"Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui." [29:64]

27 June 2014

Rindu


ye, ini sambungan tinta. sila jangan baca. takut ada naik menyampah. 

dah seminggu lebih dah balik malaysia. and what can i say, aku rindu sangat tempat tu, rumah Allah. satu2 nya tempat yg berkali2 pergi pun takkan bosan. serius weh. tak perlu sampai nak pergi lawat tempat2 menarik. bila just solat kat masjid nabawi dan masjidil haram pun dh cukup menyeronokkan. Allahu. rindunya T.T

bila mama plan nak pergi lagi bulan dis 2015, aku semangat nak ikut ni. tp memandangkan yg aku pegi tu pun semua 100% mama dan papa tanggung. seriously, sesen pun aku tak keluar duit -..- termasuk beli hadiah utk kawan2 pun duit mama kasi. betapa beruntungnya aku. tp yg akan dtg ni mestilah tak weh. ahahaha. disebabkan itu aku sgt desperate kumpul duit sbb aku ada 18 bulan dr sekarang. mama kata, kalau niat dah baik, nanti Allah permudahkan lah. semoga Allah permudahkan aku *mata bersinar mcm shin chan* sampai nak beli apa2 pun mmg aku fikir penting ke tak. kalau tak penting, simpan utk umrah!

oh cepatlah ada suami nak buat haji pulakkk *tetibe*

setiap perbualan kt sini pun asyik bercerita indahnya sana. subhanAllah. indah sgt tempat suci Allah itu. nanti aku kongsi gambar ye insyaAllah eh. takut terlupa sbb busy jd bibik ni. nanti nak ke melaka pulak. tapi aku sedih bila kat sana aku semangat nak beribadah. tp kat sini iman merudum jatuh. umrah tak mambur ke? entahlah. aku tengah cari balik diri aku. mungkin tertinggal di sana. aku rasa lah. sbb setiap masa nak berangan kisah2 kat sana. sungguh aku rindu. tapi ada satu benda aku syukur yg aku tak lalu dah nak layan twitter, insta, fb dan selayaknya. kira mcm nak bukak internet pun malas ah. tapi tang bukak tv yg rajin. tdo pun makin dh jd sleeping beauty. aherher.

nak kongsi satu benda ni. nak tau banyak2 rukun umrah, mane paling penat? jawapannya saie! kalau tawaf, boleh lah nak buat tawaf sunat, kalau saie kena tunggu umrah baru buat. hihi. rupanya jauh tau siti hajar lari2 nak cari air. ni pun tempat saie tu dh selesa gila sejuk berlantai marmar lagi! haa. lepastu tau tak apa paling susah di jaga? i thought larangan ihram tu susah tp sebenarnya tawakal je dekat Allah. sbb once niat tu, mmg secepatnya buat umrah biar selesai tahalul boleh habis ihram. walaupun masa sampai hotel tu waktu isyak. dan buat umrah sampai pukul 1 pagi. masa naik bilik letak bag tu gelabah jugak ah takut rambut tercabut. punya cuak sampai tak sentuh rambut kecuali nak ambik air sembahyang. nk pakai skarf pun tak pegang rambut! haha. lawak bila fikir balik. rupanya tak susah mana. sbb ada lagi susah.

iaitu nak jaga pantang lepas tawaf wida'. sumpah susah. hahahaa. sbb satu, lepas tawaf wida' tak boleh tdo dlm bilik. padahal ktorg buat masa tu after subuh. padahal before ni balik solat subuh, breakfast pahtu sambung tdo. laa ni tak bleh tdo dlm bilik. to be exact tak boleh tdo dlm keadaan baring. sampai aku nak duduk katil pun cuak. well, imma sleeping beauty remember. bayangkan 2 jam dlm bilik tak buleh tdo. hewhew. second larangan tak bleh ambik gambar sampailah keluar tanah haram mekah. usah kot sbb aku mmg suka bergambar, so solusinya aku off fon! seterusnya tak boleh beli barang, bagi sedekah. yg tu aku okay sbb duit poket dh kosong masa tu kan. kalau tak, yg tu susah gak nak kawal. mau aku kena letak duit dlm bagasi berkunci! hahah. like seriously, larangan lepas tawaf wida paling susah dan mencabar sekali. nasib baik tawah wida' ni buat masa nak tinggalkan mekah. tp mmg sedih ah nak buat last tawaf masa tu. tawaf wida' ni kategori wajib kot. kalau tak buat tanpa sebab dikira dosa dan kena bayar dam. sbb tu ada taklimat pasal tawaf wida' ni. arghhhh rindunyaaa.

semoga Allah perkenankan hajat aku nak ke sana lagi. dgn izinNya :) semoga dpt berjumpa lagi dgn mutowif tu *eh!*

salam sayang,

19 June 2014

Tinta Musafir #12 : Perpisahan


19 jun 2014 (khamis) ; 1148 waktu mesia

Alhamdulillah dh sampai mesia terchenta. Tp biasalah mesti lah sedih nk tinggalkan semorang. Ktorg dh bersama for 13 days en. Haruslah sedih!

