"Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui." [29:64]

26 June 2016

Catatan Ramadan Day 21: Progress

Assalamualaikum *nada prof izzi* Al-Fatihah to arwah!

Okay. So how progress Ramadan goals kita? Sihat dak dia? Ni dah last phase Ramadan. Lg tinggal 9 hari je nak Syawal. Maseni lah orang dok kalut nak perbanyak amal. Yg sisturs nya pun kalut nak siapkan shawl mana nak pakai raya kedua, biskut apa nak hidang. Haa gitu lah. Hehehe aku tak terkecuali tapiiiiii yg penting jgn lupa kita masih di bulan ramadan. Persiapan2 jugak tp jgn buat2 abai bulan ni. Teraweh jgn buat2 lupa lak. Kita kan nak menyambut malam lailatul qadr yg entah bila harinya. So thats why kita seharusnya pecut amalan kita regardless malam ni ganjil ke tidak just do it. Buat tahajud, solat malam apa semua. Banyak kan berdoa. Doa mati dlm iman, doa dipermudahkan urusan, doa jodoh yg baik. Ehh takkan aku nak kena tulis pulak. Hahaha hang pi doa je apa yg hang mau yg penting takmo doa keburukan yakni agar si polan menjadi malang takmo takmo. InsyaAllah termakbul doa kita yg baik2.

I share one story *because im so excited *. There is one artist that i like not that selebriti tp artis pelukis which is teme. Dia nak bg kad raya tau. Dia lukis pakai tangan dia okay. Yg mmg aku eager tahap apa ntah nak. Dia nk bg kt 10 org je. Yg komen nak 2+++ dekat nak 3000 weh org yg join. Cane lah aku nak jd the random choosen 10 peoples. Mmg tahap eager lah aku kan. So setiap kali waktu mustajab doa, disamping doa kesejahteraan, tak masuk neraka apa semua aku selitkan doa agar ada lah rezeki aku dpt kad tu. Dan Alhamdulillah aku bangun sahur td teme dm ig aku mintak alamat rumah utk meminang! K tipu je mintak utk pos kad raya dia lukis oh bapak rare k. Dan aku mesti lah happy lalu mewasep ana. Kehkeh. See the power or doa?

So jangan buang masa yg kita ada ni. Banyak buat amalan sebelum ramadan berakhir. Sbb kita sendiri taktau kita jumpa lagi ke tak ramadan next year. So hargai selagi peluang depan mata.

Ada je yg ramadan ni baru nak pakai tudung, baru nak solat, baru nak puasa. Takpe! mungkin tu hidayah dr Allah utk mereka teruskan niat suci mereka meski pun ramadan dah berakhir insyaAllah. Termasuklah mereka yg banyakkan amalan sunat bila ramadan. Moga tak terhenti amalan bangun solat malam kita ini yaa! Thats why perlunya doa agar Allah tetapkan hati kita yg sentiasa berbolak balik ini.

So akhir kata, renung2 kan dan selamat beramal. Nah gambar tengah kota eh merepek apa aku ni kbai.

20 June 2016

Catatan Ramadan Day 16: Separuh


Hey Hey aku tak percaya cintaaa (lame kan?) Alhamdulillah kita dah berada di separuh bulan ramadan phewiit. Sekarang di fasa kedua. Fasa kita kena get ready untuk pecut utk the last phase of ramadan which is fasa of lailatul qadr. Malam yg baik drpd 1000 bulan. Satu hari dalam setahun kot. Siapa taknak kan?

So masa2 ni dah kena buat checklist dah. Quran dah juzuk berapa? Puasa cemana? Masih lagi utk lapar dahaga semata? Atau utk merasa sebagai mana mereka yg sukar untuk mencari sesuap nasi? Solat kita masih penuh atau pun rongak? Solat malam kita mcm mana? Mmg lah ni persiapan nak sambut the last phase of ramadan kan, tp jadikan ni batu loncatan utk kita terus beristiqomah dalam hari2 kita walaupun ramadan dah habis.

