"Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui." [29:64]

10 January 2016

Day 10 of 366: Pilihan

Happy birthday Anna!

Assalamualaikum. Naa this post is not for anna. Bhahaha. Saja nak luah rasa.

Sem ketiga aku ni aku masuk subjects majoring aku for the first time. Tak bohong, susah. Lama sangat nak adapt. Lepas lalu semua exam2 ni. Aku rasa aku teruk. Aku rasa mcm ada paper yg aku kena repeat. First time in my life. Repeat. Haih. Aku tak tahu mana pergi shasya yg kat cfs dulu.

Tp aku sedar prestasi aku mmg teruk. Nak salahkan siapa? Mestilah diri sendiri luls. Sebenarnya en. Aku taknak result aku buat mak aku rasa kecewa. Mama punya expectations dekat aku sgt tinggi. Sampai aku lemas semacam bila result drop.

Dan aku taknak mama rasa major biotech ni tak sesuai. At first place mmg aku yg nak. Bila lama2 aku figure out aku tak lah minat sgt. Tp before ni dari sekolah tak pernah ada pilihan pun. Okay je belajar subjek2 baru. Even mama suruh aku amek aliran sains. Aku okay je with biologi apa semua.

Lepas istikharah dan berperang dgn perasaan sendiri selama dua sem awal. Aku masih disini di major yg sama mengharap mmg rezeki aku di sini. Yg sebenarnya aku sendiri tak yakin dgn mimpi aku after istikharah. Alah kdg2 kan bkn setakat mimpi je boleh jd penunjuk. Sbb if mimpi aku jwpn kpd course yg aku patut ambil, aku rasa mak aku mesti tolak. Hahaha. Bukan setakat tukar major je weh. Tukar couse kpd ICT terus. Yes itu petunjuk based on mimpi aku. Dua kali aku mimpi programming dan tbh aku mmg minat programming. Tapi aku rasa lari jauh sgt dr apa yg mak aku expect, so aku stay diam2 dlm biotech ni.

Dan aku masih berdoa agar jalan aku pilih ni tak salah. Aku tau Allah akan bantu kan? Biiznillah. Doakan ya?

09 January 2016

Day 9 of 366: Mimpi

Assalam hai people.

Exam dah habis kelmarin, boleh lah naip banyak2 lepas ni.
Third sem dah habis Alhamdulillah.
Doakan result aku okay. Sbb aku rasa tak okay dah ni.
Otw to Kuching. Masih atas langit.

Despite all that, aku nak cerita pasal mimpi. Can i?

Aku belek balik blog aku. Rupanya tanggal 1 december 2012 aku ada tulis pasal mimpi. Tajuk dia hanya sesaat aku jatuh cinta fulamak power nya tajuk. Rasa nak muntah baca haha. Tapi serius ah. Mmg mimpi tu buat aku jatuh cinta. Masa tu aku mimpi aku baru kahwin. Aku tak kenal siapa dia. Dlm mimpi tu aku cam kahwin aturan family lah kononnnya. Tapi aku tgk muka dia masa dlm mimpi tu. Dia pakai baju melayu coklat kain mcm dull satin. Tp masa aku bangun tu aku rasa tenang gila. Bygkan aku bangun senyum? Pergh pergh pergh. Masa tu sumpah aku rasa aku jatuh cinta dgn suami aku. Suami mimpi lah tapi.

And second day of 2016. Aku bermimpi lagi. Dan seolah sambungan utk mimpi aku yg 3 tahun 1 bulan lepas. Aku mimpi dekat library uia. Aku dgn laki aku bincang pasal nak stay mana sem dpn. Tapi yg lagi penting mimpi tu kannnn. Omg patut ke aku cerita kat sini? Yg aku pegang tangan laki aku masa mimpi tu? Dlm mimpi pun aku rasa bahagia first time pegang tangan laki. Dosa tak eh? Lagipun tu kan suami aku. Walaupun suami mimpi. Hehe. Tapi lepas tu aku rasa tenang weh. Sama mcm aku rasa mimpi pertama tu. Senyum lepas bangun. Everytime igt boleh senyum cemana ni? Haha.

So suami yang dalam mimpi saya, awak dekat mana? Moga awak memang jodoh saya sebab saya dah jatuh cinta dekat awak since dalam mimpi lagi tau. Semoga awak real dan bukan hanya dalam mimpi. Semoga kita jumpa one fine day. Bila saya rasa tenang jumpa awak, i know you're the one. Stay there leklok eh.

13 December 2015

Dah nama pun manusia

Assalamualaikum. First time pulak tajuk aku panjang gini. Selalu nak buat satu word. Acah misterius lah konon.

