Hi
Assalamualaikum! My this month post is about my experiences joining EZ Kembara
to Vietnam for Aildiladha. Ni dah 4 hari balik dari sana, harap ingatlah segala
details cerita, harapnya :’). So after 2 years, hello again Vietnammm! Tapi ni
tujuan dia lain, bukan untuk shopping semata seperti dua tahun lepas oi. Ni
bertujuan untuk menyambut raya aidiladha bersama muslim di Vietnam. Which was
my first experience sambut dekat negara luar, sambut dekat negeri Melaka dah
biasa. Sambut kat Kuching je dah jarang dah. Since last year, aku dah tahu
pasal program ni. Mama join EZ Kembara ke Cambodia last year, tapi tak boleh
lah nak ikut sbb masih berhempas pulas menghabiskan degree. Dah lah nama EZ
Qurban mmg gah, aku sokmo je dengar dlm radio ikim dulu-dulu. So this year, apa
lagi! Walaupun aku tak berkorban this year, aku nak lah pergi untuk menyumbang
tenaga ke apa. Walaupun kos pergi sana lagi mahal dr berkorban haha kau cakap
je lah kau nak berjalan hoi!
|
Matric card UIA pun aku tak pakai, apatah lagi yg ni :') |
Untuk kos ke sana, kau kena bayar RM500 deposit, which was sponsored by mama hehe thanks ma. Selebihnya bayar RM1690, aku pakai lah duit JPA aku hewhew. Duit tu termasuk tiket flight, makan minum, transportation, tempat tinggal dan apa lagi yg engko mahukan? Lepas dah bayar rasa settle semua benda padahal aku lupa duit belanja masa kat sana :’) Dah lah duit JPA habis masa pergi Jogja dengan Kelantan hahaha. Tapi Alhamdulillah Allah permudahkan untuk ke sana. Oh btw, sebelum aku terlupa, since aku pernah pergi Vietnam dulu, rupanya aku dah pernah buat entry untuk itu. Boleh click Vietnam 2016 Day 1, Day 2, Day 3 and Epilog. Satu entry untuk satu hari siap epilog nyah. Curlass teruks, sekarang nak buat satu entry pun makan masa seminggu!
So by Sunday night, kami bertiga (mama, kakcik and aku) dah bertolak ke KL, tidur semalam dekat Salak Tinggi before depart ke Vietnam besoknya (Isnin) flight pukul 2.25 petang. Aku ngan kakcik tak masuk lagi tau group kembara ni, mama je masuk so macam blur-blur sikit. Tentatif pun dia tak kasi lagi, dia bagi arahan simple je like gather kat mana, terus ke kampung, perjalanan 6 jam gitu-gitu je lah. Lantas aku pun google sajo tentatifnya at least ada lah gambaran. So Isnin tu, pukul 10 pagi, kami bertolak dari hotel terus ke KLIA, depa suruh gather kat depan pintu no. berapa entah. Masetu aku tengok sikit lagi orang and mostly semua dah dewasa hewhew. Geng mama je dah lima orang wakil IPTAR. Selain tu ada beberapa orang makcik dan pakcik. Rupanya yang pergi ikut rombongan 14 orang je :’) patut lah group whatsapp participant pun cuma 12; sbb aku ngan kakcik belum masuk kahkah. Tapi Ya Allah, gumbiranya daku sebab sikit orang hahaha. Haah, aku tak suka ramai orang sbb rimas dan sesak. The lesser the better kan? Dalam 14 orang tu, dua orang wakil EZ Kembara yg akan lead the trip which were Ust Azim dan pembantunya, Zaim. Oh btw, masa gather tu pihak EZK bagi satu bag hijau yg memuatkan buku program, tshirt, tag nama bag, nametag (?), pen, biskut dan juga air.
|
Dengan wakil-wakil IPTAR |
|
Rombongan patbelas orang tapi dua orang takde, sorang ambil gambar, sorang pergi toilet kahkah.
Duduk (dari kiri): Hj Jalil, Ust Azim
Diri (dari kiri): Pwincess, Aunty Kay, Aunty Habibah, Aunty Nur Aini, mama Pwincess, Aunty Noriah, suami dia Cikgu Zul, Ustazah, Auty Shida dgn Aunty Salmi |
Kami
solat jamak taqdim dulu kat airport, dekat pintu gate okay, bukan dekat surau.
