"Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui." [29:64]

08 June 2016

Catatan Ramadan Day 4: Anak


Heyya. Dah habis 3 kali puasa Alhamdulillah yeay!

Td en masa kat masjid, bising ya ampun dgn suara kanak2 kecik baya rayyan nanad gitu lah. Dia lari2 dekat atas sejadah org tengah solat. Lari yg ulang alik mmg power ah. Dan aku salah sorang yg tgh solat tu. Nasib baik masa sujud dia tak pijak kepala aku. Takkan nak tarik pulak. Dia bukan anak aku pun kan? Sampai lah announcement ntah siapa org masjid lah suruh mak2 yg bawak anak tu jaga sikit anak dia dari bising sbb menggangu. Dpt bayangkan bising yg cane sampai jemaah lelaki yg bising? Yg aku kat jemaah perempuan tahan sabaq je mampu. Lepas tu hilang bunyi budak bising, ganti dgn bunyi budak nangis. So kau dah boleh expect lah apa mak dia buat kt anak dia kan?

Persoalan dia, kenapa mesti perempuan yg bawak anak? Mana pak budak tu? Alah mmg standar mmg anak, mak yg jaga nye. Eh tu bukan pointe utama cerita ni. Tu cerita tambahan yg aku tertanya je.

Sebenarnya aku just wondering, elok ke tak sebenarnya. Mestilah helok mak bawak anak pi masjid, boleh kasi suasana solat jemaah kat anak. Tapi kalau anak2 bising sampai ganggu jemaah? Pahala mak yg niat nak jemaah kena kacau tak dek anak dia? Yelah anak bukan berakal sgt. Budak2 gitu mmg kerja nak main je. Dia mana pernah kisah org larang. Rayyan tu pun aku larang pun makin dia lawan. Mmg sampai geram sampai aku terpukul tangan dia. Alah pukul manja je lahhh aku tak lah kejam sgt hehehe.

Aku rasa better mak2 ni dok je rumah teraweh kt rumah. Sbb bukan nya salah pun kan? Nak pahala jemaah, kau drag laki kau sekali jd imam teraweh kt rumah haaa kan ke keluarga bahagia gituuuw!

Tp if aku pun, aku nak solat masjid. Feel dia lain. So cane aku nak bawak anak aku? Mungkin tunggu besar ket baru bawak. Alah berkorban lah sikit en. Takpun bawak sekali kerusi makan anak then kau dudukkan anak kau sambil pakaikan tali pinggang tu agar anak kau tak lari2 kt masjid. Haa bernas tak idea aku? HAHA bkn kerusi yg bertiang tinggi tu. Ada kerusi yg selesa mcm dok kat lantai tu. Mcm bazli unic buat kt anak dia masa dia solat. Sbb dia nak praktikkan solat dpn anak. Tunggu aku ada anak aku kurung dia ngan aku dlm bilik solat kekeke.

Tapi en, masa aku kecik dulu mesti aku pun bising dan mesti ramai je rasa annoying ngan aku. Mcm aku annoying *sikiiiiit je* dekat bebudak yg bising.

Tu lah buat bising lagi, kan kau dah kena rasa. Hewhew sorry lah makcik2 andai sy bising.

Aku tak buat conclusion pun. Apatah lagi 'just my 2cent'. Kosser aku. Baik bagi 2 ringgit. Just tulis sesaje apa yg aku rasa. Susah jd observer sekali thinker ni. Sbb setiap apa yg kau observe, kau mesti nak pkey pfft. K thats it. Nah terima lah lagu fav ramadan ai selain lagu maher zain ngan raihan tu.




