"Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui." [29:64]

31 December 2016

Day 366 of 366: Thank you 2016

Assalamualaikum. Finally dah boleh tulis day 366. Phewww. Haaaa memang saje nak menaip hari ni. Sebab last day en. Nak lah jugak post something.

This year has been? Entahlah. What happened eh? People come and go. And i go single hekleh bila masa kau berpunya ntah kahkah. I met more friends that i can depends on. Yg i can be clingy with hahaha. Alhamdulillah. Even there's one walk away from my life, heleh aku ada banyak kawan kot haha.

Tahun ni jugak banyak nau berjalan. Ke langkawi, penang, vietnam dan mekah madinah buat umrah. Alhamdulillah utk nikmat ini. Yelah kaki kuat berjalan khen. Kuat shopping sekali.

Bab studies, entah yg aku tau paper sem ni aku buat mcm teruk2 belaka hahaha. Tunggu result je lah okay ke dak sobs. Aku dah habis kerja jd captain anbu caring for a yeat, now still continuing my job as mrc welfare pulak. Penat weh pikul amanah ni tak tipu. Tp sokay, insyaAllah Allah tolong kan. Tp aku mengaku lah aku slow bab nak adapt sesuatu. Selow learner khenn 💁

So basically tu je lah cerita 2016 aku. Yg pasti aku tak kurus lagi kahkah. Emm *down* kbai.

Moga 2017 ada benda best berlaku 💍

19 December 2016

Tinta Musafir 2.0 #7: END (to be continue)

171216 jam 2331

Skrg dh dalam flight balik. Jam dah set ke waktu malaysia dah. Dah pukul 4.32 pagi now. Tak ready lah nk balik. Tak ready nak sengsorg hadap final exam. Huwaaaaa mesti homesick 😭

Mesti nty rindu suasana sana. Rindu mutawif yg petah bicara. Rindu melihat keletah jemaah yg lain. Rindu makanan dewan makan hiks. Rindu tdo tanpa memikirkan apape masalah event and such. Haih. Rindu nk fikir pasal ibadat je.

Maybe this is the end of journey of my second umrah. But i hope this is not the last jika diizinkan. Mungkin ada lagi tinta 3.0 mana tahu kan? Anyway thank you buat sesiapa yg terlibat dlm memberi ilmu mahu pun wang dan walaupun kalian tidak membaca nukilan ini, tetapi Allah sahajalah yg dpt membalas jasa kalian.

Jadi dengan ini, saya menutup tinta musafir 3.0. Sekian (weh rinduuuuuuuu nak nangesssss 😭)

191216 jam 1700 (at iium now)

Eh jap bukak balik. Hehe. Skrg rasa badan tak sedap. Dah rasa dedo2. Kepala pun dah pusing2 ni. Weng katanya (hiks) tp serius ah rasa nak nangis tau. Masih rindu. Yelah seorg shasya amat benci pada perpisahan. Selera mkn pun takde. Satu hari makan kurma je td. Entah lah nak.

Skrg dah mebghadapi realiti di uia. Doakan aku tabah. Exam first start jumaat ni je. Doakan kay. Tq!

So, 'AK 7 DISEMBER, BAS 3, UST KHAIRUDDIN' ended the journey. And hope for another journey insyaAllah.

Tinta Musafir 2.0 #6: Andalusia Travel & Tours

171216 jam 1502

Skrg lagi menunggu bas utk ke airport. Tadi tunggu lif nak ke tingkat bawah masyaAllah dahsyat betul. Asyik penuh je memanjang.

Btw, this is my second umrah with Andalusia for the second time gak. Kalau org tanya yg mana elok of course aku recommend pakej under Andalusia ni haaa sbb ni je aku pernah pakai kihkih.

Pakej dia banyak je. Bergantung airlines mana kau nak, hotel brp bintang kau nak, brp org satu bilik kau nak. Harga dia bermain ikut aspect tu. Mcm pakej aku ni dlm 6k sbb tgh musim cuti jugak so mahal sikit.

Then dia akan bg kau mutawif yg berkaliber (dan hensem ilmu mereka gittuh) utk pimpin perjalanan kau mengerjakan umrah lagi2 kt Mekah. Andalusia akn bawak kau kerjakan 3 kali umrah sekali. Then dia akan buat tazkirah berkenaan tempat suci tu, akan ada ziarah luar ke tempat2 sejarah zaman nabi. Lepas tu dorg ni dikira cam tour guide kot. Sbb ada je cerita pasal tempat2 sejarah ni kira cam ilmu dorg ni luaaaaaas bakhang so best lah ngan dorg. Dan dorg akan tolong kau semampu yg boleh. Mcm mutawif aku temankan mama ke klinik tuari. Baik kot derang ni haaa. Dah lah muda2 tk paham betul hahahahahaha k. Dan dia akan guide kau sampai akhir. Mcm dulu mutawif aku stay sana je so masa berpisah before sampai airport tu pergh haruuuuu sadis tau aku bersedih. Mutawif lani mmg dok malaysia so balik sekali mmg sampai ending lah dia tolong, bg air zamzam pasemua. Kira mutawif andalus kasi tak pernah tak best gituw.

