terlalu indah, sangat indah untuk dikatakan sehingga tidak tahu bagaimana
mahu digambarkan perasaan bahagia ini.
ya, aku telah jatuh cinta selepas subuh tadi. baru tadi. aku jatuh cinta
pandang pertama dengan dia, si lelaki misteri. walaupun cuma dalam mimpi dan
akan seterusnya menjadi khayalan buat diri ku tetapi mimpi itu sangat
mempersonakan sehingga senyuman aku tidak lekang dari bibirku sehingga
sekarang. mimpi itu biarlah hanya menjadi rahsia hatiku. aku jatuh hati padanya
melalui pandangan pertamaku ketika si dia masuk melalui pintu utama itu. lelaki
misteri aku memakai baju melayu berwarna coklat, kulit yang hitam manis and
yes, aku masih ingat rupa parasnya. wajah yang tidak pernah aku kenali selama
ini, cuma didalam mimpi yang seminit itu tadi. namanya juga hanya samar2 dalam
mimpiku tapi hati aku kuat mengatakan yang dia wujud di dunia ini tapi sayang,
aku tidak kenal siapa dia. tapi aku percaya dengan kuasa Allah. Ya Allah,
bolehkah Kau perkenankan hajat aku yang ingin bertemu dengannya walaupun
sebentar cuma? selamanya si lelaki misteri aku akan terpahat di hati aku. hanya
sesaat aku telah jatuh cinta!
p/s : woseyhh, ayat aku mcm ayat novel kott :)
salam sayang,
0 Criticism:
Post a Comment
Tak puas hati? Nak lepas geram? Ledidgo here~