07 June 2016

Catatan Ramadan Day 2: Rindu


Ingat Rafique je nak tulis diari? Shasya pun nak gak. Cuma kasi nama matured sikit. Catatan matured kan dari diari lol. Tengok lah rajin ke dak nak buat catatan ni. Sebab puasa last year banyak pulak menaip. Tetengah cuti ni molek lah nak menaip yedak? Lagi pun aku sadis tengok post aku bulan mei seketul je. Tahun aku habis spm, zaman cfs kemain mangat kau semua benda nak cerita dalam blog. So boleh tak letak ni as #RamadhanGoals?

Okay semalam tak sempat menaip. Kalau ikut hari, kira masih hari pertama puasa. Tp kira dah masuk 2 ramadhan lah. Okay harini puasa first aku momentum down sikit. Sobs. Sebab since sahur tu tetiba selsema dtg. Nak makan pil selsema pun malas masa sahur tu sbb takut tdo terlajak. Padahaaaaal hewhew. So satu hari tu memang bersin kaw2 mcm biasa lah. Entah habuk mana aku sedut. Takpun sebab sejuk lah kot. Mmg tak berenti lah. Aku kalau bersin melampau tu mula lah pening dgn temperature naik. Tu yg tak larat nak buat pape. Nak iron baju mama, lipat baju semua tak dan nak buat. Sampai lepas zohor tak larat nak baca Quran terus tdo. Ni lagi satu #RamadhanGoals tahun ni insyaAllah. Lepas dah bangun tdo baru okay sikit. Sahur pg td pun roti ngan kurma je. Entah takde selera. Bukak puasa td pun simple je. Just Laksa Penang mama masak. Takde kuih bazar bagai. As simple as that and ktorg okay je. 4 org je kan dlm rumah ni. Papa bukak kt masjid pun. So takyah beria sgt lah. Hehe. 

Wah panjang cerita puasa aku hari ni. Padahal sebenarnya aku nak throwback cerita zaman dulu. Tahun ni aku dapat puasa sebulan kt rumah. K taklah sebulan sgt pun. So bila dpt terawih dekat masjid depan rumah ni, mmg menggamit kenangan lah. Yelah dulu zaman sekolah rendah rajin pergi terawih. Sbb apa? Sbb dpt jumpa kwn lah lol. Alah zaman kepala otak kerja nak main je kan. Padahal solat 8 rakaat je. Pastu sementara tunggu tadarus lepas moreh, mula lah bising main ngan  kengkawan. Tak pun pergi kedai kejap beli asam. HAHA semenggah nya perangai. Sekarang masjid dh renovate dah. Tempat tangga aku selalu main tu dah di tambak dah. Siap tambah aircond lagi habis bersin je aku sepanjang terawih eheh. Tp imam masjid masih sama, Ustaz Asri dgn Ustaz Nazri. Ingat okayyy. Sbb dulu sempat mengaji ngan derang. Tp td isyak td aku confuse siapa imam. Sbb aku kenal suara ustaz asri or ustaz nazri. Terawih td aku rasa budak tahfiz. Since bila ntah panggil budak tahfiz aku tak tau. Yelah zaman sekolah menengah mana nak rasa terawih sini. Balik cuti raya je dah kena balik kampung kan?

Lepas tu nak throwback puasa kat sekolah menengah. Kalau bln ramadhan, riadah dibatalkan. Ganti dgn sesi tadarus. Ktorg setiap hari kena khatam quran. Pastu nanti wakil setiap dorm boleh keluar gi bazar beli lah roommate pesan apa. Dpn sekolah tu je haa bazar nya. Aku paling ingat samaso dap dap dgn roti farina tu. Air katira bagai omg rindunya! HAHAHA. Pastu zaman aku f5 tetiba takde dah pergi bazar. Makan dm je. Alah makanan dm pun dap je. Mesti ada dua lauk utama. Satu ayam, lg satu bertukar2. Kdg udang, sotong, ikan ke. Nasi confirm berwarna sampai aku rindu nasi putih hew. Pastu zaman aku f5 kot aku rasa, masa nak tunggu waktu berbuka, dorg pasang cerita salahudin dekat dm. Haa kau terus senyap dm. Semua khusyuk. Hensem kot kartun pun mak ai. Tp aku suka kwn dia, Tariq. Siap save nama utk nama anak lagi lels! Pastu slat maghrib sesama kt surau perempuan. Lepas tu baru gerak ke surau arRahman sekali jemaah terawih dgn dak boys. Pas terawih sambung prep malam. Kecuali mlm tu giliran dorm kau baca tahlil. Then lepas terawih takyah gi prep, gi baca tahlil. Pastu dpt moreh special hahaha tu paling aku ingat hehe.

