"Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui." [29:64]

19 September 2015

Ghost/ Phantom Korean Drama

Assalamualaikum. Sorry lah tapi rasa nak bercerita pulak. Last week aku start tebgok cerita Ghost ni. Atau lebih dikenali as Phantom. This is Kdrama. Ada 20 episod.

Kalau nak sinopsis cerita ni. Baca sendiri di ig @reviewbyshasya. Tapi serius susah gila nak buat sinopsis cerita dia. Tu pun aku taip masa baru 10 episod. Sbb dah rasa best. Kali ni aku taip bila dah habis 20 episod.

Bagi aku ni mmg cerita lain dr yg lain. Kau mengharap cerita cinta suwit2 gitu jgn berharap lah weh. Ni cerita pasal polis cyber, hacker siasat satu pembunuhan yg makin lead kpd satu demi satu pembunuhan yg lain. Nak tangkap penjahat punya lah payah walau pun pihak polis dh tahu. Sbb? Takde bukti yg cukup. Ni namanya bukan the power or money tp the power or power. Bila kau ada kuasa, kau boleh suka hati ugut org. Yg lagi best, awal cerita dh cerita penukaran watak as in the hacker become a police to catch the culprit.

Dah nak tangkap tu satu hal dh susah. Yg lagi menyusahkan bila ada spy dlm team tu. Mmg tak expect jugak ah. Mana lah kerja asyik tk dpt bila ada spy yg asyik manipulasi evidence. Kadang bukti dpn mata hilang. Bila dh jumpa evidence, mesti hilang. Bila jumpa witness, mesti kena bunuh. Byg kan polis tu naik lif dr tingkat 6 utk turun sambil bawak bahan bukti. Turun bawah bukak lif dia dh kena bunuh. Watde 😒. Geram gila.

But everything start because of dendam. The culprit actually baik budaknya. Haha. Once bapak dia dituduh buat benda yg bapak dia tak buat lalu bunuh diri, maka si anak pun berdendam dgn semua yg terlibat. Ramai. Semua org tinggi2. Polis, peguam dan sbgnya. Sbb benda tu, sorg2 dia bunuh, dia ugut. Anyone yg nak pecah rahsia or dpt evidence dia akan bunuh. But then sampai habis, hakim tk dpt nak buktikan dia membunuh sbb evidence tak cukup kuat. Tau apa yg yg kalahkan dia?

Bila hero cerita balik masa si pembunuh bunuh girlfriend sendiri, girlfriend tu dh jatuh cinta betul2 and dh mengandung anak dorg. Waktu tu lah si pembunuh baru reti nak menyesal. Lepas tu pergi bunuh diri. Ni very unexpected weh betul aku tak tipu. Aku expect ending dia kena tangkap tapi tak pun. Then aku expect bila dah menyesal, dia serah diri tapi salah gak. Sbb dia putuskan utk bunuh diri di tempat yg sama dia bunuh girlfriend dia. Sedih weh. Tapi tak nangis pun lah. Tapi sedih ah. Cinta tu jugak dpt sedarkan dia cehh.

Perasaan masa tengok cerita ni mcm2 ada. Semua cukup. Kelakar ada. Sedih pun ada ending dia tu. Geram lagi banyak. Sampai kena stop tenangkan diri. Sweet tk ada sgt tp kelako bila teammates dia ada suka heroin. Td bila dh episod 18 slow2 je nak habiskan. Sbb taknak rushing. Sbb taknak habiskan walau kena habiskan gak. Sobs.

And now bila habis aku rasa sedih. Sedih tk dpt tgk dah sbb dh habis. Nk tgk balik, bosan lak kang. First time after tgk cerita, aku cemni. Rasa hover betul. Entah. Cerita ni mmg dpt tempat first kat hati aku. Betul. Rasa mcm dekat sgt diri aku dgn team dorg. Rasa sedih bila ada polis yg mati. Sedih. Lepas tu rasa sedih mcm nak berpisah dgn kwn je. Hahaha.

