"Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui." [29:64]

16 October 2016

Day 290 of 366: Third Year

Alhamdulillah. Tahun ni dah tahun ketiga semester 1 which mean dah habis 2 years of studying. Dan minggu ni dah tujuh minggu start new semester. (Masa taip ni awal sem, masa post tau2 dah tengah sem kehkeh)

Have to admit, workload semakin bertambah.Seperti tambahnya tahun belajar.

Okay. Tiga minggu gak lah peram entry ni. Kan tadi aku cakap aku busy. Hectic gak lah. Daripada before start sem nak tgk movie miracle in cell no 7 sampai la ni tak tengok lagi nak cakap tahap busy nya tu. Selebihnya adalah drama. Maaf.

Sebenarnya point utama mengenai mahallah dan teman sebilik. Dari tahun pertama sampai kedua duduk blok G. Level 3. Bilik kalau tukar pun sebelah je. 3.6 dan 3.5. For 2 years aku adapt suasana situ tapi tahun ketiga ni kena pindah. Dengan alasan blok tu untuk mereka yang ambil shor semester sahaja. K.

Dan of course roommate aku semua baru. Alah baru tak baru, sebenarnya dorang ni jiran bilik masa second year. Biasa lah buat lawatan bilik tp bukan sehingga bermalam. First night masa ahad tu aku dah tdo bilik roommate lama dekat block g. Sebab apa? Yes aku tak boleh move on. Aku susah sebenarnya nak terima sesuatu perubahan. Boleh terima. Cuma tu lah perlukan masa. Aku nak adapt degree life pun take time for a month. Nak adapt majoring pun sama lama.

Dengan masalah bertimpa pada hari itu. Mesin basuh blok aku rosak pulak. Wifi pun cam tak best sgt. Tp better lah dari sem lepas. Dengan toilet jauh dr bilik. Before ni bilik point 5, 6 je. Even bilik roommate lama pun 3.7. Tapi bilik aku point 1. Which was the far (farest tak wujud kan? 😅) Pendek kata, cuma satu hari tp aku ada banyak sangat complain. Complain yg buat aku rasa aku nak kembali masa lalu. Tapi aku ambil langkah berdiam diri. Dan terima. Yelah, aku bilik kat situ for a year tau. Takkan selamanya nak memberontak? Memang the only way is to accept it. You don't need to be fast. Biar slow tapi terima lah.

So itu cerita aku tiga minggu yang lalu. So how's now? Alhamdulillah. Thats the answer in a nutshell. Roommate aku yang baru semua sejenis bangun awal (read: dan senang bangun), tak suka bukak lampu tengah dan suka kunci pintu bilik. Which are sangat sangat lah berlainan tau. Aku ni dah lah susah nak bangun pagi hatta dengan bunyi alarm pun. Dan bilik lama pun biasa terang2. Dan ktorg lepak je pasal kunci ni. Nak mandi pun kenkadang biar je bilik tak berkunci padahal manade orang pun. Tapi as i said. Terima perubahan dengan hati terbuka.

Oh btw, my roommate dua org tu jiran (sorg sama negeri so no need to rindu kelaka bahasa sarawak gik) and the other one junior and tak kenal pun. Tp dah berkenalan lah haha. Lama2 dah terbiasa dgn tabiat mereka.Dorang ni pun okay bila kena kejut aku yg liat bebenor ini. Sama mcm roommate dulu yg gigih kejut aku :')

Lepas tu aku perasan satu benda. Roommate aku ni bagus bebenor. Bangun sesubuh terus mandi. Lepas solat subuh dah pasang zikir dekat lappy, baca quran. Manada tido lepas subuh dah. Lepastu siap pi kelas bapak awal. So disebabkan tu, aku ni pun reti lah jugak rasa malu. Sekarang alhamdulillah aku mandi pun dah awal, pergi kelas pun awal. Aku yg dulu kelas pukul 8.30, pukul 8 baru nak pi mandi. La ni 7.15 mandi weh 😂Aku pun terkejut dgn perubahan diri aku. Tp kalau benda ni elok so why not kan? Lepas tu rasa best pulak siap awal2 ni. Hewhew.