Then dekat cfs pulak. Ada dua tahun en. Tahun pertama tu aku tak ingat cane aku sambut. Aku rasa biasa je. Beli makanan, bukak kat bilik. Pastu solat terawih kt musolla kc je. Masa ramadhan, dorg panggil brothers jd imam terawih. Gitu je. Cuma tahun kedua tu special ket. Sbb satu bilik berbuka kt masjid. Aku lupa nama masjid tu. Cuma aku ingat kubah hijau hehehe. Lepas habis kelas je, mandi sesiap. Dlm pukul 6 dah gerak ke masjid. AWAL KAN? haha sbb nak amek spot baek punya. Sambil tunggu makanan, buat lah pape yg patut. Baca quran semua. Masa tahun ni aku berjaya khatam sekali quran. Lepas tu masih mencuba lagi. Makanan berbuka kt masjid sedap weh! Ehehehe. Masa azan, ktorg bukak ngan kurma then solat lu. Pastu baru makan berat. Alah sbb tempat solat tingkat tu je. Lain lah kt uia gombak ni, bertingkat haa! HAHA. Tp kenangan masa puasa kat situ mmg best. Entah kenapa. Tp aku suka. Ktorg stay sampai habis terawih. Pastu ada fav spot gak utk solat. Bawah kipas tu wajib. Centre satu line ngan pak imam terus. Pastu kenal ngan sorg makcik ni. Sbb masjid tu terbukak, bkn utk dak2 cfs je. Org yg tinggal sekitar tu pun join terawih sama. Tu yg boleh ngam ngan makcik tu. Siap bertukar no lg. Aku siap bg dia kek lapis, dia bg aku biskut raya. Nasib baik anak lelaki dia dah kawen lels. Pastu pernah je bukak kt klcc, sbb nak merasa terawih kt masjid syakirin klcc. BEST GILA WEH! Masetu fakhrul unic jd imam. Tp sempat solat 4 rakaat je sbb nak berkejar balik cfs. Tp mmg satu kenangan yg saaaangat best! Ni aku rasa puasa 2013. Puasa 2014 kt rumah tp minggu kedua kena gi Melaka jaga Kak Siti ngan Nanad dah sebulan lahir. Berhuhu jugak lah takpat puasa lama kt rumah padahal cuti lama. Nah gambar ramadhan tahun 2013.

Le roommates

Kt Masjid KLCC weh! Walaupun tak nampak masjidnya hehe

Ni conclusion that day

Ni masa berbukak kt masjid cfs

Meriah en makanan dia?

