Second entry for them. Sejak masuk degree ni, aku tak lah
rajin nak menulis blog macam zaman lepas spm dan cfs. Tapi kali ni aku gigih
nak taip lagi. Sebab boleh baca balik bila mula rasa rindu. Sebab aku memang
sejenis suka rindu-rindu bila sunyi. Hiks.
Dulu aku dah pernah tulis pasal Team Hidayah ni dah. Masa
balik Outreach Kedah kat Rumah Hidayah. I would say, Rumah Hidayah yang
menyatukan kami. I’ll join not-so-many programs tapi I can feel, the bonding
here were very strong. Even tawe cfs hadap muka yang sama for two weeks, sayang
dia tetap lain. Nak tengok beza dari diri aku senang je. Bila aku dah boleh
gelak galak tak hengat dunia, sesuka hati kutuk kau, boleh pokpekpokpek merepek apa-apa means aku
dah boleh ngam. Kalau kau rasa aku ni sejenis sopan, pendiam. Maksudnya I
didn’t show my flaws to you. Sebab aku bukan easily blend dengan strangers. I’m
introvert. Bila saat kau rasa aku bukan introvert, maksudnya aku sayang kau
gittuh!
So I just want to tell our story. Story masa kami, half from
Team pergi trip ke langkawi. Capik, Pian, Acap, Kak Najah, Shera, Anna, Didi,
Wani, Jati dgn aku. Sebenarnya kalau nak
dipanjangkan cerita, semua bermula dari rasa rindu dekat bebudak Rumah Hidayah.
Dan rumah tu kan dekat dengan Kedah. Dan rasa hati sendiri yang tak puas round
Langkawi masa cuti sekolah 2014 dulu. So kitorang main borak kosong nak acah2
buat trip. Eheh. Aku je kot ingat benda ni memain. Sebab aku rasa aku terlalu
kecik muntah untuk buat benda ni semua. Tapi ada je yang take it
serious. Tanya bebudak hidayah, ada yang nak join so okay, we make this thing
real then. I would say Capik sebenarnya orang paling kuat trip ni. Dia yang
carik homestay, deal islands hopping and semua. Dia yang paling semangat plan
bajet, aktiviti semua. Kerja aku pegang duit je *emoticon mata symbol duit*
Memula plan ni awal bulan disember. So after mintak nama bagai, ada dalam 14 orang
nak join. Setelah bincang2, cadang nak pergi weekend first week of sem. Dan
jatuh pulak weekend masa birthday aku so aku excited lah jugak nak rasa sambut
birthday dengan diorang. Masa awal dis tu, capik dah deal homestay, kereta sewa
sana and islands hopping. Siap dah bayar deposit lagi. And after kira-kira
bajet, sorang kena bayar rm200 exclude makan and shopping ofkoz. So plan start
to slow down sbb nak final exam kan. So masa sem break tu, giat balik plan.
Sebenarnya out of others knowing, I would say, ada gak masalah ktorg hadapi.
Masa tu only aku, capik, pian and acap in the trip group. Bincang pasal transportation.
Itu masalah utama ktorg sebenarnya. Aku malas nak cerita masalah tu tapi masa
tu dlm hati aku hanya terdetik, ‘agak-agak boleh jadi ke trip ni’ sbb aku
hilang sikit confident. And masa
confirmkan kehadiran ni lah, 4 orang tarik diri atas sebab-sebab tertentu and
tinggal lah ktorg sepuluh budak hitam . Memang aku sedih sebenarnya bila
sorg demi sorg tarik diri. Sbb rasa 10 orang tak seronok. Takut hambar sangat.
Bila kira bajet balik, short. Sbb
peserta dh kureng en. So terpaksa lah kutip rm220 sorang. Tapi sebenarnya
hikmah 4 org tarik diri tu, masalah transportations selesai! HAHAH. So happy
lah jugak. Thanks Pian and Acap susah payah uruskan transportations kami.
Bila dah masuk sem, ktorg pun gather 10 orang buat meeting
and some short briefing utk tentative dekat sana. Plan nak gerak pagi jumaat
dari uia di awalkan ke khamis malam sbb takut jem raya cina. Sibbek lab aku
cancel. I can say our plan was very smooth despite the unplanned tentative.
