"Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui." [29:64]

26 October 2018

#ShasyaDiscoverPlaces: Sehari di Singapura (Oktober 2018)

Hi Assalammualaikum. Today, again I will write an entry about my solo and simple trip to Singapore, which was my first time as well. Before pergi tu, mmg dah tak keruan, gelabah teruks takut bag tak lepas ke, liquid lebih ke since I tak beli kargo sbb kena lah jimat (?), kena tahan immigrations sana ke. Too many things bermain di kepala agituw. But somehow, Alhamdulillah everything went well. Yup, semua kegelabahan dalam kepala tadi run smoothly. 

Before that, let’s begin from A. I bought the ticket (if tak silap) bulan Mac haritu. Masa Air Asia buat free seat promotion tu, dapat pulak tarikh tu ada free seat, alang2 kemungkinan besar shera tunang weekend tu (and dah selamat bertunang pun), so I just bought the ticket cost RM37 only direct from Kuching and it’s one way. And terus bagitahu mama and Kak Dils jugak. But it’s too early, 7 bulan sebelum kot. 

So towards the day, since I’m unemployed so duit pun makin kehabisan...and mama pun cakap kalau takde duit, baik tak payah pergi. Baik burn je ticket RM37 drpd membazir lagi ringgit. Yes, ada benarnya. Mama before ni ada jugak cek jadual dia, malangnya dia ada convo dekat maktab. Ye lah, aku punya ticket pon hari selasa noks hahaha padan muka pilih weekdays :’) And buat aku lagi rasa berat hati nak pergi sbb plan asal aku, tdo dua malam dekat singapore. Dah book pun, hostel je lah baru murah sikit. Murah tu pun, dua malam dekat nak RM200 tp masetu aku belum survey banyak lagi pun. Tapi masalahnya, ada majlis tunang Shera. Nak cancel rasa bersalah sbb dah janji. Beriya aku suruh Shera doakan aku agar dipermudahkan pergi sana dr segi wang dan masa. Mmg aku rasa berat hati sangat fikir....fikirkan wang hahahaha. 

            Sampai lah satu saat, sebelum aku give up, aku terfikirkan idea yang cukup bernas (lah sangat) buat aku lega. Idea aku, aku gi beli tiket return Kuching-JB dan beli lagi lambat dr tarikh sepatutnya utk jimat cost, just jalan JB jelah, terpaksa cancel Singapore, tak dpt jumpa Kak Dils. Lepas bagitahu idea bernas dekat mama, mama cadangkan a new idea paling bernas yg membuatkan idea bernas aku kelihatan bodoh....sbb nak beli tiket baru.... Idea bernas mama pakai jelah tiket Singapore yg dah ada, lepastu jalan lah satu hari, malam tu balik JB, tdo sana which was the greatest idea yg aku langsung tak terpkey kahkah. So lepastu, itulah ketenangan hati yg aku rasakan sbb rasa beban di bahu dan kepala hilang. Sbb stress fikir duit belanja Singapore, tp tak stress fikir duit belanja dekat Johor?? Kahkah, pelik perangai kau Sya. Jadinya, entry ni pasal jenjalan Singapore. Another post, pasal food hunting di Johor boleh click SINI. Ok jom mula!


            Okay, ni gambar itinerary aku. Based on aku google orang yg jalan sehari, tempat best di Singapore, tempat makan best. Jadilah itinerary ni. Tp ni pun lepas aku padam few places like breakfast and Mustafa centre apa ntah nama tempat tu, sbb tempat tu utk shopping, percutian aku namanya percutian bajet. Dan tak semua aku tulis dlm ni, aku pergi. Sbb ada plot twist dekat sana. Oh btw, dlm iti aku ada tulis nama stesen mrt nak kena stop, stesen mana nak tukar line. Yg tak tulis tu maksudnya, aku bercadang utk jalan je sbb based on bacaan aku, dorg jalan je. Okay, ni link peta MRT, tekan SINI. Ni few blog orang yang aku refer SATU, DUA, TIGA. Dan ini link cara-cara nak pergi JB from Singapore. So ni cerita apa yg aku lalui on the spot pulak. Nebes ok mak nak pergi singapura sorang2. Dah lah first time pergi sana, sorang2, first time naik international direct dr Kuching.