Le roommates

Le roommates

Le roommates and bedmates

Last sekali puasa di uia gombak. First time tahun lepas lah. Aku kan amek short sem. So merasa lah puasa. Kalau tak amek, puasa kt rumah lah mcm mana aku berpuasa sekarang ni. Masa short sem tu, aku isi borang nak jd volunteer kt masjid. Aku ngan nana, ktorg dpt hari apa eh aku tak ingat. Tak silap, hari tugasan ktorg hari selasa. So hari selasa kena dtg awal, agih2 makanan. Kena setting tempat, kemas tempat makan dan sediakan moreh. Kalau selain hari selasa, ktorg bukak kat masjid gak. Bukak kt masjid ni kan, dpt rasa kot berkat dia. Makan sebekas tu, kira kenyang cukup2 lah. Nak solat pun senang perut lapang. Kalau bukak kt bilik, terlebih kenyang haaa. Kalau bukak kt masjid, ktorg mkn lu baru solat. Yelah makan kt tingkat 1, fav spot solat aku tingkat 3. Centre jugak nampak terus pak imam. Hehe. Masa tahun ni, aku merasa solat terawih masjid, musolla asiah dgn dlm bilik sendiri jemaah ngan rumet pastu gilir2 jd imam. Aku dpt 4 rakaat terawih last. Maseni aku tak igt knp ktorg solat kt bilik. Oh berbalik pada kerja volunteer tu kan, masa 10 mlm terakhir, kerja makin panjang. Sbb akan ada ramai org tdo kt masjid. So ktorg kena iktikaf sekali, sbb kena jaga keselamatan, patrol eh namanye? Maseni aku rasa bertuah sgt jd volunteer. Yelah kalau aku tak dipaksa kerja, igt boleh merasa benda2 ni? Masjid ni kan kira jauh gak dr mahallah. Menapak lah jugak. Suasana malam 10 terakhir tu mmg indah. Mmg ramai bawak anak tdo sekali. Sbb masjid akan buat qiamullail. Aku kena jaga keselamatan pukul 2.30 sampai 3.30 kot. Tdo masetu pukul 1. Tdo tak lena asyik2 terbangun sbb risau kang terlajak masak! haha. Tak lah jaga sgt pun. Just duduk je sambil baca quran. Pukul 4 pagi dh start qiamullail. I can say this is the best i've ever attend. Aku taktau qiam masetu rasa tenang gilaaaaa. Pak imam baca sedap gila kut. Pastu kena readykan sahur. Habis je solat subuh, ktorg bantai tdo. Sbb patutnya dlm pukul 7, 8 gitu kena kemas masjid. Tu mmg kenangan paling berharga laweh tak bohong. Kalau short sem ni aku amek, mmg aku volunteer diri lagi. Dah lah open house SHAS dia jemput semua volunteers and makanan raya dia apak sedap bak hang! Kan tu je aku ingat heheh. Nah ada gambar gak.

Telekung selfie with caption 'done terawih' lols

Bukak puasa kat nu sentral

Sungkey di shas oi

Sungkei di Dapo Sarawak dgn family anjang nah

Berbuka di melaka yaww

Last day mase jd volunteer 

Setakat ni, tu je lah kenangan aku ada. Going to explore more. Aku mmg dah dibiasakan terawih. Yelah masjid dpn rumah buat malu je kalau malas pergi. Menapak sikit je kot. Jauh lagi shas dr mahallah aku.  Tu yg bila masuk cfs, uia rasa nak jugak terawih. Even dok Melaka pun, aku terawih dlm rumah je sorg2. Rasa bersalah kalau tak pi. Yelah, mmg lah terawih tak wajib tp sebulan je kot dlm setahun so why not?

Moga kita mendapat keberkatan di bulan yg mulia ini. Dan ingat, jangan jd hamba ramadhan je.

Salam Sayang,

04 June 2016

Day 156 of 366: 30 Syaaban


Hi blog. HAHA satu post je untuk bulan mei. Busy kan hekeleh. Baru habis exam semalam. So habis lah semester, habis lah second year dan hi siket cuti tiga bulan ni kikiki.

Alhamdulillah habis dah sem ni. Sem ni tak penat sangat actually. Sebab amek 5 subjects je. Exclude skill dgn lab lah. Subject pun okay je. Math, management, fluid bermain dgn no so iolls is seronok lah cuma fluid lah kena pakai otak dan logik dan jugak assumption haha. Cuma tang biofund ada kekira dan hafal. Dan biochem yg mmg totally hafal. Ada lah jugak kira2 tapi takat kira ph, rate constant enzyme je kot. Yg lain nan hado membaca. Aku bukan pakar sgt bab membaca tp org kata otak aku cpt menghapal. Eleh cepat menghapal pun, cepat gak lupanya kahkah.

