"Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui." [29:64]

04 July 2014

Allah bayar cash


Sempena bulan ramadan ni, doa mmg termakbul lah. As semua dh maklum pasal benda tu. Tapi aku ada kisah nak cerita pada hari ni. Ntah. Rasa mcm semua benda jahat aku buat hari ni Allah bayar cash. Dlm sehari ni 3 benda terjadi. Meh aku share.

Firstly td petang. Tetiba berangan ramadan zaman kecik aku. Dulu ramai gak jiran melayu. Yelah, rumah izzati kwn kakcik hujung kiri. Rumah saori kwn kakcik hujung kanan. Rumah kak munah belakang. Rumah kak siti selang satu rumah. So ada lah adegan bagi bagi juadah berbuka. Tapi dh lama2 ni semua main aci pindah. Dlm baris rumah tinggal aku dgn rumah kak siti je. Tetibe maghrib td makcik Jah, mak kak siti hanto donut kat ktorg. Aku pun pelik siapa lah dok ketuk pintu rumah ni. Rupanya dia. Dia begitu gembira sekali melihat aku. Haha. Lama weh tak jumpa. Sejak 2007 dh merantau semenanjung. Masa dia hantar makanan tu mmg eh ptg td baru berangan kot. Tup tup mlm tu rezeki Allah kasi aku merasa.

Cerita kedua. Kelmaril, mama jatuh sbb tergelincir dgn air wudu' kakcik. Kiranya kakcik ah yg salah. Lepastu sehari after tu kakcik jatuh kat tangga sebijik gaya mama jatuh. So aku gelak barai gila sampai nenangis. Tetiba hari ni aku pulak buat salah ngan mama. Sebab botol air mama aku ambik tak tutup ketak so tumpah habis kat telekung mama. Sorry ma! Ke takpun masa aku isi air mama tu aku merungut dlm hati pasal angah yg tak reti buat keja perempuan. Hahaha. Tgh geram2 jadi lah mcm tu.

Last sekali td saje nak kena kan kakcik. Lepastu kepala terhantuk besi grill tempat mangga tu. Haha. Allah bayar cash oi. Memain lah lagi bulan mulia ni. Hihi

Imam kedua sini yg tahfiz tu sedap suara dia. So disebabkan aku teringin berimamkan dia, maka aku solat tarawih full td. Pahtu awkward gila solat sebelah makcik2 padahal sebenarnya aku kenal dorg. Tapi sebab dorg kenal aku masa kecik. Lani dh beso dh tak kenal dh kut. Dh lah aku ni mmg tak peramah dan pemalu. Eheh. Last tarawih kat bdc. Tak lah last. 20 julai ni balik sini balik. Esok balik kpg. Lusa dh terbang kl for two weeks. Babai rumah. Take care. 

Salam sayang,

01 July 2014

kesabaran teruji


pergh. aku rasa di bulan puasa ni benda paling menguji adalah pengawalan nafsu amarah yg asyik baran dan beremosi. serious!

budak tanak rapatkan saf pun aku emosi.

angah ambik tempat duduk pun aku emosi.

kau kenapa sya?

haih. tolong lah kawal emosi diri pliz.

Ramadan Kareem


Yaww whats up whats down. Merepek ye merepek. okay so now is 1st july rite? but that’s not my main point. nak highlite kan 3 ramadan yaw yaw.
Yeay, Alhamdulillah dah dua hari umat islam Malaysia dah berpuasa. penuh tak puasa ni? kalau penuh, tahniah anda menang :) yippie.

what am I excited about is this is my first time sambut 1 ramadan with family since 2007 tak berbuat demikian adalah kerana terpaksa menyambutnya di sekolah dan cfs. should appreciate it rite? sbb maybe ni first and last kot. lepas ni busy dgn degree lagi lepahtu kerja lepahtu nak kahwin lagi. eh! sempat pulak. oh berkenaan jodoh ni memandangkan mama menentang habis habisan kahwin awal, so I change my du’a from permudahkan dan percepatkan jodoh to permudahkan only. well, at least biarlah aku balas jasa parents before hak aku bertukar tangan. kan?

bahagia weh dapat tarawih kat sini. kat masjid depan rumah je mampu. tapi yg syok nye tahun ni masjid jemput budak tahfiz dr semenanjung utk jadi imam tarawih. maybe dlm 2 atau 3 org. then aku realized, tahfiz pun tak perfect walau dia hafaz satu quran. kadang bila baca boleh terlupa jugak. that’s why ada kawan dia akan tolong igtkan. thennnnnn aku sedar lagi sesuatu yang pentingnya saling ingat mengingati tu. mcm functionnya usrah itu. kan utk saling beringat. sbb manusia tu pelupa. Allah yg cakap tu tau. oh, rindu usrah. sejak rohani aku kena cari makanan sendiri instead of asyik disuap je, iman aku merudum turun dan naik sikittttt, rudum balik. seriously tunggang langgang. so I should take this Ramadan chance to increase back my iman. pahala tgh berganda2 kan. takkan nak lepaskan peluang buat pahala? lagi2 tgh cuti ni mana ada kerja nak buat kan?

tapi tu lah. aku rindu ramadan tahun lepas. aku rasa Ramadan tu adalah titik penghijrahan aku ke arah yg lebih baik. kan? so my target utk jadikan ramadan tahun ini lebih baik dr tahun lepas! kadang rindu jugak nak berbuka free kat masjid cfs tu. hehe. lepastu tarawih terus sana. seriously Ramadan tahun lepas, aku tak pernah berbuka dekat bilik. hahaha. jimat pulak duit rasanya. hehehe.

