"Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui." [29:64]

27 July 2013

randomly pick - CHENTA


CAUTIONS.

what i want to say is randomly pick. i mean, my title is randomly pick. it’s about love. harharhar. there’s manyyyyy definition of love actually. but just read what i’m going to say or else, just continue ur work without reading apakejadah this. and haa, jangan kaitkan dengan sesiapa pun.

actually, aku ada bnyak persoalan tau. tentang apa itu cinta? lorhh, dh mcm lagu melly goeslow dah aku rasa -.- aku tk paham dengan org dok galak bercoupe, dok berchenta sana sini. okay, tak kesah lah couple ke tak, as long as aku cinta dia, dia cinta aku. tu bagi aku dh sama dh mcm couple cuma biasa lah manusia ni suka putar belit fakta. as long tak da what we called tarikh officially berchenta, maka kami tidak bercouple. karang ada yg buat video couple seminggu -.- enough merepek shasya! and aku tk nak sentuh isu couple haram yada yada. blablabla, aku tk pakar hal itu. just aku tau haram pegang tangan yg bukan mahram. nk tau haram ke tak, kau pkey sendiri okay? but just jangan putar belit fakta lah derr.

there is many advantage, disadvantage kann? yaaa, i know. advantage nya ada lah org nak dijadikan pembakar semangat. buat kejutkan bila tdo. teman bila kesunyian dan kesepian melandaaa. and else, just name it. aku kuno. advantage nyaaa bila kena selalu topup sbb kredit mengalir mcm air terjun, kalau yg guna bil tu, mmg na’uzubillah mak ayah yg nak bayarkan. tdo mmg stayup memanjang. apa barang tdo sebelum pukul 12 ye dakk? nangis tak payah ckp. buat hal sket, terus menangis. jeles pun mcm apa je. ckp dgn kawan pun nk jeles. apedehal weyh? duit pun cepat lah mengalirnya kan? nk beli topup satu hal, nk beli hadiah pulak kat si dia sbb nk tunjukkan yg dia dlm ingatan selalu. chewahhh. okay ape lagi? hahaha. nampak sangat aku berpihak kat disadvantage en??

kenape aku tahu semua menatang jadah nih? haaa, aku bukan ckp kosong weh. aku cakap berdasarkan pengalaman. tk payah ah aku nk sebok2 pengalaman org lain sbb aku sendiri dh menempuhi pekejadah semua tuh. since f1 aku dh tahu dh. sbb couple. ni bukan nk bukak pekung di dada tp just sharing okay. i felt all those thing weyh. yahh, happy lah sangat. selain nangis mcm dia sorg je yg buat kau hidup kat dunia ni. and lastly, bila clash aku baru tahu rupanya lagi bahagia! and for years i live happily sebelum i repeated it again! duhh. after years kan, tetiba ada lagi yg nak datang dlm hidup nih. yup, maybe takde istilah couple but then kau texting mcm dunia nk kiamat esok je gaye, beli jadah2 tu kau nk panggil istilah ape? “err, kami tak bercinta lah. kwn rapat je.” “no comment”. kau igt kau retiss ke shasya? kwn rapat chapter mana tuh? hahaha. kalau dh indah tu, kau igt kau kesah ke ape yg kau buat tuh? lastly, aku tersedar balik ape yg aku buat bila kredit phone aku mengalir mcm ntahpape je, dan bila aku bandingkan berapa kali aku call mama. duhh, langit ngn bumi doe. how come aku boleh pentingkan org lain lagi2 kaum adam yg takde pertalian hatta darah sekalipun dgn aku? then aku pkey lagi, adakah Allah redha dgn perhubungan ini? tk payah nk pkey lama sgt sbb otak korg mesti cerna cepat punya jawapannya. and lepas mendapat jawapan, aku terus membuat keputusan utk meninggalkan semua benda2 nih. and sorry for that. sorry sebab hadir dlm hidup kau.

