"Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui." [29:64]

21 May 2014

duhai hati, tabahlah.



duhai hati,
kenapa lembut sangat?
kenapa lemah sangat ni?
tak boleh di kasar,
tak boleh di tindas,
terus kau bersedih.
kenapa?

duhai hati,

tabahlah.
dunia ini bukan yg dulu,
dunia sekarang penuh pancaroba,
penuh ujian, penuh mehnah,
manusia bermacam rupa,
tabahlah wahai hati,
kuat lah hati.
teruskan kuat demi diri dan agama.


12 May 2014

cfsiium..in memories


haa. mood mai dahh. semalam aku buat video kenangan cfs, aku campak ke instagram. tapi tak boleh bebel banyak, yg tu kan insta. so aku lari ke sini. boleh aku bebel tak ni? eh ni blog aku mestilah bulihh. hihih.

memandangkan aku dah officially dah grad asasi sabtu lepas *insyaAllah kalau aku lepas semua exam, dan tetiba kena resit dan kena lah lepas resit* tolonglah doakan aku pass semua without resit boleh?

so malam ni izinkan aku mengorek dan mencangkul segala kenangan. sebenarnya aku ada ambik gambar khas nak campak dlm blog ni. gambar mahallah ukc aku amek cantek gila woii *ops terpuji* tapi masalahnya kamera aku buat hal. eh tak lappy aku. usb tak dpt nak detect. ada masalah driver dlm lappy ni. so maaf tiada gambar. mungkin ada gambar lelama nanti aku campak eh?

okay jom start baca. siapa rasa tak boleh nak tdo, boleh lah baca nanti tak habis baca, kau pasti terlelap sebab cerita aku membosankan. bhahaha.

genap 2 tahun lah ni kan? emm tak genap sgt lah. masa masuk uia dulu bulan jun. aku mmg sgt berterima kasih dekat kak siti dgn angah sbb sudi hantar aku daftar uia. along masa ni takde, dia ada apa ntah kat koreo. nanti daftar gombak aku nak merayu mama hantarkan aku lah. hehe. tp mcm aku dah tau je jawapan mama.

the first sem, the very first year. bi level 5, arab level 1 so study 2 tahun asasi. tang roommate aku ada tra, anna dgn fizah. kalau nk cerita pasal mereka, aku patut buat new post kot. haha. bnyak sgt cereka kami di bilik 137. sampai kakak senior bilik sebelah tegur sbb kami bising. heww. okay masa masuk kelas buat pertama kalinya aku menggagau cari kawan. almaklum lah mana kenal sesiapa. the very first yg tegur aku masa kelas bi pukul 8 pagi dekat abc05 adalah nadirah. dia tanya soalan addmath kat aku -.-' sampai sekarang aku igt. disebabkan pertemuan pertama itu, dia telah menjadi sahabat aku sehingga jannah. dengar tak ni dira? kau kan suka baca post2 aku. hihi. masa sem ni, classmate aku 2 je lelaki yg lain semua pompuan. kesian salam dgn hasan. masa nak hujung sem baru aku rapat dgn shera dan bila. samapi shera dgn dira pernah teman aku tdo klia sbb aku tunggu mama sampai pagi tu terus nak pegi melaka nk jumpa rayyan yg baru dilahirkan. sekarang rayyan dah umur 1 tahun 7 bulan. sem ni aku belajar hebatnya arab walau cuak belajar arab. lepastu buat video english. haha. kelakar nak igt. nak tengok balik pun rasa malu. masa nak pre reg for the next sem, alhamdulillah kami ber4 sama kelas. tapi ramai antara kami terpisah kelas. dan akan berjumpa classmate baru yg ramainya lelaki -.- pfft.
for all lecturers sem ni, terima kasih ya amat. let me mentions all of you.