Aku nak menulis ke-tidak-puas-hati-an aku bila selangor umum cuti senin sbb bola menang. Aku lupa siapa yg cipta trend menang bola, cuti ni. Yang Kelantan menang tu kan? Ntah zaman bila aku bukan kaki bola tu. Tapi sekarang dh jadi trend pulak. Asal menang je cuti. Kalau lah team bola Malaysia ni hebat aku rasa Malaysia cuti sokmo ni hmm. Haha.

Kedua. Kenapa nk bg cuti? Yg penat tu pemain bola je. Yg tak main pun dpt cuti kenapa? Contohnya aku. Aku tak main, sokong pun tak. Tapi aku dapat cuti. Okaylah, maybe demi peminat yg berkorban masa turun stadium sokong, turun mamak sokong. Tapi mlm ni sabtu. Esok ahad. Boleh rehat. Bukan kerja pun esok kan?

So aku conclude ni sejenis 'nazar' kot. So nak taknak bila dah menang, kena lah cuti kann.

Sebenarnya siapa je tak suka cuti en? Aku suka. Tipu lah kata tak suka. Padahal cuti weekend pun rasa bahagia amat. Ni pulak lagikan senin yg selalu bermula dgn blues. Cuma masalah aku sekarang, minggu dpn dah last week belajar. Dan banyak benda tak setel lg dan tolonglah aku taknak kelas ganti dah aku sepak nak?

Semester ni paling banyak cuti aku rasa. Cuti jerebu. Dan so on. Dan semester ni jugak paling banyak kelas malam sbb asyik dok ganti. Sampai aku rasa sebu. Nak muntah dah hadap kelas ganti semedang.

Sebenarnya kalau uia tak buat cuti senin ni *acah ingkar* pun aku okay je. Walaupun mestilah ramai bash sambil heret kaki pergi kelas kan? Dan satu lagi, kalau balik khamis ritu pun sodap cuti panjang. Ni eden dah kat uia ni cuti panjang buat kaki rasa gatal nak keluar habiskan duit mak ayah je ni. Hailaa.

Dan aku nak cakap dah nama pun manusia. Bg cuti marah *bukan aku k*. Tak bagi cuti lagi lah mengamuk. Tak pernah reti nak bersyukur kan? Hai manusia.

Conclusion dia just nak cakap Tahniah Selangor utk kemenangan itu 🎊🎉

03 December 2015

Aku


Kali ni terpanggil untuk aku menceritakan perihal diri aku. Siapa yang panggil? Aku sendiri lah kekeke. Walaupun takde sape panggil eh biarlah ni belog aii k.

For those yang first time jumpa aku. They will expect yang aku ni pendiam hiuhiuhiu. Bukan sekali aku kena. Banyak kali orang kata aku pendiam *muka inesen* Sebabnya aku tak bising dengan orang yang aku baru kenai. Aku bkn friendly. Dgn strangers aku introvert. Except within strangers, ada orang yg aku kenal maka i can talk with the strangers.

makin lama aku kenal diri aku. aku rupanya sgt dependent dgn kawan. If takde kawan, aku jd tak seronok. sbb tu nak buat pape, kena ikut kawan join. hmm. aku tau sikap ini sangat tak elok ye kengkawan. bukannya nanti lepas kawen, kawan kau still kat tepi kau *opps*

So sebenarnya nak cakap aku bukan pendiam. sgt tak. bila kau rasa aku bising, means aku dah boleh ngam ngan kau. sbb kau boleh tgk sisi aku yg lain. pehe dop?

main point aku sebenarnya nak cakp dont judge aku dr luar. dr luar kau boleh kata aku pakai handsock, pakai stokin, tudung cam ajet2 labuh. tp percayalah aku bukannya golongan yg sopan. yang lemah lembut. tak. sangat tak.

aku tahu aku annoying.
aku tahu aku gelak kuat.
aku tau aku kasar.
aku tau aku over.
aku tahu mulut aku jahat.

"kenapa luar kau nampak macam muslimah tapi dalaman kau emm tak macam muslimah pun?"

"daripada aku berdosa luar dalam, at least luar aku dapat sumbang pahala sikit utk cover dalaman aku. bagi lah aku baiki satu-satu dulu."

luar aku nampak baik, dalam aku masih berusaha improve sikit demi sikit. kau jgn lah expect aku baik. bila background aku hanya biasa2. aku sekolah keyel. persekitaran keyel. kau agak? 

Thats why people said never judge a book by its cover.

salam sayang,