Ramadan ni pulak tetibe aku menjual biskut. in small pack je. tapi ada pulak yg nak order sebalang. utk raya maybe. tengok lah mcm mane. aku tatau mane nk cari balang ni. tp tak kencang mane ah bisnes ni. sbb ahad ni aku dh kena pegi Melaka 2 minggu sambung jaga kak siti. ktorg ada projek buat biskut raya kat sana. hehehehehehehehehe. biasalah orang perempuannnn. ke luar biasa? tak en?

tu je aku nak tulis. babai.

salam sayang,

27 June 2014

Rindu


ye, ini sambungan tinta. sila jangan baca. takut ada naik menyampah. 

dah seminggu lebih dah balik malaysia. and what can i say, aku rindu sangat tempat tu, rumah Allah. satu2 nya tempat yg berkali2 pergi pun takkan bosan. serius weh. tak perlu sampai nak pergi lawat tempat2 menarik. bila just solat kat masjid nabawi dan masjidil haram pun dh cukup menyeronokkan. Allahu. rindunya T.T

bila mama plan nak pergi lagi bulan dis 2015, aku semangat nak ikut ni. tp memandangkan yg aku pegi tu pun semua 100% mama dan papa tanggung. seriously, sesen pun aku tak keluar duit -..- termasuk beli hadiah utk kawan2 pun duit mama kasi. betapa beruntungnya aku. tp yg akan dtg ni mestilah tak weh. ahahaha. disebabkan itu aku sgt desperate kumpul duit sbb aku ada 18 bulan dr sekarang. mama kata, kalau niat dah baik, nanti Allah permudahkan lah. semoga Allah permudahkan aku *mata bersinar mcm shin chan* sampai nak beli apa2 pun mmg aku fikir penting ke tak. kalau tak penting, simpan utk umrah!

oh cepatlah ada suami nak buat haji pulakkk *tetibe*

setiap perbualan kt sini pun asyik bercerita indahnya sana. subhanAllah. indah sgt tempat suci Allah itu. nanti aku kongsi gambar ye insyaAllah eh. takut terlupa sbb busy jd bibik ni. nanti nak ke melaka pulak. tapi aku sedih bila kat sana aku semangat nak beribadah. tp kat sini iman merudum jatuh. umrah tak mambur ke? entahlah. aku tengah cari balik diri aku. mungkin tertinggal di sana. aku rasa lah. sbb setiap masa nak berangan kisah2 kat sana. sungguh aku rindu. tapi ada satu benda aku syukur yg aku tak lalu dah nak layan twitter, insta, fb dan selayaknya. kira mcm nak bukak internet pun malas ah. tapi tang bukak tv yg rajin. tdo pun makin dh jd sleeping beauty. aherher.

nak kongsi satu benda ni. nak tau banyak2 rukun umrah, mane paling penat? jawapannya saie! kalau tawaf, boleh lah nak buat tawaf sunat, kalau saie kena tunggu umrah baru buat. hihi. rupanya jauh tau siti hajar lari2 nak cari air. ni pun tempat saie tu dh selesa gila sejuk berlantai marmar lagi! haa. lepastu tau tak apa paling susah di jaga? i thought larangan ihram tu susah tp sebenarnya tawakal je dekat Allah. sbb once niat tu, mmg secepatnya buat umrah biar selesai tahalul boleh habis ihram. walaupun masa sampai hotel tu waktu isyak. dan buat umrah sampai pukul 1 pagi. masa naik bilik letak bag tu gelabah jugak ah takut rambut tercabut. punya cuak sampai tak sentuh rambut kecuali nak ambik air sembahyang. nk pakai skarf pun tak pegang rambut! haha. lawak bila fikir balik. rupanya tak susah mana. sbb ada lagi susah.

iaitu nak jaga pantang lepas tawaf wida'. sumpah susah. hahahaa. sbb satu, lepas tawaf wida' tak boleh tdo dlm bilik. padahal ktorg buat masa tu after subuh. padahal before ni balik solat subuh, breakfast pahtu sambung tdo. laa ni tak bleh tdo dlm bilik. to be exact tak boleh tdo dlm keadaan baring. sampai aku nak duduk katil pun cuak. well, imma sleeping beauty remember. bayangkan 2 jam dlm bilik tak buleh tdo. hewhew. second larangan tak bleh ambik gambar sampailah keluar tanah haram mekah. usah kot sbb aku mmg suka bergambar, so solusinya aku off fon! seterusnya tak boleh beli barang, bagi sedekah. yg tu aku okay sbb duit poket dh kosong masa tu kan. kalau tak, yg tu susah gak nak kawal. mau aku kena letak duit dlm bagasi berkunci! hahah. like seriously, larangan lepas tawaf wida paling susah dan mencabar sekali. nasib baik tawah wida' ni buat masa nak tinggalkan mekah. tp mmg sedih ah nak buat last tawaf masa tu. tawaf wida' ni kategori wajib kot. kalau tak buat tanpa sebab dikira dosa dan kena bayar dam. sbb tu ada taklimat pasal tawaf wida' ni. arghhhh rindunyaaa.

semoga Allah perkenankan hajat aku nak ke sana lagi. dgn izinNya :) semoga dpt berjumpa lagi dgn mutowif tu *eh!*

salam sayang,