math 1; mdm mahiran then ganti dgn mdm izan *mdm cantik muka cam intan ladyana*
phy 1; mdm habibah yg suka berceloteh
english; mdm wan zeti dgn mdm siva
arab; ustazah syahidah

the next sem. sem 3 first year. jumpa classmate baru. masa ni kami classmate perempuan ada 8 org je. mmg buat puak je lah kan. khai, seha, faz, farah. dan kami berempat. yg lain lelaki conquer. mula2 mmg awkward. tp sem tu pun best. org2 nya pun best. sampai ktorg berbuka puasa sesama satu kelas.. pack lah tu kan? lepas tu mcm2 lah terjadi sem ni. macam2 okay. haha. oh oh roommate aku masih sama di bilik yg sama. masa sem ni lah, aku terkena penyakit gatal. apa ntah nama nya tu. tak bawak mati kut cuma bahaya sikit kot. ntah sem bila aku dgn ana pernah keracunan makan roti berkulat sampai dpt mc. teruk gilaa. tp kelakar. dpt lah merasa mc dekat cfs ye dakk? so this is my lecturers for sem 3.

arab: ustaz nidzam *ustz fofular k* dgn ustaz kadir *ustz kayoo*
english: mdm wan zeti *again!* and sir *oh tidak aku lupa nama tp aku igt muka diaaa. oh tidakkk*
math 2: mdm saayah *mdm yg bnyak nasihatkan kami bagai ibu sendiri*
chem 1: mdm suzana *rindunya mdm suzana!*
comp 1: mdm dayang *mdm org sarawak*

move on. sem 1. *tarik nafas pepanjang* sebelum tu aku sempat join taaruf committee. under webcy yg control malam baiah dgn malam persembahan. so how kami punya presentation junior? thanks to nabilah and azkar yg mengepalai kami. dorg mmg best. best sgt dgn webcy mcm family sendiri! dgn satu committee tu dh mmg rasa mcm family sendiri kut. hihi. okay start a new sem. classmate aku kami berempat masih stick bersama. dan juga farah dan faz. lepas tu dpt jumpa classmate lama yg dulu terpisah masa sem 1 tu. sem ni patutnya aku havoc dgn roommate aku. cuma ada sesuatu yg tak terduga Allah nak uji kan. walau sampai aku dh graduate pun takde penyelesaian namun aku reda je lah. nak buek cemano. Allah tak uji apa yg kita tak mampu kan? walau sebenarnya aku mmg rasa tak mampu nak lalu hari2 aku. rasa give up. rasa takde harapan. rasa taknak teruskan sem. tapi alhamdulillah aku dikelilingi sahabat2 yg positif yg terus memberi aku dorongan tanpa lelah. sbb tu aku sayang merekaaaa. and ni je dlm 2 tahun asasi, classmate aku nak buat jamuan. best woo. bbq dekat blok e. siap solat sana jemaah, persembahan, games dan makan tentunya. sayang gila kat mereka! so this were my lecturers.

math 3: sir zahir hanouf *first time dpt lect obersi*
chem 2: dua kali tukar so dpt mdm faizah
btq: ustaz muhadir hj jol *ustaz fofular lagi. uuu*

and last sem. mula2 nangis jugak sbb takut ambik short sem nak amek phy tp tak jadi. penat je nangis. haha. aku nangis sbb cuti sem first year nak naik 2nd year tu aku tak balik rumah sbb kena jd committee. budak kecik sangat. okay sem ni lain sikit. sbb  igtkan nak down kan. roommate pulak baru sbb roommate lama dah masuk gomak. huhu. so thanks roommate 305 terima guwa; shera, bila dan dayah. as always aku tak dpt nak berpisah dgn shera. herherher. lepas tu shera, faz dgn farah tak sama kelas dah. so first day tu ktorg berhempas pulas tukar kelas semata2 taknak berpisah. alhamdulillah dapat lah walau dua kelas je. again, new classmates. dpt jumpa classmates fizah dulu. so interestic lah sem ni aku rasa. dgn lecturer pun menarik. lepas tu Allah takdirkan hidup aku menemui kegembiraan setelah Dia bagi ujian sebentar. aku masuk usrah. aku ada halaqah. shahira jd murobbiyah. mmg tak tau mcm mana nak gambarkan kegembiraan jumpa akhwat2. berada dlm dunia tarbiyah. ukhwah semanis cadbury. mmg seronok. itu salah satu aku sedih nak tinggalkan cfs. aku takut nak masuk degree. aku takut iman aku tak terjaga. iman aku masih lemah. aku tahu tu. semoga istiqomah. sem ni pun berakhir kelmarin. ahad aku keluar dr cfs. meninggalkan cfs. sebak. sedih. sbb dah tak dpt nak rasai kehidupan asasi dah. tapi kesedihan aku diragut oleh keletah rayyan. hihi. sorry kalau agak racist, tp aku sedih dan aku pasti rindu ustazah ui aku. hihihi. sbb dia sgtlah keibuan sampai bagi kami nasihat, cerita mcm2 kisah family dia, tegur kesilapan kami. she's the best ustzah. dan sbb tu sem ni aku jatuh chenta dgn ui. padahal sebelum subjek islamik, kemain susah hati lagi aku ni. lecturers ni haa.