Alhamdulillah. Trip should be 3 days 2 night jadi 3 days 3 night sbb nak gerak
malam. Ending nya sampai uia isnin pagi so almost 4 days and 4 night! Power
betul. Haha. So bawah ni i would tell about our trip one by one. Hiks. Rajinnya
seorang shasya masyaAllah!
4 feb 16 (Khamis)
Tengah malam tu bertolak. Dua kereta. Pian, shera, aku and
anna satu kereta. Acap, capik, kak najah, wani and jati satu kereta. Didi naik
bas masa pergi. Kereta aku pian drive sepanjang malam. Kereta lagi satu take
turn capik and acap. Pastu ada insiden kereta senget ingat driver ngantok
rupanya tengah carik powerbank cis! In Sarawak, we call ‘beliang hati’ tengok
insiden tu. Tanya sarawakian apa maksud dia. Rehat kat Pak Tam sat kat Rnr
Tapah. Satu malam aku tk tdo. Entah risau satu hal. Eksaited pun ade gak.
5 feb 16 (Jumaat)
Pukul 5 pagi baru aku boleh lelap. Pukul 6.30 pagi sampai
alor setar. Singgah Subuh sat kat Masjid cantik tatau nama. Then pickup didi
and breakfast sat kat warung dpn sejid. Masa nilah driver satu mlm ktorg, pian
tdo sbb nampak kepala dia masuk air sgt tu. Merepek apa ntah waktu tu haha. So
capik drive kereta ktorg. Acap drive kereta satu lagi. Sampai Kuala Perlis
dalam pukul 9 lebih mcm tu. Aku turun beli tiket feri. Lain pegi park kereta.
Dapat rm10 sehari so 2 kereta utk 3 hari rm60. Tak berbumbung lah tp as long
selamat kan. Yg berbumbung mahal sikit. Ingat jgn ikut ulat moto. Carik je ada
je tepi2 jeti tu. Tiket feri pukul 10
pagi. Sorang dewasa rm18. Takley beli pegi balik. Kalau nk balik beli kat Jeti
Kuah sana.
Masa naik feri cuakz gak senanya. Sbb lama sgt tak naik.
last darjah 4 kot. Takpun lagi kecik. Tp masa tu ada kes feri meletop. Gila
cuak teringat. Tp Alhamdulillah it went well don’t worry. Sampai je jeti kuah,
tunggu owner homestay dtg bawak kereta. Dia amek ktorg dgn Alza and Myvi pergi
ke homestay dekat Kedawang. Kalau nk pi langkawi, aku syorkan lah homestay ni.
Search Inapan Sukrieza. Ktorg dpt 2 buah rumah,
perempuan dpt rumah 2 bilik, lelaki 1 bilik cukup lah dorg pun 3 ketul
je weh haha. Rumah ktorg selang tengah ada rumah kak mieza tu. Lengkap
rumahnya. Siap owner baik gilaa. Sampai2 rumah dia dh prepare kek pisang dgn
air teh. Kejap, Caring club lari ke langkawi pun jumpa lagi kek pisang. kenot
understand haha. Nasib baik aku mmg suka kek pisang haha. Homestay 2 campur 2
kereta utk 2 malam hanya 800 setelah dpt diskaun kak mieza 100.
Pukul 1 tu ktorg start kemas2, mandi sesiap. After lelaki
solat jumaat, ktorg terus gerak pi makan. Warung tepi jalan je. Cost lunch
campur air ni aku punya eh dlm rm6.50 je. Lepas tu pi oriental village nak pi
skycab! Dulu zaman aku pi 2014, tak silap rm20 sorg. Lani pi dh rm30 dah amboi!
haha sbb dah tambah skytrex. Skydome tu mmg aku tak berapa suka. Pening nyah!
Pastu naik cable car naik ke gunung matchincang omg omg omg. Hahaha aku suka
gila nk naik sini sejak baca novel mr London vs ms langkawi tu. Sbb masa aku pi
2014 dulu, hujan so nampak kabus je. ralat gak ah masa tu. tp kali ni mmg best
gila. view cantik gila subhanAllah! walaupun tetiba gayat naik cable car padahal dulu okay je.
mungkin sbb ada pian yg cuak, aku jd cuak sama. ktorg tak pi pun bridge dia.
sbb kat atas tu pun dh amek masa apak lama bergambar dan bergusti dgn angin.
angin dia kuat nokharam. kau patut pakai baju tuck in lepas tu tudung kau pin
setiap bucu! haa gitu sekali kuat angin dia. After turun tu masuk skytrex.
