"Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui." [29:64]

28 July 2016

Day 209 of 366: Pantang

Sorry for a late entry. Taip dah lama tp dok stuck je. Nak sambung pulak memerlukan mood. Ingat mood aku menaip senang nak dapat ke? Ok so I'm going to story abt pantang.

Since asyik aku je menjaga dua kakak ipar aku dlm pantang *ni bkn ayat mengeluh eh* so aku saje je nak share kisah berpantang. Based on pengalaman tau. So lantak lah kalau ada salah ke silap. Aku buat pun atas arahan mama. First sekali, ubat2 utk org pantang ni ktorg tak beli kt kedai jamu mak dara ke apa benda tau. Ktorg beli fresh dr nenek ai. Haaa nada bangga sikit. Aku pun tak tau nenek aku ni bidan ke apa tp dia mmg buat ubat lepas beranak. So tradisional which i very like instead of modern. Sorry aku mmg orang lama so what. I hope bila aku pantang, i can eat ubat nenek ai sendiri. And what most important, dear hubsy i nak pantang kat rumah mama okay? No i don't care i nak jugak kekeke. Aku siap ckp ngan mama lg nak book dia masa pantang. Pastu mama pi cakap "kau doa lah mama masih sihat masetu" sobs sedih tahu mama cakap gitu.

Ubat nenek ni mmg semua dr herba and such. Dia blend sekali then bentukkan and jemur. Haaa ni aku teka based on logic je. Sbb aku mana tau cemana, mana pernah tgk live nenek buat. Tau2 je dah siap. Ada ubat sapu perut, sapu dahi. Dan ubat minum ada dua. K dah cerita pasal ubat. Oh siapa nak order ubat boleh pm ai k.

Okay let's start. Bangun pagi kol 7 sbb pukul 7.30 kena bg makan breakfast. breakfast aku sediakan nasi putih panas dgn sambal ikan bilis halia yg mama buat. Air horlick panas. Kalau lunch, dinner just goreng ikan or ayam. And buat sayur sawi masak air halia dan lada hitam. Boring kannn? Sape suruh pantang kena lah pantang mkn semua yedak. Lunch pukul 12.30. Dinner kol 6.30. Kenapa .30 aku taktau pulak. Biasanya aku start masak setengah jam awal je sempat siap on time 💅Before makan tu, kak ika kena minum dulu air herba which nenek call air hirup. Bancuh dgn separuh air suam je. Rasa dia mmg lah tak dap tp dorg begitu disiplin habiskan air yg tak sedap tu hmm bagus en. Lagi satu air masak. Bkn air masak putih tu. Ni air herba gak. Nenek buat dlm uncang kena rebus. Warna air tu coklat. Kena minum 3 kali sehari. Pukul 9 pg, 4 ptg and 9 mlm. Mama kata utk lancarkan darah. Yg hirup tu pulak utk banyak kan susu ibu. Milk booster tradisional ngat en. Habis dah kisah makanan.

Then ubat sapu. Lepas kak ika mandi dgn air rebusan daun. Tp aku taktau daun apa. Tp dua jenis daun dan wangi baunya cuma tu lah. Aku tak kenal daun apa. Sehijau warna daun je aku kenal. Hmm kbai. K lepas mandi, mula2 kena sapu minyak satu badan kak ika. Minyak apa aku tak tahu hehehehe. Lepas tu sapu ubat kt perut. Tampal namanya. Warna putih. Bancuh dgn air panas, then sapu kt perut. Pastu balut ngan kain then pakai bengkung. Pastu pakai dekat dahi pulak. sama je. Bancuh ngan air panas sapu kt dahi pastu pakai kain ikat kt dahi alah mcm pendekar tu. Nak kasi melekat meresap kot. Hehe. Then all done. Tu je. Bedak sejuk ada gak tp kak ika jrg pakai. Aritu pakai sekali. Seram aku nengok kehkeh. Mcm hapeje.

Pastu ape lagi eh. Tu je lah. Lain2 mcm biasalah org pantang takleh banyak bergerak so dorg duduk je dalam bilik. Takleh turun bawah pun. Bahayo kono jago eh.