Moga perubahan seorang shasya selamanya lah baru jadi calon menantu mak mentua kah!

Bye!

P/s: updated. Since this is eighth ke seventh week ntah, workload aku semakin bertambah. Dan aku dah jd mrc asiah wuwuwuw penat kei. Minggu ni ada pat midterm. Doakan aku ye.

12 September 2016

Day 270 of 366: Back in Twitter


Assalamualaikum. Hi. 

I want to tell a story about Twitter. Mestilah bukan siapa pengasas dan tarikh launch duhh tu aku pun tak buat research. Tapi pasal kehidupan aku dan twitter. Gittuw tajuk novel tak nih? Kah! 

Okay aku mula buat twitter masa 2010. Masa aku form 4. Masa cuti dan masetu dekat rumah. Dan sebab utama. Sebab nak follow ashraf muslim lol. Dan aku masetu followers  aku semua orang2 yg aku tak kenal. Nak tau lg satu benda memalukan? Masetu nama twitter aku Sang Pencinta (euw reramai plis) alah masetu tak matured lagi so normal lah kan? Pastu tweets aku semua mention ashraf muslim suruh dia follow dan sajak puitis (weh tampo aku skrg pls). Kira cam tahap obses lah jugak. Tp obses kt twitter masa cuti tu je. Dah naik f5, dah tak on twtr dah. Yelah manada phone canggih zaman tu. Nokia je kot. 

(Pssss. Tapi masa f5 aku letak gambar dia bawah lapik meja kelas. Haha dan gambar kawen dia ngan Dayana gak haaa peminat sejati ni) 

Dah habis f5 baru on balik twtr. Kemas apa yg patut, tukar nama dan move on haha. So masetu baru follow kengkawan. Dan masetulah aku aktif kt twtr. 

Aktifnya aku waktu tu rasa cam semua benda aku nak tweet. Literally SEMUA duhhh. Lepas tu masa isu mh370 pun aku tweet2 menyibuk dgr cerita org. Lepas tu lama2 aku sampai phase yg aku rasa tweet2 aku annoyed kan org. Dan masetu aku rasa twtr sgt lagha. Lagha bagi aku. Sbb aku mcm menyalahgunakan kot? Yelah dah semua benda aku tweet pebenda. Dan lagi satu benda, timeline aku penuh dgn carutan. Mungkin sbb kwn2 aku semua budak keyel so benda tu normal. I mean for the guys. Dan dorg kwn aku takkan aku nak unfollow? So masetu bila aku fikir twtr lg banyak bawak keburukan dr kebaikan, aku decide utk deactivate. Bukan utk sekejap. Tp forever (masetu lah) 

Tips nak deactivate utk org yg agak obses twtr mcm aku. Try utk halang diri. Aku ni jenis terpkey kata2 dlm otak mesti aku akan ckp 'eh nk tweet ah' so everytime keluar ayat cemtu, aku cecepat halang diri aku dr tweet. So pendek kata, first tips is kurangkan tweet. Kedua, kurangkan bukak twtr. Sbb bila bukak, rasa nk tweet lah, nk reply lah. So better takyah bukak.

Benda ni tak senang. Dan lama tau before aku deactivate. Maseni zaman cfs. Tp aku rasa masa aku deactivated tu maybe dh masuk degree. Bila dah twtr aku cam kosong je pendek kata, bersarang lah kononnya haha. So aku deactivated habis. Tp aku rasa aku ada activekan balik. Yelah tak sampai hati. Tweets je dh berapa ribu weh hahaha. Tp aku keraskan hati jugak. Then yes i did it. Then aku aktif balik kt facebook. Tp taklah semua benda aku fb kan mcm aku twtr kan semua benda. Habis kat situ. 

