skip to main |
skip to sidebar
"Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui." [29:64]
11 jun 2014 (rabu) ; 2234 waktu madinah
Tadi kite jumpa kak lilo peers sekali dgn budak comel yg ckp puyuh tu itik. Hiks. Dah tu je.
Sekarang baru mood serius. Sentap sebenarnya bila teringat balik. As in terasa sgt lah tak berguna. Tak sure dgr dr siapa. Rasanya mutawif bas td.
Kisah nya semalam. Nak masuk raudhah balik so we try nak masuk lepas isyak. Tak sangka pulak ramaiiiiiiiiiii sgt org nak masuk sana. So tunggu punya lama turn tu kan. Siap setiap perhentian, aku boleh tdo lagi nak tunggu, nak kena tahan wudhu' lagi. Lagipun jam dah pukul 10. Mestilah mengantuk sbb sy masih anak jati mesia yg masa tu mesia pukul 3 pagi. Tunggu punya tunggu, lama2 rasa nk redha. Rasa cm tak dpt masuk pn okay ah Dgn ramai org mmg confirm berhimpit punya. Lepas tu bila dpt masuk, berhimpit sat. Tak, lama sebenarnya. Tolak2, asak2 semua ada. Lepas tu mmg bersyukur lah kan dpt solat situ. Walaupun masa solat tu berapa kali kena tolak sampai nak jatuh. Tempat sujud mmg ciput. Rasa nak sujud lelama cium taman syurga tu ha. Disebabkan masuk raudhah, tdo mlm tu pukul 12 lebih. Subuh esoknya mmg tak dpt bukak mata langsung! Nampak tak jahil nya manusia tu?
So bila mutawif cerita. "Tak apa lah kita berasak2 sebentar. Demi pengorbanan kita pada rasulullah." Ssapp. Terhiris jantung hati limpa. Punya lah jahil gila semalam taknak berkorban demi nak solat dkt dgn maqam nabi. Sungguh lah manusia ni, selfish sgt. Padahal kalau bkn pengorbanan rasulullah, kita tak dpt nak rasa nikmat islam pun. Takdenye nak buat umrah maceni. Kan?
Sebab semalam lah tu, mlm ni solat last kat nabawi mcm2 benda berlaku. Allah bayar cash en kat sini. So tu je lah kisah mlm ni. Esok nak gi buat umrah pulak. May Allah ease.

10 jun 2014 (selasa) ; 1648 waktu madinah
Hari aku nak cerita pasal kegembiraan. Satu Alhamdulillah visa cik em dgn cik jijah dah lulus so dorg shud be dh sampai jeddah waktu ni. Lepas tu esok aku jadi join buat ziarah luar tambahan ke medan megnet. Aku mmg nak sgt tp mama tak kasi if takde org teman dan mama taknak bayarkan. Heh. Luckily angah pegi with his friends so aku main aci redah tempur nama dia. At least berbaloi lah duit 25 riyal nak ke medan megnet, masjid quba dgn masjid qiblatain.
Lepastu pg td ada ceramah agama sikit. Aku yg ngantok tetiba segar tatkala ustaz tu ckp pasal lahwin awal. Dia kata para ibu benarkan anak kawen awal so that anak tak tanggung dosa maksiat. Tapi tapi aku bknnya ada calon pun kan. So dok dendiam belajar ye dak? After that dia bg taklimat umrah sbb lusa ktorg nak ke mekah dah. Kena terus buat tawaf once sampai baitullah walaupun masa tu tetengah malam bak kata mutawif. Takpe, Allah tak berkira pun bg kita oxygen 24/7 kt kita en?
Haa, mutawif kite hensem-baik-penyabar-untung-siapa-dapat. Semalam ktorg buat lawatan luar, ktorg asyik dok langgar masa yg ditetapkan smpai dreber bas pun marah. Iye je. Entah dlm bahasa arab aku taktau. Siap kalau tak ckp, mutawif turun bas and cari siapa yg takde. Lepas tu takde langsung dia kata "lepas ni tolong tepati masa ye" or "sy taknak dah ada org lmbat masuk bas pasni." TAKDE WEH. Apa yg keluar dr mulut dia semua ilmu berguna walau aku tertdo dlm bas sbb penat. Disebabkan masa ktorg tak tepat tu lah lastly, ktorg just lalu masjid qiblatain je. Tak sempat singgah. So ohsem tak ustaz iswan harahap kite tu? :3
Then td jumpa sorg ni muka malaysia habis. Tp dok asyik gila ckp arab wohoo. Tp tgk cara dia solat pakai mazhab syafie kuts. Last2 dia tanya org mana. Aku pun tanya lah balik. Rupanya dia org aloq setaq kedah tp lama dah dok madinah sbb kawen dgn org sini. Wohoo. Coolio gila k. Aku sgt sukaaaaaa siapa yg duduk sebelah aku then ajak berbual walaupun dlm bahasa arab yg langsung aku tk paham. Smlm siap offer lip gloss lg dekat org indon. Hehe.