Tp nk masuk bab shweet jap. Td en dok plane ada org sweet2 ngan ittew. Firstly, laki tu patut duduk sebelah nenek. So aku suruh ah dia jaga nenek. Tetibe semorang dok ralit tukar2 seat sbb semua family terpisah seat last2 dia dok depan aku which is antara row aku ngan mama. So dia jd budak pengantara ah. Tetiba kepala aku sakit. Bkn pening au tp ntah tetibe belah dahi kiri sakit gila nk tekan pun sakit. Dh telan 2 actifast pun sakit lagi so last2 sbb tak tahan aku nangis sorg2. Dah tu kantoi ngan dia. Aku suruh lah dia panggilkan mama. Aku ckp aku sakit pale. Tp mama ckp "biasa lah tu" --'. Lepastu aku nk tdo then aku dgr dia ckp "nah minyak kapak". I thought tu mama punya so aku mmg buat harta lah kan. Sampai lah habis flight tu baru aku tahu tu minyak dia yg punya. Mencari lah dia nak bg blek. Tp dia suruh simpan tp aku bg blek jugak. Kuts ye pun hadiah kenangan, takkan minyak cap kapak je bang? Haha. So tu je lah cerita shweet nya. Sempat lah senyum dgn mak dia sebentar and bye bro.

K so td dah ambik bagasi memasing lepas tu ambik air zamzam memasing. Lepastu salam lah memasing. Tanda perpisahan ntah bila lah dpt jumpa lagi en. Tp td paling terkilan td sbb tak dpt jumpa abg zaini. Sobs. Semya dh dpt semua bag pun abg zaini masih otw. Abg zaini sebenarnya dh tua. Tp dia tak kawen lg. Sian dia. Dia baik weh. First aku jumpa dia sbb muka dia mcm pu salman. So aku suka senyum2. Last2 baru berani tegur2 sbb dia pun kawan angah. Siap pakai beraku-kau lg mereka padahal umur beza gila. Ktorg satu bas. Bas tiga. Bas ustad iswan harahap. K rindu mutowif balik.

Camtu je lah perpisahan kami. Salam dgn kak aisah yg aku tolong dia naik jabar rahmah ritu. Sampai kesudah dia igt aku. Salam org taiping perak, salam family budak comel isyraq dgn iqra' tu. Rindu wehh. Cemana tak sampai sarawak lg dh rindu. Semoga Allah pelihara ukhwah kami. Ukhwah yg kami bina di rumahNya.

So maybe this is my last tinta musafir. Sebab dh nak balik kuching. Kalau rindu kita taip lagi ye. Nasib baik ada rakam ust iswan talbiah. Boleh ubat rindu. Wohoi. Bye. Assalamualaikummmmm.

Tinta Musafir #11 : Mekah alMukaromah


18 jun 2014 (rabu) ; 1600 waktu jeddah

Dah masuk gate tunggu nk masuk plane. Kt jadual andalusia ckp pukul 7.15 mlm. Dkt tiket ckp pukul 5.30 ptg. Dekat tv departure tulis pukul 8 mlm. Keling k keling.

Okay sekarang kita cerita pasal mekah pulak. Seperti yg diketahui, masjidil haram yg ada kaabah kt dlm tu adalah masjid the best. Solat kat sana pahala 100 000 kali ganda. Yg kedua which is masjid nabawi pahala 1000 kali ganda. Mula2 masuk masjid nk kena buat umrah wajib en. Masa tu mmg terpukau tgk kaabah dpn mata. Rasa mcm mimpi aku dh ada dpn kaabah for real. Masa tawaf tu mmg mata dok pandang kaabah.

Lepastu seriously aku tak begitu selesa. As i said kat sana manusia sentiasa penuh. Sesak. Masa tawaf tu mmg aku tgh bersabar sebenarnya. Ye, aku tau tak elok. The next day solat sana aku kept telling myself, ni rumah Allah paling utama. Kenapa nk merungut. Mmg sempit, mmg sesak, mmg kadang org solat atas lantai je tp semua org berebut kot nk solat even tempat sempit yg tinggal. So why couldnt i grab the chances? Padahal mereka org mekah sendiri sebegitu takkan aku yg just a few days kt sana taknak kan? 

Thats why terhasilnya nukilan pasal selfish. Coz seriously aku rasa sgt selfish masa tu. Sangat. Rasa sgt jahat. Tp Allah tak bagi balasan atas apa yg aku rasa. Lagi aku rasa tak berguna. So slowly aku cuba keluar dr zon selesa demi mencari reda Allah. Alhamdulillah senjata mukmin adalah doa kan?

Bila dh lama2 rasa dah terbiasa. Still kami mencari tempat berkarpet either first floor or basement. Gerak sejam awal before waktu solat. Walaupun still nk cari tempat selesa at least aku dh boleh terima. So mlm td taklah gelabah bila first time dpt solat isyak depan multazam. First time dpt solat tgk kaabah dpn mata. Dpn multazam sape taknak en? So mmg sempit semua nk solat situ. Sampai aku kena tunggu org dpn sujud dulu.