Pastu masa ramadhan aritu. Rasa nk bertwtr membuak balik. Kalini sebab yg sama memula aku bukak twtr. Tp org yg berbeza. Sbb aku nk follow teme. Sbb teme jrg kt ig. Dia banyak kt twtr. So tu main reason aku bukak twtr. Aku sign up balik on 1st july 2016 dgn the same nama (aku lupa term dia yelah dah tak kaki twtr khen). Dan tk follow ramai pun. Just kawan2 rapat. Anyone yg dulu aku rasa annoy, aku tak follow dah. Biarlah sikit. Kang aku yg annoyed kan org kahkah. 

Pastu lately aku rasa obsession aku dah nak kembali. Where i want to tweet all stuff. Hahahaha. Ni pun kwn aku yg sedarkan. Dia kata bukak2 twtr ada je tweet aku. Mmg lah aku sentap. Aku tweet mlm je galak. Siang aku tk bukak sbb busy kelas. Tp yg aku banyak tweet lah dia perasan. So i need to calm down balik. So skrg tgh dlm phase jarang bukak dan jarang tweet. Tp taklah nak deactivated balik. Nak calm down je takut over. 

Tp ntahlah. Sbb aku suka tulis apa yg aku rasa. Dan aku rasa twitter tempatnya. Tp yelah dh org kata kita annoyed, kita diam jelah kehkeh. K tu je cerita twitter saya. Anda bagaimana? 

09 September 2016

Day 253 of 366: Train to Busan Review

Assalamualaikum hi! Sbb harini lepas tengom Train to Busan rasa nak share puleks haaa bkn senang aku ada mood nak menaip.

So before start, i want to warn, this entry is a ❗SPOILER ALERT❗So kalau taknak tau ending plis stop and watch it yourself. InsyaAllah tak nyesal tgk cerita ni *lap hingus* OR BOLEH SKIP PART DI BAWAH NI. DAN SAMBUNG DI BAWAHHHHHH!

Okay so let's start. I'm watching this movie at MBO Melaka Mall pakai tiket freeeee *hiuhiu* dpt masa derma darah tu ari. Wyg pukul 10.50 am dan 10.50 tu tgh beratoq nak pi beli tiket lg aih. Heleeeh masuk tu pun masih iklan key so leks.

K ni sinopsis dia. Mungkin tk brp pendek tau haha. Cerita ni start dgn hero cerita ni, gong yoo (aku tk igt nama lakonan dia) dia ni duda, kerja fund manager (kerja saham), tinggal sekali ngan mak dia and anak su-an. Ex wife dia kt Busan. Mula-mula before tgk aku sure anak dia perempuan. Bila tgk aku kurang pasti anak dia laki ke ppuan. Rambut pendek. Nama dan suara takleh dikenal pasti pulak. Nasib baik lepastu pakai skirt baru tau tu gegel phew. So ayah dia ni busy tau. So anak dia pun ckp nl pi Busan gak masa beday dia besoknya tu. So ayah dia terpaksa lah hantar gak. So this is the start of Train to Busan. K minum air jap.

Malam before dprg bertolak naik KTX ke Busan ni mmg dah ada kes zombie tp tak besar-besaran pun so ramai taktau lah. Masalah timbul bila seketul (?) zombie tersesat masuk dlm gerabak. Yg org jaga ktx tu pulak tk perasan. So dr situ, zombie tu menular dlm train tu. Dia start gigit pramugari (?) dlm train tu so terus menular dan manusia2 lain yg belum terkena semua pergi lari ke gerabak lain yg masih selamat dan tutup pintu gerabak. Sbb apa? zombie tak reti bukak pintu. Dia reti penyek muka ke pintu sambil cakar2 je. Bukak pintu tak reti. So maseni lah, anda akan kenal pasti watak2 penting dlm cerita ni. Oh btw aku tak igt nama2 dorg ni tau. So boleh describe je. So ada watak hero dan anak dia, ada perempuan mengandung dan suaminya, ada pemain besbol beberapa org (tp yg bertahan 2 org je), ada 2 adik beradik perempuan tua yg baya2 nenek, ada seorang pramugara (?) train, pemandu train, seorang lelaki kaya yg paling selfish di dunia hanya tuhan yg tahu tahap selfish dia cemana dan seorang lelaki serabai area 40-an yg entah siapa dia. Tp watak org lain ramai je. Watak sampingan yg hulur muka dan bebereapa dialog lah.

