"Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui." [29:64]

21 November 2015

Outreach Jaring 3.0

Hai hai hai. Kekok ai nak menaip dekat blog ni mihmihmih. Kali ni ai nak cerita pasal kelab *tambah kesayangan* ai dekat uia ni. Which is Caring Club.

Since cfs aku dah aim nk masuk Caring Club. Kenal dr charity dinner dia buat dekat Hadramawt. Anna yg ajak aku join dinner. Then dpt tau Caring Club ni khas untuk anak yatim. One of my target bila masuk u ni, nak jd volunteer utk rumah2 anak yatim ke, org tua ke. So bila dpt peluang, knp nak lepas kan?

So yada yada sem 1 masuk dah CC ni pahtu tak aktif mana pun. Sampai lah sem 2 dorg susun ikut rumah. So aku dalam rumah Nur Qaseh which mean, every mentoring aku akan go rumah Qaseh lah. *shud i change the title into Caring Club?* CC ni ada dua part ekceli. Mayang and Jaring. Mayang for rumah2 area lembah klang. mcm Qaseh tu lah. Jaring ni utk luar kl. *okay dah masuk part jaring*

Nak di jadikan cerita yg semakin pjg nampak gayanya, anna dulu yg dpt outreach ni. dia dpt offer jd fc *bkn fanclub or faci ye nana?* then dia ajak aku join. dgr je outreach ke Kedah mesti lah aku wow mestilah nak. firstime nk jalan jauh ni yeksaited iolls. Walaupun busy gak lah jd committee cfix ngan dinner semua under CC. Tapi gigih kan. Then aku pilih biro Prep Tech. first time eh. Partner aku Epul nasib baik dia sgt bagus dlm bekerja. Pastu ajak shera gak. Lepas penat pujuk Ejat Pailong. Ye penat tau pujuk dia. hahaha.

So after a few meetings, getting exposed to jaring, outreach. Rumah yg aku nak pergi, Rumah Nur Hidayah di Kupang, Baling, Kedah. ktorg komiti seramai 20 org. lagi 20 org outreach ke rumah Darussalam. Kiranya ada dua rumah lah sekali outreach ni.

Sedikit cerita *mungkin banyak* mengenai Rumah Nur Hidayah ni, start since 2011. Rumah tu sebenarnya rumah kedai Mak Long. Dipendekkan cerita adik ipaq ngan adik Mak Long meninggal tinggalkan 4 org anak. So mak long jaga lah. Lepas tu ada org cakap, kalau nk jaga anak-anak yatim ni mesti berdaftar. So Mak Long pun pergi kursus, daftar siap dapat sijil utk daftarkan Rumah Nur Hidayah. Start dari situ, ada Kebajikan apa-ntah-nama-tak-ingat yg urus kan keluar masuk anak-anak.  Oh, anak-anak ini semuanya perempuan. Kiranya masa tu mmg memerlukan rumah utk perempuan sahaja sbb before ni rumah paling dekat ada kt Yan. so nak ulang alik ke sekolah sgt jauh. Kira alhamdulillah lah mak long bukakkan rumah ni. Rumah ni bkn setakat rumah anak yatim je, ni rumah termasuk anak-anak miskin. Tapi siapa family dah mampu, kena ambik balik lah. Sbb ramai lagi nak masuk. Anak-anak sini masuk tak dikenakan wang yuran bagai pun. Just masuk, wajib gi sekolah namau malas2. umur dari 7-17 tahun. Yang stay aroun 20-30 lah. Tapi dulu maklong cerita pernah smpai 30++ stay maklong suruh stop ambik budak sbb dh ramai sgt takut anak-anak pun tk selesa kan.  Pasal sumbangan pulak, rumah ni bkn under kerajaan, so Mak long terima je sumbangan dr sesiapa. mak long prefer sumbangan berbentuk brg *eh ke aku salah dgr ni haha* Kalau ada org buat program, dia bg lah sumbangan. mmg ada je yg tawarkan kalau ada pape kurang kt rumah tu, inform je. Kira okay lah bab sumbangan. Nak hulurkan bantuan pun boleh wei.

