"Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui." [29:64]

28 June 2012

Alhamdulillah


 

sekarang shasya dekat library. tujuan sebenar nk buat my english tu. nk print bahan madam kasi tp sumpah blank ! tk tahu. nama madam pun tk jumpe weh. gi mana ni??? title tu disebabkan shasya dpt online and update blog. rasa sangat bahgia tau! walaupun masih tk boleh dftar wifi *masih sentap dengan brother wifi -.-*, tp boleh online kt library kan. minggu ni? boleh lah. agak bz jugakk. macam bnyak benda pulak nk kena buat. malam2 ada perjumpaan. and haa, shasya jadi peers! menyambung prs dr smss? tk lahh kot sbb semua kat sini sangat lah lain dr prs. hope shasya can make it. and jumaat and isnin nie ada interview! for? tteeeetttt. tk mau kasi tahu. just doakan shasya tau. hehe. cuak sebenarnya nk kena speaking. hope tk worst mcm dekat mara tu! i'll do my best :) jumaat nie jugak ada induction for peers. busy kann? yaa, tulah life dekat sini. kena pandai bahagikan masa! pasal study? so far makin pecah kepala! hahaha. math ngn phy lah. masuk chapter 2, kepala shasya jammed sudah. tolonglah hambaMu Ya Allah :)
kat sini, shasya dah dpt 2 group usrah :) 2 keluarga shasya. hehe. bahagia menjadi insan terpilih. harap benda tu dapat perbaiki diri shasya yang masih lemah ini. okay, thats all. nk kena bincang ngn groupmates balik about kamus arab. esok presentation kot. hehe. so byebye for now. till we meet again okay :)

salam sayang dari shasya

Handphone, dimana kau sayang?


 

26 jun kan kan? Genaplah seminggu fon shasya hilang! Hilang dekat pasar malam. Exited nk beli karipap gedabak punya hal sampai tk sedar kena pick pocket. Cuak doh kejadian mcm nie. Memanglah kena hati hati en tp bak kata along, dah tk dpt nk hati2 dah, mmg kena rantai besi terus. Over kan? What ever it is, the handphone were still missing. Shasya nk renew no tp dugaan sgt hebat. Blom dpt lagi, so next week shasya akan try lg! Mula2 tu shasya call lah jugak tp handphone tu dh off dah. Off lah wahai pencilok, sim card and handphone tu ada security no. Mmg tk dpt nk bukak lah, jual je lah as besi buruk eh. Nk marah pun tkde guna, nk menyumpah kt org tu pun bukan shasya boleh dpt bleh fn shasya so redha jela. Allah tahu nk buat apa kat si pencilok tu. Kot2 dia ada sebab. Tkde duit nk beli ubat mak dia sakit ke kan. Shasya dah halal kan dah fon tu. Shasya dh beli fon baru dah. Ececech, galak tk. Kaler pink! Canggih gilaaaa. Nokia 100 yg berharga rm90. Canggih kan smartfon shasya? Okay, kidding lah. So shasya nk nasihat pepandai lah jaga diri barang2 and if pegi ke tempat sesak tau J

My forth week here :)


 

Dah 26 jun dah hari nie. Hebat en? Dah masuk minggu keempat shasya kat sini and tk bukak blog pun lagi T.T sedih sampai menangis kott *over*. Last week langsung tk update eh? Sebab apa? Kelas dh start and shasya tengah nk adaptkan diri dengan environment sini. So far semua okay. Kelas pun okay. Tp cam biasa lah, shasya cuak dengan physics, mcm menghantui diri dohh. Haha. Tp vector mcm best lah pulakk. Hehehe. Semua best kalau kita berusaha nk belajar kan. Minggu nie busy dengan kelab apa semua. Sini kan bebas boleh masuk pebende je kan tp shasya rasa mcm dh masuk bnyak sgt and rasa over. Kang tk bagi komitmen *perasan kejap* padahal tk confirm lg pun kau masuk -_____- nk tahu shasya dftar ape je? For mrc, engenius, lep *brother kawen yg tk nk mngaku.HAHA*, peers and hari nie nak masuk adventure *desakan ana si roommate* and nature *ada gaya teacher alice di situ*. Bnyak tk banyak tk? Hahahahahaha. Nk aktif tp klau terlampau smpai tinggal study, over lah ekk. So shasya kena pandai bahagi masa. Seriously. Mlm2 pun bz. Mcm semalam, ada perjumpaan sauna peers kat lha. Kenapa sauna? Org yg pegi je tahu. Sauna free kot. Mana nk dpt? Then mlm nie ada pepias eh? Tk tau lah tp kt smawp 3 lah. Ada makan2. Tk boleh blah, tu je yg shasya igt. Sakai ouh! Last week, shasya dh tengok debate. Pendek kata, mmg bnyak aktiviti lah. Blom dgn penerangan silat cekak. Nasib baik shasya tk minat. Tp hw tk bnyak sgt kot. Shasya tknak lah delay2 hw apa semua. Wish me luck utk menempuhi perjalanan di sini eh eh.

