jumaat lepas, ramai especially budak smss terkejut dan sedih dengan
kehilangan kak ezy batch [v]. walaupun aku tk rapat dengan arwah kan, tapi aku
jugak terkesan dgn perkara itu. arwah baru berusia 19 tahun. arwah meninggal
kerana lemas. arwah jugak seorang pelapes anggota laut? itu aku tk pasti tp aku
ada terbaca. senang je kan Allah nak tarik nyawa. tk kira usia atau pun mcm
mana, kalau ajal dh sampai. without a second late, kita tetap akan meninggal.
macam steve dalam crocodile hunter lah. banyak kali buat program dengan buaya
dan ular tapi akhirnya mati disengat ikan pari. ikan yg lebih kecil daripada
dia. kun fayakun kata Allah, maka jadilah ia. tidak ada sehebat kata-kata
Allah.
wa ila hi tur ja’un – dan kepadaNya kita kembali.
maut, ajal tak kenal siapa kita, menteri atau pun tan sri. tak kenal berapa
umur kita, muda atau pun tua. tak kira dimana kita, rumah ataupun di jalan
raya. ajal tetap ajal. maut tetap maut. boleh kira aku mati esok. boleh kira
ini post aku yg terakhir. aku jugak tk tahu bila aku mati. semua rahsia Allah.
bila nampak seseorang yg dekat dengan kita telah pergi menghadap Ilahi, aku
jadi takut. aku takut bila maut menghampiri aku. tapi aku tk boleh elak. mati
itu pasti kan.
tapi apa yg lebih menakutkan aku, cukup ke semua amalan aku nk dibawak ke
sana? dapat ke aku menjawab soalan mungkar dan nangkir? mcm mana keadaan aku
masa dalam kubur nanti. Ya Allah, semua menghantui aku. aku takut jika aku mati
bukan dalam keadaan aku yg bersedia. tp bila masa kita bersedia utk mati?
janganlah kita menunggu tua untuk bertaubat. kalau bayi pun boleh mati. apatah
lagi aku yg berusia 18 tahun. usia bukan pengukur kematian. semua tahu. tapi
bukan semua mahu memahami dalam erti kata yg sebenarnya. mcm mana kalau aku
mati dalam keadaan yg tidak sempurna mcm accident? na’uzubillah, mintak
dijauhkan but still, aku tk tahu mcm mana cara aku mati.
kalau aku meninggal nanti, ada lagi ke saham aku kat dunia yg boleh
menambah pahala aku kalau aku sudah ke alam barzakh. and haa, mcm mana dosa aku
dekat papa mama aku. dekat adik-beradik, family, friends, teachers semua? aku
bukanlah manusia sempurna tanpa dosa. dlm tidak sedar, mungkin aku buat dosa
tanpa sedar, dosa yg tidak aku sedari. mcm-mcm berlegar dekat kepala aku bila
fikir pasal mati ni. mcm mana nanti dekat padang masyhar, neraka ke syurga. Ya
Allah, takutnya. kt mana tempat aku kt akhirat nanti. well, siapa nk masuk
neraka kan? tapi apa usaha kita nk masuk syurga kalau kita masih nk banyakkan
dosa? serabut fikiran. layak ke aku bergelar ahli syurga sbb aku tk sanggup ke
neraka. semua terletak atas dosa pahala aku sendiri. semua terletak pada kita
sendiri untuk mengubah segalanya. untuk kita ramaikan umat Islam menuju ke
syurga. Amin Ya Allah.
al-Fatihah untuk arwah kak ezy. moga arwah ditempatkan dikalangan
orang-orang beriman disisi Allah.
p/s : insaf bukan untuk sementara tapi untuk selama-lamanya...
salam sayang penuh keinsafan.
0 Criticism:
Post a Comment
Tak puas hati? Nak lepas geram? Ledidgo here~