Bukan setakatbuat checklist shawl raya je pulak tau! Mementang dah nak raya hamboi.

Lagi 5 hari dah nak pecut eh. Get ready jom?

16 June 2016

Catatan Ramadan Day 12: Saf


Dah lama nak menaip. Since hari ke6. Tangguh ke7, ke8 sampai lah lani hari kedoblas dah woih! Baru ada mood nak menaip. Padahal tiap2 hari ada ja idea nak menaip. Lagi mencurah idea lagi2 masa teraweh pulak tu ceh tak patut betul.

Okay let's talk about saf. Since i'm in form 1, i've been trained into rapatkan dan luruskan saf masa usrah dgn badar smss. wuuuuu. Yelah masa orientasi solat jemaah kat arRahman, kena marah ngan Kak Nadia sbb tak rapatkan saf sbb masetu aku dah solat, mana tau boleh je jalan rapatkan saf? Aku tak belajar lagi masetu wuwuwuw tak memasal kena marah terus cop dia senior garang luls nasib baik cantik!

K tutup cerita tu. So aku nak cakap sekarang ni, bila berhadapan realiti sebenar, tak lah semorang tahu mcm mana nak rapatkan saf erti sebenar. Sebab biasalah, nanti sempit nak duduk tahiyat akhir kot? Wuisy kalau solat kat shas rapat sampai tak dan nak duduk tahyat akhir weh! Huhu. Isy susah ah taip kat laptop takde emoji wuwuwuw *nanges*. Aku pernah je berhadapan dgn org2 yg jenis tak nak rapatkan saf. Eh kalau dia taknak, aku yang pi rapatkan. Tp aritu sentap makcik tu suruh aku ketepi sbb dia taknak rapat wuwuwuw nanges. Tp takpelah dia ada sebab mungkin dia takley rapat2 takut semput. Husnudzon ket. Yg lagi sadis, ada yang taknak berganjak ke saf depan. Ni lagi menangis saf lompang terus. Masalah nya pada aku, aku tak reti nak cakap suruh org kedepan. Aku hanya mampu berhuhuhu. Tp lepas habis solat tu, sib baik ada yg kedepan. Tahun lepas, ada adik tu sebelah aku taknak rapat. Aku pun beranikan diri ckp ngan dia, meh sini rapat sikit tp dia buat bodoh. Wuwuwuwuw kecewa weh. Ingat senang ke aku nak kumpul kekuatan bersuara? Alih2 kena bolayan sobs. Berhuhu lagi aku malam tu.

Lagi satu ni, aku nak cadangkan masjid takyah letak sejadah. Pakai karpet dah lah. Sbb ada yang jenis bila letak sejadah ni, ertinya satu sejadah satu orang. Kalau lagi lebar sejadah, lagi lebar lah space nya. K huhu lagik. Huhu sebab tak reti nak tegur sobs. Sbb yg buat ni selalu orang2 tua. Kalau kakak aku yg buat senang je aku ckp, "rapat sini cik. Ni ada space ni nak setan duduk sini?" nasib baik dia tak menjawab ni bulan puasa takde setan.

So tips pasal saf. First before start solat, make sure ruangan depan dah penuh. Jangan kau dah tahu dok belakang sekali terus start solat. Kang tak memasal kau sorang je kat saf tu sebab yang lain semua ke depan haaa kena tinggal tak tauuu! Kalau dah start solat, then tetiba org sebelah kau rapat ke kanan, kau gerak lah kekanan even dah solat. Janji tak lebih tiga kali ke kanan. Kalau rapatkan saf pulak, utk tau saf lurus ke tak, tumit belakang sebaris tp since perempuan kan pakai telekung, aku tengok bahu je lurus ke tak. Simple je sebenarnya tips ni.