So sambung cerita. Program ni selama 2 hari 2 mlm. Jumaat 13 nov jam 10.45 bertolak dr UIA. berenti banyak kali gak. pakcik bas singgah toilet haha. sepatutnya subuh dah sampai rumah dorg tapi biasalah kita kan merancang. subuh ktorg kat Masjid -lupa-lagi-nama. Lepas solat subuh sana, baru gerak ke rumah. Hantar ke rumah Darussalam dulu. setengah jam kendian baru ke rumah Hidayah. dlm jadual sampai pukul 6 pagi. Tp ktorg sampai masa tu pukul 8 pagi woot woot. makanya berprogram tanpa mandi haha. tak lah. asing2 siapa mandi, siapa breakfast dulu. biasalah disebabkan aku hanya PT, aku mandi lah kendian. aku urus2kan barang dahulu. lepas semua huhahuha, program pun start. First sekali opening remarks, berkenalan ngan abang kakak komiti apa semua. lepas tu start ice breaking. aku tengok jam dah pukul 10. aku tgk jadual, start pukul 10. maka aku pun berhaa-haa eh tepat pulak masa hewhew. Alhamdulillah.

Memula kan pembahagian kumpulan. Pakai teknik bunyi haiwan. sekali dgn faci2 buat bunyi haiwan. haha. oh aku tak jd faci punn. sedih tau tak banyak interaksi ngan bebudak. dorg pun tak kenal aku gamaknya. nak berhuhu lah sekejap. Lepas dah bahagi apa semua, straight ke module 1 yakni buat nama group, cheers, logo pa semua. time ni lah aku mandi *nari sikek* haha k. Lepas buat, dorg kena persembahkan lah cam biasa. Oh ada 4 kumpulan, Purple Team, Super Momo, Butterfly ngan Spongebob.

pastu module 2, buat jambatan pakai surat khabar ngan straw. Semua buat sejenis je. batang pisang lah, mcm lemang pun ada gak aku nengok. pastu aku rasa lah sikit kekuatan jambatan. butterfly ngan super momo sama kuat. cuma tgh2 jambatan butterfly tu lemah sikit lah. tapi masa aku rasa kumpulan Purple Team tu, aku rasa dia punya ketahanan lain mcm. aku taktau teknik apa yg group depa pakai. tp of course lah dorg yg menang. hewhew. lepas tu stop makan and solat. Makan sedap ohoi.

Dlm pukul 2 ptg tak silap, start module 3. bingo explorace. tapi tak brp nak bingo pun. sbb dorg jumpa no je, dorg ambik. haha. strategi takdak. lepas tu ktorg kira siapa yg jawab paling banyak je lah. explorace ni cekelat sgt. sbb comittee semua duduk je santai. adik-adik lari cari no yg di sorok, kena carik komiti yg dok santai td mintak soalan. kalau dpt jawab, boleh isi kat kotak bingo. kalau tak ada, kena sorok balik no itu. haha. lepas habis module 3 ni hujan puleks. baru nk main permainan tradisional engkoo. so pc pun suruh bebudak berlatih utk berlakon drama 2 minit. hujan lak mmg lebat jd ramai je komiti lelaki ambik kesempatan utk tdo. hahaha. maghrib pun tak reti nak kembali pa citaaa. jd komiti perempuan lead solat maghrib jemaah. aku mcm biasa lah makmum tegar. igt lelaki je tolak2 imam? haha. lepas maghrib, makan malam. lepas isyak buat bacaan yaasin sikit. 

Dlm pukul 9 lebih camtu buat module last. Module 4. Tapi before tu dorg main yg mcm super spontan punya game aku lupa nama apa ntah. module last dorg kena pilih sorg ahli jadikan dia model. dan buat baju dress or anything pakai surat khabar. haha. teringat masa main ni dgn bebudak usrah zaman sekolah dulu. so utk mengimbau, sambil2 adik buat baju kami komiti yg takde group pun buatkan baju utk komiti jati. hewhew. habis komiti pun berbaju surat khabar. seronok wei. aku puas hati malam tu dapat buatkan baju hewhew. masa persembahkan tu pun rasa kelakau. respek lah baju dorg pun mmg unik2 takde yg sama. buat kimono lah, inspired by para-para sakura lagik. yg seksi meksi pun ada kahkah. lepas tu photoshoot family sat. malam tu before tdo, ada cakap2 sat dr anak bongsu paklong. dia cakap apa ntah aku lupa ahahaha aku busy kemas brg pt ohoi. pastu anak pak long kasi ktorg perfume attar sorg satu. thanks for the gift!

