"Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui." [29:64]

24 March 2014

mungkin ini pengakhirannya


sahabat,

kau ingat tak pertemuan pertama kita pada 10 januari 2007? kau orang pertama yang hulur tangan yang berjabat yg tersenyum mesra sambil memperkenalkan diri. dlm hati aku ckp, "kenapa budak ni ramah sgt"
lepas tu kita duduk belakang kelas. sampai one day kau tukar tempat dr sebelah aku sbb kau tuduh aku curi lead pensil kau. wallah, aku tak curi pun. tp takpe lah iasalah manusia. lepas tu kita makin rapat satu kelas. masa form 2, kau bawak aku balik rumah kau. thanks weh. igt tak kita pegi pustaka tempat kau, then aku beli mathurat wanita. sampai sekarang aku masih pakai. moga pahala tu dpt share dgn kau as kau yg bawak aku ke sana. igt tak masa form 2 jugak, dua kelas bash kau sebab kau marah ada yg habiskan air kau? aku sorg je yg ada dgn kau waktu tu utk menjadi penyampai. masa tu kau taknak masuk kelas. kau bawak meja belajar kt luar.

masa form 3 kau igt tak kita jadi teman study. dekat study room. boleh kata tiap2 malam kita study lagi2 masa nk kh. kau en gempak kh. aku pernah sekali je beat kau dlm kh. yg lain semua kau highest. kau kan anak emas cikgu kh. haha. ada one day aku dh bawak semua brg2 turun study room. dh siap buat kopi tp kau tak dtg jugak. bila aku naik bilik, aku nampak kau tgh tdo atas katil aku. aku kejut kau tp kau ajak aku tdo kejap. last2 sampai ke pagi tdo. kesian kopi aku tk berusik mlm tu. masa tu aku cuak sgt takut tk dpt jawab exam kh sbb tk study. kau igt tak kita study kt dorm aku then tetiba ada kak senior suruh tutup lampu. kau dgn aku tergamam so last2 kita turun study kt study room. pendek kata everytime stdy mmg aku dgn aku. dr f1 smpai f3 kau sentiasa tdo kt bilik aku. bila f5 turun 1st floor, mesti kau yg masuk dorm aku. kecuali f4 kau naik dorm 3rd floor. aku paling suka bila mama kau buat spaghetti. sbb sbb. dgn nasi ayam murah tu. serius aku rindu nak makan. 

masa kita f4, kelas kita lain. kau pun jarang dh naik dorm aku. nk lunch pun jarang sama. kecuali dinner. tp ape2 hal berkaitan pelajaran, aku mmg akan refer kau. sbb kau pandai. masa f5 pindah satu level, aku sedorm ngan kau dan sekatil dgn kau. igt tak tiap2 siang kita akan masuk surau nk solat dhuha. even ada yg tak dpt solat, still kita akan teman one another. lepas tu malam2 kita study kt study room. a night before bio tu, aku igt aku tertdo sampai kau amek gambar aku pakai phone aku. sbb tu lah spm bio aku b. haha.masa dpt result spm, aku bangga sgt kau dpt straight a. masa before aku amek result aku, aku tersempak dgn mama kau luar dewan. masa tu aku rasa nk peluk je mak kau bila dia kata kau straight a tau. and thanks family kau sbb once again kasi aku tumpang satu mlm before kita pergi sekolah utk graduation day tu.

since f2, kau sentiasa hadiakan aku novel as hadiah bday. tp serius, novel kau semua jd feberet aku. cuma novel yg kau hadiahkan last year, aku simpan bereben lagi sbb aku dah ada novel tu. bday aku last year kau tulis note kt tingkap bilik. aku simpan lg cupcake yg kau lukis tu. then kau kata kau akan hadiahkan aku hadiah the best utk tahun ni. seriously, hadiah yg kau bg tu mmg the best. aku tahu itu hadiah terakhir yg aku dpt dr kau. masa aku dpt hadiah bday aku yg patutnya jatuh pada bulan feb tp kau bg bulan disember pulak, aku tatau apa perasaan aku. sejujurnya aku rasa terharu sbb kau hadiahkan aku tudung yg dh lama aku cari and yes, tudung tu mmg taste aku sampai sekarang aku suka. moga pahala aku pakai dpt bg komisen dekat kau jugak. dan maaf sampai sekarang aku tak pernah ckp terima kasih utk tudung tu. tapi serius, aku hargai.