Masa dah berkumpul kt few gerabak yg tak kena infection tu, hero tu dpt call dr mak dia. Mak dia cakap benda2 yg tacing lah. Jaga diri lah, syg cucu dia lah and at the end ada bunyi gans dan fon mati. Dan aku syak mak dia dah jd zombie. K ni first part aku sedih sorry lah hati tisu. Then lepastu dorg dpt berita dr pemandu train kata akan berenti kt stesen daejon. Kt sana ada pihak berkuasa tunggu akan kuarantinkan depa. So dh sampai stesen sana, suasana sunyi gilaaaa. So dorg keluar stesen pakai jln utama, tp hero dan anaknya dan lelaki yg entah dr mana tu pakai jln lain sbb hero ni dh call sesiap laftenan ape ntah yg bgtau ada org tunggu dorg nanti. Tp kantoi ngan anak dia so anak dia nk panggil yg lain tu sbb anak dia so baik hati. Ayah dia dh pesan dh masa2 camni jgn jd baik sgt, jaga diri sendiri dulu tp kena marah balik dgn anak dia. Anak dia kata, "Ayah selalu pentingkan diri. Sebab tu mak tinggalkan ayah" haa sentap ayah dia.

Tp tak sempat nk buat apa pun, rupanya pihak berkuasa yg tunggu dorg pun dh jadi zombie. So dorg pun berpatah balik ke tren dan ramai bertukar jd zombie masetu. Kira cam tak ramai lah yg selamat. Maybe dlm 20 org? 20 org ni termasuk ada seorang pramugara (?) train, seorang cheerleader besbol, lelaki kaya yg selfish tu dan adik nenek yg tua tu dok dlm gerabak 15. Yg watak2 lain yg penting tu terpisah dua kelompok. Satu kelompok tu ada nenek (kakak), perempuan mengandung, budak su-an tu dan lelaki out of nowhere masuk gerabak 11 tp gerabak tu ada zombie so dorg ada dlm tandas nyorok. Yg lagi satu ada hero, suami perempuan mengandung (wei die ni power gila kot lawan2) dan few pemain besbol lepas lawan zombie, dorg turun ke tren, tren dh bergerak ke arah busan (sbb lelaki selfish tu paksa pemandu tu gerak cepat) so dorg pun berlari2 anak kejar tren tp ada zombie aku lupa dtg dr mana serang dan few pemain besbol kena infect kecuali sorg. So tinggal 3 org survive dan dorg sempat masuk gerabak 9.

Lepastu suami tu call isteri dia. Isteri dia mintak tolong dorg. Haa kat sini bermula klimaks semua benda. Tiga org dr gerabak 9 kena gi 11. Dorang siap dah peralatan nak melawan zombie dan strategi. Mmg ada adegan tumbuk2 apa semua, lawan2. Tp yg pelik best nya zombie tu tak boleh dlm gelap. Bila dlm gelap dorg tak nampak dan akan attract ke arah bunyi. So dorg ada lah pasang strategi utk umpan zombie setiap kali train masuk terowong. Lepas selamat dtg gerabak 11 tu, misi dorg ke gerabak 15 pulak. Lelaki besbol dh text kwn cheerleader dia ckp dorg otw. Dan kwn dia bgtau yg lain dan lelaki selfish tu marah dan jadi selfish namatey dan hasut 20 org tu agar jgn terima sbb takut2 yg 7 org survive tu dah kena infection. Maseni bodohnye laaaaah yg si selfish tu haa. So dorg semua takmau 7 org tu masuk dan gi block pintu, kunci pakai kain. Sementara yg 7 org survivor tu merangkak kt tempat letak bag atas tu, mcm2 cara lah janji dpt. Pastu ada waktu puncak nya yg dorg dah sampai pintu gerabak 15 tp kena kunci, dan zombie sdg kejar dan dorg terpaksa pecahkan pintu tu. Dan suami perempuan tu jd umpan hlg zombie serang dan maseni yes sedih gila! 

