Assalamualaikum. 2nd post for October weee *tepuk bahu sendiri*
Seperti yg aku *sbb yg baca balik pun aku gak* sedia maklum, aku ni seorg observer. Observe orang lain and even observe diri sendiri. Aku suka observe benda apa yg aku tak suka, bila masa aku rasa ceni ceni. Lepas tu bila dpt jawapan utk diri sendiri, aku rasa seronok bak itu suatu kejayaan gittuw. Haha.
Macam contoh. Masa aku masuk uia yg bkn aku sendiri nak. Even dpt uia pun aku speechless lagi. Tak happy pun. Lepas tu before masuk aku keep doa agar Allah tumbuhkan cinta pada uia and alhamdulillah within a week je aku dah jatuh cinta pd uia. Kalau tak aku meroyan je keluar. Haha. Seriously aku susah gak nak adapt ngan sesuatu. Kecuali tempat tdo bhahaha. I dont need a katil if aku dh ngantuk. Everywhere i can sleep. Teruk en? K tu kisah uia masa asasi dulu.
Then masa aku masuk degree. Aku ambik masa sebulan gak tau nk adapt. Nk hirup suasana baru lah acah. Nak sesuaikan masa kelas. Paling penting nk sesuaikan kaki berjalan dr mahallah ke blok engin huaaa penat gila and sampai sekarang aku masih gigih berjalan *flip bulu kening sikit* lepaa sebulan dok uia baru aku dpt bernafas seperti biasa. Fuhh. Alhamdulillah Allah tak tinggalkan aku lagi.
So ni dah 3rd sem. Apa benda lg yg aku nak adapt? Haha. Uia dah ngam dah. Cuma ada benda paling aku takut masuk 3rd sem ni. Yakni masuk majoring engineering aku iaitu biotech/biochem. Yg ni paling aku rasa lama dan susah sgt. Sangat weh. Sebab pertama aku dah lama sgt tak sentuh bio. Since 2011 kot. Ni after 4 tahun nk sentuh balik. Kekok gila. Lagi satu sbb aku rasa aku dh suka subjek fizik yakni kira2 lah. Takut bila masuk biotech ni kena baca je sobs. Dua sem pertama ni aku try gak risik2 nak tukar kos. Mcm computer engineering tapi aku tk confident dekat electronic circuit bagai tu.
So end up. Aku stay dlm biotech ni. Tengok satu2 subjek yg aku akan belajar. Ada organic chemistry, microbiology, principle mass and energy balances, thermodynamics. So tak lah semua baca. Ada je kekira. Tapi tetap tak secepat seminggu aku suka semua subjek tu. Lagi2 microb dgn pmass. First time aku rasa aku nk drop subjek sbb aku rasa loser gila. Rasa mcm bodoh sgt masuk kelas. Dah lah mata makin tak nampak whiteboard kena depends kt kengkawan. Rasa malas semua ada. Bygkan kuiz aku dh pandai tanya org sbb before ni tu bkn prinsip aku. Tp aku tanya gak sbb rasa betul2 zero. Taktau nk jawab apa! Paham tak perasaan loser cemni? Siap ngadu kat along aku lagi pasal biotech ni susah.
Lepas tu busy weh. Bkn nk compare tp aku tercompare jugak. Mcm major lain boleh je buat kerja lain. Boleh tgk movie blabla. Tapi biotech? Full ngan lab, full ngan assignment rasa mcm takde life. Takde hidup. Pfft.
Sebab tu aku rasa mcm menyesal pulak masuk biotech. Tapi nak tukar mmg dah terlambat. Nampak mcm Allah mmg takdirkan aku di sini. Tapi aku tak rasa bila Allah takdirkan aku ke sini, dia akan tinggalkan aku terkontang kanting kan? So aku keep doa agar Allah tumbuhkan cinta dlm biotech ni pulak. Tapi tak sekejap aku tunggu. Lama gak aku meroyan. Pergi kelas terima semua benda yg aku dpt. Dpt assignment buat. Rasa mcm robot je. Buat2 tp tak hepi dan rasa terbeban.
Tp alhamdulillah like i said before. Allah tak kejam pd hamba Dia kan? Walaupun lama aku tunggu. Tp aku dpt rasa dlm minggu ni. Lebih kurang 2 bln dh aku dlm sem ni. Aku baru rasa cinta aku dlm biotech ni makin bercambah. Walaupun sikit. Tp itu sgt menggembirakan. Even this week hectic tau. Ada midterm dua sekaligus satu hari. Plus microb okay. Sampai tdo kol 4 tp gigih try gak baca. Yg lagi ajaib nya aku tak pernah lak rasa penat yg rasa tahap nk mencarut. Paham dak? Penat mmg penat tu takleh nk cakap. Makan tak tentu arah. Tiga hari lunch aku roti sosej rega rm1 jual kat musolla engin. Dinner depends kt perut. Kalau lapar, beli lah. Kalau tak minum air. Masa tu mmg aku rasa masa mmg emas. Sgt valuable.
Dan for the first time kuiz pmass aku, aku berjaya jawab sendiri without hentam keromo. First time aku tk bohong. Even benda sekecik tu pun aku rasa happy. Dan aku buat conclude, nk cambah rasa cinta dgn usaha buat sampai paham. Selagi aku taktau apa yg lecturer ajar. Selagi tu aku rasa loser. Dan aku percaya, Allah dah bukak hati aku pd biotech walau aku tatau besar mana. Tapi moga Dia besarkan lagi dan lagi dan jgn berenti. Sbb aku tahu lagi aku melangkah sem2 akan dtg, lg susah. This is degree life right?
Dan aku berdoa agar rasa cinta ni kekal dan bercambah. Demi Allah aku stay dalam bidang ni. Demi mak aku, aku teruskan pengajian ni. Moga ada sinar kejayaan utk aku nanti. Aminn.
0 Criticism:
Post a Comment
Tak puas hati? Nak lepas geram? Ledidgo here~