Cerita tambahan. Skrg aku tgh jaga kak ika. Kalau nak banding ngan kak siti, masa pantang kak ika ni angah ada so aku tak risau ngat. Masa kak siti, along lerja kt melaka so aku siap tdo ngan rayyan lagi masetu. Mlm pertama tdo, dia nangis aku sedar hebat. Tp malam seterusnya aku langsung tak sedar kekeke. Lagi satu dulu aku just jaga makan kak siti and basuh baju baby. Tu je. Sbb ada anjang nah yg tolong pakai kan ubat and bengkung bagai, mandikan baby apa semua. Tp ni kak ika, anjang nah takleh lah nk jaga sbb dia busy menjahit utk raya kan. So aku pun cuakz adakah aku kena buat semua 😱Aku nak pegang baby pun cuak ni nak mandikan woih this is crazy. Pastu nenek pun kata "sik aku harap yasmin ya jaga" maka yasmin ini pun sentap maka mama dah cari org lain jaga. Kehkeh. Tp aku still gak kerja. Monitor dia buat kerja. Bab makan still aku jaga. Bab lain aku monitor je sambil main ngan Inara kehkeh. Sebab gaji aku masih berjalan takkan nak dok lek mkn gaji buta yedak? Wah shasya so baik. Alah tapi utk bulan puasa je. Raya nanti aku kena buat semua ni balik. Sbb mama nak stop kan org tu. Sbb mama kata gaji aku berjalan tapi kerja takdak buat apaaa buat mengabehkan beras jo. Kehkeh. Tu je lah kbai.

P/s: This entry di taip masa bulan puasa but i post masa syawal dh nak habis kehkeh.

26 June 2016

Catatan Ramadan Day 21: Progress

Assalamualaikum *nada prof izzi* Al-Fatihah to arwah!

Okay. So how progress Ramadan goals kita? Sihat dak dia? Ni dah last phase Ramadan. Lg tinggal 9 hari je nak Syawal. Maseni lah orang dok kalut nak perbanyak amal. Yg sisturs nya pun kalut nak siapkan shawl mana nak pakai raya kedua, biskut apa nak hidang. Haa gitu lah. Hehehe aku tak terkecuali tapiiiiii yg penting jgn lupa kita masih di bulan ramadan. Persiapan2 jugak tp jgn buat2 abai bulan ni. Teraweh jgn buat2 lupa lak. Kita kan nak menyambut malam lailatul qadr yg entah bila harinya. So thats why kita seharusnya pecut amalan kita regardless malam ni ganjil ke tidak just do it. Buat tahajud, solat malam apa semua. Banyak kan berdoa. Doa mati dlm iman, doa dipermudahkan urusan, doa jodoh yg baik. Ehh takkan aku nak kena tulis pulak. Hahaha hang pi doa je apa yg hang mau yg penting takmo doa keburukan yakni agar si polan menjadi malang takmo takmo. InsyaAllah termakbul doa kita yg baik2.

I share one story *because im so excited *. There is one artist that i like not that selebriti tp artis pelukis which is teme. Dia nak bg kad raya tau. Dia lukis pakai tangan dia okay. Yg mmg aku eager tahap apa ntah nak. Dia nk bg kt 10 org je. Yg komen nak 2+++ dekat nak 3000 weh org yg join. Cane lah aku nak jd the random choosen 10 peoples. Mmg tahap eager lah aku kan. So setiap kali waktu mustajab doa, disamping doa kesejahteraan, tak masuk neraka apa semua aku selitkan doa agar ada lah rezeki aku dpt kad tu. Dan Alhamdulillah aku bangun sahur td teme dm ig aku mintak alamat rumah utk meminang! K tipu je mintak utk pos kad raya dia lukis oh bapak rare k. Dan aku mesti lah happy lalu mewasep ana. Kehkeh. See the power or doa?

So jangan buang masa yg kita ada ni. Banyak buat amalan sebelum ramadan berakhir. Sbb kita sendiri taktau kita jumpa lagi ke tak ramadan next year. So hargai selagi peluang depan mata.

Ada je yg ramadan ni baru nak pakai tudung, baru nak solat, baru nak puasa. Takpe! mungkin tu hidayah dr Allah utk mereka teruskan niat suci mereka meski pun ramadan dah berakhir insyaAllah. Termasuklah mereka yg banyakkan amalan sunat bila ramadan. Moga tak terhenti amalan bangun solat malam kita ini yaa! Thats why perlunya doa agar Allah tetapkan hati kita yg sentiasa berbolak balik ini.

So akhir kata, renung2 kan dan selamat beramal. Nah gambar tengah kota eh merepek apa aku ni kbai.

20 June 2016

Catatan Ramadan Day 16: Separuh


Hey Hey aku tak percaya cintaaa (lame kan?) Alhamdulillah kita dah berada di separuh bulan ramadan phewiit. Sekarang di fasa kedua. Fasa kita kena get ready untuk pecut utk the last phase of ramadan which is fasa of lailatul qadr. Malam yg baik drpd 1000 bulan. Satu hari dalam setahun kot. Siapa taknak kan?