            So flight dr Kuching ambik masa dlm sejam lebih. Flight aku pukul 8 pagi, sampai sana pukul 9.20. Tapi 9.20 tu landing je, nak sampai gate tu masyaAllah, jauh teruks weh. Baru aku tahu, Changi Airport tu BESAR NAK MAMPOS!!! Besar gila wehhhhhh. Aku ada lah google ada apa dekat airport tu, mmg lah banyak tempat best, spot lawa, kolam renang. Logik lah sbb besar. Aku masa usha directory tu, dia asingkan T1-T4. Aku ingat T tu untuk Tingkat, rupanya untuk Terminal. Dan dr terminal tu, kau kena naik free shuttle, kau tak boleh jalan pun, jauh kot jalan berbelit! Aku landing dekat T4, mrt dekat T2. Lepas dah isi borang immigration (btw immigration dorg ketat) dan Alhamdulillah lepas je semua. Oh btw, aku pergi 9 Oktober kan? 6 Oktober Singapore baru keluar berita yg dorg dah taknak pakai borang immigration dah. So lepas ni, korang kena isi borang online before pergi. Sampai sana, just serah passport je. Tapiiiii, start 6 Oktober tu dorg buat trial 3 bulan which maksudnya masih boleh isi borang physical. Dan masa aku pergi, website online tu pun belum ada. So before pergi, check dulu okay.

            Kau keluar je tempat arrival T4, kau nampak belah kanan dia tulis shuttle to T2 & MRT. Kau naik shuttle tu, nanti sampai T2, kau keluar. MRT dlm T2 okay. Masuk T2, kau belok kiri kau nampak papan tanda MRT, dia kena turun bawah setingkat, belok kiri turun lagi. Bukan belok kiri dan jalan straight. Sbb depan sana ada tempat lain pulak. Sbb aku pun pening kat sini, sbb tak nampak tangga turun kahkah. Okay dah turun tu, cari ticket office (dekat belakang) dan beli one day pass. For me, pass ni mmg sangat berbaloi since aku tak tengok pun harga tiket satu2 stesen tu. Tp apa yg kau dpt dgn pass ni, kau boleh naik segala mak nenek mrt, bas selama satu hari, depends ah kau beli pass berapa hari. Aku beli one day pass harga 10SGD tapi bayar 20SGD, another 10 tu utk deposit dan kau boleh dpt balik bila kau pulangkan tiket tu. Dan ada few stations utama yg kau boleh beli dan return pass ticket ni seperti stesen Changi Aiport dan Woodlands.



           
            Sebelum aku mulakan lagi cerita, aku nak cakap pasal wifi. Dekat airport ada wifi. Tp aku takdan nak connect sbb terus gerak. Stesen MRT pun ada jugak, tapi style MRT dia nak connect wifi, kau make sure no kau boleh di pakai. I mean roaming lah. No aku, aku tak tukar setting dan ada masalah, so atas tu dia tulis no service. Sbb bila kau nak connect wifi, dia suruh kau masukkan no phone, nanti dia msg kau bagi password utk kau connect wifi. Sbb no aku tak boleh, aku tak boleh connect wifi. Walaupun aku boleh cuba mintak no sesiapa stranger utk aku dptkan password, tapi aku mmg ada penyakit malas bercakap. Lagi satu cara, kau boleh install app utk wifi, kalau ada app tu katanya boleh terus connect wifi, masalahnyaa.......nak download pun tak boleh? So last last aku give up, aku gi beli no Singapore, star hub tak silap. 100gb utk 7 hari, 1gb utk roaming, ada free call jugak, aku beli dekat 7 eleven, berharga 12SGD. Ye, aku agak desperate perlukan tenet sbb aku kena contact org, aku kena jumpa Kak Dils ptg tu nanti. Cane aku nak contact kalau takde tenet? Kan?

