"Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui." [29:64]

17 December 2013

kursus pengurusan jenazah


dah lebih 2 minggu dah cerita ni terkubur baru aku nk blog kan. takde mase. jet jet retis nyahh. tapi ni seriously aku nk cerita. bukan pasal pengurusan jenazah, tu effort korg sendiri. dulu aku mmg pernah pegi kursus ni. benda wajib masa sekolah en. aku pergi masa f3 or f2 aku lupa. aku igt2 lupa lah kan. tp aku mmg igt betul model jenazah tu dimandikan dan dikapankan. proses tu aku lupa.

so bila nenek bagitau ada kursus pengurusan jenazah dkt masjid kpg for free siap ada sijil. makan free tu bonus so apa salahnya aku join kan? tp peserta yg join ni mmg hebak. rata2 orang tua pun pergi tau. kagum aku dgn semangat dorg. aku sempat tangkap gambar masa kapan jenazah tu je. masa ni buat dekat rumah nek mok sbb penceramah tu ada asma so dia takmau panas2 dgn ustaz utk bahagian lelaki buat bahagian atas. so mcm kacau bilau bunyi mic kt masjid. so perempuan semua pergi rumah nek mok, sebelah rumah nenek. maka ada lah jugak selit2 blek rumah amek angin. buat kt masjid tu pun, aci selit blek rumah jugak. hahaha. rumah dpn masjid bahhh. teehee.

apa aku nak tekan kan kat sini rugi kalau korg tak tahu mcm mane cara nk mandi jenazah, kapan, tang cara kt kubur nanti. rugi. nanti mak ayah meninggal, siapa nak mandikan mereka kalau bukan kita? siapa nk kapankan mereka kalau bukan kita? kita tak nak ke sentuhan kita menjadi sentuhan terakhir yg memandikan mayat mak ayah kita suatu hari nanti? tak kan kita taknak jadi imam yang last sembahyangkan untuk jenazah kelak? bukankah doa anak yang soleh sangat berkat. kenapa bukan kita yang berdoa utk bakal jenazah dan para makmum boleh aminkan? ustaz tu cakap, dlm Jemaah org solat jenazah, pasti aka nada seorang yang Allah akan pekenankan doanya. kalau Allah kenankan doa kita doa yg baik2 utk bakal jenazah? jangan cakap kita muda lagi nak belajar benda2 tu sbb kita sendiri tahu ajal maut tak kenal usia.

pernah dgr kan ceramah ustaz don pasal benda2 ni. serious ah. take it serious. bayangkan kalau pak imam kena mandikan mayat ayah kita. igt pak imam nak mandi slow2, penuh kasih sayang macam anak2 yg buat? takkan sama weh. takkan sama macam kasih sayang anak. masa sembahyang igt doa pak imam panjang seperti doa seorang anak? takkan sama weyh. takkan sama. tak rugi belajar. bagi yg perempuan pun, tak salah nak solat jenazah tau. belajarlah sebelum kita menyesal tak dapat nak berjasa dekat ibu bapa walaupun di hayat mereka sudah tiada. renungkan








lukisan hanani and husna. cute


salam sayang,

0 Criticism:

Post a Comment

Tak puas hati? Nak lepas geram? Ledidgo here~