"Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui." [29:64]

27 June 2014

Rindu


ye, ini sambungan tinta. sila jangan baca. takut ada naik menyampah. 

dah seminggu lebih dah balik malaysia. and what can i say, aku rindu sangat tempat tu, rumah Allah. satu2 nya tempat yg berkali2 pergi pun takkan bosan. serius weh. tak perlu sampai nak pergi lawat tempat2 menarik. bila just solat kat masjid nabawi dan masjidil haram pun dh cukup menyeronokkan. Allahu. rindunya T.T

bila mama plan nak pergi lagi bulan dis 2015, aku semangat nak ikut ni. tp memandangkan yg aku pegi tu pun semua 100% mama dan papa tanggung. seriously, sesen pun aku tak keluar duit -..- termasuk beli hadiah utk kawan2 pun duit mama kasi. betapa beruntungnya aku. tp yg akan dtg ni mestilah tak weh. ahahaha. disebabkan itu aku sgt desperate kumpul duit sbb aku ada 18 bulan dr sekarang. mama kata, kalau niat dah baik, nanti Allah permudahkan lah. semoga Allah permudahkan aku *mata bersinar mcm shin chan* sampai nak beli apa2 pun mmg aku fikir penting ke tak. kalau tak penting, simpan utk umrah!

oh cepatlah ada suami nak buat haji pulakkk *tetibe*

setiap perbualan kt sini pun asyik bercerita indahnya sana. subhanAllah. indah sgt tempat suci Allah itu. nanti aku kongsi gambar ye insyaAllah eh. takut terlupa sbb busy jd bibik ni. nanti nak ke melaka pulak. tapi aku sedih bila kat sana aku semangat nak beribadah. tp kat sini iman merudum jatuh. umrah tak mambur ke? entahlah. aku tengah cari balik diri aku. mungkin tertinggal di sana. aku rasa lah. sbb setiap masa nak berangan kisah2 kat sana. sungguh aku rindu. tapi ada satu benda aku syukur yg aku tak lalu dah nak layan twitter, insta, fb dan selayaknya. kira mcm nak bukak internet pun malas ah. tapi tang bukak tv yg rajin. tdo pun makin dh jd sleeping beauty. aherher.

nak kongsi satu benda ni. nak tau banyak2 rukun umrah, mane paling penat? jawapannya saie! kalau tawaf, boleh lah nak buat tawaf sunat, kalau saie kena tunggu umrah baru buat. hihi. rupanya jauh tau siti hajar lari2 nak cari air. ni pun tempat saie tu dh selesa gila sejuk berlantai marmar lagi! haa. lepastu tau tak apa paling susah di jaga? i thought larangan ihram tu susah tp sebenarnya tawakal je dekat Allah. sbb once niat tu, mmg secepatnya buat umrah biar selesai tahalul boleh habis ihram. walaupun masa sampai hotel tu waktu isyak. dan buat umrah sampai pukul 1 pagi. masa naik bilik letak bag tu gelabah jugak ah takut rambut tercabut. punya cuak sampai tak sentuh rambut kecuali nak ambik air sembahyang. nk pakai skarf pun tak pegang rambut! haha. lawak bila fikir balik. rupanya tak susah mana. sbb ada lagi susah.

iaitu nak jaga pantang lepas tawaf wida'. sumpah susah. hahahaa. sbb satu, lepas tawaf wida' tak boleh tdo dlm bilik. padahal ktorg buat masa tu after subuh. padahal before ni balik solat subuh, breakfast pahtu sambung tdo. laa ni tak bleh tdo dlm bilik. to be exact tak boleh tdo dlm keadaan baring. sampai aku nak duduk katil pun cuak. well, imma sleeping beauty remember. bayangkan 2 jam dlm bilik tak buleh tdo. hewhew. second larangan tak bleh ambik gambar sampailah keluar tanah haram mekah. usah kot sbb aku mmg suka bergambar, so solusinya aku off fon! seterusnya tak boleh beli barang, bagi sedekah. yg tu aku okay sbb duit poket dh kosong masa tu kan. kalau tak, yg tu susah gak nak kawal. mau aku kena letak duit dlm bagasi berkunci! hahah. like seriously, larangan lepas tawaf wida paling susah dan mencabar sekali. nasib baik tawah wida' ni buat masa nak tinggalkan mekah. tp mmg sedih ah nak buat last tawaf masa tu. tawaf wida' ni kategori wajib kot. kalau tak buat tanpa sebab dikira dosa dan kena bayar dam. sbb tu ada taklimat pasal tawaf wida' ni. arghhhh rindunyaaa.

semoga Allah perkenankan hajat aku nak ke sana lagi. dgn izinNya :) semoga dpt berjumpa lagi dgn mutowif tu *eh!*

salam sayang,

0 Criticism:

Post a Comment

Tak puas hati? Nak lepas geram? Ledidgo here~