"Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui." [29:64]

11 November 2013

kampung budaya sarawak


haa, kali ni entry khas pasal kampung budaya je. before ni aku cerita sikit je kannn? kali ni aku nk cerita bebetul. before aku pegi aritu, aku penah pegi 2 kali tak silap. sekali masa kecikkkkkkkkkkkk dulu masa zaman abu bakar ela yg buat persembahan. tahu siapa dia? google je lahh. sekali lagi masa darjah 6. so pendek kata most of aku dah lupa. sehingga lah pergi hari tuuu. so lets begin.

*aku panggil kg budaya ni kb je boleh tak? bkn kota bharu tau*

okay, kb ni terletak di santubong. perjalanan dari kuching dalam sejam je. akan melalui gunung santubong. tahu kisah puteri santubong dengan puteri sejinjang? aku tahu dah, aku pakar cerita ni tapi malas nk cerita. haha aku serba serbi pun malas. search sendiri. then akan lalu hotel santubong resort. pastu jumpa bulatan hujung jalan, dimana akan nampak damai beach resort jugak, drive dalam lagii maka nampak lah kb tu. dah ada tempat parking dah siap bayar lagi sekali parking. 2 hengget ke 3 hengget. lupa eden.

bayaran nak masuk untuk orang selain org sarawak adalah rm60. tp bagi org sarawak sila tunjuk ic sarawak eh bayar rm25. paling beruntung adalah student tak kisah semenanjung or sarawak sbb kena bayar rm15 je. so peringatan aku sesiapa, bawaklah student card, takpun kad siswa. bayangkan ktorg pegi 5 org ritu, 4 org semua bayar 15 sorg tp sorg ni tak bawak kad student maka dia kena bayar 60. so kesian. tp aku agak worth ah. dapat passport untuk amek cop setiap rumah. haha. then dia bagi sticker lekat kat baju maksudnya halal untuk masuk dah. masuk2 je ada teater sebelah kanan. ada persembahan pukul 11.30 dan 4.30 ptg setiap hari. so nasihat aku pandai2 lah adjust timing. sbb aku dtg pukul 10.00 tu pusing2 rumah selama 1 jam 30 minit. tak sempat masuk 3 buah rumah sbb penat dan nk kejar persembahan. sekadar masuk nk amek cop je.

so first thing, boleh start jalan dari jambatan buluh tu. aku panggil jambatan legend. mana tak nya, dari aku kecik pakai jambatan tu. tebal dia 2 batang buluh. memang korg akan eksaited kalau first time lalu. so then nampak rumah bidayuh yang panjang. masuk lah anda melawat rumah bidayuh tu. lepas tu akan nampak rumah iban pulak. rumah pjg iban ni setahu aku setiap bilik tu satu family tinggal and ada koridor yg sangat besar utk dorg lepak sesame family lain2. aku paling suka tangga dia je. tangga setebal batang pokok kelapa je aku rasa tp aku tk tau lah dia pakai pokok apa. then jalan2 jumpa rumah kecik, rumah kaum penan. bestnya kat sini kita dapat try menyumpit. 3 peluru sengget je. ktorg berlima try. jgn takut, walaupun sumpit yg sama tp dia spray pembasmi kuman dulu. first time tiup aku pun semput der. haha.















next jalan2 lagi jumpa rumah feveret aku iaitu rumah melanau. aku suka sebab rumah tu tinggi sangat, tangga pun tinggi. tak silap aku, rumah melanau tinggi2 sbb kawasan dorg tu selalu berlaku banjir. bawah tu ada buluh yang utk permainan kaki tu. aku tahu main. ecececeh *bangga* haha. so masa tu aku tak naik pun. ktorg gi main buluh tu. yg tukang pegang buluh tu aku dgn anna. yang syok dok main angah, wan dgn idris. walaupun first time dorg try tp dorg hebat gak main. cepat tangkap. dah puas main, bergerak lah kami ke rumah kaum melayu. rumah dia sama je lah macam rumah melayu yg kampung2 punya style. cantik lah. ntah wujud lagi ke dak rumah tradisional melayu tu lagi. paling aku suka kat rumah melayu kt bawah tu ada buaian yg 5 org boleh muat sekali. panjang. rumah tu kalau nk masuk kena bukak kasut. well, melayu kan. rumah tu pun aku tk sempat masuk, wan je yg masuk sekadar nk amek cop. last rumah adalah rumah cina sarawak. tu lagi lah, takat lalu je. tk jejak. masa tu dah 11.30. terus pegi masuk teater. nasib ada tempat duduk.





persembahan pun bermula dgn tarian selamat datang. lepas tu kaum iban. boleh lah tgk pakaian tradisional dorg tu kan. pastu ada dorg gigit kayu berat and keris. next tarian kaum mulu tak silap. ke bidayuh weh? lupa derr. haha. paling aku igt lepastu tarian melanau. bak kata dorg, persembahan tu masa kematian utk cheer up mereka2 yg bersedih. aku suka ah persembahan ni. sbb dia main buluh tu. ada lelaki panjat buluh tinggi and meniarap, perut dia je atas buluh tu then pusing2 atas buluh tu. lepas tu persembahan paling aku suka, tarian org ulu. masa ni dah takde masa nk tgk tarian perempuan dia sbb lelaki punya tarian attractive sangat. menyumpit. dia sumpit belon. pastu dia panggil sorg penonton suruh sumpit. masa tu lah kelakar sangat. dorg mcm buat silent comedy. tak boleh nk describe mcm mana sbb korg mmg kena datang sendiri and trust me, korg mmg akan gelak punya. dah lah penyumpit tu hensem. aku dh buat uji kaji semua ckp penyumpit tu hensem. so conclusion aku penyumpit tu org yg sama in setiap persembahan. nk tgk hensem mana, masuk ah sendiri. last sekali tarian joget org melayu. pastu dorg panggil penonton naik menari sekali. maka menarilah kamu semua ye.








habis. tu je lah. dah boleh balik. persembahan tu paling menarik. kalau korg takat masuk tgk rumah je tak puas. kena tgk persembahan baru menarik. aku plan nk pegi dgn kakcik pulak lepas dia dh habis exam nanti. kali ni aku nk start dgn rumah cina pulak lah. so aku dh letak gambar2 tu. sila enjoy gambar aku tu. haha. k tu jelah. penat dah tangan aku ni so babai. thanks baca!

salam sayang, 

1 Criticism:

Anonymous said...

Yeayy nice entry..huhu..dah boleh jadi blogger fames dah nih..hahaha..

Post a Comment

Tak puas hati? Nak lepas geram? Ledidgo here~