"Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui." [29:64]

02 January 2020

Welcoming you, 2020!


Wow, I didn't know I will write in this blog as soon as possible. Ingat nak biar  bersarang je sampai bila-bila. But then, I remembered, my therapy was writing (okay or typing?) so okay jomlah kita menulis di sini lagi. Sepanjang aku meninggalkan dunia blog ni, aku banyak menulis dekat media sosial, notes in my phone and the latest one in document dalam laptop. Random betul masetu sebab terlalu down dgn diri sendiri. Aku suka menulis sbb aku suka baca balik dan recap kenapa aku begitu begini pada hari tersebut.

Okay, aku dah mula membebel banyak pulak. Aku menulis ni sbb aku dah start rasa tak sedap. Perasaan anxiety rasa nak datang kembali. Aku tak sure if aku pakai the right word tapi perasaan ni buat kepala aku serabut dan penat. Aku akan tetiba rasa sedih dan useless. The latest aku hadap perasaan ni masa petang 31 disember 2019. Masa lipat baju depan tv pon boleh menangis. So aku decide untuk jadi better di dalam tahun baru ini. So sbb perasaan ni dah mula tak sedap malam tadi tp aku berjaya kawal (kot) sebelum pagi ni rasa serabut balik haha. Ya Allah, tak tahu nak describe cemana tapi aku tak suka perasaan ni dtg. Sbb aku akan jadi pendiam sbb otak aku tengah busy fikir segala hal dan kemungkinan. Setiap kali penat je, aku akan rasa penat untuk teruskan hidup. Hahaha dasar lemah betul lah aku ni. Azam aku ni nak jadi kuat tau haa.

Walaupun sepanjang 2019, aku kerja dua jenis kerja kontrak, aku selalu rasa tahun 2019 aku gagal. Gagal menjadi manusia yg berjaya mungkin? Mungkin sebenarnya aku manusia yang tak rasa bersyukur dan puas dgn diri sendiri. Mungkin. Setiap kali nampak kawan-kawan yang dah berjaya kerja, kahwin, ada anak, I always question myself (and God) kenapa aku masih tak kecapi semua tu. Dan akhirnya aku pujuk diri aku, timeline aku lain dari mereka. Rezeki aku pun lain Allah nak beri. Aku pun taktahu mcm mana nak hilangkan perasaan cemburu melihat orang berjaya. Aku pun tak pasti sama ada usaha aku yang tak cukup kot? Mungkin aku yang memilih kerja? Terkadang, aku pun tak paham dengan diri aku. Hahaha. Kadang aku rasa rezeki aku Allah tak beri sbb aku tak beria meminta pada dia. Dan mungkin atas segala dosa-dosa aku. Kan?

Okaylah, tu je lah aku rasa nak menulis pagi ni. Aku tahu blog sekarang tak mendapat sambutan dan aku berharap tiada siapa yang baca segala apa yang aku tulis sbb korang hanya akan bazirkan masa haha. Sorry. Happy new year!