Benda baru en. Ni mcm tayangan 4d lah. Masuk dunia dinasour. siap main simbah
air. Personally aku suka sky trex ni. Nak tau aku suka ke tak, kena dgr cara
aku gelak. Buruk nauzubillah gelaknya. tak mcm anak dara langsung. HAHA. Aku rasa masa tu aku paling over k malu gila but who cares. org lain tk kenal aku pun
HAHA.
Balik oriental village, pi singgah pantai kok. Nak singgah
telaga tujuh tak sempat. Sampai pantai kok, minum air kelapa dan main uno
reramai. Masa ni lah aku rasa are we the only group yg pi pantai main uno?
hahaha. tp best lah main uno situ. bising gilaaa. wani menang cis aku tk merasa
pulak menang. dh dekat maghrib ktorg blah dr situ. nak pi pasar malam beli
dinner. tp before tu beli bahan utk
masak breakfast esoknya. beli megi, telur,
sosej, roti. teka ktrg masak apa? Lepas tu pi pasar malam ayer hangat.
So far, pasar malam dia sama Cuma ada lah jual benda yg rare mcm sotong sumbat.
So masing2 beli sampai rumah mandi2. pukul 10 lebih baru makan sesame kt rumah
perempuan sambil tengok mlm. Tak habis makanan! haha beli berlulur gilak kata
org serawak. Shasya is soooo Sarawak okay. Then tdo. Habis hari pertama.
6 feb 16 (Sabtu)
Pagi tu aku bangun awal k bang pun tak bunyik lagi. sbb aku
hairan sape bukak lampu bilik aku nk tdo woi! haha. rupanya didi awal tol
bangun sila jgn contohi aku yg sambung tdo balik sbb subuh tk masuk lg. After solat
subuh, aku tak tdo balik pewiiiit sbb nk buat sarapan. Aku, shera, kak najah
counter tang murtabak megi, ana ngan shera tang roti telur ngan sandwich telur.
Pastu gilir2 masak dan mandi, nk jimat masa kateko. kol 8 lebih sarapan dan
selebihnya. and 8.30 gerak ke underwater world utk jumpa abg yg bawak island
hopping. Ktorg amek bot utk 10 org so ktorg2 je dlm bot tu. rm250 utk 1 bot.
Ktorg dpt sticker pink tu. Naik bot i iz so eksaited. angin dia best woi! First
sekali ke pulau dayang bunting. Menapak tangga 10 minit baru jumpa tasiknya.
Sejam ktorg kat situ. Takkan nk buat bodoh je en? So pian, wani, shera ngan ana
main kayak. Satu kayak rm30. Capik sewa life jacket je rm5 utk berenang kat
tasik. Aku ngan acap main kayuh bot itik. rm30 gak. penat woi kayuh sampai
hujung tasik pastu patah balik. kurus kaki aku hmm hmm. Dah sejam tu, pastu pi pulau singa besar.
situ bertujuan bg mkn helang. mana singa tatau. pulau tu pun cam scary, jeti
dia dh reput. takde org pun kt pulau tu. tp helang banyak situuuu. abg bot bg
dia makan kulit ayam. sekejap je dlm 10 minit, ktorg gerak ke pulau beras
basah. kenapa beras basah entah lah labu. kt situ sejam gak. ktorg tinggal
seliper dlm bot, and berkaki ayam kat situ. mandi laut setengah jam. main uno
lg setengah jam. kali ni acap menang. benci betul bila aku nk menang! Habis
island hopping, ktorg balik rumah mandi apa semua. Semua berpasiq!