First place aku Bugis Street, aku turun kat stesen Bugis. Haa di sana, plot twist berlaku hahahahahahahahah. Selain airport besar, stesen mrt tu pun besar. Dia ada banyak exit tau. Kau kena tahu kau nak exit mana, dia bagi petunjuk by huruf. Masetu aku nak ke Bugis street, dr situ sepatutnya ke Arab street. So masa tengok exit2, Yg Bugis belah kiri, yg exit Masjid Sultan straight ke depan. Btw, Masjid Sultan dekat Arab Street. Masa belok kiri nak ke Bugis Street (btw dia tak tulis pun Bugis Street, dia tulis Bugis je kot), aku nampak ada simpang ke Bugis Junction. Aku pun masuk dan rupanya itu mall dan aku tak jumpa jalan keluar maka aku kelemasan dlm kegelabahan hahahaha, aku pon keluar balik ke tempat asal dan exit keluar tepi tu. Dan yeay, jalan sikit keluar nampak Bugis Street depan mata engko, kau kena melintas jalan. Kat situ kau nampak mall Bugis Junction, Bugis+ dan banyak lah lah pasal Bugis. Aku sampai sana, masuk 7e beli air mineral dan breakfast muffin bekal. Lapar weh! So masuk jap shopping mata dan terbeli stoking dan bag. Rega satu 4SGD, beli 3 10SGD, aku pon mcm org gila beli stoking comel sbb murah lah dgn syarat kau jgn convert duit ke RM. Kalau convert, satu stoking RM10 Allahuuuuuuuuu.



Mrt di seberang Bugis Street

Habis shopping situ, aku masuk balik dlm bangunan mrt, keluar pakai exit masjid sultan pulak sbb aku takut jalan luar hahahahaha yelah masetu tenet takde nak google pun tak dpt dan jalan semua jauh2 okay, aku dgn heret bag luggage lagiii!!! Oh btw, aku jalan situ refer peta yg di letak kat area Bugis Street tu which was very helpful. So lepas keluar exit tu, aku kena lalu few bangunan besar baru jumpa Arab Street. Haa itu lah plot twist aku. Walaupun tu mrt terdekat, sebenarnya tempat yg kau nak pergi tu tak dekat pun. JAUH OKAY JALAN?! Dekat Arab Street aku lunch dekat restoren Zam zam tu, bebetul berdepan dgn belakang Masjid. Aku order nasi briyani ayam, kopi o dan aku bungkus murtabak ayam utk dinner nanti. Dan aku tak menyesal bungkus, sedap ok murtabak, walaupun size kecik tp besarrrrrrrr ok. Boleh mkn dua org! Total 14SGD. Nasi briyani tu pun sedap tapi tak habis, portion besar. Air kopi tu pulak manis hahahaha. Lepas makan, aku gi masjid utk solat. Masjid tu best, ada wifi hahahahaha. Aku duduk situ solat, lepastu lepak jap sbb nak update semua dekat family. Aku beli no baru masa aku otw ke garden by the bay.


Masjid Sultan


Arab Street, di ambik dr tingkat 2 tempat solat wanita dalam Masjid Sultan


Nasi Briyani Ayam
Murtabak ayam (menyesal tak pilih daging!!) Sedap dan besarr!!