Lastly td ada sedikit perselisihan. Mmg lah tak gembira. Cuma sbb berakhir dgn cepat kan. Masing2 mintak maaf. Tak senang tau nk gaduh kat tempat org. Tanah haram pulak tu. Adegan simple je kot. Adegan kecik hati je. Nasib baik dah okay balik lepas tdo pas zohor td. Hewhew.
So sekarang aku masih mencari jodoh disini. Puih. Tipu jaa. Kbai.
8 Jun 2014 (Ahad) ; 1412 waktu madinah
Alhamdulillah. Bertemu di tinta kedua. Semalam and today was great. Banyak menguji tentang tajuk di atas iaitu kesabaran. Just listen to my story okay.
Semalam flight selama 8 jam 10 minit. Lepaih tu tunggu bas kt airport jeddah. Sempat solat maghrib kat sana. Bertemu lah mereka yg lain mazhab. Awesome gila oi. Lepas dh naik bas dlm pukul 7.50 waktu jeddah. Bas nak ke madinah selama 7 jam. Jumpa mutawif ktorg which is nama iswan from medan. Dia best! Dah 2 jam lebih perjalanan berhenti makan jap. Sedap ohoii. Ehehe. Masa tu kesabaran teruji. Bontot kematu dok duduk je dr flight sampai naik bas. Nak merungut tak sampai hati tau. Allah dh panggil jadi tetamu tu bukan senang. Ni ada hati nak merungut pulak kan? So last sekali sampai hotel, mubarak silver pukul 1 pagi waktu jeddah which is 6 pagi waktu msia. And ktorg baru nk masuk bilik, tdo patploh minit lepas tu mandi ready for first solat subuh jemaah dekat masjid nabawi. *saje nak ckp yg aku pakai jubah yg sama for abt 29 jam*
Masa tu masyaAllah. Penuh sangat2. Belum azan subuh mmg dah sesak. Rasa mcm islam sgt kuat masa tu :'). Dengan benda wajib yg aku buat sebelum dan selepas masuk saf. Iaitu minum air zamzam. Banyak sgt. Memang takyah nk berebut lah. Pendek kata masjid nabawi mmg tak sunyi dr manusia lah. Polis yg jaga tempat perempuan was coolio. Pakai jilbab eh yg nampak mata je tu. Cantik. Sambil jerit "tariq tariq" sbb mintak org bg jalan.
Next stories dekat raudah. Raudah adalah tempat antara maqam rasulullah dan mimbar baginda. Rasulullah pernah berkata yg kawasan itu adalah taman syurga. Malah bila kita berdoa, rasulullah turut mengaminkan doa kita. Dan doa rasulullah sentiasa diperkenankan oleh Allah tau. So nk dijadikan cerita, raudah ni tak besar mana, dia dlm masjid nabawi yg ditanda dgn carpet hijau. Sebelah kiri tu ada maqam rasulullah, saidina abu bakar dan saidina umar al khattab. Lepas tu wanita nk masuk ada waktu2 tertentu. Lelaki boleh masuk bila2 masa. Tu yg ni semua berasak2. Can you feel?
Nak cari tempat solat pun tak senang tau. Aku rasa aku dh penyek kot kat situ. Tp keep doa supaya Allah ease. Dan alhamdulillah ustazah yg bimbing tu asyik bawak aku ke depan dan last2 dpt dekat tempat afdhal iaitu dkt dinding putih. Walaupun tak depan sekali. Masa solat tu alhamdulillah takde sampai jatuh. Kena tolak sikit tu biasa lah. Lepas tu sempat baca doa raudah dekat dpn tu. Masa tu gembira tak terkata. Bersyukur. Yg penting sabar dan jgn merungut. Allah akan tolong kalau kita berniat yg baik2. Walaupun masa tu terpisah ngan mama, nenek ngan anjang nah. Lepas abt 20 minutes pusing2 jumpa jugak. Alhamdulillah.