Lepas zohor tu, keluar makan and shopping. Before tu beli
tiket balik esoknya. Kali ni lunch kat food court hig. nasi ayam penyet dia is
so-so. Semua tk habis mkn hahaha. Shopping tu agak lama lah. Habis hig baru,
hig lama, lepas tu pisah dua kereta. aku nek kereta capik sbb nk karoeke ngan
wani hahaha. ktorg pi idaman suri, kakak jati ada pesan barang. kereta pian pi
beli brg nk buat breakfast esoknya. lepas tu ktorg meet up kt pantai cenang.
ktorg dulu sampai. dekat nk maghrib gak ah. pastu dorg pun sampai. tetiba bawak
kek pastu nyanyi lagu beday. hahah. sumpah terkejut, terkelu, terharu semua
ada. sbb tk expect pun. mmg sungguh lah terharu. umur 22, shasya sambut birthday kat pantai
cenang, langkawi dgn siblings baru *tulis dlm diari*. Thanks for the surprise
guys. aku bebetul terkejut! haha. ktorg lepak situ sampai malam sambil main
polis pencuri versi capik. main 3, 6, 9 dgn bingo. last2 capik yg pegang kad
pencuri. maka dia didenda conteng muka dgn kek dan kena jalan sampai ke kedai makan! hahaha.
sampai je kedai makan, terus dia basuh muka. malu lettuw. dia yg buat game dia
yg kalah hewhew. sambil order mkn tu, ktorg sempat shopping tepi2 tu pastu
after makan, main polis pencuri versi aku lak. ni games masa aku sekolah
menengah. habis tu ktorg blek rumah tdo! habis hari kedua,
7 feb 16 (Ahad)
mcm biasa. pagi tu masak breakfast. shera, ana ngan kak
najah masak cekodok dgn nasi goreng. Aku
buat air teh je mampu. Hahaha. kalau aku buat cekodok nty jd macam kt Melaka,
habis melecur muka over betul. After breakfast ktorg pi dataran lang nk amek
gambar. sejam gak ah. tgk lah brp banyak gambar ada. pastu siap jumpa pasangan
somi isteri ni muka sebijik yus ngan wani amboii! haha. Pastu pi nusantara. tgk
minyak gamat. dan beli apa2 yg nak beli lah. after tu pi beras terbakar. takde
apa sangat. ambik gambar gak. 11 lebih camtu blek homestay blek check out and
kak mieza hantar ke jeti kuah. before balik tu, kak mieza siap bg makan makanan
famous langkawi, kerabu beronok. Seronok depa makan. mcm rendang katanya. aku
kali kedua takley telan dah! sampai jeti kuah dlm pukul 12.05 camtu. so cam
rushing sikit *sikitttttt je* nak naik feri. Tiket 12.30. Sibbek sempat nek
haha. Sampai kuala perlis, masuk brg dlm bonet semampu boleh. biasalah bag
balik dr langkawi beranak pinak pulak. jumpa jodoh lettuw kat sana kekeke.
lepas tu ktorg akan ke rumah hidayah, baling. otw tu, singgah masjid solat dgn
lunch. Lunch tu lah paling okay nk compare kt langkawi. hihi tak jumpa tempat
mkn sedap pulak.
Lama gak ah perjalanan. Lewat petang baru sampai rumah
hidayah. Terharu pak long mak long sambut ktorg. siap belikan laksam sorg satu.
nak jamu ktorg en. sambil borak2. patutnya dorg ajak ktorg gi kuliah maghrib
kat masjid tp ktorg nak pi kolam air panas dan dorg setuju nk ikut hahahahaha.
katanya minggu dpn kuliah ada lg takpeee. haha. so mlm tu sekali anak paklong,
si am dtg. anak2 kt rumah t tak ramai sbb cuti en. sorg bawak ktorg pi mandi
sama. nak masuk tu bayar rm6 sorg. ktorg mandi, berendam siap main lg dlm kolam
tu. cm budak kecik en ktorg. every free time nak main luls. After memandi tu,
singgah pi gerai. dinner. makan burger je. pastu nk menangis sbb bila nk bayar
tu, paklong dh bayar kan huhuhuh. terharu lagi. thanks paklong maklong. murah
rezeki!
