"Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui." [29:64]

17 December 2013

sushi acah kimbab


aku pun tak tahu nak namakan meatang ni sushi ke kimbab. hohaha. janji ada rasa dia. well, I loveeeee sushi so much lagi2 yang ebiko ntah ape namenye. telur ikan oren cenonet tu. sedap hokayyy. yums! ari tu beli 4 sushi tu dah 8 hengget. cekik darah ouh sushi ni. so iolls pun buat lah sushi ni, kimbab sebenarnya. aku tak tahu apa beda sushi ngn kimbab ni. tp bg aku, aku buat kimbab sbb inti dia banyak sekali aku buat.

first, pegi shopping seaweed dgn tuna dulu. yg lain cukup dah. so first sekali masak nasi lembik sbb aku takde beras sushi. taruk air lebih maka lembik lah nasi jadi nya. then buat lah bahan2, seperti goreng telur, rebus sosej ketam dan ayam, hiris timun dan gaulkan tuna dan sedikit mayonis.

dh masak nasi tu, buat air campuran cuka, gula dan garam. kacau dlm nasi tu smpai ada rasa nasi sushi and siap. tadaaa. salah satu aku eksaited nk buat sushi ni sbb baru beli tikar nak menggulung sushi tu walaupun cara aku pakai cm pelik. cm tak betul je. lantaklah. taruk nasi atas seaweed, penyekkan, hujung tu jgn letak nasi sbb nty nk gulung. pastu letak lah lauk2 kita ada tu then gulunglah dgn alat bantuan tikar tu. hujung tu aku basahkan dgn air agar dia mudah melekat and tadaaa. hiris2 and masuk dlm peti ais kasi sejuk then eat it.

tp aku nk bg satu petua. jangan buat banyak sekaligus. aku buat 9 gulungan terus. gila lah. tak tahan mana dlm peti ais tu. 3 hari nk habiskan 9 gulungan? ending dia terpaksa buang tp masa tu tinggal sikit. tak smpai 1 gulungan pun. tp masa tu takde mood dh nk makan sushi. yg sedap nya aku makan sushi cicah kicap. aku tak reti buat wasabi. kicap sushi pun mana ada tp aku tahu rasa dia masin yg amat and cair dr kicap biasa. so aku yg kreatif ni letak garam, air sikit and kicap. and sedap pulak dicicah sushi itu. haha. selamat mencuba!

potong panjang2

campuran cuka gula garam

seaweed. nadi sushi

beras lembik

letak sebegitu rupa dan gulung

siap! tapi tak bulatttt :(


potongggggggg

simpan






salam sayang,

zumba class


aku kan ikut kelas aerobic bodyzone by Natasha. pastu tetiba dia announce ahad ada zumba class. tp ahad tu ada wedding cousin kan so aku tak pergi. dh lama aku nk tahu zumba class tu hapa tp asyik lupa nk search. ni aku buat sbb kot2 ada org nk tahu zumba class tu menatang hapa kan.

so sabtu lepas pun, aku punya attendance sebulan dh habis. masih berpkey nk join lg ke tak. aku ada sebulan lg kt rumah. tp mama nty bercuti 2 minggu kt London. kira takde geng lah kan. tp siang td dpt msg dr bodyzone. ada zumba class pukul 4. aku pun dgn curious nya tekad nk join zumba class ni. pakai lah dulu duit aku bayar for 10 classes a month *nanti tuntut balik kt mama*

sampai2 tu penuh gilos studio. Natasha siap kata cari tempat siap2 takut tak cukup nanti. aku pegi lah port biasa aku, hujung cermin, belakang. pastu tepat pukul 4 start. ibarat rusa masuk kampung. aku tak tahu nk describe mcm mana. kalau aerobic biasa by Natasha mula2 warming up slow2 then makin rancak. tp ni instructor lain, Chinese kawan Natasha kot. awal2 dah terus rancak. mula2 susah nak tangkap step dia buat. awal2 dah rancak. warming up pun rancak. komen aku memang dr awal smpai habis rancak. after half hour, should be rehat minum air. tp aku hanya sempat lap muka tangan yg dibasahi peluh je. tak sempat minum, dh kena sambung. last2 aku cari idea dgn pegi toilet utk rest for a minute. sbelum stgh jam tu pun, ramai gak yg drink, lap2 peluh. mmg hectic, penat dan sewaktu dgnnya. buat kali pertama aku tgk, smpai ada yg stop, rehat tepi sbb penat sangat. tp aku cool layan je lah.

ape yg aku dapat simpulkan dr zumba class ni mmg best walaupun penat dia mmg taktau nk describe mcm mana. aku mcm rasa masuk kelas tarian pro dah. setiap lagu tu ada step2 yg berpadanan dgn lagu. lagu2 semua lagu English, spanyol pun hadoo. lagi satu bersyukur lah aerobic class tu khas for women only. sbb hapa, masa zumba class tu aku dh rasa masuk kelab malam. clubbing habis. gelek sana sini, lompat2 macam dengar konsert. tepuk2 tangan. paham tak apa yg aku cuba sampai kan ni? conclusion, kalau korg dgr ada zumba class, join for real. experience sendiri betapa aktifnya. tp make sure for girls only. shekshi yaw.