Masa dh berjaya masuk tu, tatau kenapa nenek tu pergi korbankan diri dia. Taktau lah kalau tk sempat ke apa. epas dah berjaya masuk gerabak 15 tu, org yg lain2 yg baju nya bersih dan selfish tu pun suruh 5 org survivor yg baju berdarah sbb lawan zombie suruh ke gerabak lain sbb takut dorg kena infection. Isy dodol betul. Dorg tak kena infection masalahnya tp yg lain tanak caya so dorg pun pergi. Tp kwn cheerleader besbol tu nak ikut yg pemain besbol tu gak. So 6 org survivor pi gerabak lain, dan yg lain terus kunci pintu yg menghubungkan gerabak dorg. Ingat tak nenek yg korbankan diri tu? Dia ada adik kannn. Adik dia pun tua gak dah. Pastu adik dia tacing. Tgh2 org busy kunci pintu, dia pi bukak pintu lg satu yg penuh zombie tu dan yes gerabak dorg habis. HAHA sorry lah tp maseni aku tgh geram dgn gerabak yg selfish tu. Yelah dah lah sukati buat assumption. Terus terpadan muka dorg kejap. Tapiiii pramugara dan lelaki selfish tu boleh pulak selamat sbb sorok dlm toilet!

Tren tu finally stop masa dekat dgn stesen daegu. Takleh lalu sbb ada mcm accident tren dekat landasan tu. So pemandu tu buat announcement, yg masih hidup, keluar. Dia nak cari trren baru. So 6 org ni pun keluar. Pastu masa tgh cari tu, ada accident something menyebabkan ada tren terbalik dan dorg terpisah 4-2. 2 tu yg pemain besbol dan dan kwnnya. 4 org tu pulak cam tersekat antara 2 keretapi dan jln keluar sgt sempit. At the other side, igt pramugara dan lelaki selfish tu? Lelaki selfish tu berjaya larikan diri selepas campak pramugara dekat zombie haa selfish tak? Lelaki tu lari dan nampak 2 org tu masuk tren. Dia pun masuk tren dan campak kwn cheerleader ke arah zombie. Haa cukup selfish tak? Geram dah kan? So lepas cheerleader kena, si pemain pangku dan menangis dan of course dia pun kena sobs.

K mana pemandu tu pergi? Dia berjaya dptkan satu gerabak tren yg okay. Maseni tren tu dah bergerak. Dia nampak lelaki selfish tu tgh lari ke arah tren dan zombie kt belakang tgh kejar. Tetiba boleh pulak lelaki selfish ni tersadung dan jatuh. Pastu pemandu tren tu pun turun dr tren dan cuba selamatkan lelaki selfish tu. AND GUESS WHAT? Lelaki selfish tu tarik tangan pemandu tu then bg kat zombie dan dia pi cabut lari! WEHHHHHH APE OVER SANGAT SEH! Brp ramai org dia korbankan sbb nyawa dia je? So dia pun naik tren tu. At the same time, yg survivor 4 org tu try keluar dr tempat sempit tu. Mula2 hero, lepastu dia tarik anak dia pulak. Masetu zombi dlm tren dah keluar (sbb cermin tren berjaya dipecah) dan lelaki out of nowhere tu korbankan diri demi perempuan mengandung tu keluar dan larikan diri. So dorg bertiga lari selamatkan diri dari ratusan zombie. Ramai gila bak hanggg! Dorg kerar tren tu. Lama gak ah baru dapat lepas tiga2 dah berjaya naik tren, ada satu, dua ketul zombie berjaya pegang penghadang kereta api tu. Pastu diheret sekali, zombi yg lain semua lompat dan sangkut kat badan zombi kt depan tu. Maseni dia tunjuk pandangan dr atas tau, kau bayangkan tren gerabak yg kepala je (pendek je) mengheret menarik segerombolan zombi. Banyak weh tak bohong. Semua kena heret dgn tren tu. So hero pun try pijak2 tangan zombie sampai dia lepaskan tren tu. So habis!