8 feb 16 (Isnin)
after tu dh start balik ke uia. pakai jalan paklong bagi.
gelap gak ah. seram semacam tp tol nya murah lah. dlm pukul 4 sampai rnr tapah
lepak jap. main uno lagi hahahah. tak pernah puas! ni kira uno for the last
time lah acah. tp sampai skrg takley move on. nak sokmo je jumpa main uno.
hahah. main sampai kol 5. Pastu salam2 sbb dah tak jumpa dah. nk pisah jalan.
pastu jalan lagik. singgah subuh kejap. lepas tu ktorg ke tbs hantar kak najah.
kereta lg satu pi lrt Gombak hantar jati. sampai mahallah siah dlm 8.15 pagi.
aku sampai bilik tak dan nk kemas brg terus sambung tdo. padahal tak stay up
drive pun. penat jugak tau duduk belakang tak buat apa! hahaha. so tu je lah
sedikit sebanyak trip ktorg ke langkawi. THE END.
From this trip, aku tak sangka sangat menjadik. Sebab before
ni aku sejenis traveller yang manja. Means bercuti mesti dgn family sbb mama
the best planner so semua dah ready accommodations and others. Even first time,
cuti ngan kawan masa SHAE pergi Melaka pun dikira manja. Sebab pengangkutan ada
kawan tolong bawakkan. Penginapan tumpang rumah Along. Hahaha. Sejenis yang
takut gamble mmg macam ni. Boleh lah aku kata aku dah sedikit dewasa melalui
trip ni ececececeh kbye. So lepas ni katanya trip ke Sarawak. So tabung kawen
aku kena cancel jd tabung travel nampak gayanya.
Banyak jugak benda yang aku tak suka buat dan aku berjaya
buat. Yeay. Shasya dah matang dah boleh kawen kahkah. One of, aku berjaya lepak
pantai dengan gembiranya. Siap mandi lagi kauuuuu! Aku mmg suka pantai tapi aku
paling benci keadaan berpasir. Rasa mcm rimas dgn butir2 pasir melekat. Tp ni
siap boleh main uno dok lek je atas pasir mcm dok atas tikar. Rasa cam hari2
jumpa pantai kat langkawi tu woi! So improvement in me. Hahaha. Pastu perangai mama keluar masa dekat
homestay. Taktau nak cakap mcm mana, tapi aku mcm jd mak aku dekat homestay.
Rindu mama kot sampai terbawak langkawi sana kah! Siap aku rasa mcm aku bercuti
dgn family sendiri bukan dgn kawan. Yelah, buat breakfast bagai, siap basuh
baju rasa mcm dgn family sgt.
Memula tu aku rasa
mampu ke lelaki 3 org nak jaga 7 perempuan ni tp sebenarnya ktorg masing2 jaga
diri memasing and antara ktorg gak. Walaupun 10 orang je, havoc dia masyaAllah.
Salah tanggapan aku igt hambar sikit sgt org. Sepuluh org kita dh mcm berpuluh
orang riuhnya haha. Dan paling penting, each of them aku makin kenal dgn rapat.
Banyak new things lah aku boleh belajar.
Selalu je ktorg main kutuk2 tapi takde nak rasa sentap sgt pun. Sbb
entahlah. Siblings kan tak gaduh lama ecececeh carik2 bulu ayam, lama2
bercantum jua ewahh gitu lah. Aku senang je dgn semorang. Takde rasa menyampah,
benci ke apa. Mmg semua boleh masuk. Sekepala ah. So let me story about each of
them!
Shera and Anna aku dah masak dah. Dah selalu lepak sama, pi
Melaka sesame. Dah memang ngam takyah cerita. Dah tahu pe’el memasing. Tapi aku
tetap nak cakap thanks sbb join despite masalah korg masing2 before kita pergi
ni. Aku kan takley hidup tanpa korang. Tak nyesal join en en en. Muah ciked.
Capik: Mula2 aku kenal dia ni skema. Bila dekat rumah Dayah,
aku tau lah dia mmg bertanggungjawab sikit. Baik, boleh buat geng lah. Tapi
through trip ni, aku perasan dia ni tak reti sorok expression muka and tone
suara. If dia tak suka sesuatu tu, kalau dia tak mencarut *mcm dekat kereta
slow depan tu* dia akan buat muka. Or keluar lah tone suara tak suka dia tu.
Mmg takley sorok. Aku cuak gak ah bila part dia buat muka tu rasa nak bagi
penumbuk kahkah.
