"Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui." [29:64]

27 January 2013

selepas 3 bulan.


finally, aku kembali ke uia. dh mcm ala2 kembali ke sekolah dh aku rasa! it has been almost a week i'm in here. setelah 3 bulan aku bertapa dekat rumah. aku sendiri tk tahu apa yg aku buat selama 3 bulan tu! gila lama seh aku melepak. Alhamdulillah, aku semakin tenang di situ. with my friends. still adapt dgn pembelajaran, every subject that i've taken. paling takut is arab and bi. hope exit! Aminn. subjects core? ada 3. tknak pressure2 dulu. take it easy but seriously, not for fun okay. and i'm still learning many things in uia. i mean it. MANY things yeahh. lots af interesting things to do. gotta go. till i write again :)

salam sayang,

dia rindu kau sekejap.


tatkala kesunyian menyapa diri, mulalah fikiran gatal mengenang kenangan lampau yang sukar dibuang dari kotak fikira. kejap! ini bukan cerita novel. harap maklum :P

dia teringat kau. kau yang pernah menjadi rapat kepada dia. dia teringat masa kau temani dia balik kelas bersama, kau yang selalu stick-kan sticky notes bawah mejanya. kau sungguh sweet. kau yg tak mengira paras rupa untuk dijadikan ukuran. kau yang selalu memujuk dia dikala kesedihan. namun ada seseorang yang memendam rasa, ketidakpuasan hatinya dilemparkan kepada kakaks (maksudnya ada ramai kakak) lalu kakak2 itu menegur dia. dia menangis, teruk yg amat. kenapa harus ada cemburu di hati manusia. manakan sesebuah pasangan akan aman kalau begitu jadinya. namun itu bukan alasan terlerainya sebuah percintaan. kukuh? ya, amat kukuh. dia sayang kau, kau sayang dia. gambarnya yg ayu pernah menghiasi wallpaper henfon kau. betapa setianya kau walaupun dia tidak cantik dan banyak cacat celanya. ya, dia tidak sempurna! 5 bulan tidak bersua, namun itu bukan alasannya. sepanjang masa itu dia banyak belajar mengenai sesuatu. apa yang dia tahu, couple itu haram. sunggub dia takut pada masa itu. dia sayang kau namun dia tidak tegar utk melanggar perintah Allah. dia pernah menyuarakan isi hatinya namun kau pula tidak memahami. katanya sayang sangat. kedua-dua mereka tidak menginginkan sebuah perpisahan. air mata mengalir di pipi dia dan kau. akhirnya kata putus diambil. 3 hari selepas genap umurmu 18 tahun, dia meminta perpisahan. anehnya tiada rasa menyesal di hatinya. kau juga turut menerima dgn hati yg terbuka. dia merasa itu yang terbaik buat dirinya dari terus bergelumang dengan dosa. maka selepas itu, tiada istilah percintaan haram pada yang bukan muhrim dalam dirinya. dia ingin cinta yg halal disisiNya. kau pula sedang bersama dengan yang lain. dia doakan kau bahagia. bagi dirinya, dia inginkan seorang imam buat dirinya bukan boyfriend semata2.

hasil nukilan,

15 January 2013

uia menggalakkan perkahwinan?


dulu sesama kawan dormmates bising dok bercerita pasal cintan-cintun.

sekarang sesama roommates dok galk bercerita pasal kahwin-kahwin.

berbeza betul zaman dulu dan sekarang ye. ahaks kak, umur dh sampai tahap berkahwin ke?? tapi mama kata kalau nak kahwin make sure masa tu dah kerja. so aku ni pun masih enjoy nk study jadi tk payah pkey dulu lah kan bab2 kawen ni.

dulu masa before masuk uia, aku terdengar lah desas-desus ‘UIA MENGGALAKKAN PERKAHWINAN’. aku pun tertanya-tanya, eh yeke? dorg tk bagi komen pulak. kena explore sendiri nampak gayanya. so kehidupan aku dia uia, ada gak dgr cerita kakak ni dh kawen. itu ini. banyak jugak talk pasal kawen kt uia. so lama2 aku assumekan uia ni mmg galakkan kita kawen awal dgn sedikit pandangan negatif.

