"Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui." [29:64]

08 July 2015

Ujian Atau Anugerah


Hai 10 malam terakhir apa khabar?

Aku tanya apa khabar.

Aku tanya apa khabar.

Abaikan.

Cemana ramadan? Hari ni masuk malam ke-22. Semalam aku duty masjid. duty utk 10 mlm terakhir ni kena jaga iftar sampai lah ke subuh. so after iftar, moreh semua kena tdo masjid lagi2 semua bergilir2 jaga keselamatan. kenapa kena jaga? sbb mmg ramai orang luar iktikaf kat masjid sempena 10 malam terakhir. bawak toto, anak2. seronok tgk derang.

so semalam aku berkesempatan lah merasa tdo masjid. tdo kol 1, bangun kol 2.30 sbb keja jaga for sejam. alhamdulillah semua okay je. tp ak still kena 'berjaga' walaupun tak merayau. duduk baca quran je. 3.30 camtu dh ramai yg bangun. kol 4 imam start buat solat sunat jemaah. mmg panjang. 15 minit utk solat 2 rakaat. tp mmg power aku cakap. sedap. dan alhamdulillah tak mengantuk pun. solat subuh tu lagi sedap bacaan dia. sebijik2. mmg lama tapi bacaan dia mengkhayalkan. dia baca surah qiamah dan tak tahu apa lagi satu. aku dgr ada ayat fajr kat hujung2 tu.

rasa seronok sgt tgk semorang semangat qiam kat masjid. aku pn jd semangat. bersungguh doa nak lailatul qadr kan. lepas tu tadi hari ni aku keuzuran. kaku sebenarnya sbb  baru semalam beria mintak. tapi Allah bg cuti pulak. Allahu. yg sebenarnya aku nangis dekat toilet. sbb uzur masa 10 mlm terakhir. every puasa pun mesti aku kena akhir2. lagi parah sebenarnya ikut jadual bkn hari  ni pun. kiranya aku tak bersedia langsung mental fizikal. tp nak buat cemana. anugerah kan? ke ujian?

depends on how you take it.

mula2 rasa cm ujian. ujian apa Allah bg bila aku minta lain, dpt lain. lepastu mengadu. lepastu dpt nasihat. uzur ni kan anugerah. uzur bkn bermaksud takley beribadah langsung kan? banyak je ibadah lain. baca terjemahan, berzikir, mathurat. kan? banyak je. cuma kena rajin bangun malam walaupun tak boleh solat, tak boleh baca quran.

kita masih boleh buru malam terakhir. 

dont worry, smile. teruskan berdoa ya!

selamat menikmati hari2 terakhir di ramadan kawan!

salam sayang,

02 July 2015

Checklist Ramadan


Rasa baru semalam 1 ramadan. tau tau je ni first post bulan julai. takde kaitan kan? dah lah post jun seketul je *emoticon tangan di bahu* eh dari tak adaaa. tunggu nanti aku dah 3rd 4th year nanti naip ke idak. well siapa nak baca blog zaman ni? *emoticon monyet tutup mata dan mulut*

okay malam aku menaip ni dah masuk 15 ramadan. OMG dah half month pun kita puasa. masa memang berlalu cepatnya omg kau berlumba ke hapa masa oii? so how your checklist going? please warm up because we're going to sprint masa fasa akhir ni wui! woot woot.

so this is my checklist ramadan.

quran so far ikut hari. means dh 14 puasa, dh baca 14 juzuk. i start with juzuk 25 because masuk group odoj. group ni sebenarnya really helpful tau. kalau orang2 berperangai terox mcm saye ni lah, selalu malas. kiranya gp ni as a booster gituu. tp sebenarnya seeloknya lah kan dh nak masuk 15 ni, aku patut terbang ke juzuk 18, 19 dah tau. well sebab perempuan kan ada hari cuti. kang lompang susah nak kejar balik. tapi biasalah dah namanya shasya mmg liat. baca nak cukup je. hewhew. well, im leraning bro im learning. yg penting ikhlas!

next terawikh. how how? bagi aku lah, aku sangat pentingkan terawikh ni as hello bulan ramadan cuma tigaploh hari je bro. kau ada 11 bulan tak payah solat tarawikh, setakat sebulan jgn lah culas sgt plis! yelah kang rindu takut nak solat terawikh masa bulan zulhijjah parah gak tu. takpun ni last ramadan kita, so far, aku ponteng 2 kali solat terawikh sobs. sbb dua kali tu iftar luar so sampai bilik mandi semua dah pukul 11 pastu penat huhuhu. nafsu malas leni. padahal kalau hendak seribu daya, jgn bg seribu dalih yedak? terawikh aku kadang kat masjid uia, masjid rumah masal awal2 puasa dulu, kdg terawikh musolla asiah je. and new one, tadi terawikh dalam bilik dgn rumet tetengah hall tu. bagi2 giliran imam. aku imam 4 rakaat last. ketaq lah shasya. hahaha. tapi seronok ada experience tu. walaupun 9.15 dah habis dh nama memasing bukan hafizah maka baca surah pependek jela! hewhew.

iftar pulak kebanyakannya aku iftar kat masjid. free pun free. lepas tu boleh terus solat terawikh sana. aku dh 3 kali berbuka kat bilik, dan dua kali di luar. apa yg aku peratikan, iftar kt masjid ada berkat kot. sbb makan nasi pun mmg utk hilang lapar. so nak solat perut pun nyaman ajew. ni bukak kat bilik dah tahap melantak. pastu terawikh rasa makanan naik ke tekak. pebenda wehh. haha teruk naw. kalau luar pulak just nafsu nak beli makanan bebanyak bawak balik terox nanang jugak tu. ahahah. tunggu lah esok aku nak bukak kat melaka pulak weehuuu!

 okay so conclusion jom nikmati bulan ramadan. bulan di mana kau di wajibkan puasa, ada terawikh, eager nak khatam quran. jom lah rasakan ni betul2 ramadan. biar ada perbezaan. bulan lain manade nak wajib puasa. tetiba syaaban ada terawikh pun pelik jugak kan? jom nikmati dan jadikan titik tolak penghijrahan menjadi yg lebih baik mungkin kan? bak kata pu hafiz *kot lupa pu mana kata*. 

"Kita ni hamba Allah atau hamba Ramadan?"

means jangan berperangai malaikat hanya di bulan ramadan. peace. goodnight.

Salam Ramadan,