lepas tu masa zaman spm pernah jugak kita bincang2 pasal u. igt tak kita plan nk masuk utm skudai sesama pastu boleh aku balik kpg kau. tp tak. kita rancang je lebih. last2 kita bersama lagi di u yg sama. mmg jodoh kita kuat en. walaupun kita tak sama bilik, tp kau selalu dtg bilik aku. tdo kt bilik aku. until masa aku sakit gatal tu, kau langsung tak dtg bilik aku sbb takut berjangkit. masa tu aku patut terfikir betapa tak kuatnya ukhwah persahabatan tu kan? lepas tu dh masuk 2nd year kita dpt sebilik. aku happy gilaa. sumpah tak tipu. dah lah kita buat bilik mcm bilik sendiri. kau bawak tv yg tak boleh blah. sempat lah layan drama pukul 7 tu sambil tunggu bukak puasa sesama. lepas tu mcm2 kita plan nak pegi itu ini lah. sempat lah jugak kita pergi sekolah lama buat kem tajdid dgn bebudak f1 kan.

acara kemuncaknya, plan yg lama gila kita buat. kita pegi cosmo world theme park. igt tak kita main roller coster je dua kali berturut. main kereta. aku tahu kau tak leh lupa masa main pusing2 tu. igt tak apa jadi kt tudung kau? masa tu kau nangis aku hanya mampu gelak sampai menangis sbb kau kelakar sgt. aku berniat nk simpan cerita tu utk kawan2 kita tp lain yg jadi. mlm tu kau bawak aku beraya anjuran menteri. first time aku join majlis glemer yg mak mak datin yg vogue je datang. thanks weh and maybe for the last time masa tu, aku tdo lagi rumah kau before ayah kau hantar kita balik uia isnin tu. 

sahabat,

kau igt lagi ke apa yg terjadinya malam itu? malam kau tengah buat projek math.
malam dimana aku rasa kau benci aku?
malam dimana semua emosi keluar?
malam dimana dua2 air mata kita berderai?
malam dimana aku tersalah cakap pada kau?

yes, aku admit.

hanya kerana perkataan 'bangang' yg aku tuturkan pada kau dgn penuh emosi. tp percayalah takde sekelumit niat aku nak cakap mcm tu. kau tau kan bila emosi, semua benda boleh keluar.

kalau sbb bangang tu, kau benci pada aku.
kalau sbb bangang tu, kau putus silaturahim kita.
kalau sbb bangang tu, kita tak bertegur hampir 7 bulan.
kalau sbb bangang tu, pershabatan kita yg almost 7 tahun tu hilang mcm tu je.
kalau sbb bangang tu, kau buang aku.
kalau sbb bangang tu, kau dah tak kenal siapa aku.
kalau sbb bangang tu, kau block semua laman sosial yg menghubungkan kita.
kalau sbb bangang tu, kau berubah drastik sekali.

takpelah, aku reda dgn ujian Allah turunkan pada aku, mungkin ini kifarah yg aku kena bayar atas dosa2 lampau aku. nak lalui 7 bulan tu tak senang. sebulan pertama tu hanya org yg tahu cerita ni tahu mcm mana aku menderita dgn perubahan kau. kau balik bilik waktu malam je. kau dah tak cakap kt bilik. sampai2 bilik pun earphone sentiasa ada dkt telinga sampai masa tu aku rasa diri kau telah hilang bersama hilangnya senyuman aku dan persahabatan kita. aku paling tak sanggup nk tgk muka kau sbb muka kau sarat dgn kebencian terhadap aku. sampai setiap malam aku bermimpi kan kau, kita berbaik dan bercakap semuala. sampai aku meminata biarlah Allah lena kan aku dlm mimpi sahaja kalau hanya itu yg boleh membuatkan aku bersama dgn kau semula. tak ada satu hari pun aku tak menangis kerana kau. kalau benar hanya sbb kerana bangang tu, aku doa pada Allah biar Allah bisukan aku kerana aku tak pandai menjaga tutur bicara aku sehingga mengguris hati kau. seriously, the first-second months were the toughest. untuk aku mencari kembali diri ini, untuk aku menerima ketiadaan kau.