ma berakhir module utk satu hari. hari tu aku rasa lama sgt. padahal 24 jam pun tak sampai. tapi rasa cm dah berhari2. entah aku pun tatau kenape. malam tu tdo kat bilik bebudak kt atas. ktorg tdo bawah, share2 tilam. seronoknya wei tdo atas tilam *sbb before tu kan tdo atas bas. kematu bontot -..-* lepas tu subuh tu kena kejut dgn loceng apak kuatttt weh. dua kali pulak tu. tp biasalah. seorg shasya tak tereffect dgn sebarang bunyi dan menyambung tdo. haha. so solat subuh asing lah pagi tu hewhew. lagi pun adik2 semua tgh siap nk gi sekolah. Pagi tu best. ktorg jalan2 kt kpg sat. hirup udara pagi sedap wehhhh. rindu suasana kpg. aku kt kpg pun tak menghayati udara pagi. hewhew.

lepas breakfast pagi tu, ktorg buat postmortem sat. yg ni kelakarrrr. sbb mcm nk gaduh je. aku tk ckp pape. tp sebenarnya ada benda je aku nk cakap. ni dialog aku patutnya hari tu. "aku puji lah smlm kita dah beruaha yg terbaik dan aku dpt rasa 'terbaik' tu. ada lah gak perasaan berpuas hati tu hiks. tp aku kecewa tang solat tu lah. mmg lah kita seeloknya jamak asar tp kita dh janji masa meeting before pergi, nk jemaah ngan adik2 kann. ni ada je yg selfish termasuk lah aku. maghrib isyak jamak hei hewhew sorry. takde alasan tak muat, adik2 perempuan lah. hahah." k tu dialog aku tk sempat nk cakap. sbb malas.
Habis je postmortem, ktorg start jejak. ada dua part. indoor ngan outdoor. indoor kena kemas tempat solat, buat hiasan doa kat dinding. outdoor kena tanam 5 jenis pokok. sbb utama aku pilih indoor? panas hoi kt luar. haha. semenggah sgt perangai. so hias2 lah. aku buat rumput ngan bunga. aku tk terlibat dgn cat mengecat. tak berapa berseni tapi minat lah. lepas makan tgh hari, ktorg siapkan jejak mengecat and aku berpuas hati. kreatip nya lah bebudak CC ni aku kagum dgn seni mereka. lepas habis, siap2 mandi kemas brg apa semua.

Kol 2 gather balik utk majlis penutupan. Oh sekali lakonan adik2, persembahan dr komiti utk adik2, lagu tema, video presentation, ucapan dr paklong dan pm. lastly salam2 ngan adik2, warga tuan rumah. percayalah kalau aku jd faci or if ktorg lama lagi kt rumah tu, serius aku nangis masa salam tu wehhhh. tp aku entah gagah semacam tp perasaan sedih tu ada lah. Then sesi bergambar huhuhu sedih. pastu kami semua kemas brg masuk dlm bas semua, masuk bas dan babai2 semua dan berhuhu dalam bas bergerak meninggalkan rumah Hidayah.

pastu masa berenti kt rnr, ktorg komiti spent masa berbonding lagi dinner sekali kt kfc. buat postmortem sekali lagi. sampai lambat naik bas. hahaha. kesian pakcik bas. sampai uia dlm pukul 12 tak silap. pastu sampai bilik dan teruskan buat esaimen yg nak hantar keesokan harinya. haha.

bnyak sgt yg aku dpt dr program ni. yg penting pengalaman. berkenalan dgn komiti2 yg sungguh hebak mereka semua. yg aku tau, aku mmg syg mereka semua. entah. dorg bagaikan family sendiri. entah lah weh. tak boleh nk cerita kenapa. so ni list family baru ai.

Pian as PM
Didi as S/u
Anna as FC
Syafiq ngan Kak Najah as pc
Acap ngan Farah as module
Nekmat, Ilham, Qila, Aza, Ejat Pailong, Isma as faci
Jati ngan Wani as catlog
Naeem ngan Shera as gt
Asrol as pubpro
dan Epul as partner pt

Add on, bekerja dgn epul sebenarnya best sbb dia suka sgt buat kerja. sampai kerja aku pun sikit.  thanks epul. hope to work with you again *aku tak pasti aku tuturkan ikhlas ke dak haha*

buat yg lain, aku seronok sgt kenal ngan korg. serius ni.  dia buat aku seronok dgn caring club. haih. dh seminggu outreach kita berlalu dan aku masih rindukan korg. sampai bertemu lagi korg.

























































salam sayang,

19 November 2015

Move On...Finally


Last week post deleted because heyeahhh shasya dah move on.