yelah, bg aku kita ni muda lagi. buat apa nk keja kawen kan. tp aku terlupa yg soal jodoh ni di tangan Allah. cepat lambat kita tk tahu. jodoh dh sampai, takkan nk menolak kan?

then one day aku terfikir. betul2 terfikir. kenapa nk kena galakkan kawen. lepas tu aku berfikir dari sudut berbeza, luaskan lagi pemikiran. ‘habis kalau tk galakkan kawen, nk galakkan apa? couple’ tetiba terdetik di hati aku. betul jugak. drpd couple buat dosa je lebih so why not kita HALAL kan hubungan yg HARAM dgn kawen. then aku dpt jawapan yg sgt positif drpd tanggapan aku yg dulu tu. uia galakkan lagi benda2 baik. kawen awal itu bukan sesuatu yg negatif rupa2nya. aku tersalah tafsir. bahagia bila dapat menemukan jawapan yg baik.

ada satu talk dekat uia ni. ustaz tu cakap “okay, anda ada makanan dan anda kena solat. anda pilih mana? mestilah makan dulukan. tapi tu pun kalau ada makanan. tkde makanan nk makan apanya, so solatlah” significant dgn diri kita, makanan itu pasangan dan solat itu belajar. “anda dok sebok sok sek sok sek nak kawen awal tapi pasangan anda takdak lagi nk kawen apanya? pegilah focus belajar dulu” aku terasa, sangat terasa dengan kata2 itu.

kata ustazah pula kalau perempuan dia izinkan tapi kalau lelaki kawen awal berat sikit sbb tangungjawab banyak. mana nk belajar lagi, nk cari duit bagi nafkah lagi kan :)

p/s : mama tahu aku suka org johor tapi tetiba haritu request org penang sbb nk muka hindustan. alamakk.

salam sayang,

Penangan kpop.


ini bukan tajuk sendiri. nie tajuk harian metro muka depan bertarikh rabu lepas. berapa haribulan ntah. mmg ni post lame sket. plan nk buat hari tu jugak tapi disebabkan kemalasan mengatasi segala-galanya. eh tak, bukan malas tapi seru tak smpai :3

tau tak kisah tu? emm emm emm, kes pembedahan plastik dekat korea dh semakin popular kt malysia pulak. korea lain cerita lah, bukan negara Islam. nk letak silikon ke, nk runcingkan dagu lah, hidung lah. belum bab putihkan kulit lagi. rutin biasa kot. nak cantik, kekal muda lagi-lagi retiss yoww. sape tk buat mmg lame.

tu kisah korea biaq pi lah kan. nie dh sampai popular ke malaysia pulok dah. dah tu lelaki pun berminat nk kpopkan wajah dia. tgk retis kpop semua hensem tahap tk igt, so lelaki2 malaysia yg tk hensem pun ngada-ngada nk ‘kekal muda’ jugak. muka kekal muda boleh blah jugak. kau igt umur kau kekal jugak. lama-lama mati jugak. bukan hidup selamanya pun.

kisah lelaki ni snggup belanja berpuluh ribu jugaklah nak suntik2 bagai tu. sampai ke sia dia pegi sbb murah sket. dh tu penat pulok nk jaga. kena injek apa ntah tiap2 bulan. aku yg perempuan ni pun rasa lemas sesak banyak sgt pantang. laki tu bukan selebriti pun. over je lebih. lantaklah, muka masing2. KONON.

sebelah column tu jugak ada ustaz ckp berdosa merubah wajah. kita ni seindah-indah kejadian tahu? Allah tu Yang Maha Mengetahui. cantik dah muka kita Dia ciptakan. hang sesenang ja nk ubah, konon nampak lebih menarik. kena dek api neraka baru rasa sedap tk sedap noo. ini bukan doa tapi peumpamaan je. manusia mmg tk pernah puas dgn apa yg ada kan? tk pernah reti rasa bersyukur. lepas ni para pendidik boleh berfikir utk mengadakan kelas mengajar rasa bersyukur pulak. kot2 boleh terbukak mata, hati dan sebagainya.

“apa hal kau sibuk hal aku. kubur kan lain-lain”
“memang lah kubur lain-lain. buatnya kubur kau sebelah aku. panas telinga aku nak hadap bunyi bising seksaan kau nanti”

salam sayang,