Yelah gate dah lah paling hujung, boarding pulak few minutes after azan zohor. So
flight take off dan kami tiba di Saigon International Airport 2 jam selepas tu,
naik Malindo Air yada-yada, jam sana awal sejam dr sini (GMT +7) sama cam
yindonesia. Sampai-sampai je airport, ambik bagasi blablabla, kami dipertemukan
dgn Ust Shafiee (wakil EZ dari Vietnam) dan Cikgu Ashaari (tour guide Vietnam.
Aku panggil cikgu sbb nama dia mcm P Ramlee dlm masam-masam manis so yeah cikgu
suka main bola, hari-hari cikgu main bola) (geddit?!). Ktorg naik bas comel ada
28 seats menuju ke Kampung muslim Chau Phong di Chau Doc. So dalam bas tu, Ust
Shafiee bgtahu RAYA BESOK!! Padahal should be dua hari lagi. Habis terbang aku
punya nak puasa 9 zulhijjah tu. Yang lagi kelakar, wakil EZ Malaysia tak tahu :’)
Allahu kejutan apakah ini. Kenapa tidak mengetahui benda sepenting itu
sedangkan aidiladhal jatuh pada 10 zulhijjah. Once satu zulhijjah je dah tahu
patutnya bila raya. Tapi tu lah, before ni dorg kata tak pernah lagi berlaku
camtu so itu lah the only komen aku sepanjang trip ni; update each other before
go. Buat final check. OK? Sbb benda dah jadi pun, and I’m totally ok with it,
cuma taknak lah berulang kesilapan yang sama betul? Tapi nasib baik lah ktorg
bertolak 2 hari before expected raya, buatnya bertolak sehari sebelum? Raya dlm
bas jelahhhh bhahaha. See, ada je benda buat aku bersyukur pun haha.
|
Ust Shafiee, pakcik kakak jenazah. |
|
Yang pakai topi tu Cikgu Ashaari |
|
Senjaaaaa di Vietnam aaa syantek!! |
Perjalanan
mengambil masa selama 5-6 jam kerana jalan yg sempit, dan jem juga jalan yg
tidak berapa elok terkadang lupa tengah naik bas ke roller coaster. Ktorg
bertolak pukul 4.50 malam, sampai guesthouse almost 11 termasuk waktu berhenti
ke toilet. Dalam bas tu ktorg diberi banh mi buat makan ptg kot? Lama ok aku
nak rasa banh mi tapi taktau mana nak cari yg halal, jumpa jugak di sini woot
woot. Untuk makan makan, ktorg diberi nasi goreng seafood yg penuh dgn udang
sotong fishball yg dipotong kecik. Setiap suapan terasa seafoodnya eh over
pulak kau ni. Tapi sedap lah, sepanjang trip ni aku rate 6/5 untuk makanan
hahah. Yang paling menyedihkan, 6 jam perjalanan aku cuba untuk tdo tapi tak
berjaya! Sedih ok sbb aku rasa mensia-siakan masa. Last-last aku layan lagu dan
running man dlm bas sobs.
|
Banh mi yums |
EH
PANJANG NYA CERITA PHEW. So jam 11 tu sampai guesthouses dan sekali lagi, aku
berpuas hati dengan tempat tinggal yg diberi. Yelah, kau duduk kampung, tapi
kau dpt guesthouses. Ktorg bertiga dpt satu bilik, ada toilet, ada dua katil
beserta aircond, maka nikmat Tuhan yg mana engkau hendak dustakan? Dan sekali
lagi aku bersyukur, bilik asing-asing dgn semorang sbb hello ingat senang je
aku nak terima strangers? Aku expect homestay yg satu rumah, semua perempuan
Allahu nasib baik bukan. So usai diberi bilik, ktorg pun kemas mandi dan tdo
sbb besok kena bangun awal nak solat rayaaaa! So besoknya bangun dan siap at
6am ok! Gerak ke nearest masjid pukul 6.30am gitu, tapi aku kena tinggal :’)
dan dah diambil semula. Yelah nak contact pun bukan boleh call. Masjid tak jauh
pun, kau keluar guesthouse, jalan ke kanan. Sampai jumpa simpang tiga, kau
belok kanan lagi dan straight sampai jumpa masjid dekat dgn jambatan. Ya Allah,
kenapa aku kena bagi directions ni??! Haha.
|
Kau pandang je tingkap sejid terus nampak kubur :') |
|
Ni jelah jemaah perempuan haritu |
|
Masjid An Naimah |
Solat
raya mcm biasa, takbir pun sama je dgn Malaysia. Cuma sini, lelaki ramai.
