"Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui." [29:64]

03 April 2016

Day 95 of 366: Vietnam Day 3

26 Mac 2016; Day 3.

Assalamualaikum hi. Sorry for a huge gap between day 2 and 3 hoho. Day 3 in viet. Today we're decided to do something other than shopping kihkih. Dua hari berderet kot shopping penat nak tawar2.

Mama ambik package half day tour to cu chi tunnel. Ni tour ni direct dr hotel je mmg derang ready dah package tu. Dalam 280000 dong utk sorg. Mula2 awal plan nk amik city center tour tp bila tau salah satu tempat dorg bawak adalah ben thanh mmg tak aaa  aku nengok bt pun dah muak dah hahaha.

Pukul 7.30 dh kena tunggu kt lobby. Akan ada bas ambik. Tp tak terus gi tunnel pun. Dorg amek pelancong area dekat2 pastu gather kt satu tempat ni baru bahagi2 blek. Yg mekong 2 days, 3 days naik bas lain. Yg city tour naik bas lain. Yg tunnel pun naik bas yg pi tunnel. Dlm 8.30 lebih gak ah baru gerak ke tunnel. Perjalanan dia kata 70 km je tp 2 jam sbb jalan kecik satu hal.

Tour guide ktorg lelaki. Nama viet dia Phat (sebut fat) haha tp dia kata improper utk ktorg panggil dia en so dia kata panggil dia Tom. And ktorg 43 org jd Jerry dia. Sbb dia kata kt tunnel ramai org. Nanti senang dia nk cari. Dia jerit je "jerry jerry follow tom" dan kami pun menonong ibarat lembu di cucuk hidung lels. Dia pkey ktorg ni tikus ke hape. HAHA

Dlm bas tu panjang dia cerita pasal perang vietnam, pasal tunnel. PANJANG GILA SAMPAI AKU RASA NAK ANGKAT TANGAN DAN CAKAP "TOM, YOU DOWAN TO TAKE A REST HUH?". Aku rasa sejam dia bercakap tak berenti. Kejap2 cerita pasal dia. Pastu menyanyi bagai lagu russia. Pastu ajar ktorg bahasa vietnam. Pastu tanya soalan pastu even takde jawapan pun dia yg bg soalan after tu. Kacau aku nk tdo je hahahaha. Dah lah English dia aku susah sikit nk hadam. Kena fokus leklok. Excuse me dia sebut kiss me. Trees dia sebut cheese kot kenot brain aku awal2 tu. Pastu dok ulang lawak yg sama. Dok ckp 'happy hour' je (means mati) dan semorg masih akan gelak walau beribu kali dia ulang. Terhibur ai lulz.

Before sampai tunnel ada pit stop jap. Tempat buat lukisan. Dorg pakai kulit telur kot! Pepandai carik gambar kat bawah ni naa. Teliti gila. Kalau aku lah buat sehari belum tentu siap satu lukisan. HAHAHA. Cerewet en camtu ah. Tapi serius kreatip woooo. Nak beli lukisan terasa mahal dan berat untuk dibawa pulang maka aku tengok je lah mampu. Yg pakai pasir pun ada buat lukisan. Apa kreatif sgt derang ni seh jeles aku. K habis tu sambung balik perjalanan ke tunnel.

Sampai2, tom gi beli tiket, sorg 110 000 dong. Masuk tu Tom start lah bg ceramah dia tu hahahaha. Banyak benda dia tunjuk dan cerita pasal cane org viet survive masa perang. Dia tunjuk trap2 lah, tunjuk cane cara tembak2 dgn sembunyi kt bawah, cane org2 ni hidup, cane dia buat tunnel apa semua, tunjuk kereta kebal. Last sekali baru masuk tunnel dia. Dia dok ckp bukak torchlight, kecik je tunnel tu, oxygen kurang, kena meniarap lah. expectation aku tinggi gilaaaaaa okay. Cuak semua ada. Last sekali hek eleh betul Tom. Tinggi tunnel tu 1m tak silap. Aku kan comel pendek so okay je. Takde lah sampai kena meniarap. Menunduk je. Pastu ade je lampu dan Alhamdulillah aku boleh je bernafas. Tunnel ni boleh jalan 100m je. Pastu ada 4 pintu dekat 20m, 40m, 60m dan 100m. Disebabkan mama ngan kak siti nak keluar the first exit, aku pun join lah. pendek je 20m je ceh hahahah. Takpelah at least merasa masuk tunnel. Apa guna pergi tunnel kalau tak masuk yedak?

Habis tu ktorg pergi dorg punya dewan makan tipu je. Tom tunjuk tempat keluar asap kalau dorg masak dlm tunnel. Pastu Tom bg ktorg makan makanan derang masa perang iaitu ubi kayu rebus dan sambal kacang. Aku rasa zaman jajahan ni, ubi kayu is thw wajibul ghunnah punya makanan ouh. Sambal derang tak lah sambal sgt pun. Takat kacang tumbuk2 campur garam gula. Tu je. Sedap lg mesia ada sambal ikan bilis luls.

After tu ktorg pun balik. Tdo dalam bas itu harus. Penat kayh. Dan Tom masih membebel rasa nak selotep mulut dia HAHAHA tipu je. After 2 hours, dia drop ktorg kt area ben thanh. Ktorg terus pergi Restoren Daun yg ktorg aim sejak semalam tp penuh. Sib baik masa nk mkn dekat nak kol 3 so kosong lah sikit. Aku ngan kak siti makan nasi ayam penyet *Mesia sangat weh*, mama makan sup ketam apa ntah TAPI SEDAP GILA. Sup tu ada telur, ada isi ketam. Pastu mama order  vietnam spring rolls. SEDAP GAK! Beli yg rebus, jgn beli goreng lah. Kolestrol tu kahkah. Dan aku order air kopi lagi. Sedap ah. Aku rekomen kedai tu.

After tu balik bilik rest2. Keluar balik after maghrib tp awal sikit dr semalam. Keluar pukul 6.30 sbb nak makan kat Osman *eh yeke osman haha lupa* tp penuh lagi. Kecewa utk kali ketiga sobs sobs. So ktorg nak try Kedai Melayu apa ntah. Air aku order jus mango. Sbb tetiba dekat viet ni mango dia sedap tol kenot brain. Mama tetiap hari beli buah utk digestion katanya. Tp buah2 dia semua puas hati. Manis memanjang. Pastu order lah lagi kueyteow viet ngan mama. Tapi so sad so melayu. Takdak rasa viet langsung. So apa aku buat? Pergi kedai hajar basiroh tapau 1 pho daging HAHAHA. buat supper bertiga kot. Mama pun beli kuih utk ktorg breakfast besoknya. Habis mkn, ktorg shopping buat kali terakhir. Aku pun niat nak habiskan duit dong aku. Yelah cuak duit dong habis dok pakai ringgit je. Sekali malam last tu duit masih ada 450 000 dong. Aku shopping bag, pho daging tu, stokin, sanggul, entah apa lagi ntah lupa. Tp baki aku ada 30 000 dong lah. Mama suruh simpan kot nk pergi lagi hahahah hmmm. 

So malam tu pack barang. Besoknya balik. Bag semua cun takde overweight. Walaupun semua bag beranak-ranak *lap air mata*. Dlm flight tu dpt pilot tak mesra alam tak best! HAHAHA. K tu je. Nanti akan ada lagi 1 post conclusion. Enjoy gambar aku.

















0 Criticism:

Post a Comment

Tak puas hati? Nak lepas geram? Ledidgo here~