Tazkirah : couple islamic


 

17 jun 2012,

Shasya paling suka dengar pasal couple tau. Bukan niat nk couple. Tp suka sgttt. Mesti otak nie aktif bergerak memikirkan. Alhamdulillah Allah masih menutup hati shasya untuk bercouple. Semoga masih tertutup hinggalah shasya menemui jodoh sebenar, insyaAllah. Sebenarnya dh sediakan awal tajuk tazkirah nie for ready kot2 sis izzah panggil for ta’aruf week tu tp tkdelah pulak. Hehe. Tp hari tu, ada jugak sister bagi tazkirah nie kat musolla. Tp shasya nk cerita jugakk. Hee. Dekat blog nie pun shasya pernah postkan jugak tp like I said before, SHASYA NK CERITA JUGAKKK!!

Okay, sebelum tu, meh shasya nk cerita kisah dlm kisah yg shasya baca dlm fb. Dh dengar? Dengar je lah lagi. Gini kisahnyaa.
Ahmad *bkn nama sebenar* bersekolah di sekolah pondok. Ahmad suka seorang gadis nie bernama Ayu *bkn nama sebenar jugak*. Tapi ahmad pendam je perasaan dia. Sekolah agama en, malu lah. Tk elok pulak tu. Then tahun terakhir ahmad kat situ, dia tk tahan, dia nk jugak luahkan kt ayu yg dia suka ayu. And bahagianya ahmad bila ayu membalas rasa suka itu. Maka mereka pun bergelar COUPLE ISLAMIC. Kalau jalan, ahmad di depan, ayu di belakang gaya jalan zaman nabi dulu. Kdg2 berhenti kat warung utk tadarus bersama. Pagi2 call kejut for qiamullail. Memang mereka buat perkara2 islamik yg memungut pahala lah. Then one day, sedang mereka berhenti di satu tempat makan untuk bertadarus bersama, datang seorang muallaf menegur dan bertanya, “kamu suami isteri kah?”. Maka jawab ahmad, “bukan, kami couple bang, islamic way.” So si muallaf yg shasya namakan Ali pun bercerita.
Cerita Ali : dulu, dia nie memang pemakan daging khinzir yg tegar. Paham? Means kena mkn jugak. Pernah sekali mak ali lupa beli, ali smpai pengsan sbb tk mkn. Bila ali masuk islam, baru dia tahu islam tk boleh mkn dging khinzir. So ali pun beli anak khinzir dan bela. Setiap hari ali akan mandikan anak khinzir tu, bisikkan kalimah syahadah kt telinga anak khinzir, bersihkan tempat tinggal and pastikan takde satu kotoran pun melekat. Smpai suatu masa, anak pun dh membesar menjadi khinzir yg gebu dan sedia untuk dimakan. Ali pun masak bak kut the. Masa nk mkn tu, lalu seorang ustaz, ali pun menjerit, “ustaz, jom makan ustaz, ada khinzir islam”

Tu lah kisah dlm kisahnya. Meh shasya explain. Kalau kita fikir pasal khinzir tu, walaupun ali panggil khinzir islam, still kita tahu yg tu haram en? Tp bab couple islamic, ada jga nk kata benda tu halal sbb islamic kan. Tp kan Allah dh kata couple tu haram. Sbb terjerumus kepada zina. Zina ada bnyak, teringat and rindu sikit dah zina hati. Baik rindu kat parents kan? Niat tk menghalalkan cara. Nanti ada masa shasya cerita pasal ‘niat tk menghalal cara’ plak. Berbalik balik, kalau nk kena kejut qiamullail apa semua, kenapa tk guna kawan perempuan je? Kenapa nk kena guna kwn berlainan jantina jugak? Shasya tahu, semua ada nafsu dan perassan ingin di kasihi dan mengasihi tapi Allah kan ada? Allah sentiasa kat sisi kita untuk menyayangi kita. Allah tk pernah jauh dari kita melainkan kita sendiri yg menjauhkan diri dari Allah. Nanti masa soal pasal couple kt akhirat, couple kita akan tolong jawab kan ke?? Tak kan. Shasya tk suruh sesiapa yg baca and terasa suruh mintak clash terus tp renung2 kan dan selamat beramal. Doa je benda nie sbb shasya selalu doa bila shasya tersuka dekat sesiapa. Shasya punya iman memey lemah sikit. Mudah sgt TERsuka kat orang. So shasya akan doa, “Ya Allah, jika dia bukan jodohku, maka Kau buangkan lah perassan aku kepadanya”. And berkesan tau jika anda gila bersungguh ah. So teruskan pejuangan anda di jalan Allah!! Fisabilillah :)

Word for today #2


 

17 jun 2012 (happy father’s day papa)

Lama tk buat entry pasal selamat hari bapa word for today. Nie yg kedua punya. Yg pertama apa ehh? Korek balik shasya punya entry lahh. Guna kapal korek pun blehh. Hehe. Untung dpt emas sapa tahu? Okay, jangan merepek lah cik shasya -.- the word for today. Jeng jeng jeng *bunyi drum* :

Hidayah Allah boleh dapat dimana-mana.