aku try utk kuat. azam aku tahun ni biarlah tiada lagi air mata yg menitik kerana kau. kawan aku kata aku dh mcm clash dgn pakwe je. tp tak, penangan kau mmg sgt kuat dlm diri aku. walaupun aku dah tukar bilik, aku taktau apa hikmah yg bilik kau sekarang masih di level dan wing yg sama dgn aku. payah weh nak move on kalau aku kena hadap kau. kalau aku kena dgr suara kau ckp dekat telefon dgn mama kau. kalau aku kena naik satu lif dgn kau. aku bukan lah sekuat kau. aku masih lemah dan masih mengharap Allah pulangkan kau pada aku walaupun aku tahu itu angan semata. biarlah aku hidup dalam angan2 aku. tapi cuti hari tu aku terpaksa menangis lagi sbb kau hanya kerana kau unfriend aku dekat fb. yes, aku mmg cengeng so what?

minggu ni je dah 3 kali aku mimpi kau. aku tak tahu apa Allah nak tunjuk dekat aku. mimpi berbeza tp bawak maksud yg sama. maksud dimana kau ingin berbaik dgn aku. tp org kata mimpi tu terbalik. so mesti kau langsung taknak hadap muka aku lagi kan? dan mungkin kau berharap agar cepatlah habis asasi agar kau tak perlu menghadap aku lagi.

kalau kau terbaca ni, aku nak minta maaf atas segala dosa aku pada kau. halalkan segala duit, makan semua yg kau bagi yg dah sebati menjadi daging dlm diri aku. terima kasih atas segalanya. aku tak menyesal kenal dgn aku malah aku happy kenal kau cuma aku kesal kau tinggalkan aku terkapai. kau banyak ajar aku mcm2. sehinggalah aku mencuba pakai tudung labuh ni turut berpunca dari kau. kau berikan aku pengalaman terindah ramadan lepas yg mmg akan aku rindui sampai bila2. terima kasih sahabat. or should i call myself as ur enemy?

sampai kadang2 aku terfikir Allah nak uji aku atau Allah nk cakap yg aku bukanlah sahabat yg baik utk kau. entah aku masih mencari jawapannya dan masih tak jumpa. takpe, even aku hilang kau, aku masih ada Allah. mungkin Allah uji aku sbb aku terleka dgn duniawi. entahlah. boleh jadi apa yg aku suka sebenarnya tidak baik pada diri aku kan? Allah Yang Maha Mengetahu maka biarlah aku mengikut hala yg Dia takdirkan utk aku.
kau mungkin boleh kata let it go tp aku takkan pernah lupakan kau. sampai bila bila pun.

and i hope, this will be my last post about you. and my last tears because of you. assalamualaikum.

20 March 2014

memilih pemimpin


aku sangat rasa kepimpinan Malaysia ni taktau tahap ke berapa. tak mampu nak komen apa2. aku taknak kaitkan mana2 parti politik. sbb semua parti politik ada pemimpin. mana betul mana salah pun aku tak tahu. aku manusia biasa tak reti baca hati orang. hanya Allah yang tahu apa yg ada dalam hati korg.

pemimpin2 ni semua patut masuk uia tau. sbb dekat uia aku belajar, sape yg jadi pemimpin diucapkan takziah. pada yg tak jadi pemimpin pulak di katakan tahniah. kenapa? sebab amanah ni benda paling berat nak kena pikul. tapi pemimpin Malaysia lagi suka dapat jawatan tinggi2. lagi tinggi jawatan, lagi rasa seronok. tak paham betul. gunung ganang pun tak mampu nak jadi khalifah Allah. manusia mmg tamak haloba. kalau dorg tak suka nak pegang jawatan, perkataan rasuah tu takkan wujud dlm kamus. tapi sbb wujud lah, maksudnya rasuah tu selalu berlaku. merepek lah semua pemimpin ni. merepek!

