"Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui." [29:64]

14 February 2015

Changes in Shasya CIS


hai! lately banyak dengar berita pasal kematian. paling terkesan ialah ulamak tersohor, tok guru nik aziz. walaupun aku setakat mengenali beliau hanya menerusi nama, tapi aku turut sebak atas pemergian arwah. entah. rasa macam ada yang hilang. entah ramai ulama' meninggal aku tak tahu nak fikir apa dah. semua tahu makin nak kiamat makin ramai ulama' meninggal. ramai yang fitnah TGNA ni tapi Allah dah tunjuk masa dia meninggal. tengoklah berapa ramai yg solatkan jenazah. kalau kita? Allahu tak mampu nak bayang. entah ada ke yang sudi? betapa Allah muliakan jenazah TGNA. agak2 Allah akan muliakan kita tak?

aku asyik terfikir je. mcm mana keadaan aku mati? bekalan aku cukup ke tak. iman aku nanti mcm mana? banyak sangat aku fikir. hidup ni ada dua pilihan je either kau mati dulu atau kau kena berhadapat dgn fitnah yg paling besar yakni dajjal. dua2 tu pun memerlukan iman yg mantap. dan aku masih terfikir iman aku bagaimana? entah serabut. nak sedapkan hati cakap lama lagi tu tapi sebenarnya hati kita sendiri menidakkan kan?

jadi dengan itu, aku nak buat tips utk diri aku sendiri. dan akan aku update di blog ni. kenapa? walaupun takde pembaca tapi aku lah yg akan baca balik blog ni. boleh aku imbas kembali apa yg aku telah buat takut terlalai dan terkeluar landasan lagi. bagi aku, setakat solat 5 waktu belum cukup lagi. yelah kita sendiri tatau solat kita tu dikira sempurna atau tidak. Allah terima atau tak. so kita kenalah tambah2 banyak lagi walaupun sekecil2 alam.

so i'm going to make a project. basically dunya and akhirah dan apa yg aku buat utk dunia dapat menjadi saham utk akhirat kelak biiznillah.

aku nak namakan projek ni as Changes In Shasya aka CIS.

objektifnya adalah suapaya aku ready mental fizikal utk menghadapi mati atau pun dajjal. mcm fara fauzana buat 30 hari 30 budi tu. aku nak perbaiki diri aku semua. nak keluarkan sifat2 yang baru.

selain itu aku akan selitkan about how shasya nak jadi kurus and pandai. mmg azam nak kurus tu lama dah ada. cuma usaha asyik ke laut. ni bukan sesaja. sbb aku taknak dapat penyakit berbahaya. aku dh rasa sakit2 bila tak kurus ni *kikikiki*. dan pandai. sbb dah masuk degree ni. aku nak balas jasa mama papa yg tanggung aku belajar dari kecik. takkan nak kecewakan dorang kan?

pendek kata i want to be a new me. a new girl name nur syafiqah yasmin. insyaAllah. semua dengan izin Allah. doakan aku.

salam sayang,

0 Criticism:

Post a Comment

Tak puas hati? Nak lepas geram? Ledidgo here~