Lepas solat, patah balik ke mrt bugis, dan teruskan perjalanan ke raffles station nak tengok merlion. Sampai je raffles station, keluar dan aku terkulat-kulat, aku dekat mana ni? Aku nampak mcm waterfront tu, seberang tu ada padang besar, ada dua jambatan. Aku jalan sampai hujung jumpa peta pastu follow je lah. Dah sampai hujung belok kanan straight sampai jumpa simpang empat besar gila, kau tunggu lampu hijau baru kau lintas. Dah lintas dua kali, baru kau jumpa jalan ke merlion tu. Itu lah perjalanan paling penat aku, serius, sbb nak cari jalan satu hal, dah lah sorang, pemalas pulak tu nak tanya orang, jadi lah perjalanan aku ke merlion tu sangat memenatkan sepanjang aku di sana!! Sampai aku dah give up nak berjalan. Dalam gambar bawah, aku tunjuk gambar2 buildings yg aku tempuhi sebelum jumpa Merlion. Sepatutnya, dr merlion aku berjalan ke Helix Bridge, kemudian ke Marina Bay lepastu ke Garden by The Bay. Tp lepas aku tengok petak, jarak Helix Bridge tu aku rasa double perjalanan aku tadi, maka baiklah aku patah balik ke stesen mrt dan change plan, aku terus ke stesen marina. Hashtag pemalas.










Okay dah ke stesen Marina, aku tgk exit Marina bnyak sgt aku taktau mana yg betul, jadi aku terus ke Garden by the Bay. Jalan sikit, once exit tu kau dah sampai garden by the bay. Tempat ni je yg tak menipu aku hahaha sbb jalan exit dlm building dia dah panjang, tp lawa so takpe tak penat. Dah lah aku sorang jalan ke hulu hilir bawak bag kahkah hashtag gigih. Sampai garden by the bay tu, tempat tu garden yg besar, besar sgt dan aku tak sempat explore semua. Jadi aku cuma ngambil gambar dan duduk saja sbb kaki aku dah penat, dah cecah limit hahaha. Dah lepak2 situ, baru aku balik ke stesen, ambik mrt ke stesen woodlands pulak. Kat situ takde buat apa pun, tunggu kak dils balik kerja, jumpa kat situ. Jumpa pun tak lama sbb aku pun rushing nak ke woodlands train checkpoint. Oh btw, walaupun namanya woodlands train checkpoint (beza tau dgn woodland checkpoint) tp turun dekat mrt station mersiling lepastu kau kena naik bas pulak. Tp sbb aku mmg tak reti naik bas tanpa kawan, aku igt nak naik grab je ke situ. Dan alang2 Kak Dils pun sanggup temankan aku, terhawu sis. Padahal penat dia balik kerja huhuhu tp sempat spent our quality time together. 2 tahun ok tak jumpaaaa!!!




The only gambar orang ambikkan :')




Since aku dah beli tiket online ktm dekat SINI, aku pergi office dia tukar boarding pass dan tunggu gate bukak, kau beratur je kat luar tu. Tiket aku pukul 9.15, pukul 8 lebih aku start beratur. Lepastu dia check tiket satu2 pastu lalu immigration Singapore, jalan sikit lagi, lalu immigration Malaysia pulak, so nanti sampai JB, kau keluar je takyah lalu immigrasi dah. Btw, tiket ktm dr JB ke Singapore RM5, tp S’pore ke JB rega 5SGD which aku bayar dlm RM16. Perjalanan cuma 5 minit noks :’) And free seat too walaupun beriya kau pilih seat awal tu kahkah. Org ramai tak duduk pun sbb 5 minit je kan. Dan Alhamdulillah, sampai JB, ambik grab ke Hotel Erica. Aku mmg ambik hotel area city centre je supaya senang nak food hunt kehkeh. Okay the end. Apape soalan boleh tanya dan follow my ig, ada highlight pasal Singapore kat situ. Oh lagi satu informasi, walaupun aku pergi hari selasa dan awal bulan, orang masih ramai, lrt penuh gak ah so aku takleh nak bayangkan org pergi weekend, good luck lah :’) Tapi one day, if ada rezeki ke sini lagi, I’ll make sure aku tdo Singapore supaya dpt jalan puas2 tanpa heret bag dan supaya boleh pergi USS. Kalau aku ada kawan, boleh lah ke USS, tak lah bosan yedak? K tu je lah ceritanya bye.


0 Criticism:

Post a Comment

Tak puas hati? Nak lepas geram? Ledidgo here~