Perempuan yg solat raya cuma rombongan kami dan 2 org penduduk tempatan.
Rupa-rupanya masa sembang ngan makcik Vietnam tu, dorang ada dua masjid. Tapi
dua mazhab berbeza. Yg ktorg pergi tu mazhab Shafiee. Yg masjid lagi satu
mostly yg muda-muda. Balik dr sejid, ktorg pun breakfast rendang dan nasi impit
mama bawak dr Kuching sbb hello, ni kan rayaaaa hahaha. Then breakfast banh mi
op la pulak. Sedap teruks weh roti dia, gebu gila kat dalam!!! Oh masetu jugak
aku jumpa kakak Syifa yg selama ni aku panggil dia akk jenazah :’) Sbb aku
kenal masa dia ajar topik jenazah masa kelas study circle. Dah dia mmg selalu
ternampak dia kt uia, dia org kuat masjid shas. Rupanya dia mmg asal org campa,
tapi family dia dah menetap di Pahang. Tapi function gila dieni, sbb dia jadi
penterjemah masa iptar buat program dgn budak-budak. Program colour-colour dgn
penyampaikan sedikit hadiah, while padang disebelah 10 ekor lembu sedang
disembelih. Lembu korban yg EZQ bawak. Bezanya korban kat sini, semua lelaki
buat. Dari sembelih, lapah, timbang, agih. Semua lelaki. Sbb rasanya kat
kampung biasa timbang dan agih tu kerja perempuan yg diketuai mama. Rasanya lah
sbb dah lama tak raya kampung semenjak degree ni huhu. Lepastu lunch ktorg,
daging korbang freshhhhhh buat ala-ala steamboat. Ya Allah sumpah ah sedap!!!
Sbb kat Malaysia kan biasa makan sup tulang? So ni kita makan lah daging
panggang fresh, makan dgn sayur dibalut dlm paper wrap, cicah sos sikit and
walah!
|
Breakfast pagi raya. Tu banh paling win aku pernah makan! |
|
Luncheon |
Petang
Day 2, ada city tour dekat pekan Chau Doc. Ktorg kena naik bot persiaran
seberang Sungai Mekong untuk ke pekan. Naik bot pun teringat geng trip ke Langkawi
:’) Hello gais, ingat aku lagi tak? Sampai sana, naik pulak beca untuk ke kedai
eskrem kelapa. Offended betul naik beca tu lah hahaha dasar. Sampai kengkawan
mama pun give up nak naik beca dah untuk balik. Lepas makan eskrem sorang satu
tanpa perlu mengeluarkan duit sesen pun, ktorg jalan balik ke dia punya jeti
(?), sambil tu lalu pasar dia tapi tak beli pape sbb Ben Thanh di hati hiuhiu.
Dah balik semua ke guesthouse, mandi dan bersiap untuk dinner di rumah Ust
Shafiee. Dapat pulak makanan tempatan lagi aku seronok. Oh ye dan dapat kopi
ais sorang satu kecuali aku sbb aku dpt dua cawan sbb Aunty Salmi tak minum
kopi. TAU TAK KOPI VIETNAM SANGAT BAE? Tujuan utama aku ke Vietnam selain untuk
menyambut aidiladha, adalah untuk minum kopi ais…dan makan pho bo. Murni betul
tujuan utama aku.
