif gila aku. okay, bohong. kalau kau pandai kau cakap "gempak
gila buat puisi ke hapa ni" tapi kau lagi pintar kau cakap "eleh,
lirik lagu boleh lah cerita".
okay, ini memang lirik lagu but still aku guna telinga aku yang pekak ini
untuk mendengar lirik ini. so biasa lah kalau salah. aku tk serve net untuk
cek. lantak pi lah. bila rindu, dengarkan lagu bila rindu :) asyikk ouhh.
salam sayang,