aku nk buat benda tu pun bukan sesenang nk kupas kulit kentang tau. banyak benda yg aku pkey. okayy, maybe aku ckp 7 tahun lagi aku nk kahwin, takkan aku nk biarkan org tu tunggu aku 7 tahun dan bina hubungan yg belum tentu halal dgn dia atas alasan nanti 7 tahun kemudian aku kawen lah dgn dia kan. nampak sgt ayat tu tk percayakan jodoh dan takdir Allah. kalau kau percaya, kau confirm tak kan kesah punya bila kau kena tinggalkan dia. sebab sejauh mana jodoh kau hilang di pelusuk memana pun, kalau dh mmg tertulis di loh mahfuz kau kawen dgn dia. kau kawen jugak weyh dgn diaa. okayy, ade lah org ni ckp kan mana tahu kau akan berkawen tk smpai 7 tahun pun. jyeahhh, jodoh bukan kt tgn aku pun. aku sebut banyak kali nk kawen 7 tahun lagi pun, kalau dh kena takdirnya kawen tahun depan, aku nk menolak pebenda? kalau dh jodoh dgn org yg sama pun aku nk tolak pebenda? so kiranya ape yg org tu ckp takde kaitan pun dgn berapa tahun. cuma aku nk ckp tak perlu nk berchenta bagai kalau kau tk tahu siapa jodoh kau lagi. ke kau mmg dh confirm dia jodoh kau? confirm ke kau kawen dgn dia. cer lah jawab kalau confident sangat.

tu jelah yg mampu aku luahkan ape pendapat aku pasal bebenda nih. sorry if i hurt anyone. pendapat ni kan bebas and this is just my personally pendapat okay. sorry, sekian terima kasih.

salam sayang,

jadilah manusia pemaaf dan memaafkan


okay, nak cakap ape nih? ari tu ada classmate aku bagi tazkirah pasal memaafkan but bro sorry lah, tk dpt isi doe. tazkirah kau jenuh pendek semedang. mana isi aku nak cekau di situ? okay, ape yang aku tau, bila buat salah, jadilah manusia yang meminta maaf. bila orang mintak maaf, jadilah manusia yang pemaaf. bagi aku, pendapat bebas kan. if org yang sukar memaafkan dan meminta maaf, maka orang2 ni tergolong dalam golongan EGO. yada yada yada, yup. ego!

selain aku sangat touching pasal family ni, aku sangatlah tersuper duper sensitip pasai kawan. aku tak suka ouh bila gaduh2 dgn kawan nih. yeahh, aku banyak merasanyaa. belum part gaduh seminggu tak bercakap. but bila pkey blek jangan tak bertegur more than 3 hari nanti putus saudara. erkk, putus kawan lah cenggitu? if org tu adalah kawan yg kau kena hadap tiap tiap hari nak buat macam mana? bunuh diri ke bunuh kawan kau tu je? kata putus saudara en?

haihhhh. runsing tau aku if di buatnya bila kawan aku dh taknak bercakap dgn aku tapi boleh bercakap dgn kawan yang lain. nampak sangat dia marah kat aku kan? tapi kenapa just kena buat bodoh je taknak melayan aku without knowing ape yang aku buat dekat kau? aku bukannya boleh tau ape yang aku buat sebab aku bukan malaikat yang perfect tak pernah buat dosa. disebabkan aku dlm golongan manusia yg tak pernah lepas dari buat dosa! yeahh, ade ke manusia SUCI TANPA DOSA?? adaaa? ke aku lame sangat tak pernah tahu wujud segolongan begitu? sometimes i knew ape yang aku buat sampai ada org terasa dgn aku. aku rasaaaaa en ramai gilaaa yang selalu terasa hati dengan aku ennnn? kadang2 mulut aku mmg takde insurans. that’s why i need you FRIENDS utk tunjukkan aku jalan yang betul. utk perbetulkan aku yang selalu melakukan kesilapan. i’m try to change but its not easy as abc. like i say, i’m not perfect. nak berubah mcm bapak lembab nak bertatih en? tegur lah aku if ada tak puas hati dgn aku.