Bnyak nk kena explain nie kot ada yg kata shasya sesat. Hehehe. insyaAllah tak mau sesat. So kalau ada salah sila perbetulkan ehh. Okay, as we all know, hidayah Allah tk dtg bergolek atau melayang ke kita. Tidak juga if kita baling piring terbang *frisbee*, hidayah akan datang. Tidak juga jika menggunakan siulan ala ala burung gagak. Jangan kata nk cari kawan nama hidayah. Itu lawak di takuk lama -___________-“ Kita sendiri yg mencari hidayah nie sebenarnya. Kita kena berusaha mencari hidayah Allah. Mcm mana nk carik? Doa saja tk cukup. Shasya tk arif sgt nk bercakap tp bg pendapat shasya, kalau kita asyik buat larangan Allah dan mintak hidayah. Memey tk dpt lah. Kena lah berusaha sikit kak oii. Kita kena selalu buat benda baik.  Istiqamah dlm setiap perkara baik yg dilakukan. insyaAllah Allah bagi hidayah. Kita kena tahu jugak hidayah tu milik Allah dan sesenang nya Allah boleh tarik nikmat itu. So jaga lah hidayah sebaik mungkin. Shasya masih lagi memburu hidayah dan sedang berubah ke arah yg lebih baik. Doakan shasya eh.

Panjang tk explanation atas tu? Hehe. Tu baru mukadimah eh. Tk sentuh lagi bab word atas tu. Meh shasya nk cerita kenapa word tu boleh tercipta dari kepala otak yg comel ini. Ada seorang hamba Allah nie dia telah mendapat hidayah Allah walaupun belajar di u biasa yg bukannya islamik. Sedangkan seorang lagi hamba Allah nie masih mencari arah tujuan di atas muka bumi ini kerana dia belum mendapat hidayah. Usaha ke tidak, tu terpulang pada diri dia sendiri sbb shasya hanya nmpak luaran je. Walaupun dia study kat uia (cfs iium eh), tp dia masih belum mendapat hidayah Allah walaupun latar u nie sangat baik. Pengaruh islamic yg sgt kuat. Dpt tangkap tk nie? Kesimpulannya shasya nk ckp, jangan kita fikir u islamic, semua org dlm tu confirm dp hidayah Allah. Kat mana-mana pun boleh dpt. Tk perlu tnggu nk smpai ke skolah madrasah baru nk insaf. Sama juga di kelab malam. Boleh je dpt hidayah. Contohnya anda lihat kawan anda tetiba mati sebab minum arak ke hapa, then anda terus jadi insaf dan bertaubat. See then? Tk perlu menunggu ke masjid or mana-mana untuk mencari hidayah Allah. Kun fayakun kata Allah, maka jadilah. Just berusaha dan terus berdoa agar kita di kalangan hamba-hamba yg diberi hidayah oleh Allah. Aminnn.

Hewhew :P


 

Title bapaklaaa. Tkde kena mengena langsung en. Hehe. Sesaje je. Nie saja nak habaq mai. Jadual for sem 1 nie dah keluaq dah. Memey lah tk berapa nk packed kan. Tp every subject tu ada cecah 3 jam woo. Mana aku nk tahan nie? Isy isy isy, kena jugak lahh nampak gaya nie. Nk berjaya tk? Every day kelas habis pkul 6 petang except hari khamis. Hewhew *terkeluar title atas*. Tengok lah sabar ke tak aku dengan dugaan. Jgn stress sudah eh shasya :) venue class semua rasa cm nk ‘gelak’ je. Hehe. Bersyukur lah shasya oii. Tgh bersyukur lah nie. Kalau tk, tkdenya shasya nk msok kelas kan. Isnin nanti start kelas pkul 8 pagi dekat ABC. Dh lah awal pagi, dekat mahallah lelaki pulak tu. Haiyaaa. English, kenapa hang buat cek mcm nie? Cek segan lah nk masok kelas tu. Blom jumpa geng lg nie -.- geng geng, mai lah berkenalan dengan cekk. Hahah. Hope semua berjalan lancar ehh.