phy 2: sir shahrul amir *baik tp kalau dia marah mak oi*
comp 2: mdm ruzanna yg comel
ui: ustzah sabariah yg disayangi

oh btw, for my dearest fellow paling sempoi, fellow level 3, mdm rohani amat. gila sporting baikkkk gila.
and fellow masa first year, mdm noraini.

so aku dah senaraikan semua lecturers aku. nasib baik tak payah senarai classmates, ramai sgt tak mampu. haha. 2 tahun asasi dah mengajar aku memacam. banyak sgt kenangan tak ternilai. apa yg aku tahu aku sayang semuaaa nya. yg terlibat atau pun tidak terlibat. cukup lah sampai di sini aku mencoret. ada mood aku coret lagi okay?

nah gambar lelama aku jumpa.





































plan for holiday


okay cuti starts now! sampai masuk balik uia on 2 september. so aku merancang beberapa plan. mungkin aku tidak bekerja. mungkin kerja. entah. tengok mood k.

yang pasti bulan mei ni aku nak lepak2 dulu.
esok nak balik kuching.
rest setengah bulan. 1 jun mai melaka balik.
babysit rayyan sebab kak siti dah nak beranak.

seminggu je, lepas tu insyaAllah aku akan ke suatu tempat yg aku sendiri tak sabar nak tuju. for 10 days. with mama, papa, angah, nenek, anjang nak, cik em and cik jijah. kakcik dok rumah dendiam.
then balik dari sana kita start projek2 kita.

#ProjekBiskutRaya
#ProjekRenovateTudung
#Projek1Hari1Masakan
#ProjekMantapkanIman
#ProjekUpdateBlog *gelak gelak*
#ProjekDiet *eheh poyo*

tu je buat masa ni. apa2 projek ni either aku hapdate kat blog atau insta atau dalam hati dan mimpi. herherher. kbai.

p/s: siapa baca post ni, aku berniat nak tanya, kalau engkorang berniat nak kirim doa untuk aku doakan kat tempat yg aku nak pergi tu, boleh ke twitter @shasyasmin_ atau komen je sini, aku bagi lah pape email ke. insyaAllah.
salam sayang,

babbling


nak tenet oii. haha. aku taip benda ni on the day aku habis exam ui. tapi wifi uia ni ntah pebenda main cak2 dgn I pulak. kah!

okayyy, niat nak tulis ni sbb rasa legaaaaaaa yg amat. Alhamdulillah. beban ui dah lepas. eh lupa, bukan beban okay. feeling nak buat the best, takut lupa apa yg di baca tu mencuakkan aku nak ambik exam. serious weh.

dalam banyak2 sem, dalam banyak2 revision week, dalam banyak2 final exam, sem ni aku rasa paling selekeh. semua angkara ui. bhahaha. sebabnya exam aku rasa dekat2. 5, 8 and 10 mei. aku cuak tang exam fizik tu kot. cuak gilos sbb takut tak sempat nak buat compilation, takut tak sempat consult apa semua. tp ehh, Allah kut yg pegang masa aku. aku cuma tinggal nak urus je. apa susah? tapi masa aku revision week ni tak tersusun langsung. tau2 je dah final week. haha.