And walaupun tk dpt nk cium hajaratul aswad, aku mmg dh rasa takde rezeki sbb hari tu jugak tetiba Allah bg aku tak sihat, rasa nk demam pulak. Tp Alhamdulillah aku dpt tgk rupa hajaratul aswad. Sbb masa tawaf tak pernah dpt tgk. Tempat tu tk pernah tak sesak. Lagi satu aku baca nk cium benda tu sunat walaupun mmg lah seronok sbb tu satu2nya batu syurga yg ada di bumi tp kalau kita sakiti org lain masa nk cium tu dh jd hukum haram. So why aku nk tolak2 org kalau hukum haram? Takpe, Allah lebih tahu. And aku sempat pegang kaabah. Masa nk pegang ketaq tangan nk rasa weh. Seronok!

Tapi yg paling tak kesampaian aku tk dpt nk naik first or second floor. Nk jugak tgk pemandangan kaabah dr atas en tp tak jumpa dow tangga. Pegi setakat beberapa hari belun dpt hafal jalan dlm masjid tu weh. Aku hanya tahu masuk pintu satu, keluar pintu sama. Kalau tak, sesat!

Masa tawaf wida' td ah sedih. Last dpt jumpa kaabah en. Nk tau nk kenapa org bila dh pegi sana, balik je mesti rindu? Sbb nabi ibrahim dh mintak kat Allah jd kan sebahagian dr hati mereka akan rindu. So mereka yg rindu tu bkn poyo. Tp mmg betul rindu woo.

Sebenarnye en kalau dok lama sana boleh kurus woo. Saie je dh boleh kurus. Campur dgn tawaf lg. Smpai aku rasa dh tumbuh muscle setiap kali habis saie. Betul tak tipu. Cuma masalahnya setiap kali balik hotel, makanan yg disediakan sangatlah sedap sampai tak sempat nak mengurus. Aherherher. Alasan sangatlah.

Endingnya semua menyedihkan. Perpisahan mmg menyedihkan. Bai.

Tinta Musafir #10 : Bai ustad :(


18 jun 2014 (rabu) ; 1155 waktu jeddah

Otw to airport jeddah. Ustaz iswan dah turun. Dia tak boleh sampai airport sebab dia tak kendalikan benda2 check in ni. Patutnya boleh spend masa dekat madjid terapung, dh eksaited nk tgk laut merah. Tp bas td sampai lambat. So tak jd. Masa sekerat nk ampai airport tu ustad iswan ckp "Okay, saya turun di sini ya.". Dh la awal2 td suara dia tak semangat, dgr suara dia sedih je masa mintak maaf. Boleh tak nk berjodoh jumpa balik ngan ustad? Dia belajar kat mekah. Haih. Ada ustaz lain, ustaz malaysia ganti. Sedih. Rasa kosong dgr suara ustad lain instead of suara dialek indonesia. Argh, rasa nak nangis! Kbai.

Tinta Musafir #9 : Perbezaan dan Persamaan


16 jun 2014 (isnin) ; 2240 waktu mekah

2 days left. Haih. Cepat pulak masa ni berlalu rupanya. Haih. Lagi haih bila mlm ni ada naik jabar nur nak pegi gua hira' tmpt first wahyu tu. But mama tak kasi anak dara dia pegi. Angah je pegi. Haih lagi.

So after a few days, i can conclude some differences and similarities between mekah with masjidilharam and madinah with masjid nabawi.
Firstly dekat masjidilharam, tak semua solat ktorg solat sana. Sbb jauhnya bak kata mama 2.5 kali ganda dgn masjid nabawi dulu. Serius weh jauh. Sib baik hotel ni sediakan musolla. Tp takde lah dpt pahala 100 000 kali ganda dr biasa di masjidilharam.

Secondly, sesak gila bak hang. Walau dekat nabawi tu mmg tak surut org, still masjidilharam lg sesak. Sampai tempat solat berhadapan kaabah sentiasa penuh dan aku rasa dorg tu tak pernah bangun dr tempat tu --' sampai aku kena solat tingkat bawah or 1st floor so tk dpt hadap kaabah. Sesesak2 masa nk keluar kt nabawi, sesak lagu kt sini sampai tolak2. Dh lah campur laki ppuan en.

Thirdly, nabawi lebih tersusun. Sbb asing tempat laki and ppuan. Pastu asing lagj yg bawak anak dgn yg tak. Dkt mekah ni asing jugak sebenarnya. I thought solat laki ppuan sebelah2. Mmg lah campur tp mmg dia letak laki depan, ppuan ttp belakang. Tp yg solat sebelah2 mmg tak pelik pun kat sini. Tp sini yg bawak anak bercampur je. So agak bising ah dgn teriakan memasing.

Fourth, err perlu ke aku cakap warna carpet lain sini hijau sana merah? Haha. Cam tak perlu ah. Aku tatau nk ckp berapa kali ganda besar masjidilharam than madinah. Sampai aku nak cari tangga naik tempat tawaf floor lain pun tak jumpa. Pintu masjid ada 99 weh. Kau nk ckp apa -.-

Persamaan mereka yg menjadi perbezaan dgn mesia ni, dorg takde baca bismillah kuat2 utk alfatihah, takde doa qunut, habis solat takde bacaan doa smpai aku dah terbiasa --', setiap habis solat ada solat jenazah. Lepastu tomakninah every pergerakan tu lama sikit. Dkt madinah lg lama lah. Sini okay lagi. 

