"Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui." [29:64]

14 February 2015

Changes in Shasya CIS


hai! lately banyak dengar berita pasal kematian. paling terkesan ialah ulamak tersohor, tok guru nik aziz. walaupun aku setakat mengenali beliau hanya menerusi nama, tapi aku turut sebak atas pemergian arwah. entah. rasa macam ada yang hilang. entah ramai ulama' meninggal aku tak tahu nak fikir apa dah. semua tahu makin nak kiamat makin ramai ulama' meninggal. ramai yang fitnah TGNA ni tapi Allah dah tunjuk masa dia meninggal. tengoklah berapa ramai yg solatkan jenazah. kalau kita? Allahu tak mampu nak bayang. entah ada ke yang sudi? betapa Allah muliakan jenazah TGNA. agak2 Allah akan muliakan kita tak?

aku asyik terfikir je. mcm mana keadaan aku mati? bekalan aku cukup ke tak. iman aku nanti mcm mana? banyak sangat aku fikir. hidup ni ada dua pilihan je either kau mati dulu atau kau kena berhadapat dgn fitnah yg paling besar yakni dajjal. dua2 tu pun memerlukan iman yg mantap. dan aku masih terfikir iman aku bagaimana? entah serabut. nak sedapkan hati cakap lama lagi tu tapi sebenarnya hati kita sendiri menidakkan kan?

jadi dengan itu, aku nak buat tips utk diri aku sendiri. dan akan aku update di blog ni. kenapa? walaupun takde pembaca tapi aku lah yg akan baca balik blog ni. boleh aku imbas kembali apa yg aku telah buat takut terlalai dan terkeluar landasan lagi. bagi aku, setakat solat 5 waktu belum cukup lagi. yelah kita sendiri tatau solat kita tu dikira sempurna atau tidak. Allah terima atau tak. so kita kenalah tambah2 banyak lagi walaupun sekecil2 alam.

so i'm going to make a project. basically dunya and akhirah dan apa yg aku buat utk dunia dapat menjadi saham utk akhirat kelak biiznillah.

aku nak namakan projek ni as Changes In Shasya aka CIS.

objektifnya adalah suapaya aku ready mental fizikal utk menghadapi mati atau pun dajjal. mcm fara fauzana buat 30 hari 30 budi tu. aku nak perbaiki diri aku semua. nak keluarkan sifat2 yang baru.

selain itu aku akan selitkan about how shasya nak jadi kurus and pandai. mmg azam nak kurus tu lama dah ada. cuma usaha asyik ke laut. ni bukan sesaja. sbb aku taknak dapat penyakit berbahaya. aku dh rasa sakit2 bila tak kurus ni *kikikiki*. dan pandai. sbb dah masuk degree ni. aku nak balas jasa mama papa yg tanggung aku belajar dari kecik. takkan nak kecewakan dorang kan?

pendek kata i want to be a new me. a new girl name nur syafiqah yasmin. insyaAllah. semua dengan izin Allah. doakan aku.

salam sayang,

09 February 2015

Back to Allah

Assalamualaikum. Alhamdulillah. Dah genap umur 21 tahun 2 hari. Alhamdulillah untuk segala nikmat yang Allah kurniakan sepanjang aku bernafas.

Aku baru dapat satu berita masa kelas tilawah tadi. Abah sahabat aku, hafizah meninggal dunia. Tolong sedekahkan al fatihah buat arwah. Semoga Allah menempatkan arwah di kalangan mereka yg beriman. Apa yg mengejutkan fizah even tak.ckp apa2 pun ayah dia sakit ke apa tau2 dh meninggal dah. Innalillahiwainnailaihirojiun.

Masa dpt berita aku kaku. Tbh aku sedih. Aku pun menangis. Entah. Bila berkait dgn kemaitan, aku mmg sensitif. Ni kan pulak abah kawan baik aku sendiri. Aku pernah balik rumah fizah abt 3 times dah. Mmg lah tak rapat tp aku tau abah fizah was a good guy. Allahu. Sekejap je Allah boleh tarik nyawa kan? Ye sbb kita ni Dia punya. Bila Dia rasa Dia nak ambil kita balik, Allah can do it in a blink of eyes.

