"Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui." [29:64]

19 June 2014

Tinta Musafir #8 : Selfish


14 jun 2014 (sabtu) ; 2229 waktu mekah

Hari ni aku rasa sangat selfish.

Pentingkan diri bila mahu keadaan yg sentiasa luas dan selesa. Padahal masjidil haram milik semua orang. Milik orang islam satu dunia. So why should i? Haih. Entah. As i said, aku tak suka tempat yg ramai org. Tapi kat sini mana boleh. Sini semua kena kongsi. 

Thats why aku rasa sgt pentingkan diri. Feel me rite? Lepastu kalau dh dpt saf yg seronok, mesti payah nk kemana2. Mcm smlm stay dr solat asar. Tp masa maghrib angah ajak keluar. Lepas tu nk masuj isyak bkn boleh dpt saf cantik tu lg. And td masa maghrib gak, mama ajak tawaf sunat. Aku dh buat muka susah hati takut tk dpt tempat solat isyak. Mama kata, kat mana2 pun boleh solat. 

So after tawaf gila padat td tp alhamdulillah selesai, cari tempat nk solat sunat tawaf. Mula2 kt dpn dh kena halau, so aku pegi belakang join ada org solat kt tmpat air zamzam. Pastu ktorg solat isyak kt laluan nak ke tempat saie. See? Kt memana boleh solat. Mcm siang td masa saie, pastu azan zohor. Ktorg berhenti jap and terus solat kt tmpat saie. Mmg penuh. Org yg tgh kerja construction semua masuk solat. Terharu sebenarnya situasi tu. First time rasa saf laki ppuan sebelah2. Aku bebetul saf belakang lelaki. Nasib baik tak sebelah. Pendek kata kat memana pun selagi dlm masjidil haram, bila time solat mmg semua tu sesak jd tmpat solat. So lepas ni aku tekad utk tanak selfish dah. Tinggal a few days lagi :(

Okaylah. Need to sleep. Bye. 

P/s: sekarang my bestfriends are lip gloss, moisturizer muka and lotion badan. Now tetiba ada bintik2 merah mcm nak cari bestfriend sabun gatal pulak. Hew.


Tinta Musafir #7 : Alhamdulillah umrah selesai


13 jun 2014 (jumaat) ; 1039 waktu mekah

Alhamdulillah. Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar walillahilhamd.
Semalam selesai umrah wajib yg di pandu oleh mutawif, ustaz iswan. Sampai hotel pukul 9. Gerak dr hotel ke baitullah pukul 9.50. Beda amat ya dgn madinah. Sini mesjid nya ya agak jauh jugak perjalanan *baca pakai bhsa indon*.

Mula2 sampai zam zam tower tu, tgk lah masjid baitullah masyaAllah besar sangat. SubhanAllah. Cantik. Sebelah masjid tu pulak ada istana raja yg aku tgk mcm sebuah bangunan empat segi je. Masuk2 je nampak kaabah. Pergh masa tu terkaku terkagum tergamam semua ada. Mutawif terus bawak pegi tawaf. Masa tu mmg cuak ah nak statickan bahu kiri jgn berpusing. Tawaf okay lah. Tang sempit hanya sampai lampu hijau dgn maqam nabi ibrahim. Habis tawaf, ust bawak ktorg berdoa and solat sunat ihram. Pas minum air zamzam, pegi masa'a utk saie pulak. Tang saie ni terpisah dgn rombongan. Sbb ktorg bawak nenek so lambat sikit. Saie aku ckp mmg penat. Dgn ramai org. Berpeluh weh. Tp alhamdulillah selesai. Ini penat pun dikira okay tau. Cuba ambil ibrah dr siti hajar dgn nabi ismail. Dh lah panas terik. Pahtu jauh oh nak jalan. Last2 Allah ada kan air zamzam di kaki nabi ismail.

Last sekali bertahallul. Plan nye nak suruh nenek guntingkan. Tp last2 gunting sendiri aje lah. Tak susah. Baca doa, ambik rambut belakang gunting. At least 3 helai tp disebabkan aku tak nampak rambut, kena masuk gunting dlm telekung maka berhelai helai rambut aku gunting. Hehe. So Alhamdulillah habis lah umrah wajib ktorg. Habis je tu ust nak bawak balik hotel. Masa tu dh nak pukul 1. Tetibe nk pegi balik pintu no 1 cari kasut dh tak jumpa. Pendek cerita kasut ktorg semua hilang sbb tak bawak sekali masa kerjakan umrah tu. Cari punya cari tak jumpa. So kena beli kasut baru tp aku tak. Sbb dh ada kasut spare dlm hotel. Kira tamat lah riwayat sandal tahan lama aku beli kt melaka tu. 

Sampai bilik hotel je dah nak pukul 2. Nasib baik dah solat jamak takhir before turun buat umrah tu. Sampai2 je ktorg mkn nasi arab yg patutnya tu mkanan berbuka tp disebabkan tak sempat, tu jd makanan sahur terus sementelah hari ni kan nisfu syaaban. Mmg tak salin jubah putih tu terus masuk tdo. Bangun subuh mmg tak larat nak ke masjidil haram. Solat dlm bilik pastu sambung tdo. Bangun balik pukul 8.37 pagi baru sempat nak bukak bagasi kemas barang. Harharhar. Japgi zohor pun tak pegi gak sbb hari ni solat jumaat. Mesti padat en. So nty asar baru pegi. InsyaAllah.

So nak rehat dulu. Bai.

Tinta Musafir #6 : Logik Akal


 12 jun 2014 (khamis) ; 1921 waktu dlm perjalanan ke mekah

Betul lah. Tetibe terus terigt pasal masa belajar understanding islam. Tp tak igt bab mana. Yg aku igt, islam takde pasal percaya membabi buta. Islam tak pernah suruh muslimin muslimat utk mengikut segala benda sesuka hati. Sbb Allah dah beri kita akal utk berfikir di mana logiknya. Islam mengamalkan reasoning. Tu yg aku dok pkey pasal ni td.