Lagi satu beza dgn semua masjid yg ada di dunia, kan lepas syuruk before dhuha dgn lepas asar adalah waktu haram solat en? Only dekat masjidilharam, takde waktu haram solat. Selagi kau nk solat, kau solat je lah. Oh haa, dekat sini ada aircond dgn kipas tp still nabawi lagi sejuk. Aircond masjid nabawi galak gila. Sbb tu aku boleh pening kejap sejuk gila, keluar terus panas gila. Masuk bilik sejuk balik. Takde suhu normal senormal mesia :')

Alhamdulillah, semua umrah dah selesai. Tinggal esok ada ceramah tawaf wida' and lusa dah balik. Haih haih. Night.

Tinta Musafir #8 : Selfish


14 jun 2014 (sabtu) ; 2229 waktu mekah

Hari ni aku rasa sangat selfish.

Pentingkan diri bila mahu keadaan yg sentiasa luas dan selesa. Padahal masjidil haram milik semua orang. Milik orang islam satu dunia. So why should i? Haih. Entah. As i said, aku tak suka tempat yg ramai org. Tapi kat sini mana boleh. Sini semua kena kongsi. 

Thats why aku rasa sgt pentingkan diri. Feel me rite? Lepastu kalau dh dpt saf yg seronok, mesti payah nk kemana2. Mcm smlm stay dr solat asar. Tp masa maghrib angah ajak keluar. Lepas tu nk masuj isyak bkn boleh dpt saf cantik tu lg. And td masa maghrib gak, mama ajak tawaf sunat. Aku dh buat muka susah hati takut tk dpt tempat solat isyak. Mama kata, kat mana2 pun boleh solat. 

So after tawaf gila padat td tp alhamdulillah selesai, cari tempat nk solat sunat tawaf. Mula2 kt dpn dh kena halau, so aku pegi belakang join ada org solat kt tmpat air zamzam. Pastu ktorg solat isyak kt laluan nak ke tempat saie. See? Kt memana boleh solat. Mcm siang td masa saie, pastu azan zohor. Ktorg berhenti jap and terus solat kt tmpat saie. Mmg penuh. Org yg tgh kerja construction semua masuk solat. Terharu sebenarnya situasi tu. First time rasa saf laki ppuan sebelah2. Aku bebetul saf belakang lelaki. Nasib baik tak sebelah. Pendek kata kat memana pun selagi dlm masjidil haram, bila time solat mmg semua tu sesak jd tmpat solat. So lepas ni aku tekad utk tanak selfish dah. Tinggal a few days lagi :(

Okaylah. Need to sleep. Bye. 

P/s: sekarang my bestfriends are lip gloss, moisturizer muka and lotion badan. Now tetiba ada bintik2 merah mcm nak cari bestfriend sabun gatal pulak. Hew.


Tinta Musafir #7 : Alhamdulillah umrah selesai


13 jun 2014 (jumaat) ; 1039 waktu mekah

Alhamdulillah. Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar walillahilhamd.
Semalam selesai umrah wajib yg di pandu oleh mutawif, ustaz iswan. Sampai hotel pukul 9. Gerak dr hotel ke baitullah pukul 9.50. Beda amat ya dgn madinah. Sini mesjid nya ya agak jauh jugak perjalanan *baca pakai bhsa indon*.

Mula2 sampai zam zam tower tu, tgk lah masjid baitullah masyaAllah besar sangat. SubhanAllah. Cantik. Sebelah masjid tu pulak ada istana raja yg aku tgk mcm sebuah bangunan empat segi je. Masuk2 je nampak kaabah. Pergh masa tu terkaku terkagum tergamam semua ada. Mutawif terus bawak pegi tawaf. Masa tu mmg cuak ah nak statickan bahu kiri jgn berpusing. Tawaf okay lah. Tang sempit hanya sampai lampu hijau dgn maqam nabi ibrahim. Habis tawaf, ust bawak ktorg berdoa and solat sunat ihram. Pas minum air zamzam, pegi masa'a utk saie pulak. Tang saie ni terpisah dgn rombongan. Sbb ktorg bawak nenek so lambat sikit. Saie aku ckp mmg penat. Dgn ramai org. Berpeluh weh. Tp alhamdulillah selesai. Ini penat pun dikira okay tau. Cuba ambil ibrah dr siti hajar dgn nabi ismail. Dh lah panas terik. Pahtu jauh oh nak jalan. Last2 Allah ada kan air zamzam di kaki nabi ismail.