taktau ke bila dah jadi pemimpin, sebelah kaki dah masuk neraka. mcm suami lah. suami kan pemimpin. kalau adil, selamatlah kamu. tapi masalahnya sekarang pemimpin pelik ntah adil ntah tidak. mana nak tau kan. nak sangat kan pegang amanah? org yg mampu pegang amanah ni, org yg hebat. yg tau diri adil. eh betul, kalau rasa diri tak betul, tak adil baik tak payah jadi pemimpin walaupun takde pemimpin langsung. latih diri dulu. tak memasal ke neraka. sbb nak sangat jawatan ntah pape. takat duniawi je pun. apedehal!

aku tulis ni sbb terpkey. tahun dpn aku 21 tahun, dh boleh daftar undi. tapi lagi 4 tahun baru ada undi lagi. masalahnya aku pkey sekarang ni pun pemimpin banyak tak betul, mcm mana zaman aku 4 tahun nty? terus terang, aku akan pilih ketua yg islam. tak kira lah parti memana. tp ada dua benda yg aku risau. dekat kawasan rumah aku tu most semua Chinese pemimpin. so how aku nak undi? how? wehh? takpun okaylah, ada org islam. tapi kalau dah terus terang pemimpin islam tu pun merepek jugak kepimpinan tu, so ape jalan penyelesaian utk aku sekarang? tolong lah. aku buntu tau pkey benda ni. igt Allah tak persoalkan ke kt akhirat nty? at last, mcm mana? takyah ngundi langsung? pfft pening.

pada semua pemimpin berkaliber di luar sana, jangan lah repek kn kepimpinan anda buat aku sebagai rakyat pening taktau nak undi apa. kami undi ni utk Allah jugak tau. ni kira ibadah tp kalau hasil ntah pape, mati kami rakyat dipersoalkan kt akhirat. Malaysia makin pelik. haih.

salam sayang,

05 March 2014

kesian awok :(


blog ni kesian. lama tak bukak. macam dah di anak tiri, anak luar nikah kan dah. wuwuwuw. mentang2 dah ada insta. sedih lagi. tapi tatau nak taip apa. nanti2 eh blog bila kite free :3

tuan tak kenang budi,

09 February 2014

selamat berumur 20 tahun :)


Alhamdulillah. ni first entry bulan februari. bulan i gituhhh. nampak busy bebenor teman bila dah masuk sem ni ye yob. tak sempat pulak nak update blog. update insta dgn twitter cepat pulak. itu lah teman herann. amboi, nk speaking perok pulak ye yob? eceh, teman ni mmg ada darah perok dekat bagan datoh gituu tapi tak pure sangat lah.

okay, back back back. alhamdulillah tepat 7 februari lepas, i dah berusia 20 tahun. oh oh, babai umur belasan tahun. *lap2 air mata drama* *mentang rasa matured, rasa nak guna i memanjang sbb malas naip panjang2. luls*

so i nak cerits lah my bday tu kan. sbb tak berada kt sarawak nk celebrate ngan family, so i celebrate lah ngan besties2 i ni haa. oh haa, a week before, mama dtg. pastu mama  belanja spaghetti and lasagne for my bday. and she's bought me a pair of wedges from jelly bunny and kain pasang pink. thanks mom :)

*stop pakai i*
so plan punya panjang before tu. lagi satu faktor sbb 2 sahabat sy kat gombak and lama tak jumpa kan. so nak sambut lah ngan dorang. so the day arrived. fizah drove all the way from her house with anna to fetch us in cfs. kelam kabut jugak sbb ktorg ada kelas comp. should be habis pukul 11 tp aku punya extend sikit *tukar aku pulak*, shera punya extendddd banyakkk. hohoh. fizah and anna dah sampai pukul 11 tu watlek2 dulu siap iron tudung lagi. ktorg gerak pegi sunway sbb aku dan kami eksaited nak skatinggg. yuhuuu.

okay sampai sana, parking *smooth je*. first thing makan dulu. masa tu dh 12.30 kan. so pegi makan kt kenny. sempat jugak buat doa selamat2. doa2 sikit lah supaya dibawah rahmat Allah sentiasa kan. so lama jugak makan2 tu kan, dgn bising2 lagi sbb lama tak jumpa kan. semua konon2 melepas rindu yg lama terpendam. ecehhh. sampai waitress pun kena ambikkan gambar kami. hoho.