aku dah tak kesah biar lepas ni pegi aerobic sorg2 tanpe mama. biar aku sorg je yg pakai tudung dlm studio tu. yelah, major semua Chinese iban non muslim semua. geng2 aku mama pakai tudung. hekhek. lepas ni kalau ada zumba class, memang aku join. konpem. aku nk biar mama try zumba class. tgk mama larat ke idak. hiks. dekat sana pun ada makcik 60++ yg join larat lg tau. aku pun kagum. td mama tk join, baru balik dr Singapore.

cikpon pun sibuk nk amek aku dr zumba class

ni tak close up tengok peluh lagi ni. muka penat k



me with cikpon

haa, bercakap pasal Singapore, gaye mama cerita tu dh buat aku kagum dgn kemajuan jauh lebih hebat dr Malaysia walaupun berjiran jarak sejambatan je. mama kata airport dia pun jauh lebih cantik dr klia. lantai semua carpet memang havoc giloss lah kan. mama, nenek and ngah lia plak stay kt Arabic street shopping kain mcm tak igt dunia. aku sebagai anak perempuan pun dptlah tempias. dpt 2 shawl, ada satu sutera india lembut sangat. kalau aku iron tu pun takut hangus. ada 1 shawl, 1 tudung akel dr nenek. hahaha. puas! bhahaha. okay, masukkan Singapore in tempat wishlist lelagi universal studio. buat tempat honeymoon cm best je. ngah lia cakap nanti kakcik kawen, ngah lia ajak mama pegi Singapore lg beli baju kawen. baju lace cantik2. aku tgk mama punya pun cantik gila. jelly iolls. k dah habis cerita. teehee. baiiiii.



salam sayang,

kursus pengurusan jenazah


dah lebih 2 minggu dah cerita ni terkubur baru aku nk blog kan. takde mase. jet jet retis nyahh. tapi ni seriously aku nk cerita. bukan pasal pengurusan jenazah, tu effort korg sendiri. dulu aku mmg pernah pegi kursus ni. benda wajib masa sekolah en. aku pergi masa f3 or f2 aku lupa. aku igt2 lupa lah kan. tp aku mmg igt betul model jenazah tu dimandikan dan dikapankan. proses tu aku lupa.

so bila nenek bagitau ada kursus pengurusan jenazah dkt masjid kpg for free siap ada sijil. makan free tu bonus so apa salahnya aku join kan? tp peserta yg join ni mmg hebak. rata2 orang tua pun pergi tau. kagum aku dgn semangat dorg. aku sempat tangkap gambar masa kapan jenazah tu je. masa ni buat dekat rumah nek mok sbb penceramah tu ada asma so dia takmau panas2 dgn ustaz utk bahagian lelaki buat bahagian atas. so mcm kacau bilau bunyi mic kt masjid. so perempuan semua pergi rumah nek mok, sebelah rumah nenek. maka ada lah jugak selit2 blek rumah amek angin. buat kt masjid tu pun, aci selit blek rumah jugak. hahaha. rumah dpn masjid bahhh. teehee.

apa aku nak tekan kan kat sini rugi kalau korg tak tahu mcm mane cara nk mandi jenazah, kapan, tang cara kt kubur nanti. rugi. nanti mak ayah meninggal, siapa nak mandikan mereka kalau bukan kita? siapa nk kapankan mereka kalau bukan kita? kita tak nak ke sentuhan kita menjadi sentuhan terakhir yg memandikan mayat mak ayah kita suatu hari nanti? tak kan kita taknak jadi imam yang last sembahyangkan untuk jenazah kelak? bukankah doa anak yang soleh sangat berkat. kenapa bukan kita yang berdoa utk bakal jenazah dan para makmum boleh aminkan? ustaz tu cakap, dlm Jemaah org solat jenazah, pasti aka nada seorang yang Allah akan pekenankan doanya. kalau Allah kenankan doa kita doa yg baik2 utk bakal jenazah? jangan cakap kita muda lagi nak belajar benda2 tu sbb kita sendiri tahu ajal maut tak kenal usia.

pernah dgr kan ceramah ustaz don pasal benda2 ni. serious ah. take it serious. bayangkan kalau pak imam kena mandikan mayat ayah kita. igt pak imam nak mandi slow2, penuh kasih sayang macam anak2 yg buat? takkan sama weh. takkan sama macam kasih sayang anak. masa sembahyang igt doa pak imam panjang seperti doa seorang anak? takkan sama weyh. takkan sama. tak rugi belajar. bagi yg perempuan pun, tak salah nak solat jenazah tau. belajarlah sebelum kita menyesal tak dapat nak berjasa dekat ibu bapa walaupun di hayat mereka sudah tiada. renungkan








lukisan hanani and husna. cute


salam sayang,

25 November 2013

meet my cat, cikpon


saje je nk letak. nama dia cikpon. kalau ada anak, dia jadi puanpon kot. dia ada bf. bf dia warna hitam. tak cantik. kihkih. tp cikpon tak kesah semua itu. aku kisah. bhahaha.

"EH EH. KOTAK NI ADA LUBANG TINGKAP LAH!"

"MEH NAK USHA SIKIT TINGKAP NI"

"EH EH, MANA KEPALA GUE NI?"

gambar seterusnya meunjukkan cikpon telah pun berjaya keluar dari kotak menggunakan tingkap. nampak tak cikpon dah keluar tu? sape tak nampak pendek umur. ayokkk.

salam sayang,