Aku cuma mampu berharap fizah dpt bertenang dan kuat agar the family members pun kuat jugak. Lagi2 mak dia tu. I dont even know what i am suppose to do. Should i go to her house? Seriously buntu. Even nak ke rumah dia pun aku tatau. Biasa fizah akan ambil dr stesen lrt. Now i shouldnt ask a help from her right now. I can feel the situation.

Tetiba terdetik kembali mimpi masa aku cuti sem hari tu. Aku mimpi fizah meninggal. Tetiba today ayah fizah meninggal. Dan last few days dekat uia ni lah aku mimpi one of our family member meninggal and i cant relate if the dream was a sign. But i guess it just a dream right? Kan kan?

Semoga Allah matikan kita semua dalam husnul khatimah.

Yang buntu,
NSY.

06 February 2015

Februari


Imma February baby jyeah.

dan esok lah hari aku menjadi baby. gittuw.

bila rasa umur 21 ni mmg rasa dah makin tak remaja dan tak rasa nak sambut birthday pun. entah. faktor usia kut?

alhamdulillah dah habis minggu pertama sem kedua. banyak benda berlaku. contohnya 3 lecturers yg aku pilih, turn out into different lecturers. and im very frustrating. SANGAT!

so what did i do, i drop my section and add another section. unfortunately semua closed so when i'm going to add back into my previous section, tu pun closed jugak. within the seconds kot. haha. nak gelakkan sendiri pun ada. rasa mcm peribahasa yg dikejar tak dapat, yg dikendong berciciran. satu lagi mendengar guruh di langit air di tempayan di curahkan. lastly org tamak mmg selalu rugi. well, otak bm aku bergerak dgn pastas pulak hari ni.

banyak aku fikir. ni lah akibat tak bersyukur. lecturers lain bertukar tu mesti ada hikmah dia. dan aku tak dpt masuk ungs ni pun mesti ada hikmah dia jugak kan. takpelah. last2 aku reda je lah jadual aku dh makin kosong. 

just be happy je lah kan sem ni masih panjang uk diterokai.

future bday girl esok,

26 January 2015

Semangat

Assalamualayk.

Sepanjang aku dah dua minggu di rumah. Sungguh banyak perkara lagha yg aku lakukan. Malah karat jahiliyah semakin berkarat. Memang, tak mudah nak buang karat tu. Walau dah buang, nak lawan tu lagi susah. Bukan tak pernah cuba buang. Pernah. Malas berjaya buang. Namun iman tak kuat melawan maka ludah yg dibuang dijilat kembali.

Entah minda aku sering menerawang. Salahkah apa aku buat?

Salah kah aku tengok running man?
Salah kan jika aku menonton wyg?

Pada aku asal jgn leka itu sudah. Dan tak menjauhi kita dari Allah dan rasul. Sdg PU Rahmat sendiri kata wyg tak salah. Yg slh kita jika lihat cerita tak senonoh dan pergi dgn siapa. Entah aku pun masih ragu2 apa yg aku buat benar atau salah.

Selagi aku di rumah yg ada tv selagi tu susah aku nak kawal aktiviti aku. Haih. Kdg rasa nak cepat balik uia.

Aritu aku pegi dua talk sempena maulidur rasul. Aku suka sgt talk dr ustaz izhar. Sgt sukaaa. Dan juga heliza helmi. Aku rasa inspired dan ingin sekali menjadi seperti ija.

Lalu aku menanam tekad dan azam utk terus kuat dan asah iman sebelum ajal menarik aku. Aku taknak jadi seorang yg takut mati. Bukankan mati itu pasti?

Doakan aku mati berserta iman dan taqwa ye?

Ustz izhar kata rasulullah dakwah mula dgn diri sendiri. Itu langkah pertama aku. Biar aku kini berusia 21 dan tua, namun tak pernah terlewat utk perbaiki diri kan?

Doakan aku ya?