Try lah buat insyaAllah tak susah. Rapatkan saf, luruskan saf, penuhkan saf depan. Sbb personally siapa tak penuhkan saf depan ni aku rasa selfish hihi sorry kalau harsh. Tu je dah habis tulis. Kbai. Next entry about Tips Berpantang woot woot!

p/s: Result nak keluar lagi setengah jam weh. Mohon doakannn semua lulus!

Salam Sayang,

08 June 2016

Catatan Ramadan Day 4: Anak


Heyya. Dah habis 3 kali puasa Alhamdulillah yeay!

Td en masa kat masjid, bising ya ampun dgn suara kanak2 kecik baya rayyan nanad gitu lah. Dia lari2 dekat atas sejadah org tengah solat. Lari yg ulang alik mmg power ah. Dan aku salah sorang yg tgh solat tu. Nasib baik masa sujud dia tak pijak kepala aku. Takkan nak tarik pulak. Dia bukan anak aku pun kan? Sampai lah announcement ntah siapa org masjid lah suruh mak2 yg bawak anak tu jaga sikit anak dia dari bising sbb menggangu. Dpt bayangkan bising yg cane sampai jemaah lelaki yg bising? Yg aku kat jemaah perempuan tahan sabaq je mampu. Lepas tu hilang bunyi budak bising, ganti dgn bunyi budak nangis. So kau dah boleh expect lah apa mak dia buat kt anak dia kan?

Persoalan dia, kenapa mesti perempuan yg bawak anak? Mana pak budak tu? Alah mmg standar mmg anak, mak yg jaga nye. Eh tu bukan pointe utama cerita ni. Tu cerita tambahan yg aku tertanya je.

Sebenarnya aku just wondering, elok ke tak sebenarnya. Mestilah helok mak bawak anak pi masjid, boleh kasi suasana solat jemaah kat anak. Tapi kalau anak2 bising sampai ganggu jemaah? Pahala mak yg niat nak jemaah kena kacau tak dek anak dia? Yelah anak bukan berakal sgt. Budak2 gitu mmg kerja nak main je. Dia mana pernah kisah org larang. Rayyan tu pun aku larang pun makin dia lawan. Mmg sampai geram sampai aku terpukul tangan dia. Alah pukul manja je lahhh aku tak lah kejam sgt hehehe.

Aku rasa better mak2 ni dok je rumah teraweh kt rumah. Sbb bukan nya salah pun kan? Nak pahala jemaah, kau drag laki kau sekali jd imam teraweh kt rumah haaa kan ke keluarga bahagia gituuuw!

Tp if aku pun, aku nak solat masjid. Feel dia lain. So cane aku nak bawak anak aku? Mungkin tunggu besar ket baru bawak. Alah berkorban lah sikit en. Takpun bawak sekali kerusi makan anak then kau dudukkan anak kau sambil pakaikan tali pinggang tu agar anak kau tak lari2 kt masjid. Haa bernas tak idea aku? HAHA bkn kerusi yg bertiang tinggi tu. Ada kerusi yg selesa mcm dok kat lantai tu. Mcm bazli unic buat kt anak dia masa dia solat. Sbb dia nak praktikkan solat dpn anak. Tunggu aku ada anak aku kurung dia ngan aku dlm bilik solat kekeke.

Tapi en, masa aku kecik dulu mesti aku pun bising dan mesti ramai je rasa annoying ngan aku. Mcm aku annoying *sikiiiiit je* dekat bebudak yg bising.

Tu lah buat bising lagi, kan kau dah kena rasa. Hewhew sorry lah makcik2 andai sy bising.

Aku tak buat conclusion pun. Apatah lagi 'just my 2cent'. Kosser aku. Baik bagi 2 ringgit. Just tulis sesaje apa yg aku rasa. Susah jd observer sekali thinker ni. Sbb setiap apa yg kau observe, kau mesti nak pkey pfft. K thats it. Nah terima lah lagu fav ramadan ai selain lagu maher zain ngan raihan tu.