Within a month kot -..- Bila crush kemahen meroyan gila. Bila dah bosan, lesap gitu je perasaan.

Mohon shasya tak bosan dgn laki dia nanti k. Aminn.
Mungkin salah satu sebab sekarang ni otak shasya dipenuhi dgn kesayangan terbaru. Family Rumah Hidayah. Siapa mereka? Later i'll blog abt them. Haha masih busy ye.

Weekend ni last busy. last jd committee utk sem ni. Kot. insyaAllah. penat kot weh. May Allah ease.

salam sayang,

24 October 2015

Cinta Bercambah

Assalamualaikum. 2nd post for October weee *tepuk bahu sendiri*

Seperti yg aku *sbb yg baca balik pun aku gak* sedia maklum, aku ni seorg observer. Observe orang lain and even observe diri sendiri. Aku suka observe benda apa yg aku tak suka, bila masa aku rasa ceni ceni. Lepas tu bila dpt jawapan utk diri sendiri, aku rasa seronok bak itu suatu kejayaan gittuw. Haha.

Macam contoh. Masa aku masuk uia yg bkn aku sendiri nak. Even dpt uia pun aku speechless lagi. Tak happy pun. Lepas tu before masuk aku keep doa agar Allah tumbuhkan cinta pada uia and alhamdulillah within a week je aku dah jatuh cinta pd uia. Kalau tak aku meroyan je keluar. Haha. Seriously aku susah gak nak adapt ngan sesuatu. Kecuali tempat tdo bhahaha. I dont need a katil if aku dh ngantuk. Everywhere i can sleep. Teruk en? K tu kisah uia masa asasi dulu.

Then masa aku masuk degree. Aku ambik masa sebulan gak tau nk adapt. Nk hirup suasana baru lah acah. Nak sesuaikan masa kelas. Paling penting nk sesuaikan kaki berjalan dr mahallah ke blok engin huaaa penat gila and sampai sekarang aku masih gigih berjalan *flip bulu kening sikit* lepaa sebulan dok uia baru aku dpt bernafas seperti biasa. Fuhh. Alhamdulillah Allah tak tinggalkan aku lagi.

So ni dah 3rd sem. Apa benda lg yg aku nak adapt? Haha. Uia dah ngam dah. Cuma ada benda paling aku takut masuk 3rd sem ni. Yakni masuk majoring engineering aku iaitu biotech/biochem. Yg ni paling aku rasa lama dan susah sgt. Sangat weh. Sebab pertama aku dah lama sgt tak sentuh bio. Since 2011 kot. Ni after 4 tahun nk sentuh balik. Kekok gila. Lagi satu sbb aku rasa aku dh suka subjek fizik yakni kira2 lah. Takut bila masuk biotech ni kena baca je sobs. Dua sem pertama ni aku try gak risik2 nak tukar kos. Mcm computer engineering tapi aku tk confident dekat electronic circuit bagai tu.

So end up. Aku stay dlm biotech ni. Tengok satu2 subjek yg aku akan belajar. Ada organic chemistry, microbiology, principle mass and energy balances, thermodynamics. So tak lah semua baca. Ada je kekira. Tapi tetap tak secepat seminggu aku suka semua subjek tu. Lagi2 microb dgn pmass. First time aku rasa aku nk drop subjek sbb aku rasa loser gila. Rasa mcm bodoh sgt masuk kelas. Dah lah mata makin tak nampak whiteboard kena depends kt kengkawan. Rasa malas semua ada. Bygkan kuiz aku dh pandai tanya org sbb before ni tu bkn prinsip aku. Tp aku tanya gak sbb rasa betul2 zero. Taktau nk jawab apa! Paham tak perasaan loser cemni? Siap ngadu kat along aku lagi pasal biotech ni susah.

Lepas tu busy weh. Bkn nk compare tp aku tercompare jugak. Mcm major lain boleh je buat kerja lain. Boleh tgk movie blabla. Tapi biotech? Full ngan lab, full ngan assignment rasa mcm takde life. Takde hidup. Pfft.