Kisahnya bermula di toilet wanita. Mama nk ambil wudhu'. Tetiba ada ibuk dr indonesia berkata kuat tp tak tuju kan pd mama. Dia kaya "kita ni masih dlm ihram jd langsung tak boleh bukak aurat. Aurat kena sama mcm dlm solat." Kira cm stokin langsung tak boleh bukak. Tp katanya masa mandi boleh sbb sorg2 dlm bilik air. Wuisy, aku terus mencari kebenarannya. Berfikir cuba mncari logiknya di mana. Setahu aku, aku tak peroleh di mana2 pulak pasal benda tu. Tp akal mula lah gelisah as in "eh betul ke sumeni."

Balik bas aku terus cek 13 pantang larang dlm ihram. Tp tak jumpa pulak -_-! Yg aku jumpa masa tawaf tu ye lah kena tutup aurat. Lalu otak mula mencerna. Kalau lah betul kena jaga aurat spt dlm solat semasa tempoh ihram, lalu gimana nak ambil air wudhu' dlm toilet? Langsung tak boleh bukak stokin, handsock, tudung? Laki boleh lah ckp, aurat dia sedikit. Tak kacau anggota wudhu' pun. Lagi aku tak boleh terima kalau lah perempuan yg niat bersyarat means dia dlm haid. Tp dia pasti haid dia habis before dia tinggalkan mekah. So dia dlm ihram yg sgt lama selagi tak suci dan buat umrah lagi kan. So mcm mana tiap2 hari dia nk tdo? Kena lengkap semua bertudung litup ke cemana? 

Islam tak membebankan umatnya kan?


18 June 2014

Tinta Musafir #5 : Tanah Haram Madinah alMunawarah


12 jun 2014 (khamis) ; 1515 waktu madinah

Sekarang dah kat luar madinah, dah dekat bir ali. Tempat bermiqat umrah. Cuak nak jaga pantang larang dlm ihram. Tp bak kata mama, bismillahi tawakaltu 'alallah.

Seiring dgn rasa gentar yg mendlm, ada jugak rasa sebak. Sebak nak tinggalkan madinah, tinggalkan masjid nabawi, tinggalkan tempat rasulullah. Seriously, aku dah jatuh cinta pada madinah.

Jatuh cinta pada orangnya.
Jatuh cinta pada tempatnya.
Jatuh cinta pada semuanya.

Bila sujud terakhir dekat masjid nabawi, terasa sebaknya. Nak2 masa baca doa wida'. Doa nak tinggalkan madinah, nak tinggalkan maqam nabi. Allahu, tempat itu sangat sempurna. Bersih, selesa. Semua ah. Makanan lagi semua sedap. Hihi. 

Masjid nabawi was the sweet mosque. Sbb asing laki perempuan tmpat solat. Dekat baitullah nty campur2 solat. Dorg kata sweet sbb suami akan hantar isteris, then habis solat lelaki ramai berkumpul nak tunggu isteri memasing. And i hope akan ada yg tunggu aku di situ suatu hari nanti *genggam tangan ke puncak*. Walaupun panas sampai bibir kering, kulit muka menggelupas namun kegembiraan nya itu hanya org tu dpt rasa sendiri. Sekarang aku paham knp org yg balik dr madinah asyik dok ckp rindu2. Aku igt mereka poyo rupanya aku sendiri yg poyo. Eheh.

And orang2 sini semua peramah walaupun mereka ramai je dr indonesia, china ada, turki, iran. Walaupun kdg2 aku tak paham mereka ckp apa. Biasalah, arab aku takat level 2 je. Tp sini dorg lagi hebat kot ckp bahasa malayu. Dok ckp "ibuk ibuk sini ibuk. Malayu malayu." Part penjual "masuk kakak masuk, murah murah sepuluh ringgit." Aku nak berckp arab pun berhabuk. Hebak dorg. Tu salah satu taktik bisnes yg sgt bagus i think. Sampai aku kat sini ckp bahasa melayu je. 

Budak2 kecik semua comel weh. Rasa cm nak kahwin dgn org arab je. Tapi emm tetiba mutawif ni kachak pulak dgn pakaian ihram nya. Ustaz iswan ni indon kut sya. Sejak bila berubah ni? Luls. Seriously, tgk mereka lelaki semua sama pakai kain ihram, tak pakai kopiah, semua nampak berseri. Muka terpancar iman je.

Bak kata mama, pilu tgk bilik kat hotel madinah td. Sbb tatau bila lg nak sampai bumi madinah. Bila lagi nak jumpa rasulullah. Tapi takpe, bila Allah dah jemput nty, insyaAllah ke sini lagi. Walaupun skrang masih tak percaya yg aku dh habiskan 6 hari kat madinah. Mula2 rasa lambat sgt masa berlalu. Tetiba tup2 nak ke mekah dah rini. Tp mmg rasa lambat pun sbb skrang musim panas so siang lebih panjang. Subuh je masuk pukul 4, maghrib pukul 7. Balik subuh td aku tdo dh set jam nk bangun pukul 8.30. Tdo lama and lena gila tp tetiba tgk jam baru 7.30. Berkat madinah mungkin?

What can i say, i do ♥ this barakah land. This illegal land. Okaylah, kena tdo sekarang. Recharge energy. Sbb mungkin tawaf mlm ni nk dekat tgh malam. Depends pukul berapa nk sampai mekah. Aku pukul seploh pun dh ngantok mcm hapa. Semoga Allah permudahkan umrah wajib hari ni.