so here, sebagai org yang selalu cari pasal dengan kawan, aku nak berkongsi tips bila bergaduh. first thing tak payah dok tuding jari dekat org. ala2 mcm org tu banyak dosa dan kau suci yg amat mcm seputih kain kapan. i know, bila bergaduh mesti ada org yang bersalah. tp kau pkey blek salah tu bukan dtg dari sorg je. kalau sorg je yg bersalah baiklah kau bergaduh sorg2 je. yg A dok kata B salah. yang B berpendapat semuanya salah A. percayalah, sampai kiamat pun belum tentu korg berbaik if asyik menuding jari. ape rugi sangat kalau kita mengaku tu salah kita even major salah terletak pada kwn kita tu? ape kau hilang kalau kau mengaku salah? kau yg start mintak maaf? hilang harta benda ke? tak kan? pendek kata kau tak rugi ape2 pun. ntah2 bila kau yg start semua tu, kau dpt berbaik dgn dia. tak rugi malah untung okayy. tp most of org taknak buat mcm tuh. sbb dia EGO! yeahh, that’s the word. ego ego ego blablablabla. erghhh. so manusiaaa yang ego kita ni kann?

next is kau pkey segala kebaikan dia yg pernah dia buat dekat kau. ni takk, asyik dok pkey pasal pergaduhan yang tak sudah tu. bila asyik pkey pasal pergaduhan tu confirmlah api je yang menyala dekat mata tu. rasa sakit hati, sakit jiwa semua tuh. dah tu kenapa nk seksa diri? cuba kau fikir masa korg berbaik bermesra tuh. pkey blek ape kebaikan yg dia dah buat kt kau. memori manis korg. yang banyak2 tu takkan kau nak rosakkan sbb satu salah yang dia buat? betul lah manusia ni org buat kebaikan beribu pun takkan igt kalau nak dibandingkan SATU kesalahan yang konon besar smpai kau dh tak boleh hidup dlm dunia dah. jangan ego weyh.

dah ada org yang meminta maaf tu, jangan pulak taknak memaafkan. bila org kata, “Nabi pun ampunkan umat” kau nak jawab “aku bukan Nabi”. memang kau bukan Nabi pun. sbb akhlak Baginda sangat mulia. even Baginda kena lontar dengan batu, kena simbah dgn tahi unta, kena caci Baginda tetap memaafkan umatnya. Baginda tu Nabi, kita ni hanya insan biasa yang tidak merasa pun seksanya Baginda melalui saat itu tapi lagak kita mcm kita sempurna dari Nabi. sampai kita tidak mahu memaafkan kesalahan org lain. kita ni mmg hebat kan? hebat sangat akhlak yang sempurna tu kan? kan? sampai org terpijak kaki kau dh gaya mcm dosa membunuh 100 org je. so over react kau manusia! jangan lalai weyh. jangan lupa. jangan rasa diri sempurna smpai taknak memaafkan org lain. sedangkan Yang Maha Hebat pun Maha Mengampuni dosa hambaNya. tapi kau hanya manusia biasa yang hanya perlu memaafkan kesalahan manusia. bukan hamba, bukan dosa. hanya manusia dan kesalahan.

so conclusion aku nak cakap adalah jangan lah bergaduh weyh L tak elok lagi2 sekarang ni bulan puasa. rasa tak tenang hidup sebenarnya jika kau ada bergaduh dgn sesiapa pun. so lastly aku nak cakap jangan ego dan malu utk memulakan kata2 kemaafan. dan jangan ego utk memaafkan org yang telah meminta maaf. and always say to youself.

“let me start it first”
“let me start it first”
“let me start it first”
“let me start it first”
“let me start it first”

salam sayang,

19 July 2013

penutupan aurat.

sayang, kenapa awk kena tutup aurat? sebab awk kena melindungi diri awk. awk perempuan. aurat awk sangat banyak berbanding dengan kaum lelaki. sebabnya aurat awk tu mampu menggoyahkan nafsu si lelaki. sebab tu lah awk kena tutup. bimbang nanti ada kaum adam tergoda dengan awk maka awk yg akan jadi mangsa nafsunya. bukan begitu? awk ckp awk tak suka lelaki pandang2 awk, suit2 awk apa semua tp kenapa awk menayangkan aurat awk pada mereka? bukankah tu namanya awk mahu mereka melihat keindahan aurat awk tu? awk simpanlah kecantikan awk tu utk suami awk, yg halal buat awk. awk tk payah nk bg alasan yg awk tk dpt hidayah Allah lagi. sbb nya awk sendiri yg tidak berusaha ke arah itu. kalau ajal awk menjemput dulu mcm mana? awk nk ckp yg awk memang ditakdirkan begitu? kenapa awk tk ckp awk mmg di takdirkan masuk neraka je terus. yes, i know, syurga neraka bukan terletak di tangan sy tp awk boleh berusaha ke arah yg lebih baik kan?