Last sekali bertahallul. Plan nye nak suruh nenek guntingkan. Tp last2 gunting sendiri aje lah. Tak susah. Baca doa, ambik rambut belakang gunting. At least 3 helai tp disebabkan aku tak nampak rambut, kena masuk gunting dlm telekung maka berhelai helai rambut aku gunting. Hehe. So Alhamdulillah habis lah umrah wajib ktorg. Habis je tu ust nak bawak balik hotel. Masa tu dh nak pukul 1. Tetibe nk pegi balik pintu no 1 cari kasut dh tak jumpa. Pendek cerita kasut ktorg semua hilang sbb tak bawak sekali masa kerjakan umrah tu. Cari punya cari tak jumpa. So kena beli kasut baru tp aku tak. Sbb dh ada kasut spare dlm hotel. Kira tamat lah riwayat sandal tahan lama aku beli kt melaka tu. 

Sampai bilik hotel je dah nak pukul 2. Nasib baik dah solat jamak takhir before turun buat umrah tu. Sampai2 je ktorg mkn nasi arab yg patutnya tu mkanan berbuka tp disebabkan tak sempat, tu jd makanan sahur terus sementelah hari ni kan nisfu syaaban. Mmg tak salin jubah putih tu terus masuk tdo. Bangun subuh mmg tak larat nak ke masjidil haram. Solat dlm bilik pastu sambung tdo. Bangun balik pukul 8.37 pagi baru sempat nak bukak bagasi kemas barang. Harharhar. Japgi zohor pun tak pegi gak sbb hari ni solat jumaat. Mesti padat en. So nty asar baru pegi. InsyaAllah.

So nak rehat dulu. Bai.

Tinta Musafir #6 : Logik Akal


 12 jun 2014 (khamis) ; 1921 waktu dlm perjalanan ke mekah

Betul lah. Tetibe terus terigt pasal masa belajar understanding islam. Tp tak igt bab mana. Yg aku igt, islam takde pasal percaya membabi buta. Islam tak pernah suruh muslimin muslimat utk mengikut segala benda sesuka hati. Sbb Allah dah beri kita akal utk berfikir di mana logiknya. Islam mengamalkan reasoning. Tu yg aku dok pkey pasal ni td.

Kisahnya bermula di toilet wanita. Mama nk ambil wudhu'. Tetiba ada ibuk dr indonesia berkata kuat tp tak tuju kan pd mama. Dia kaya "kita ni masih dlm ihram jd langsung tak boleh bukak aurat. Aurat kena sama mcm dlm solat." Kira cm stokin langsung tak boleh bukak. Tp katanya masa mandi boleh sbb sorg2 dlm bilik air. Wuisy, aku terus mencari kebenarannya. Berfikir cuba mncari logiknya di mana. Setahu aku, aku tak peroleh di mana2 pulak pasal benda tu. Tp akal mula lah gelisah as in "eh betul ke sumeni."

Balik bas aku terus cek 13 pantang larang dlm ihram. Tp tak jumpa pulak -_-! Yg aku jumpa masa tawaf tu ye lah kena tutup aurat. Lalu otak mula mencerna. Kalau lah betul kena jaga aurat spt dlm solat semasa tempoh ihram, lalu gimana nak ambil air wudhu' dlm toilet? Langsung tak boleh bukak stokin, handsock, tudung? Laki boleh lah ckp, aurat dia sedikit. Tak kacau anggota wudhu' pun. Lagi aku tak boleh terima kalau lah perempuan yg niat bersyarat means dia dlm haid. Tp dia pasti haid dia habis before dia tinggalkan mekah. So dia dlm ihram yg sgt lama selagi tak suci dan buat umrah lagi kan. So mcm mana tiap2 hari dia nk tdo? Kena lengkap semua bertudung litup ke cemana? 

Islam tak membebankan umatnya kan?


18 June 2014

Tinta Musafir #5 : Tanah Haram Madinah alMunawarah


12 jun 2014 (khamis) ; 1515 waktu madinah

Sekarang dah kat luar madinah, dah dekat bir ali. Tempat bermiqat umrah. Cuak nak jaga pantang larang dlm ihram. Tp bak kata mama, bismillahi tawakaltu 'alallah.

Seiring dgn rasa gentar yg mendlm, ada jugak rasa sebak. Sebak nak tinggalkan madinah, tinggalkan masjid nabawi, tinggalkan tempat rasulullah. Seriously, aku dah jatuh cinta pada madinah.

Jatuh cinta pada orangnya.
Jatuh cinta pada tempatnya.
Jatuh cinta pada semuanya.

Bila sujud terakhir dekat masjid nabawi, terasa sebaknya. Nak2 masa baca doa wida'. Doa nak tinggalkan madinah, nak tinggalkan maqam nabi. Allahu, tempat itu sangat sempurna. Bersih, selesa. Semua ah. Makanan lagi semua sedap. Hihi. 

Masjid nabawi was the sweet mosque. Sbb asing laki perempuan tmpat solat. Dekat baitullah nty campur2 solat. Dorg kata sweet sbb suami akan hantar isteris, then habis solat lelaki ramai berkumpul nak tunggu isteri memasing. And i hope akan ada yg tunggu aku di situ suatu hari nanti *genggam tangan ke puncak*. Walaupun panas sampai bibir kering, kulit muka menggelupas namun kegembiraan nya itu hanya org tu dpt rasa sendiri. Sekarang aku paham knp org yg balik dr madinah asyik dok ckp rindu2. Aku igt mereka poyo rupanya aku sendiri yg poyo. Eheh.

