skip to main |
skip to sidebar
"Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui." [29:64]
Deactivated
kemungkinan pertama aku akan kembali aktif di sini. di blog ni.
hanya jika aku rajin menaip.
hakikat pertama aku dah deactivate aku punya twitter.
tapi belum permanently delete. sbb aku ada sebab sendiri. sbb hanya twitter yg menjadi laluan utk kami berhubungan. tp arghh lantaklah tu semua tak penting. nak seribu daya tanak seribu lah dalihnya kan?
kemungkinan kedua aku nak delete facebook. tapi masih memikirkan. since ada group2 yg penting kat situ.
tapi sebab sebenar kenapa aku buat mcm tu sbb masa2 aku asyik lagha dgn laman sosial ni.
aku sedar masa aku di dunia tak lama. well, dunia ni hanya tempat persinggahan sementara. takkan kau nak singgah rumah sedara kau lama2 kot -.-
aku cuba berfikir apa purpose of laman sosial kait dgn purpose aku ada dekat dunia ni. dan entah tak jumpa. setakat tweet nasihat sekerat. yg lain tu banyak membebel ttg diri sendiri.
tapi kenapa aku memilih blog? sbb satu aku mmg suka menulis bila ada mood. kedua aku tak perlu interaction dgn manusia yg asyik nak menghentam *sbb mana ada org nk layan blog dah*. dan lebih baik tiada siapa nak baca. mana ada org sesuka hati baca diari org en? tp aku masih buat public. biarlah.
dan sekarang aku sdg memperbaiki cara aku menulis. aku dah rasa caca merba sgt sampai aku sendiri tak paham apa yg aku tulis. heh. k tu je buat masa ni.
0 Criticism:
Post a Comment
Tak puas hati? Nak lepas geram? Ledidgo here~