"Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui." [29:64]

09 February 2014

selamat berumur 20 tahun :)


Alhamdulillah. ni first entry bulan februari. bulan i gituhhh. nampak busy bebenor teman bila dah masuk sem ni ye yob. tak sempat pulak nak update blog. update insta dgn twitter cepat pulak. itu lah teman herann. amboi, nk speaking perok pulak ye yob? eceh, teman ni mmg ada darah perok dekat bagan datoh gituu tapi tak pure sangat lah.

okay, back back back. alhamdulillah tepat 7 februari lepas, i dah berusia 20 tahun. oh oh, babai umur belasan tahun. *lap2 air mata drama* *mentang rasa matured, rasa nak guna i memanjang sbb malas naip panjang2. luls*

so i nak cerits lah my bday tu kan. sbb tak berada kt sarawak nk celebrate ngan family, so i celebrate lah ngan besties2 i ni haa. oh haa, a week before, mama dtg. pastu mama  belanja spaghetti and lasagne for my bday. and she's bought me a pair of wedges from jelly bunny and kain pasang pink. thanks mom :)

*stop pakai i*
so plan punya panjang before tu. lagi satu faktor sbb 2 sahabat sy kat gombak and lama tak jumpa kan. so nak sambut lah ngan dorang. so the day arrived. fizah drove all the way from her house with anna to fetch us in cfs. kelam kabut jugak sbb ktorg ada kelas comp. should be habis pukul 11 tp aku punya extend sikit *tukar aku pulak*, shera punya extendddd banyakkk. hohoh. fizah and anna dah sampai pukul 11 tu watlek2 dulu siap iron tudung lagi. ktorg gerak pegi sunway sbb aku dan kami eksaited nak skatinggg. yuhuuu.

okay sampai sana, parking *smooth je*. first thing makan dulu. masa tu dh 12.30 kan. so pegi makan kt kenny. sempat jugak buat doa selamat2. doa2 sikit lah supaya dibawah rahmat Allah sentiasa kan. so lama jugak makan2 tu kan, dgn bising2 lagi sbb lama tak jumpa kan. semua konon2 melepas rindu yg lama terpendam. ecehhh. sampai waitress pun kena ambikkan gambar kami. hoho.





so after makan tu, dh masok zohor kan. pegi solat dulu. sebelum tu sempat tgk persembahan singa sempena gongxi fachai tu kan. seronok tgk budaya org cina ni. walaupun mmg lari dari syariat2 islam kan. takpe, belajar tentang budaya lain tak salah pun. itu namanya ilmu. 

so after pukul 2 tu, ktorg pun pergi skating. mula2 tu ada jugak masalahnya sbb bayaran lari dr apa yg ktorg jangka kan. tp masalah dpt settle sbb kami tekad jugak nak skate kan. cerita pasal skating ni panjangggggg sikit tau. hihi. sbb kami semua takde basic langsung pasal skating. so masa kami sampai tu, landasan ice tu kena tutup setengah jam sbb nak kering balik kan. so bertuah lah kami kan dpt ice baru2. so lepas pakai kasut tu kaki pun sakit2 dah. belum gi masuk ice kan. so ktorg pun syok bergambar2 dulu kan. pastu padang ice dah dibukak. jeng jeng jenggg. cuaks okay makk. first time skate jejak ais tu "mak aii, licin kauuu" before ni aku ada lah pengalaman main roller blade kt rumah, tp lain woo feel dia. skating lagi susah dr blading. gituu. blading sangat nyahh. first2 tu semua ktorg pun beratur lah kt tepi2 tu takut jatuh punya pasal en. pastu dh beround2 start ada keyakinan. yg first sekali jatuh, anna. berdebuk siap kepala hantuk ice lagi. siap ada ice police nk tolong lagi. aipp. pastu shera pun rasa jugak jatuh. dorg boleh pulak suka sbb ais tu sejuk. rasa nk duduk je lelama. pastu aku jalan2 ngan fizah *kat tgh2 tau, tak main lah tepi* pastu sbelum photographer nk amek gambar ktorg, fizah jatuh. aku gelak dulu. masa taip ni pun aku gelak jugak. kahkahkah. dia kata tu jatuh paling sakit. masa dia jatuh tu, dia sempat tarik aku so aku jatuh sekali tp aku sempat tahan badan dia so effect aku jatuh kurang sikit dan tak sakit pun. pastu main lagi ngan fizah, fizah jatuh lagi, sempat lagi dia tarik aku jatuh sekali. tu jatuh paling terok sbb aku tak ready so kaki aku terkangkang split bajet aku ni ahli gimnas kan. so aku jerit kuat gila sbb aku tgh split. aku rasa org sekeliling aku pandang gak. so before aku jatuh habis dgn split tu, aku terus pusing badan utk mengelak kecederaan lebih teruk, dan terus tutup muka dekat ais sbb maluuu. bajet ada org tgk kan. pastu gelak2 sampai ada org datang hulur tangan dan berkata "do you need help" tp aku rijek. HOHO. pastu biasala rehat sat, sambung balik. jatuh tu takyah cakap lah berapa banyak kan. kedua jatuh masa last tu sbb org belakang tertolak aku dan ana smpai kami terjatuh. dia tolak aku, dia jatuh so aku turut jatuh kat tgh2 dia yg sedang kangkang *tak senonoh semacam ayat aku nih* aku pun berdrama lagi dgn berpusing2 mcm cerita hindustan sbb aku takut aku dia tu lelaki. nasib baik dia perempuan. legaa. fuhh. tu last skating sbb dh pukul 4, nk balik dah. 2 jam skating penat woo. tp rasa nk skating lagi lepas ni. yeay!











panjang en? pastu ktorg pun balik lah. bkn balik cfs tp blek gombak. yeay! balik tempat dorg2. aku tdo bilik fizah. smpat lah merasa hidup kat gombak kejap. makan2 sana. merasa tgk senior yg dh kawen sebelum meroyan jap nk kawen jugak. biasalah kami perempuan! konon pagi sabtu tu nak jalan2 sekitar gombak tp penat skating punya pasal. dah lah pagi tu semua badan ada lebam2. ahaks. sakit woo. lepas lunch sana, fizah hantar ktorg blek cfs before dia balik rumah balik. thanks fizah, thanks anaa :) pengalaman yang menarikkkk untuk hidup ini. chewahhh sangat. kbai.




salam sayang si belated bday girl,