And orang2 sini semua peramah walaupun mereka ramai je dr indonesia, china ada, turki, iran. Walaupun kdg2 aku tak paham mereka ckp apa. Biasalah, arab aku takat level 2 je. Tp sini dorg lagi hebat kot ckp bahasa malayu. Dok ckp "ibuk ibuk sini ibuk. Malayu malayu." Part penjual "masuk kakak masuk, murah murah sepuluh ringgit." Aku nak berckp arab pun berhabuk. Hebak dorg. Tu salah satu taktik bisnes yg sgt bagus i think. Sampai aku kat sini ckp bahasa melayu je. 

Budak2 kecik semua comel weh. Rasa cm nak kahwin dgn org arab je. Tapi emm tetiba mutawif ni kachak pulak dgn pakaian ihram nya. Ustaz iswan ni indon kut sya. Sejak bila berubah ni? Luls. Seriously, tgk mereka lelaki semua sama pakai kain ihram, tak pakai kopiah, semua nampak berseri. Muka terpancar iman je.

Bak kata mama, pilu tgk bilik kat hotel madinah td. Sbb tatau bila lg nak sampai bumi madinah. Bila lagi nak jumpa rasulullah. Tapi takpe, bila Allah dah jemput nty, insyaAllah ke sini lagi. Walaupun skrang masih tak percaya yg aku dh habiskan 6 hari kat madinah. Mula2 rasa lambat sgt masa berlalu. Tetiba tup2 nak ke mekah dah rini. Tp mmg rasa lambat pun sbb skrang musim panas so siang lebih panjang. Subuh je masuk pukul 4, maghrib pukul 7. Balik subuh td aku tdo dh set jam nk bangun pukul 8.30. Tdo lama and lena gila tp tetiba tgk jam baru 7.30. Berkat madinah mungkin?

What can i say, i do ♥ this barakah land. This illegal land. Okaylah, kena tdo sekarang. Recharge energy. Sbb mungkin tawaf mlm ni nk dekat tgh malam. Depends pukul berapa nk sampai mekah. Aku pukul seploh pun dh ngantok mcm hapa. Semoga Allah permudahkan umrah wajib hari ni.

Tinta Musafir #4 : Pengorbanan


 11 jun 2014 (rabu) ; 2234 waktu madinah

Tadi kite jumpa kak lilo peers sekali dgn budak comel yg ckp puyuh tu itik. Hiks. Dah tu je.

Sekarang baru mood serius. Sentap sebenarnya bila teringat balik. As in terasa sgt lah tak berguna. Tak sure dgr dr siapa. Rasanya mutawif bas td.

Kisah nya semalam. Nak masuk raudhah balik so we try nak masuk lepas isyak. Tak sangka pulak ramaiiiiiiiiiii sgt org nak masuk sana. So tunggu punya lama turn tu kan. Siap setiap perhentian, aku boleh tdo lagi nak tunggu, nak kena tahan wudhu' lagi. Lagipun jam dah pukul 10. Mestilah mengantuk sbb sy masih anak jati mesia yg masa tu mesia pukul 3 pagi. Tunggu punya tunggu, lama2 rasa nk redha. Rasa cm tak dpt masuk pn okay ah Dgn ramai org mmg confirm berhimpit punya. Lepas tu bila dpt masuk, berhimpit sat. Tak, lama sebenarnya. Tolak2, asak2 semua ada. Lepas tu mmg bersyukur lah kan dpt solat situ. Walaupun masa solat tu berapa kali kena tolak sampai nak jatuh. Tempat sujud mmg ciput. Rasa nak sujud lelama cium taman syurga tu ha. Disebabkan masuk raudhah, tdo mlm tu pukul 12 lebih. Subuh esoknya mmg tak dpt bukak mata langsung! Nampak tak jahil nya manusia tu?

So bila mutawif cerita. "Tak apa lah kita berasak2 sebentar. Demi pengorbanan kita pada rasulullah." Ssapp. Terhiris jantung hati limpa. Punya lah jahil gila semalam taknak berkorban demi nak solat dkt dgn maqam nabi. Sungguh lah manusia ni, selfish sgt. Padahal kalau bkn pengorbanan rasulullah, kita tak dpt nak rasa nikmat islam pun. Takdenye nak buat umrah maceni. Kan?

Sebab semalam lah tu, mlm ni solat last kat nabawi mcm2 benda berlaku. Allah bayar cash en kat sini. So tu je lah kisah mlm ni. Esok nak gi buat umrah pulak. May Allah ease.

Tinta Musafir #3 : Kegembiraan.


 10 jun 2014 (selasa) ; 1648 waktu madinah

Hari aku nak cerita pasal kegembiraan. Satu Alhamdulillah visa cik em dgn cik jijah dah lulus so dorg shud be dh sampai jeddah waktu ni. Lepas tu esok aku jadi join buat ziarah luar tambahan ke medan megnet. Aku mmg nak sgt tp mama tak kasi if takde org teman dan mama taknak bayarkan. Heh. Luckily angah pegi with his friends so aku main aci redah tempur nama dia. At least berbaloi lah duit 25 riyal nak ke medan megnet, masjid quba dgn masjid qiblatain.