tp ape yg sy lg sedih aakan awk2 yg pakai tudung tp tidak sempurna. ye Alhamdulillah awk dpt hidayah utk pakai tudung tp awk sia2 kan. sbb awk nk menepati syarat memakai tudung dgn betul pun. lagi parah bila awk bertudung kerana ikutan fesyen. Na’uzubillah. awk menutup aurat lah kerana Allah. bukan takde garis panduan berfesyen dlm menutup aurat dgn sempurna ni. kenapa awk nk berfesyen sgt, nk attract pandangan si jejaka ke? kalau mcm tu, baik awk tk payah pakai tudung je kan?

itu satu hal. tp bila ada yang sudah memakai tudung, baju yg sesuai tp ade satu benda yg tidak awk ambil kira iaitu tudung dan jarang dan singkat. ini yg paling sy sedih. sbb nya awk dh temasuk dlm mereka2 yg menutup aurat cuma last step awk tertinggal. awk tahu kan, dada kena tutup, bahu tutp, tudung jgn jarang menampakkan leher, bukan setakat leher malah rambut juga boleh nampak andai awk tk pakai scarf atau pun cuma memakai half scarf. hari tu, sy nampak awk pakai tudung jarang dan awk pakai half scarf. sayang sgt tau. sia sia awk pakai tudung kalau nampak rambut di belakang tu. baik awk bukak je tudung tu. itu baru sy yg nampak, sy perempuan maka tidak mengapa. kalau si jejaka yg nampak? tidakkah mereka akan membayangkan yg bukan2?? buka takde inner neck yg boleh tutp keseluruhan rambut dan leher even awk hanya pakai half scarf. sayang sangat awk, keindahan tu awk tontonkan pada org ramai. ibarat awk murah utk jd tontonan awam. maaf kalau bahasa sy kasar. tp ni semua sbb sy sayangkan awk, sy taknak awk memakai tudung ala kadar sahaja.

menutup aurat bukannya harus bertudung kan? tp awak2 zaman sekarang menganggap cukuplah bertudung maka sudah cukuplah aurat di tutup. salah, betul kan balik kekhilafan itu. bertudung sahaja belum tentu menutup aurat. awk berubahlah slow2. sy bukan suruh awk pakai tudung labuh, cuma mungkin awk boleh beli tudung yg tidak jarang. banyak kan di jual. murah2 pulak tu berbanding dengan harga baju2 singkat zaman sekarang. awk igt satu benda ni, kita kalau nk makan gula2, kita pilih yg berbalut dengan plastik drpd yg togel tanpa plastik sbb nya kotor. seperti juga lelaki. nk pilih isteri, mereka pilih yg menutup sebabnya yg terdedah ni….??? awk carik lah jawapan yg sesuai okay? lagi satu sy terbaca hari tu, kita nanti kalau di kapankan, cukup seluruh tubuh di balut. bila mati nanti kita di dalam kubur pun ditutup aurat kita dgn kain kapan, apatah lagi semasa hidup di dunia dan menjadi pandangan di mata setiap org. maka, fikir kan lah pasal ini ye awak :) sy cakap sbb sy sayang awk tau.


 salam sayang,

mama and papa :’)


this entry specially for my dearest mama and papa. rasa mcm first time je nak cerita pasal mama papa nih. hahaha. will not let them to read this. malu ahh (®.®) ecececeh. gedik giloss anak puan rahmah and encik saipullah nih. jyeahh, that my nyawa you know. my parents! *kisses for them*