Ntah bila nak move on ntah. Tp yg pasti, i've get my live back! Hoho. Kbye.

10 September 2015

Welcome Second Year

Assalamualaikum. Yeah i know i've been so lazy to update my blog. Even my second ig also. I dont know where is my passion towards writing now. Pupus? Naaa see im writing now. Haha.

Alhamdulillah this is my 2nd year 1st sem at iium which mean im in my 3rd sem already. And 5 sems is still waiting. Hew lamanyaaa nak habis!

And i really not having any idea what to write right now. Well, my azam in the new sem is to get good result i guess. And i always pray that i can do my best in my biotech engineering. I get so scared to enter the subjects for this majoring. Lama tak jumpa biologi weh!

Doakan okay?

09 August 2015

Sehari di Melaka

Hai gais assalamualaikum. Disebabkan quiz sem ni dah habis. Pnp pun dah habis tinggal kelas soal jawab je. So rajin pulak nak menaip. Eh selamat hari raya guys .

Okaylah hari tu aku pergi melaka patutnya 2 hari 1 malam bertukar kpd 2 hari 2 mlm dan akhirnya bawak ke 3 hari 3 mlm. Ktorg bertolak khamis mlm sampai ahad siang tu balik uia balik. Cost for backpacking ni dlm 200 gak ah. Ni pun meleweh makan cendol, buat keychain, siap beli kerepek koo. Haha. Ni pun kira murah sbb 3 malam tu menumpang rumah along ngan kak siti. Lepas tu yg bawak2 jenjalan pakai kereta tak pernah naik public transports pun hihihih manja betul.

So i just wanna share 1 day di melaka. Sbb hari jumaat tu mmg hari melawat melaka ah. So pepagi bertolak dr paya rumput pukul 9.30 pagi pergi parking kereta kat dataran pahlawan. First sekali pergi naik afamosa punya bangunan tu. Penat mak aihh. Pastu turun and jalan dekat situ. Memang mengundang peluh gak ah. Lagi2 aku pakai baju kurung. Lamanya sbb banyak bergambar. Sepanjang kau jalan pusing tu mmg banyak sgt tempat menarik utk kau amek gambar. Kira ktorg spend masa banyak gak ah kat situ. Banyak tempat bersejarah yg korg leh masuk. Ada berbayar ada tak. Jalan kaki je. Penat naik lah beca. Hahaha. Beca dah cecantik ada hello kitty ada frozen. Tukang bawak je tak berapa cantik 

Lepas je bergambar di laman hipstur ktorg pekena abc ngan cendol rm3.80. Lepas tu jenjalan jap dlm dp aku teringin nk gi heritage punya kedai dpt lah keychain tulis nama Yasmin. Dpt beli kerepeks apak sedap! Haha pastu ktorg solat zohor kt mahkota parade. Lepas tu ktorg lunch. Patutnya nk gi kedai asam pedas tapi tutup puleks so makan je lah kat kedai memana. Aku mkn nasi campur ayam masak merah, sayur kacang, kuah asam pedas ngan air teh o ais limau for only rm6.90 kira worth lah kan sbb makan kat luar? Kalau makan kt dlm uia ngamok mahai. Hahahaha.

Then after tu singgah jap telaga hang tuah. Rupanya dlm tu ada rumah tradisional melayu melaka  yg di buat pamer. Sape nk masuk amek gambar jemput bayar rm2 sorg. Tp mmg aku cakap rumah dia mmg sumpah lawa. Sumpah tak bohong weh. Mmg lawa. Nanti aku masukkan gambar2 berkenaan.
Lepas tu ktorg dibawak ke rumah berg utk beraya. Kuey teow goreng, biskut2 raya rumah berg bapak sedap mak dia buat wehhhh. Tak pernah aku suka cmtu ngan kuih semperit mak diaaaa betul sedap.
Ptg tu sambung perjalan ke pantai klebang. Sebelum tu singgah beli coconut shake kay batu berendam. Mmg lah coconut shake klebang sedap tapi berg kata dia malas nk beratur so okay. So kay klebang nore to photo shoot and sight seeing je lah. Menghargai ciptaan Tuhan yg mmg subhanaAllah. Wow. Mesmerized gituu.