Lepastu pg td ada ceramah agama sikit. Aku yg ngantok tetiba segar tatkala ustaz tu ckp pasal lahwin awal. Dia kata para ibu benarkan anak kawen awal so that anak tak tanggung dosa maksiat. Tapi tapi aku bknnya ada calon pun kan. So dok dendiam belajar ye dak? After that dia bg taklimat umrah sbb lusa ktorg nak ke mekah dah. Kena terus buat tawaf once sampai baitullah walaupun masa tu tetengah malam bak kata mutawif. Takpe, Allah tak berkira pun bg kita oxygen 24/7 kt kita en?

Haa, mutawif kite hensem-baik-penyabar-untung-siapa-dapat. Semalam ktorg buat lawatan luar, ktorg asyik dok langgar masa yg ditetapkan smpai dreber bas pun marah. Iye je. Entah dlm bahasa arab aku taktau. Siap kalau tak ckp, mutawif turun bas and cari siapa yg takde. Lepas tu takde langsung dia kata "lepas ni tolong tepati masa ye" or "sy taknak dah ada org lmbat masuk bas pasni." TAKDE WEH. Apa yg keluar dr mulut dia semua ilmu berguna walau aku tertdo dlm bas sbb penat. Disebabkan masa ktorg tak tepat tu lah lastly, ktorg just lalu masjid qiblatain je. Tak sempat singgah. So ohsem tak ustaz iswan harahap kite tu? :3

Then td jumpa sorg ni muka malaysia habis. Tp dok asyik gila ckp arab wohoo. Tp tgk cara dia solat pakai mazhab syafie kuts. Last2 dia tanya org mana. Aku pun tanya lah balik. Rupanya dia org aloq setaq kedah tp lama dah dok madinah sbb kawen dgn org sini. Wohoo. Coolio gila k. Aku sgt sukaaaaaa siapa yg duduk sebelah aku then ajak berbual walaupun dlm bahasa arab yg langsung aku tk paham. Smlm siap offer lip gloss lg dekat org indon. Hehe. 

Lastly td ada sedikit perselisihan. Mmg lah tak gembira. Cuma sbb berakhir dgn cepat kan. Masing2 mintak maaf. Tak senang tau nk gaduh kat tempat org. Tanah haram pulak tu. Adegan simple je kot. Adegan kecik hati je. Nasib baik dah okay balik lepas tdo pas zohor td. Hewhew.

So sekarang aku masih mencari jodoh disini. Puih. Tipu jaa. Kbai.

 

Tinta Musafir #2 : Sabr


 8 Jun 2014 (Ahad) ; 1412 waktu madinah

Alhamdulillah. Bertemu di tinta kedua. Semalam and today was great. Banyak menguji tentang tajuk di atas iaitu kesabaran. Just listen to my story okay. 

Semalam flight selama 8 jam 10 minit. Lepaih tu tunggu bas kt airport jeddah. Sempat solat maghrib kat sana. Bertemu lah mereka yg lain mazhab. Awesome gila oi. Lepas dh naik bas dlm pukul 7.50 waktu jeddah. Bas nak ke madinah selama 7 jam. Jumpa mutawif ktorg which is nama iswan from medan. Dia best! Dah 2 jam lebih perjalanan berhenti makan jap. Sedap ohoii. Ehehe. Masa tu kesabaran teruji. Bontot kematu dok duduk je dr flight sampai naik bas. Nak merungut tak sampai hati tau. Allah dh panggil jadi tetamu tu bukan senang. Ni ada hati nak merungut pulak kan? So last sekali sampai hotel, mubarak silver pukul 1 pagi waktu jeddah which is 6 pagi waktu msia. And ktorg baru nk masuk bilik, tdo patploh minit lepas tu mandi ready for first solat subuh jemaah dekat masjid nabawi. *saje nak ckp yg aku pakai jubah yg sama for abt 29 jam*

Masa tu masyaAllah. Penuh sangat2. Belum azan subuh mmg dah sesak. Rasa mcm islam sgt kuat masa tu :'). Dengan benda wajib yg aku buat sebelum dan selepas masuk saf. Iaitu minum air zamzam. Banyak sgt. Memang takyah nk berebut lah. Pendek kata masjid nabawi mmg tak sunyi dr manusia lah. Polis yg jaga tempat perempuan was coolio. Pakai jilbab eh yg nampak mata je tu. Cantik. Sambil jerit "tariq tariq" sbb mintak org bg jalan.

Next stories dekat raudah. Raudah adalah tempat antara maqam rasulullah dan mimbar baginda. Rasulullah pernah berkata yg kawasan itu adalah taman syurga. Malah bila kita berdoa, rasulullah turut mengaminkan doa kita. Dan doa rasulullah sentiasa diperkenankan oleh Allah tau. So nk dijadikan cerita, raudah ni tak besar mana, dia dlm masjid nabawi yg ditanda dgn carpet hijau. Sebelah kiri tu ada maqam rasulullah, saidina abu bakar dan saidina umar al khattab. Lepas tu wanita nk masuk ada waktu2 tertentu. Lelaki boleh masuk bila2 masa. Tu yg ni semua berasak2. Can you feel?