Tipu jeee. Mana boleh habis sbb lelaki selfish tu hidup lagi haha. So hero dan anaknya serta perempuan mengandung tu nak masuk tempat driver tu, sekali yg lelaki selfish dlm tu dah kena infection. Time bila kena aku tak tau. So dorg pun berlawan dlm ruang sempit tren tu. Dan last sekali, hero korban diri dia dgn bg tangan dia digigit lelaki selfish tu :( So lelaki selfish tu dah ditendang keluar tren. Hero suruh anak dia ngan perempuan mengandung duduk kt tempat pemandu dan ajar semua cane nk brek tren tu. Masa dia peluk anak dia, anak dia jerit2 taknak lepaskan dia. Weh maseni lebat sgt hujan turun wehhhh sumpah sedihhhhhh wuaaaa T.T Dah tu dia terjun dr tren tu Ya Allah weh sedih weh sedihhhhh! Dah sampai laluan masuk busan tu, perempuan mengandung ngan anak hero pun turun dan jalan masuk terowong ke arah busan. Pastu askar yg tunggu kt sempadan busan dah nak tembak dah sbb igt kena infection nasib baik budak tu menyanyi so dorang selamat. Tp lagu tu sedih along kata. Dia tak bg subtitle pulakk huaa.  Anak hero tu nyanyi sambil nangis. Dan aku pun nangis sekali dan THE END.

HAA SINI SINI DAH HABIS DAH SINOPSIS.

Ni review dr sisi aku pulak. Sepanjang tgk cerita ni saspen ah. Pastu geram. Sampai kaki aku kt bawah tau2 dah naik atas kerusi. Pastu sampai aku nak jerit suruh cepat sikit lari lah. Kira cam penuh perasaan weh tengok cerita ni weh. Semua rasa ada. geram, cemas, lawak semua ada. Pastu, ada kisah persahabatan (pemain besbol and the geng) betapa dia taknak pukul zombie yg kwn dia tu! Pasal kekeluargaan (hero and anak, suami dan isteri). Mmg lah ada scene org selfish gila tau, tp dia masetu sorg bolehlah cerita. Cer dia bawak anak bini, tgk dia masih nak selfish ke tak. Even hero tu pun dia suruh anak dia yg pentingkan diri. Nampak mcm dia pentingkan diri, tp sebenarnya tu semua utk anak dia. Satu lg yg paling aku nampak, kerjasama yg sgt bagus walaupun among stranger. Walaupun dorg tk berkenalan pun, tp dorg banyak berkorban demi org lain. Sedih ah tgk spirit pengorbanan dorg.

Aku malas lah nak kaitkan cerita ni dgn kehidupan. Haha tp sikit lah. Hidup ni kan umpama perjalanan. Dan utk survive, tak mudah. Banyak rintangan dan halangan kau kena lalui. Sampai lah kau kau jumpa titik perhentian perjalanan kau. Applicable jugak masa tgh belajar ni. Nak dpt degree tak senang. Belum masuk master dan phd lagi ni haaa. Okay stop part situ. So tu je lah aku boleh cerita. Sape tak tengok, molek lah pi tengok. Tak nyesal. Rating? Aku tak reti bg rating tp best lah!


Kad membership mbo comel ngat aih!

p/s: Sorry for the typos!

31 August 2016

Day 244 of 366: #MMdapnye

Assalamualaikum. Hi. This post pun bkn pasal 4 post yg aku plan nk taip tu. But let me write about this first.