Sekarang tgh tunggu nak g masjid ready for solat asar. Asar masuk pukul 3.41 tp kena pegi awal or else sesak. Ni belum kisah nak tawaf dekat kaabah. Semoga Allah permudah. Sbb seriously, aku bkn org yg suka keadaan sesak. Dan kalau berhimpit, aku akan jd patung tak gerak. Aku biar je org nak buat apa --'
Madinah mmg panas tahap bibir kering dan takde lip balm ni. Aku kan dh jadi gila-gincu-dan-dah-buang-semua-lipbalm. Hehe. Nasib baik ada obat penawar. Air zam zam kan hado. Betul kakcik ckp, panas dia sampai peluh yg terkeluar dah sejat balik sbb panas. Waktu mlm kemain berangin. Tp angin panas ouh! Tp igt, jgn merungut kan? Nikmat Allah dh terlalu banyak ni. Panas tu kan nikmat jugak en?
Okaylah. Gtg. Nak sesiap. Oh ye, makanan kt sini sedap sgt. Agak pedas rempah ah. Org indonesia yg masak. Hehe. Kbai. Till we meet again.

7 jun 2014 (sabtu) ; 1407 waktu malaysia.
So here i am. In the flight. To jeddah insyaAllah. Hanya dgn izin Allah. Sekarang kapal terbang ni mcm roller coaster. Sbb cuaca kurang memuaskan. Semoga Allah permudahkan.
Okay now i want to share the story. I've read it just now. Sabda Rasulullah s.a.w, "Jemaah haji dan umrah merupakan tetamu Allah yg mana Allah telah mengundangnya dan mereka memenuhi panggilanNya. Mereka memohon kpd Allah dan Allah permintaan mereka."
Then i realised. Allah yg jemput aku menjadi tetamuNya. Aku memohon dan Allah perkenankan. Alhamdulillah Allahuakbar. Terima kasih Allah. Then i want to talk abt rezeki. Benda ni semua memang nama dia rezeki. Rezeki dr Allah. I just want to share my story.
Tahun 2012 dulu dh plan nak pegi umrah. Tp disebabkan tarikh tu sama dgn tarikh dftar uia, so aku kena tinggal. Sedih. Tp masa tu aku sendiri rasa aku belum ckup ready. Rezeki takde mase tu kan. Allah kan Maha Mengetahui. Lepas tu mama plan kali kedua, once after i finished my foundation. Masa habis uia mmg eksaited nak pegi. Lain feeling dia dgn 2 tahun lepas. Nak dijadikan dugaan nya, ada masalah visa. System down dekat arab saudi sana. Semua visa bln jun belum dikeluarkan. Sdg kan flight aku shud be on 7th june. Andalusia said kalau visa tk approve jugak so cancel and can refund money or postponed to bulan dis. Mama mmg confirm choose to postponed tp masa tu aku dh degree. Aku dh terbyg tahun 2012 punya tak jadi tu. Mmg aku rasa down, rasa Alah taknak bagi rezeki dekat aku utk ke sana. Masa tu mmg sedih, pasrah, reda. Tp kami teruskan doa. Flight ke kl mmg dh book awal. Ktorg masa tu kat melaka. Dan Alhamdulillah, Allah bagi rezeki dan peluang pd kami. Dpt call masa 5 jun, 2 hari before yg visa kami baru keluar. And penerbangan 1 jun smpai 5 jun semua dibatalkan, visa takde. Mmg dugaan tp manis dia masyaAllah. Sampai td pihak andalusia *package aku* ckp masih 6000++ menanti visa mereka.
Dan alhamdulillah aku sekarang berada dlm kapal terbang. Baru lepas mkn nasi lemak. Gila lapar woih. Haha. Menanti masa nak solat dlm plane. Pengalaman yg indah.
So cnclusion nk ckp rezeki nak jadi tetamu Allah ni mmg Dia yg pegang. Trust Him. Have faith in Him. InsyaAllah aku akan doakan kalian depan kaabah kelak agar semua m
uslimin muslimat sempat menjadi tetamuNya sebelum kembali padaNya.