Nak cari tempat solat pun tak senang tau. Aku rasa aku dh penyek kot kat situ. Tp keep doa supaya Allah ease. Dan alhamdulillah ustazah yg bimbing tu asyik bawak aku ke depan dan last2 dpt dekat tempat afdhal iaitu dkt dinding putih. Walaupun tak depan sekali. Masa solat tu alhamdulillah takde sampai jatuh. Kena tolak sikit tu biasa lah. Lepas tu sempat baca doa raudah dekat dpn tu. Masa tu gembira tak terkata. Bersyukur. Yg penting sabar dan jgn merungut. Allah akan tolong kalau kita berniat yg baik2. Walaupun masa tu terpisah ngan mama, nenek ngan anjang nah. Lepas abt 20 minutes pusing2 jumpa jugak. Alhamdulillah.

Sekarang tgh tunggu nak g masjid ready for solat asar. Asar masuk pukul 3.41 tp kena pegi awal or else sesak. Ni belum kisah nak tawaf dekat kaabah. Semoga Allah permudah. Sbb seriously, aku bkn org yg suka keadaan sesak. Dan kalau berhimpit, aku akan jd patung tak gerak. Aku biar je org nak buat apa --'

Madinah mmg panas tahap bibir kering dan takde lip balm ni. Aku kan dh jadi gila-gincu-dan-dah-buang-semua-lipbalm. Hehe. Nasib baik ada obat penawar. Air zam zam kan hado. Betul kakcik ckp, panas dia sampai peluh yg terkeluar dah sejat balik sbb panas. Waktu mlm kemain berangin. Tp angin panas ouh! Tp igt, jgn merungut kan? Nikmat Allah dh terlalu banyak ni. Panas tu kan nikmat jugak en?

Okaylah. Gtg. Nak sesiap. Oh ye, makanan kt sini sedap sgt. Agak pedas rempah ah. Org indonesia yg masak. Hehe. Kbai. Till we meet again.

Tinta Musafir #1 : Rezeki


7 jun 2014 (sabtu) ; 1407 waktu malaysia.

So here i am. In the flight. To jeddah insyaAllah. Hanya dgn izin Allah. Sekarang kapal terbang ni mcm roller coaster. Sbb cuaca kurang memuaskan. Semoga Allah permudahkan.

Okay now i want to share the story. I've read it just now. Sabda Rasulullah s.a.w, "Jemaah haji dan umrah merupakan tetamu Allah yg mana Allah telah mengundangnya dan mereka memenuhi panggilanNya. Mereka memohon kpd Allah dan Allah permintaan mereka."

Then i realised. Allah yg jemput aku menjadi tetamuNya. Aku memohon dan Allah perkenankan. Alhamdulillah Allahuakbar. Terima kasih Allah. Then i want to talk abt rezeki. Benda ni semua memang nama dia rezeki. Rezeki dr Allah. I just want to share my story.

Tahun 2012 dulu dh plan nak pegi umrah. Tp disebabkan tarikh tu sama dgn tarikh dftar uia, so aku kena tinggal. Sedih. Tp masa tu aku sendiri rasa aku belum ckup ready. Rezeki takde mase tu kan. Allah kan Maha Mengetahui. Lepas tu mama plan kali kedua, once after i finished my foundation. Masa habis uia mmg eksaited nak pegi. Lain feeling dia dgn 2 tahun lepas. Nak dijadikan dugaan nya, ada masalah visa. System down dekat arab saudi sana. Semua visa bln jun belum dikeluarkan. Sdg kan flight aku shud be on 7th june. Andalusia said kalau visa tk approve jugak so cancel and can refund money or postponed to bulan dis. Mama mmg confirm choose to postponed tp masa tu aku dh degree. Aku dh terbyg tahun 2012 punya tak jadi tu. Mmg aku rasa down, rasa Alah taknak bagi rezeki dekat aku utk ke sana. Masa tu mmg sedih, pasrah, reda. Tp kami teruskan doa. Flight ke kl mmg dh book awal. Ktorg masa tu kat melaka. Dan Alhamdulillah, Allah bagi rezeki dan peluang pd kami. Dpt call masa 5 jun, 2 hari before yg visa kami baru keluar. And penerbangan 1 jun smpai 5 jun semua dibatalkan, visa takde. Mmg dugaan tp manis dia masyaAllah. Sampai td pihak andalusia *package aku* ckp masih 6000++ menanti visa mereka.

Dan alhamdulillah aku sekarang berada dlm kapal terbang. Baru lepas mkn nasi lemak. Gila lapar woih. Haha. Menanti masa nak solat dlm plane. Pengalaman yg indah.

So cnclusion nk ckp rezeki nak jadi tetamu Allah ni mmg Dia yg pegang. Trust Him. Have faith in Him. InsyaAllah aku akan doakan kalian depan kaabah kelak agar semua m
uslimin muslimat sempat menjadi tetamuNya sebelum kembali padaNya.