Aku baru habis Tawe. Join as committee. Aku dah lama dah suka committee tawe ni. Dr aku masuk cfs aku nampak kakak comm aku dah aim one day i'll be like them. So masa cfs masuk lah sekali. Bila dah degree igt nak tunggu masuk 2nd year dulu baru join. Nyesal join lambat. Kalau aku tahu addict nye camni aku masuk awal dah kahkah. But nvm, Allah knew best. Alhamdulillah first time apply terus dpt. Top 3 aku regist, catering amd welfare. Aku letak multimedia no 5 tau tp boleh pulak dpt. Tu pun sbb dah takde pilihan sbb aku takkan pilih dni. Wake up call pukul 4.30 pg kot 😂 Tp next sem takmau dah apply regist depa pun kena buat wakeup call 😂

Multimedia Team. Tak pernah terlintas langsung akan jadi one of them. Sbb team ni need a skill. Dia bkn biro lain yg kena angkat brg, jaga budak, jaga masa apa semua. Kamera kena ada, skill photoshop dgn edit video kena ada. Mmg tak kena ngan jiwa aku. Tp ada satu benda je berkaitan, aku minat suka buat kerja edit² ni. Cuma yelah, noob je tahap pakai movie maker je.

Nak dipanjangkan cerita masa first day induction ni mcm the negative day lah. Dr ke tk dpt check in bilik, kena tumpang bilik org pulak pastu stor takleh bukak so brg aku manada. Harap brg aku bawak dr rumah je. Telekung pun takde bawak jubah je masa pi janda baik luls. Pastu lepas berkenalan lg down. Head ngan asst tk dtg. The only biro yg terhuyung-hayang. Aku terus ws abg hadi ptg tu mintak tukar. Tp dia suruh tanya kak qina dulu. So lepas tanya kak qina (super senior in mm) maka aku setuju utk stay. So kiranya ni platform utk aku cuba minat aku yg satu tu lah. Abg hadi tu pun mm dulu so aku rasa dia particular dlm pemilihan biro mm but why me? Luls.

Tapi alhamdulillah aku dpt ketua,asst dan semua subcomm yg masuk air. Kira boleh ngam ngan introvert (read: pemalu) mcm aku. Masuk OR je mesti gelak. Lawak dorg padu sgt. Punchline sampai dowh. Ada je satu dua tak sampai, aku yg rasa nak tumbuk dorg. Sbb kelakar sgt. Lawak menggudul! (Bhs jawa maksudnya tak semena-mena eh betul ke). Masa kt janda baik tak rasa lg rapat. Tu pun aku ckp ngan izzah, ecah, hani ngan anis. Pastu in dgn eiqa pulak. Paling rasa start preparation day lah. Baru rasa rapat. Maseni lah nak belajar photoshop, edit nametag, ambik gambar semua biro, buat wrap up apa semua. Pasal skill pulak, they willingly to teach noob like us. I appreciate that so much. At least skrg dah boleh edit gambar. Dah boleh buat hilang jerawat, hilang eyebag, merah bibir haaa okay lah tu kan? Design belom power lagi.

Selain tu jugak, apa yg merapatkan ktorg dgn makan bersama, gb di rumah terbalik kl. Tak lupa jugak main uno, jenga, werewolf, poker dan speed wlupun din je yg reti. Masa ni lah aku rasa yg ayat quran surah baqarah ayat 216 tu masuk sgt. "Boleh jadi kamu membenci padahal ia baik utk kamu. Dan boleh jd kamu menyukai sesuatu padahal ia buruk utk kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui." Dan tak sampai seminggu aku dah suka masuk biro tu. Sbb buat benda yg kita minat en. Lepas ni mmg aku pilih biro mm no 1. Sampai rasa nak beli dslr kot tp mahal betul cemanaaaa siapa nk belanja? Haha.