|
Bot persiarannnn |
|
Sungai Mekong. Ergh gambar senget!! |
|
See the baca belakang tu |
|
Eskrem kelapa |
|
Dinnerrrrrr |
Besoknya
tu, breakfast pho dekat kedai dlm kampung tu jugak. Ya Allah, cepat betul Allah
perkenan doa aku. Tapi malangnya aku pi dengar cakap Jiah utk tambah sambal
dietu dan aku tambah sesudu walaupun aku taktau tahap kepedasan dia. Walaupun
aku terasa bodoh ikut kata Jiah sbb dia makan ayam gepuk pun cili level 50 dan
aku level 1-3 je ?! Maka disebabkan pho aku jadi pedas, dan kedai tu tak
sediakan air, maka it was such a turnoff for me. Aku habiskan daging je mampu
sambil memujuk hati “sabarlah, pho di Hajah Basiroh ada lagi”. After breakfast,
ada penyampaikan sumbangan dekat sejid oleh warga iptar tapi aku terlambat nak
join, lunch anf after solat zohor, weolls terus depart ke Ho Chi Minh balik.
Walaupun perjalanan masih 6 jam, tetapi sangatlah tidak terasa adakah mungkin
kerana kami tidak sabar mahu melontar duit? *insert emoji jelir lidah*. Malam tu
terus masuk bilik dekat hotel An Tam, terletak di Lorong Malaysia tu. Then
dinner dekat Hajah Basiroh. Dinner masakan panas yg cukup pakej ada nasi + ayam
+ ikan + telur + sayur. Haa cukup mengenyangkan tak? Lepas dinner yg banyak,
kami pun jalan2 kat pasar malam Ben Thanh untuk buang lemak setelah dinner
tadi. Padu tak alasan nak shopping? Dan minum secawan kopi ais bae yang sedap.
|
Nah kakak belanja bunga nama kakak; Melati |
|
Ni lah kopi bae namanya |
|
Pho bo |
Day
4, sepatutnya pagi tu lepas breakfast kat Hajah Basiroh, ada lawatan ke ChuChi
Tunnel :’) Aku masa tengok tentative ke chuchi tunnel tu, aku mampu menangis
dlm hati sbb satu, aku dah pernah pergi dan dua, aku tak minat sejarah
tolonggggg. Bagi aku lawat tempat nature (padahal tunnel tu kat hutan haha) ke
pun boleh tapi janganlah sejarah. Tapi nasib baik since ramai jugak dah pernah
pergi situ, jadi kami dibenarkan beraktiviti bebas (iaitu shopping lah!!!).
Yang pergi lawatan cuma Ust Azim, Zaim, Cikgu Zul dgn isteri dia, Aunty Noriah.
Tapi habis je shopping fasa pertama tu (ye shopping ada banyak fasa), masa nak
masuk hotel kena tahan dgn receptionist, dia kata ktorg salah bilik. So ktorg
kena pindah ke bilik dua org instead of tiga org. Dah lah tangan penat bawak
benda berat, kena pulak tukar bilik tak semena-mena, Ust Azim pulak pergi
lawatan Allahuu dugaan sejenis apakah ini. Setelah berdiskusi dgn receptionist
dan Ust by phone dan ulang alik naik lif ke level 2, 7, back to kaunter
reception last last kena tukar bilik gak sbb pihak hotel yg silap bagi bilik
semalam. Tapi sbb bilik dua org + satu katil tu sangat sempit utk tiga org, kalau
nak solat pun kena atas katil :’) Sempit dia kan tahap ktorg mampu gelak je. Jadinya
ktorg terpaksa tukar bilik dgn Ust. Ust siap bagi dua pek kopi tanda mintak
maaf padahal tu silap pihak hotel!! Haha org Vietnam ni en mmg susah nak say
sorry betul. Tapi nampak tak hikmah ktorg tak pergi lawatan? Kalau semua pergi
lawatan, tak dpt nak kosongkan bilik yg salah tu sbb dia kata ada customer nak
masuk tu yg dia desperate semacam suruh ktorg pindah bilik time tu jugak.
Since
haritu lunch sendiri, ktorg makan kat Restoren Osman sbb dulu nak pergi asyik
penuh je tapi rezeki kami pulak, mama jumpa dua ekor lipas dlm nasi briyani yg
dah nak habis dimakan wehh. Bila bgtahu dorg tak terkejut pun just mama tak yah
bayar nasi tu. Bila ditanya knp ada lipas dia jawab “memang banyak. kami dah
bersihkan pun ada lagi” Ya Allah sungguh kembang tekak aku teringat jawapan dia
maka dengan itu, siapa yg terbaca post aku ni, elak makan di Restoren Osman ok?