last night, suddenly I felt sad. very sad okay. tetiba sy terfikir segala pengorbanan yang mama and papa buat sampai I was thinking, what happen to me if mereka mereka tiada di sisi sy? nak dgr cerita pasal mama sy takk? ada one time tu sy kt airport Kuching, nk naik flight blek kl. masa tu cuti raya, then pakai lah kasut baru en. pastu tk pakai stoking. pastu dh smpai airport sy ckp kt mama, kaki sy melecet. masa dh masuk departure tu, mama tetiba hilang. masa nk salam2 tu tertanya2 mana mama. tetiba mama dtg bwak stoking yg baru je beli kt kedai airport. tau tau je lah airport punya kedai ni, tax melampau -.- masa tu terharu sangat dengan mama. even stoking tu sebelah dh hilang tp sy simpan lg sebelah sbb its valuable you know :) lagi masa sy f4, hujung tahun tu. tetiba dekat kpg sy sakit perut sgt. belah mane ntah. pastu mama suspect sy kena appendix. so blek rumah cecepat, mama bwk sy pegi klinik. jauh kot sbb masa tu hari ahad, kena cari klinik yg bukak. mama risau sgt. rupanya sy just kena period pain je. mlm tu pukul 4 pagi sy bangun tdo, rasa seram sejuk. pastu sy masuk bilik mama and baring sebelah mama. mama sedar, mama tanya kenape and i said “adik nak tdo dgn mama”. rupanya sy kena serang demam. masa tu sangat terharu. sbb sy jarang sgt demam tau. so bila sy demam panas gila, mama jaga. sy ckp sy tk lalu makan, mama masakkan bubur and suap. mama tuam sy mlm2. bwk sy tdo dgn mama *masa tu papa keja kt penang*. bila dh sihat, mama pulak demam so sy pulak yg jaga mama. that’s why sy selalu doa agar tk demam bila berjauhan dgn mama. because I will feel homesick yg teruk gilaa and manja berlebihan.

and papa, sy selalu jahat dgn papa. kalau nak pape kan, nk kek lapis ke, nk beli ape2 ke, sy mesti suruh papa yg belikan. pernah sy mintak papa beli kurma madu yuta but papa beli kurma safiah yuta. sy reject bulat2 tau. kesian papa, penat beli sy reject. pastu kadang2 papa suruh sy buat kerja pejabat dia. kerja taip2. kena key-in maklumat. banyak gilaa. smpai esoknya nak blek kl, papa still bagi borg kena key-in tu. fine. sy buat lah kan. smpai tgh mlm tetiba papa turun tgk and ade lah complain2. sy nanges teruk gilaa ckp papa tk hargai. and sy merajuk taknak buat dah pastu mama pulak turun. mama suruh sy naik atas, pegi tdo sbb nk terbang awal esoknya. kerja papa tk habis pun sy buat. sy menangis je merajuk dgn papa. esok paginya masa papa bagi duit belanja, aku terima je. masih merajuk kan. then papa pegi solat subuh kat masjid. pastu mama pun hantar sy pegi airport. masa tu sy menyesal sangat tk salam papa. i thought papa nak hantarkan sy jugak rupanya tak pun :( i was such a bad daughter kann?

mama, papa. adik nak mintak maaf sesangat dgn mama papa. adik tahu, dlm adik beradik mesti adik paling teruk kan? perangai tak semenggah. tp adik sayang sangat mama papa. sayang sesangat. masa adik dgn ustaz dekat smss tu ckp dia terkejut bila setiap kali blek rumah, parents dia semakin menua. and i was in his shoes. adik dah lah jarang jumpa papa mama. bila jumpa and yeah i was shocked. papa mama dah tua rupanya. dah beruban dah papa. padahal dulu adik rasa muda je lagi. bertapa masa cepat berlalu kan? kdg2 adik jeles tgk kawan2 adik call parents dia tiap2 hari tp adik jrg sgt call. but itu mmg gaye kita pun kan ma? nty mama kate adik buang tebiat pulak call tiap2 hari. but then, kate kawan adik. kita tk tahu bila parents kita pergi, or adik yg akan pegi dulu. at least kita sempat lah dgr suara parents kalau kita call tiap2 hari. yeahh, that was touching. adik sangat terkesan dgn apa dia ckp. and i will call lebih kerap lg walaupun adik tau style mama. baru ckp 3-4 minit nty mama ckp mama ada kerja nk buat. adik tau mama selalu busy. tp adik tau sebusy2 mama ngn papa pun, still ada masa spend dgn ktorg kan?? mama, papa. i love you. both of you. you are my priority now. adik akan belajar bersungguh2 nak bg kejayaan pada mama papa. adik takkan memain lagi. adik nampak muka mama happy and excited masa adik gtau result tu and i want to do the same thing in every sem. mama papa doakn adik Berjaya dunia akhirat kan? doakan adik jadi anak yang solehah so that adik boleh doakan mama and papa :”)



salam sayang,