so after makan tu, dh masok zohor kan. pegi solat dulu. sebelum tu sempat tgk persembahan singa sempena gongxi fachai tu kan. seronok tgk budaya org cina ni. walaupun mmg lari dari syariat2 islam kan. takpe, belajar tentang budaya lain tak salah pun. itu namanya ilmu. 

so after pukul 2 tu, ktorg pun pergi skating. mula2 tu ada jugak masalahnya sbb bayaran lari dr apa yg ktorg jangka kan. tp masalah dpt settle sbb kami tekad jugak nak skate kan. cerita pasal skating ni panjangggggg sikit tau. hihi. sbb kami semua takde basic langsung pasal skating. so masa kami sampai tu, landasan ice tu kena tutup setengah jam sbb nak kering balik kan. so bertuah lah kami kan dpt ice baru2. so lepas pakai kasut tu kaki pun sakit2 dah. belum gi masuk ice kan. so ktorg pun syok bergambar2 dulu kan. pastu padang ice dah dibukak. jeng jeng jenggg. cuaks okay makk. first time skate jejak ais tu "mak aii, licin kauuu" before ni aku ada lah pengalaman main roller blade kt rumah, tp lain woo feel dia. skating lagi susah dr blading. gituu. blading sangat nyahh. first2 tu semua ktorg pun beratur lah kt tepi2 tu takut jatuh punya pasal en. pastu dh beround2 start ada keyakinan. yg first sekali jatuh, anna. berdebuk siap kepala hantuk ice lagi. siap ada ice police nk tolong lagi. aipp. pastu shera pun rasa jugak jatuh. dorg boleh pulak suka sbb ais tu sejuk. rasa nk duduk je lelama. pastu aku jalan2 ngan fizah *kat tgh2 tau, tak main lah tepi* pastu sbelum photographer nk amek gambar ktorg, fizah jatuh. aku gelak dulu. masa taip ni pun aku gelak jugak. kahkahkah. dia kata tu jatuh paling sakit. masa dia jatuh tu, dia sempat tarik aku so aku jatuh sekali tp aku sempat tahan badan dia so effect aku jatuh kurang sikit dan tak sakit pun. pastu main lagi ngan fizah, fizah jatuh lagi, sempat lagi dia tarik aku jatuh sekali. tu jatuh paling terok sbb aku tak ready so kaki aku terkangkang split bajet aku ni ahli gimnas kan. so aku jerit kuat gila sbb aku tgh split. aku rasa org sekeliling aku pandang gak. so before aku jatuh habis dgn split tu, aku terus pusing badan utk mengelak kecederaan lebih teruk, dan terus tutup muka dekat ais sbb maluuu. bajet ada org tgk kan. pastu gelak2 sampai ada org datang hulur tangan dan berkata "do you need help" tp aku rijek. HOHO. pastu biasala rehat sat, sambung balik. jatuh tu takyah cakap lah berapa banyak kan. kedua jatuh masa last tu sbb org belakang tertolak aku dan ana smpai kami terjatuh. dia tolak aku, dia jatuh so aku turut jatuh kat tgh2 dia yg sedang kangkang *tak senonoh semacam ayat aku nih* aku pun berdrama lagi dgn berpusing2 mcm cerita hindustan sbb aku takut aku dia tu lelaki. nasib baik dia perempuan. legaa. fuhh. tu last skating sbb dh pukul 4, nk balik dah. 2 jam skating penat woo. tp rasa nk skating lagi lepas ni. yeay!











panjang en? pastu ktorg pun balik lah. bkn balik cfs tp blek gombak. yeay! balik tempat dorg2. aku tdo bilik fizah. smpat lah merasa hidup kat gombak kejap. makan2 sana. merasa tgk senior yg dh kawen sebelum meroyan jap nk kawen jugak. biasalah kami perempuan! konon pagi sabtu tu nak jalan2 sekitar gombak tp penat skating punya pasal. dah lah pagi tu semua badan ada lebam2. ahaks. sakit woo. lepas lunch sana, fizah hantar ktorg blek cfs before dia balik rumah balik. thanks fizah, thanks anaa :) pengalaman yang menarikkkk untuk hidup ini. chewahhh sangat. kbai.




salam sayang si belated bday girl,