Sebab tu aku rasa mcm menyesal pulak masuk biotech. Tapi nak tukar mmg dah terlambat. Nampak mcm Allah mmg takdirkan aku di sini. Tapi aku tak rasa bila Allah takdirkan aku ke sini, dia akan tinggalkan aku terkontang kanting kan? So aku keep doa agar Allah tumbuhkan cinta dlm biotech ni pulak. Tapi tak sekejap aku tunggu. Lama gak aku meroyan. Pergi kelas terima semua benda yg aku dpt. Dpt assignment buat. Rasa mcm robot je. Buat2 tp tak hepi dan rasa terbeban.

Tp alhamdulillah like i said before. Allah tak kejam pd hamba Dia kan? Walaupun lama aku tunggu. Tp aku dpt rasa dlm minggu ni. Lebih kurang 2 bln dh aku dlm sem ni. Aku baru rasa cinta aku dlm biotech ni makin bercambah. Walaupun sikit. Tp itu sgt menggembirakan. Even this week hectic tau. Ada midterm dua sekaligus satu hari. Plus microb okay. Sampai tdo kol 4 tp gigih try gak baca. Yg lagi ajaib nya aku tak pernah lak rasa penat yg rasa tahap nk mencarut. Paham dak? Penat mmg penat tu takleh nk cakap. Makan tak tentu arah. Tiga hari lunch aku roti sosej rega rm1 jual kat musolla engin. Dinner depends kt perut. Kalau lapar, beli lah. Kalau tak minum air. Masa tu mmg aku rasa masa mmg emas. Sgt valuable.

Dan for the first time kuiz pmass aku, aku berjaya jawab sendiri without hentam keromo. First time aku tk bohong. Even benda sekecik tu pun aku rasa happy. Dan aku buat conclude, nk cambah rasa cinta dgn usaha buat sampai paham. Selagi aku taktau apa yg lecturer ajar. Selagi tu aku rasa loser. Dan aku percaya, Allah dah bukak hati aku pd biotech walau aku tatau besar mana. Tapi moga Dia besarkan lagi dan lagi dan jgn berenti. Sbb aku tahu lagi aku melangkah sem2 akan dtg, lg susah. This is degree life right?

Dan aku berdoa agar rasa cinta ni kekal dan bercambah. Demi Allah aku stay dalam bidang ni. Demi mak aku, aku teruskan pengajian ni. Moga ada sinar kejayaan utk aku nanti. Aminn.

08 October 2015

Stress


Hai Oktober. Ada tragedi lagi tak?

Huaaa. rinduu awaa belog. lama tak luahkan perasaan. last week en has been a very super duper hectic week buat aku. tapi Alhamdulillah dah lepas ya Allah syukurnyaaaa.

Ceni, aku ada assignment pmass 12 soalan yg beranak a, b, c. Baik takyah ckp 12 soalan cakap je lah 40 soalan terus. haha. due date seminggu. pastu ada lab report, review book, assignment microb. Semua tu bg aku its okay. kau boleh je buat semua ni. masalah besar yg aku hadapi aku terlibat jd committee cfix caring club hari jumaat and sabtu. ahad tu pulak ada family day caring club. mana tak aku menggelupur siapkan keroje2 tu.

gelupur dia sampai esok nk hantar assignment pmass, mlm tu pukul 11.30 baru start buat. lepas tu pukul 4.30 baru siap. tak siap sepenuhnya lah. ada yg aku tak jawab, paling teruk aku gi buang soalan. maksudnya ada no aku skip taknak buat. teruk en? dah lah tiru assignment kengkawan. ada je aku buat sendiri tp most of mmg kena rujuk aaa. bg aku paling susah sekarang subjek pmass. entah lah. sbb aku dok belakang kot? takkan nak salahkan lecturer kot. sobs. lagi aku takut nk hadapi sem ni Ya Allah :(

lepas tu aku rasa masa aku tak susun leklok. aku kena disiplin diri aku dgn masa dow serius weh. aku rasa teruk ni. haha. dgn malas belajar lg. i feel so terrible this sem. lepas tu td baru dpt tahun fon aku rosak mother board kena repair cost dlm 300 plus2 mana nak cekau duit weh?

penat sgt. rasa nak mengeluh. pastu terbaca dekat wasep pasal tazkirah. dan aku recall balik. my favourite ayat. 

13:28

A laa bizikrilaah tad mainnul qulub

"...dgn mengingati Allah, hati akan tenang."

dlm masa stress2 ni teringat ni insyaAllah everything going to okay.

aku dh kena muhasabah balik apa aku buat, pastu aku kena ubah sikap aku yg super pemalas ni. sobs. doakan okei.

salam sayang,