yelah, habis je semua kelas, sabtu ahad tu aku dah kat Gombak. ada event dinner. siap jumpa fakhrul unic tu. hahahaha. k sukaaa. ahad tu balik cfs, lepastu ada halaqah terakhir sampai isyak. lepastu jumpa orang. baju yg aku pakai masa hari ahad tu aku pakai dari pukul 10 pagi sampai 12 mlm. 14 jam oi. sumpah penat gila. plan nak buat tuto mlm tu pun terbang kea lam mimpi. bayangkan plan aku nak buat tuto phy chap 11 dr hari ahad tu akhirnya aku buat pada malam rabu. nak cakap lagha nya aku minggu tu. aku tatau lah apa aku buat. rasa mcm lebih tdo je. haih.

lepas tu rasa mcm first time aku tak buat jadual study. walaupun aku tak rajin mana tp nak dekat exam aku buat jadual nak study kot. takut serabut. tp sem ni ntah. aku main gamble gila ikut otak nak study apa. sebab tu rasa masa terhad semacam je. ahahahahaha. tapi nasib baik once after exam ui td, rasa dah boleh plan nak study apa. and mcm biasa aka nada satu hari aku akan stay up gegila tak tdo malam. satu hari je pun. tapi tatau bila. plan dah dua kali tp first tu rasa mcm tak payah, second tu ttdo pukul 11.30. benda ni pun hanya akan terjadi bila aku rasa masa aku makin singkat. mcm fizik nanti tu lah. haih. cuak.

paling part tak tahan, aku sanggup tak angkat baju kat ampaian sbb takde masa nak lipat. sbb rasa masa nak belajar ui tum akin terhad. sebenarnya kelakar je aku. pemalas ckp je lah kan. hahaha. aku kalau lipat baju mau berejam weh. so aku amek keputusan utk biar di ampaian. sbb kalau aku letak kt bilik aku rasa sesak dan semak. tp last2 sbb takut ada bau kepam ampaian, maka aku angkat dan letak atas katil au. letak je dan cover dgn selimut. walaupun aku tak lipat tp aku still tak suka benda tu semak situ tu. and today, habis exam ui td baru aku lipat semua baju yg dah seminggu kering. duhh, kesian gila laki aku. haha. tak lahh, masa exam je aku buat mcm tuuu.

lepas tu nak pack barang tp mood seronok tak dapat lagi. sbb tak dpt nak pack semua lagi. so jd stress. haha. aku ni mmg suka sgt stress sampai nak pack barang pun stress sbb nak pkey mana satu nak bawak balik rumah, mana satu tinggal je kt Melaka. tu benda yg sgt stress tau takk?? betul -..-

last2 sbb stress td bulih pulak rasa sedih, tak tenang, sunyi, sayu semua ada. punca kuasa nya tak tahu dtg dr mana. lepas tu terigt pulak kawan yg dah pegi tinggalkan aku tu kan. aku terbaca blog aku taip tp tak post. aku tulis ‘pengakhiran tetap sama, kau pergi tinggalkan aku jugak’. sedih siot bila igt. tp malas dah nak layan perasaan. bak kata shera, “nanti kau doa lah kat sana supaya kau dgn dia berbaik. mesti makbul.” insyaAllah itu akan aku doa kat sana kelak. so aku bawak lappy lari ke port peberet which is sofa level 5, kalau tak ada aku pegi sofa level 6 pulak. dua level ni je ada sofa. yg lain semua kerusi kayu berlambak. termasuk kt level aku. tengokkk, aku dah bebel merepek2 dah. dah lah. bye.

eh jap, nak kongsi satu cerita. aku dilemma nak buat apa cuti 3 bulan ni. aku nak duit, nak kerja tp kalau ikut pengalaman kerja aku lepas spm yg hanya bertahan 2 bulan tu je. aku sedar aku tak suka kerja sbb kerja amek life aku utk bersuka ria. hahahaha. alas an mcm tak matang langsung. tp betul lah. aku tak jumpa kerja yg aku betul2 minat nak buat. so last2 aku plan nak buat kerja baking as I loveeeee baking so much. maybe aku nak buat cookies raya sbb masa tu nak raya dah kann. cuma takde customer lagi. takpe, kita attack officemate mama kat maktab tu. eleh, students mama pun ramai mcm elok sedang je. kita promote kt ofis papa, kawan angah, maktab kakcik. haa kira cantik dah plan tu. semoga Allah perkenankan impian ini :)