Lepas maghrib ktorg pergi river cruise pulak. Sbb dh dikira harga weekend, so satu tiket for rm15.90. Pusing2 sungai jauh gak ah pusing dia worth lah jugak. Walaupun ada bau busuk kdg2 menyampuk hidung *bm fail*. Tp pemandangan malam2 cantik ngan lampu2. Disajikan pulak ngan lagu melaka zaman dulu yg amatlah kelakau. Hahahaha. Lepas tu balik rumahhhh dh. Lepas tu aku keluar balik ngan along beli dinner. Lepas tu tdo dgn nyenyaknya. Dah hanis cerita satu hari. 

Thanks berg bawak jenjalan kat melaka. Thanks along ngan kak siti tumpangkan rumah ngan belanja dinner! Nanti bebila aku update kisah satu hari di water a famosa theme park hokeyy. Kbaii. Nah gegambar. Enjoy. *will upload soon iA*

08 July 2015

Ujian Atau Anugerah


Hai 10 malam terakhir apa khabar?

Aku tanya apa khabar.

Aku tanya apa khabar.

Abaikan.

Cemana ramadan? Hari ni masuk malam ke-22. Semalam aku duty masjid. duty utk 10 mlm terakhir ni kena jaga iftar sampai lah ke subuh. so after iftar, moreh semua kena tdo masjid lagi2 semua bergilir2 jaga keselamatan. kenapa kena jaga? sbb mmg ramai orang luar iktikaf kat masjid sempena 10 malam terakhir. bawak toto, anak2. seronok tgk derang.

so semalam aku berkesempatan lah merasa tdo masjid. tdo kol 1, bangun kol 2.30 sbb keja jaga for sejam. alhamdulillah semua okay je. tp ak still kena 'berjaga' walaupun tak merayau. duduk baca quran je. 3.30 camtu dh ramai yg bangun. kol 4 imam start buat solat sunat jemaah. mmg panjang. 15 minit utk solat 2 rakaat. tp mmg power aku cakap. sedap. dan alhamdulillah tak mengantuk pun. solat subuh tu lagi sedap bacaan dia. sebijik2. mmg lama tapi bacaan dia mengkhayalkan. dia baca surah qiamah dan tak tahu apa lagi satu. aku dgr ada ayat fajr kat hujung2 tu.

rasa seronok sgt tgk semorang semangat qiam kat masjid. aku pn jd semangat. bersungguh doa nak lailatul qadr kan. lepas tu tadi hari ni aku keuzuran. kaku sebenarnya sbb  baru semalam beria mintak. tapi Allah bg cuti pulak. Allahu. yg sebenarnya aku nangis dekat toilet. sbb uzur masa 10 mlm terakhir. every puasa pun mesti aku kena akhir2. lagi parah sebenarnya ikut jadual bkn hari  ni pun. kiranya aku tak bersedia langsung mental fizikal. tp nak buat cemana. anugerah kan? ke ujian?

depends on how you take it.

mula2 rasa cm ujian. ujian apa Allah bg bila aku minta lain, dpt lain. lepastu mengadu. lepastu dpt nasihat. uzur ni kan anugerah. uzur bkn bermaksud takley beribadah langsung kan? banyak je ibadah lain. baca terjemahan, berzikir, mathurat. kan? banyak je. cuma kena rajin bangun malam walaupun tak boleh solat, tak boleh baca quran.

kita masih boleh buru malam terakhir. 

dont worry, smile. teruskan berdoa ya!

selamat menikmati hari2 terakhir di ramadan kawan!

salam sayang,