So masa2 ni dah kena buat checklist dah. Quran dah juzuk berapa? Puasa cemana? Masih lagi utk lapar dahaga semata? Atau utk merasa sebagai mana mereka yg sukar untuk mencari sesuap nasi? Solat kita masih penuh atau pun rongak? Solat malam kita mcm mana? Mmg lah ni persiapan nak sambut the last phase of ramadan kan, tp jadikan ni batu loncatan utk kita terus beristiqomah dalam hari2 kita walaupun ramadan dah habis.

Bukan setakatbuat checklist shawl raya je pulak tau! Mementang dah nak raya hamboi.

Lagi 5 hari dah nak pecut eh. Get ready jom?

16 June 2016

Catatan Ramadan Day 12: Saf


Dah lama nak menaip. Since hari ke6. Tangguh ke7, ke8 sampai lah lani hari kedoblas dah woih! Baru ada mood nak menaip. Padahal tiap2 hari ada ja idea nak menaip. Lagi mencurah idea lagi2 masa teraweh pulak tu ceh tak patut betul.

Okay let's talk about saf. Since i'm in form 1, i've been trained into rapatkan dan luruskan saf masa usrah dgn badar smss. wuuuuu. Yelah masa orientasi solat jemaah kat arRahman, kena marah ngan Kak Nadia sbb tak rapatkan saf sbb masetu aku dah solat, mana tau boleh je jalan rapatkan saf? Aku tak belajar lagi masetu wuwuwuw tak memasal kena marah terus cop dia senior garang luls nasib baik cantik!

K tutup cerita tu. So aku nak cakap sekarang ni, bila berhadapan realiti sebenar, tak lah semorang tahu mcm mana nak rapatkan saf erti sebenar. Sebab biasalah, nanti sempit nak duduk tahiyat akhir kot? Wuisy kalau solat kat shas rapat sampai tak dan nak duduk tahyat akhir weh! Huhu. Isy susah ah taip kat laptop takde emoji wuwuwuw *nanges*. Aku pernah je berhadapan dgn org2 yg jenis tak nak rapatkan saf. Eh kalau dia taknak, aku yang pi rapatkan. Tp aritu sentap makcik tu suruh aku ketepi sbb dia taknak rapat wuwuwuw nanges. Tp takpelah dia ada sebab mungkin dia takley rapat2 takut semput. Husnudzon ket. Yg lagi sadis, ada yang taknak berganjak ke saf depan. Ni lagi menangis saf lompang terus. Masalah nya pada aku, aku tak reti nak cakap suruh org kedepan. Aku hanya mampu berhuhuhu. Tp lepas habis solat tu, sib baik ada yg kedepan. Tahun lepas, ada adik tu sebelah aku taknak rapat. Aku pun beranikan diri ckp ngan dia, meh sini rapat sikit tp dia buat bodoh. Wuwuwuwuw kecewa weh. Ingat senang ke aku nak kumpul kekuatan bersuara? Alih2 kena bolayan sobs. Berhuhu lagi aku malam tu.

Lagi satu ni, aku nak cadangkan masjid takyah letak sejadah. Pakai karpet dah lah. Sbb ada yang jenis bila letak sejadah ni, ertinya satu sejadah satu orang. Kalau lagi lebar sejadah, lagi lebar lah space nya. K huhu lagik. Huhu sebab tak reti nak tegur sobs. Sbb yg buat ni selalu orang2 tua. Kalau kakak aku yg buat senang je aku ckp, "rapat sini cik. Ni ada space ni nak setan duduk sini?" nasib baik dia tak menjawab ni bulan puasa takde setan.

So tips pasal saf. First before start solat, make sure ruangan depan dah penuh. Jangan kau dah tahu dok belakang sekali terus start solat. Kang tak memasal kau sorang je kat saf tu sebab yang lain semua ke depan haaa kena tinggal tak tauuu! Kalau dah start solat, then tetiba org sebelah kau rapat ke kanan, kau gerak lah kekanan even dah solat. Janji tak lebih tiga kali ke kanan. Kalau rapatkan saf pulak, utk tau saf lurus ke tak, tumit belakang sebaris tp since perempuan kan pakai telekung, aku tengok bahu je lurus ke tak. Simple je sebenarnya tips ni.

Try lah buat insyaAllah tak susah. Rapatkan saf, luruskan saf, penuhkan saf depan. Sbb personally siapa tak penuhkan saf depan ni aku rasa selfish hihi sorry kalau harsh. Tu je dah habis tulis. Kbai. Next entry about Tips Berpantang woot woot!

p/s: Result nak keluar lagi setengah jam weh. Mohon doakannn semua lulus!

Salam Sayang,