Even dua minggu je jumpa. Tp rasa bonding tu. Dgn committee yg lain pun. Sbb hari2 hadap dorg nak amek gambar en. Tu je lah modal dia. Tp perasaan yg paling best, bila aku buat wrap up video then org tengok. Tak kisah lah suka ke tak tp aku rasa kerja aku tu paid off lah. Rasa puas tau. Cuma down kejap semalam. Sbb tak sempat tayang (secara proper) wrap up yg aku paling ikhlas buat haha. Sbb last minit before dinner, aku habiskan dua lagi video. So kalau rasa tak ditayangkan, ada lah sikit down. Tp alhamdulillah tayang gak ah. Pakai speaker sendiri hahaha. Pastu down kali kedua bila ada org marah (bg dia marah manje kot haha) dia tak puas hati gambar biro dia 3 je padahal yg lain banyak. Dia ckp lah ei apeni mm tak suka lah (aku tk igt the real words tp something like that) biasalah newbies sentap. Aku ni dah lah mmg sensitif. Sbb aku buat last minit (k situ aku yg salah sorry) dan mestilah rushing dan aku masuk apa yg ada je. Aku tak sempat nk going through one by one. Cuma terkilan je lah video yg lain banyak dia kot. Ke tak nampak? Masetu lah aku rasa biasalah manusia, dia nampak kesalahan berbanding kebenaran :') eh ni bukan tacing tau. Saje nak share. Haha.

Bg aku being in mm, penat lah jugak. Penat main pun ye gak. Nasib baik kerja sempat siap haha. Nk edit bkn sekali, bnyak kali gak ah sbb bnyak silap satu hal. Belum masuk ada yg komplen kahkah. Kerja ktorg belakang tabir je. Tp bab amek gambar tu kena lah hadap students. Haha. Tp mmg seronok. Walaupun tetiap hari ambik gambar posing yg sama, org yg sama tp dah mmg kerja kan. Go on je lah.

So teammates, thanks!
Abd, dia ni head yg gila. Tp perform ah jd head. Dah lah pervert kahkah.
Anis, the asst. Muda setahun tp kira senior in mm. Kalau abd je head takde anis, mmg goyah gak ah mm.
Saro, org kata dia garang. Tp dia tak lah marah aku pun. Dia kalau tak kena dia punya taste, mmg dia tegas. Particular siket lah mungkin sbb anak bongsu?
Azim, our kykm hero. Budak jawa. Dia ni lah yg suka buat lawak menggudul sampai rasa nak sepak 😂
Matlim, aku kenal nama dia since sekolah tp baru berjumpa org nya. Dia ni lagi gila masa buat video gimmick. Tp hasil kerja gempak ah.
Acap, dia ni punya punchline padu dowh! Semua tak mengecewakan 😂
Din, haaa dia ni pemalu tp lama2 dah tk brp malu. Mkn dah lah slow! Haha. Tp dia ni kaki hindustan (walaupun palapes)  wey boleh buat geng.
Kak qina, the one yg bg semangat utk aku kekal dlm mm. Thanks for all the sharing kak. Kak qina dah 7 kali join tawe kot gila tak hebat?
Ecah, tak pernah pun jumpa dlm engin tp muka familiar lah. Dia ni gilaaaaaa. Haha. Baru jumpa pun rasa dah kenal lama, kenal luar dalam haa gittuw. Ni lah teman solat kt cac tu haa.
Hani, mula2 aku takut sbb dia cam garang tp dia okay je. She's very sporting dan dia boleh buat apeje utk kau sbb tagline dia #anythingforyou kau hado?
Eiqa, dia ni sebenarnya tua setahun. Tp tak nampak pun. Aku mula berbual ngan dia pun masa kt janda baik dah pakai aku-kau tau2 rupanya kakak but then dia okay je tp tu yg buat rasa rapat.
Izzah, kwn first masa masuk mm. Dieni lembut mak ai. Mmg perempuan melayu terakhir. Jd imam solat mmg cair weh! Dia banyak ajar aku photoshop.
Bella, mula2 dia ni pendiam. Bila dah masuk tu haaa terus bukak semua cerita yg ada.
Teah, dia ni pun pendiam gak. Sbb awal2 tu batuk kan. Dah sihat sikit haa terus kuat ckp. Ni lah pilihan hati abg palapes mm. Hahah.

K dah habis tulis. Byeee. P/s i'm writing this on a bus to melaka btw. Sbb nak update ig kang caption panjang sgt haha.