Dan aku mengalami stress yg amat utk exam kali ni. Yg dua last tu lah. Fluid dulu, after tu biochem. Dan kakcik aku dtg kl lak so aku banyak keluar ngan dia instead of study en. So mmg cungap gak ah jawab exam fluid. Besoknya nk biochem, mlm ni baru start hafal past year. Teruk en? Dah lah hafal, bukan paham pun. Term2 dia je aku dah pening huhuhuh. Nasib baik mama halang aku sambung veterinar dulu weh. Pastu nak start hafal pukul 11.30 mlm. 12.35 tertido weh. Selalu if aku tertdo, bangun besoknya mesti kol 6. Tapi alhamdulillah, mmg Allah tolong sgt, Dia kejutkan aku pukul 3 pagi. Dan aku sambung study sampai pukul 5. Mmg lah aku takleh perform sgt tp if aku tak bangun malam tu, lg takley perform kan. So syukur je lah Allah tolong banyak kot. Exam kali ni pun banyak kali aku kira markah sesiap sekali tambah carry mark agar dpt pass. Tak cemerlang takpe janji tak repeat huhuhu.

Dan sekarang kt hotel sengsorg. Besok pepagi flight ke kuching yeah. Dan menandakan besok last day syaaban. Lusa dah puasa ohoiiiiii. Ya Allah i am so excited for ramadhan weh. Hiks. Allahumma balighrna ramadan. Semoga kita semua dapat menghayati ramadan ini dgn penuh lagi insyaAllah :D

Salam Sayang,

22 May 2016

Day 143 of 366: Nisfu Syaaban

Assalamualaikum. Hi.

Exactly dua tahun yg lepas. Tarikh yg sama, 15 Syaaban (or in masihi, some day in june). Haritu, ktorg dah habis di Madinah, nak ke Mekah utk sempurnakan ibadah Umrah. Still, ktorg satu family nak puasa gak that day sbb nisfu syaaban kan sekali setahun so why not?

Solat Zohor last kt Masjid Nabawi, jamak ngan asar rasanya. Tak silap lah. Lepas tu pack2 barang bertolak ke Mekah. Lepas berhenti niat di miqat, sambung perjalanan for about 5 hours tak silap. Maseni lah Ust Iswan Harahap (mutawif) lead talbiah. Sedap sgt sampai terleka. Sampai terjatuh fon. Hmm. Pastu ada berenti makan mlm sat tp masetu tak maghrib lg so ktorg stay dgn few family dlm bas je tak makan. Dorg bungkuskan je. Makan nasi arab kot em dap dap.

Masa waktu mahrib masuk, ktorg masih dlm bas dan takleh makan. Yelah takkan nak bukak pack nasi arab utk 4org makan bersila dlm bas yedak? So bukak kurma je. Sampai hotel dekat nk pukul 9 mlm. Jammed kat Mekah bkn jem dgn kereta tau. Jem dgn manusia sbb raaaaamai sgt org. Lagi2 nisfu syaaban kan lg ramai. Eh maseni dah 16 syaaban lah 😂

K sambung blek, dah masuk bilik solat maghrib ngan isyak terus makannnnn kelaparan 😂sambil jaga pantang ihram. Dah pukul 10 tu, gather kt lobi, ust iswan bawak ke Masjidil Haram utk buat selesaikan rukun umrah. For the first time. Sampai pukul 2 pagi baru habis then balik hotel. Besoknya qada tdo sbb jetlag mesia tak habis lg dan masetu hari jumaat, jemaah perempuan solat zohor kt hotel je. The end of my nisfu syaaban story. My precious moments.

Sorry i am so excited during nisfu syaaban sebab dah nak Ramadhan kot. So lastly, sorry panjang and SALAM NISFU SYAABAN.

P/s: This caption was copied from my ig with video ust iswan talbiah.