Terletak di sebelah Hajah Basiroh. Baiklah kau makan kat Restoren Idris tu je.
So hari keempat tu repeat the same cycle. Shopping sampai puas, dinner bila
tiba waktu makan, minum kopi ais jalanan dan jalan pasar malam sebelum tdo.
Since tu dah malam last, so aku pun shopping sampai duit dong habis. Duit dong
je yg habis, duit Malaysia ada lagi dan aku sungguh berbangga sbb mampu
jimatkan duit. Yelah, penganggur mmg cemni lah kehidupannya! Btw, dinner kat
Restoren Musakariem pun sangat recommended sbb sangat sedap dan tak jumpa lipas
yay! Dinner tema yg sama cuma aku suka gila ayam dia tu, masak apentah tapi
sedap sbb aku habiskan ngehehe.
Last
day tu, after breakfast di Musakariem gak, jenjalan kejap tapi aku malas. Aku
naik bilik pack barang sbb by 11.30am dah kena turunkan bag. After solat jamak
taqdim, weolls turun makan dekat Restoren Hj Mansour. For me, situ kureng sikit
takpun sbb ktorg dah bosan makan benda yg sama hahah. Habis makan terus gerak
naik bas ke airport. Tak sempat nak tdo pun dalam bas, dah sampai airport. Sangatlah
sekejap check in dan bag drop Alhamdulillah. Yg lama tu masa berbaris utk masuk
ke departure tu, masa immigration checked dgn tempat check hand carry tu. Dah
lah aku hilang brooch masa beratur tu sumpah sedihhh sbb tu brooch baru mama
kasi, brooch lips warna merah sobs! So tunggu kejap dlm gate for one hour kot?
Then masuk plane, terbang dan sampai di KLIA kembali. Lepas ambik bagasi semua
tu, salam-salam thanks-thanks semorang then ktorg bergerak ke hotel salak tinggi
tu since flight ke Kuching besok pagi. THE END OF CERITA TRIP PHEW PENATNYA
TAIP!!!! Before aku habis cerita, aku nak cakap aku berjaya minum lapan cawan of vietnam kopi gais, lapan dalam masa 4 hari dan aku rasa sungguh caffeinated. Memang hello diet lah cerita dia!!
|
Last Day! |
|
Balik dah |
|
Nah kakak belanja gula-gula kapas |
So
ni aku nak taip apa yg aku rasa sepanjang trip ni. Kalau tanya aku, I would
definitely repeat this kind of trip again. Sbb experiences satu bab, dapat jumpa
orang baru siap. Dan aktiviti dia tak memenatkan dan membebankan. Sangat sempoi
dan rileks. Tido semua cukup. Dan objektif utama trip ni sambut Aidiladha pun
bagi aku tercapai. Aku siap tengok lembu kena sembelih live depan mata weh.
Dari dia menggelupur sampai lah dah mati, darah semua memancut keluar dan
respon aku hanya “oh cemni rupanya sembelih lembu” gila curious nya kau
perempuan? Hahaha. Dan aku suka the way ktorg makan kat HCM. Sbb ktorg pergi
restoren lain-lain. Biasa kan makan kat hotel, catering by org yg sama. Ni
ktorg siap rasa 3 restoren berbeza. Aku dtg sini kan utk food hunting hahah.
Dan semua benda ditanggung termasuk randomly naik beca, makan eskrem apa semua.
Kau berlenggang je weh! So conclusionnya aku nak kata yg aku sungguh seronok
dgn trip ni walaupun sedih sikit masa nak berpisah. Aku bab berpisah mmg
sentiasa over hahahah. Harap ada rezeki untuk join trip ni lagi insyaAllah. K
tu jelah entry untuk kali ini. Selamat enjoy the gambars. Aku dah kena fokus mencari kerja setelah menggangur 2 bulan ni. Doakan aku! Byeee.
P/s: Kalau ada typo tu
pepandai lah teka sbb aku type dlm word, dia sukahati makpak je auto-correct
semua benda!
Salam Sayang,
0 Criticism:
Post a Comment
Tak puas hati? Nak lepas geram? Ledidgo here~