Then makanan dorg akan ambik tender nusantara. So mmg sedap hewhew. Lepastu pegawai dr indon pun ade je. Dorg ni lah pak lawak hahaha. Hotel dia pun sebenarnya best je. Cukup ada katil, peti es, toilet, econ pe lagik kau nak haaa?  Lengkap ah. Makanan dap. Uisy bab makanan dia aku no 1 kehkeh.

Oh paling penting, pakej ni takde bagi kau kain warna biru, kuning utk kau buat kain, blouse mahupun telekung. Mungkin bg yg pernah tgk agensi lain paham maksud aku. Weh tobat taknak pakai weh kalau dia suruh buat baju siap cop andalus mmg tak ah 😂 ni pun dia bg kau 1 bag luggage, 1 hand carry sorong jugak, 1 sling bag. And 1 bag tote utk dia letak makanan. Makanan dia pun dh upgrade. Dulu bg roti je skrg ada box khas berisi kek, muffin dan jajan2 kecik. Kelas uolls.

Pendek kata Alhamdulillah aku mmg berpuas hati dgn pakej under Andalusia (dear andalus, please notice this review kehkeh)

Tinta Musafir 2.0 #5: Masjid Nabawi

171216 jam 0936

Hari ni nak balik dah. Flight malam kang. So skrg busy packing. Bag aku leklek je 😌😌😌

So kali ni nak cerita pasal madinah. Madinah ni berbeza dekat mekah. Beza first kiblat nya lah. Semua lurus ke depan. Pastu org nya pun berbeza lah pastinya. Org kt madinah ni lebih lembut. Jarang lah org tolak2 dan ambik space saf org 😂 pastu karpet dia lembut lagik ehehe. Warna merah. Kalau warna hijau maksudnya dlm kwsn raudah. Then kwsn perempuan dekat tepi belakang. Lepas tu before ke pintu perempuan, ada pagar kwsn perempuan yg akan ada guard yg jaga dan akan jerit 'haji/bhai sab' if ada lelaki masuk atas dasar alasan apa sekalipun. Pastu kt sini dia nampak je kau mcm malaysian dia akan sebut ibuk instead kt mekah only hajjah for all.

Pastu bunyik hon tk sebanyak kt mekah. Mekah bising ngan hon. Sbb madinah ni teratur sikit. Jalan ke masjid tepi2 laluan kedai so taklah kacau jalan. Sini mall pun bnyak. Sempat gak ah jenjalan kt mall semalam. Kira cam exclusive siket madinah. Bangunan pun tersusun. Pastu mcm tingkat semua sama setiap bngunan. Takde yg bangunan tinggi gilaaaaa semua sama je.

Hotel sini pun aku terpegun. Mewah ah mmg beza dr mekah tp mewah sgt sampai ramai sgt jemaah sini tak dan nk kenal muka pun. Beza gak dr hotel mubarak silver zaman umrah dulu. Silver tu haa lg besar biliknya tp holeh mawaddah al waha ni lg modern ah. Ah tk kesah lah janji selesa tdo.

Oh btw sini suhu rendah wei. Sejuk namatey. Kt mekah takat 26°C tp kt madinah ni cecah 16° wei. Pak sejukkkkkk. Kena pakai sweater pegi masjid sejukkkkkk. Laki aku untung ape sbb aku takkan request air cond kt bilik sbb aku alah sejuk kot kahkah sejenis promotion kah ini?

Lepastu solat kt sini agak lama. Nk start solat pun lama tunggu. Mcm subuh masuk 5.36, pukul 6 baru start solat. Dlm 6.20 baru habis solat subuh. Tu belum part nk keluar masjid jalan ke hotel. Masa first day nk ziarah dalam ke raudah, ust cakap gather pukul 7 pagi maka aku makan pun cecepat sbb sampai hotel je dah 6.40 mana nk beratur lg, amek air wudhu lagi hewhew. Main point nk cakap lama lah, rukuk sujud pun lama. Tk rushing boleh leklek. Sbb solat kan utk rileks.
Then kalau kt Mekah org berebut nak solatbkt hijr ismail, coum hajarul aswad kan? Kt madinah semorang berebut nk masuk raudah. Kalau lelaki, waktu solat mmg dia bukak. Kalau perempuan, dia bukak raudah after subuh, zohor and isyak je. Nk tunggu masuk tu mmg lamaaaa and banyak checkpoint. Tp kalau dh lepas pagar first nk masuk raudah tu kira pass lah. Kira cam insyaAllah kau akan masuk walau brp lama kau tunggu. Raudah ni kwsn antara maqam nabi dan mimbar. Juga digelar sbg taman syurga. Tu yg org berebut nk solat situ. Lepastu ustazah pernah cakap, kalau doa situ, nabi aminkan. Dan Allah mesti nk kabulkan kan doa yg kekasihNya aminkan?

Tips nk masuk, sabr. Banyak selawat dan berdoa. Mmg berhimpit sikit before tu. InsyaAllah ada space kau nk solat sana even kecik. Solat sunat mutlaq ke, sunat dhuha or anything would do.

Ape lagi eh? Takde idea dah. Tengah layan sendu sobs. Bye je lah.