Pian: Dia ni mmg aku expect sopan and lembut! Ternyata
semuanya helah semata! Amboi sgt dia ni masa trip. Taklah kasar, tp boleh kira
kasar gak ah. Sbb aku pun berkasar dgn dia. Dia pun kasar balik. No such that
aku-perempuan-maka-dia-kena-lembut. Sesedap mulut dia jugak part kutuk aku. So
aku pun tak lepaskan peluang utk kutuk dia haha. Tp aku tau, dia mmg seorg abg
yg baik. Kata2 dia *buang kutukan dekat aku*
sebenarnya penuh berisi, ada unsur nasihat so aku suka gak dgr. Sbb dia
kan makan garam dulu dr aku hahaha.
Acap: Mmg dari Rumah Dayah dulu, aku tau mulut dia tak
berapa nak ada insurans. Yelah baru kenal tetiba terus kutuk apehal mamat nih.
Haha tapi kutukan dia sepanjang trip ni aku tak rasa kutuk sgt pun. Rasa mcm
dia cakap biasa. Nak sentap pun, bukan dia paham aku sentap. Buat penat je
layan sentap baik buat bodoh. Tp sebenarnya, aku tau dia ada side baik dia. Nak
berbual ngan dia any topic pun bleh. mmg dia very outspoken sikit. Mungkin org
baru kenal dia je kot rasa dia annoying. Haha. Lama2, dia kawan yg baik no
worries. Tp beware, dia so buaya! haha.
Kak Najah: Kak Najah lah org yg paling aku dok doa, jgn lah
cancel last minit. Sbb kak najah dah kat rumah, dah habis belajar. Mmg aku
respect kak najah gigih dtg dr johor ptg khamis tu. Sbb malam tu nak gerak dah.
Kak najah ni walaupun kakak tp sebenarnya dia mcm sebaya je! Senang nak cerita
pape lah. Nak luah perasaan ke, nak gosips ke. Semua masuk je. And kata2
nasihat dia nampak lah seorg kakak. The way dia cerita pasal adik beradik dia,
pasal family memang best. Hope to see you again kak najah sobs. Nanti ada
rezeki kita jumpa ehh.
Didi and Wani: Ni adik2 yg ktorg bawak. Hihiks. Walaupun
dorg adik en, dorg tak pernah menyusahkan bahkan selalu sgt tolong kakak2 dorg
ni. Tp bukan buli tau aipp. Aku tau lah, dorg ni sejenis yg sporting gak, boleh
in. Sbb tu aku rasa dorg tak mcm adik pun. mmg semua aku rasa sebaya je. Thank
didi banyak sangat ambik gambar ktorg and layan kerenah lagi2 kak erra korang
yg suka photobomb semua gambar! haha. Thanks wani tolong jemur baju, masak nasi
dan tolong akak kerja yg paling last before kita check-out tu hihihihi *emoji
monyet tutup mulut*
Jati: Memula aku igt aku takleh in ngan jati. Sbb jati too
hot i can’t handle. Hmm Hmm hahaha. Tapi rupanya jati ni bising jugak ye orang
nya. Ratu posing ye jati? haha. So Jati ni pun boleh je in. Boleh je nak
menggila dengan dia. Dia sporting je. Aku je yg takut2 nak ngam ngan dia
kahkah. Jati, “cause love comes slow, and it goes so fast” and i love you and
boleh tolong terangkan dak maksud quotes ni i kenot understand! HAHA.
K last. Aku nak cakap aku happy jumpa korang. Even kak najah
dah graduate, capik and acap bakal menyusul tp aku harap ikatan antara kita
akan tetap ada. Aku sayang korang. Ingat lah seorg shasya pernah hadir dalam
hidup korang walaupun hanya singgah sebentar. Tapi kenangan manis dgn korang,
insyaAllah aku akan pahat kukuh dalam hati. Thanks for being wonderful siblings
here. So here it is, aku buat video kita.
p/s: Aku boleh kata ni entry terpanjang after entry pasal outreach kedah ritu. HAHA. yelah ni aku nak move on lah ni. Dah luah semua kat sini en. so shasya nk move on weh after ni bye!
p/s2: Aku ni ratu tdo tau tp skrg aku korbankan waktu tdo aku demi taip blog dan buat video i know im so sweet muntah kbaiiiii
Salam Sayang,
0 Criticism:
Post a Comment
Tak puas hati? Nak lepas geram? Ledidgo here~