"Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui." [29:64]

31 December 2012

kepadaNya jualah kita kembali.




jumaat lepas, ramai especially budak smss terkejut dan sedih dengan kehilangan kak ezy batch [v]. walaupun aku tk rapat dengan arwah kan, tapi aku jugak terkesan dgn perkara itu. arwah baru berusia 19 tahun. arwah meninggal kerana lemas. arwah jugak seorang pelapes anggota laut? itu aku tk pasti tp aku ada terbaca. senang je kan Allah nak tarik nyawa. tk kira usia atau pun mcm mana, kalau ajal dh sampai. without a second late, kita tetap akan meninggal. macam steve dalam crocodile hunter lah. banyak kali buat program dengan buaya dan ular tapi akhirnya mati disengat ikan pari. ikan yg lebih kecil daripada dia. kun fayakun kata Allah, maka jadilah ia. tidak ada sehebat kata-kata Allah.

wa ila hi tur ja’undan kepadaNya kita kembali.




maut, ajal tak kenal siapa kita, menteri atau pun tan sri. tak kenal berapa umur kita, muda atau pun tua. tak kira dimana kita, rumah ataupun di jalan raya. ajal tetap ajal. maut tetap maut. boleh kira aku mati esok. boleh kira ini post aku yg terakhir. aku jugak tk tahu bila aku mati. semua rahsia Allah. bila nampak seseorang yg dekat dengan kita telah pergi menghadap Ilahi, aku jadi takut. aku takut bila maut menghampiri aku. tapi aku tk boleh elak. mati itu pasti kan.

tapi apa yg lebih menakutkan aku, cukup ke semua amalan aku nk dibawak ke sana? dapat ke aku menjawab soalan mungkar dan nangkir? mcm mana keadaan aku masa dalam kubur nanti. Ya Allah, semua menghantui aku. aku takut jika aku mati bukan dalam keadaan aku yg bersedia. tp bila masa kita bersedia utk mati? janganlah kita menunggu tua untuk bertaubat. kalau bayi pun boleh mati. apatah lagi aku yg berusia 18 tahun. usia bukan pengukur kematian. semua tahu. tapi bukan semua mahu memahami dalam erti kata yg sebenarnya. mcm mana kalau aku mati dalam keadaan yg tidak sempurna mcm accident? na’uzubillah, mintak dijauhkan but still, aku tk tahu mcm mana cara aku mati.

kalau aku meninggal nanti, ada lagi ke saham aku kat dunia yg boleh menambah pahala aku kalau aku sudah ke alam barzakh. and haa, mcm mana dosa aku dekat papa mama aku. dekat adik-beradik, family, friends, teachers semua? aku bukanlah manusia sempurna tanpa dosa. dlm tidak sedar, mungkin aku buat dosa tanpa sedar, dosa yg tidak aku sedari. mcm-mcm berlegar dekat kepala aku bila fikir pasal mati ni. mcm mana nanti dekat padang masyhar, neraka ke syurga. Ya Allah, takutnya. kt mana tempat aku kt akhirat nanti. well, siapa nk masuk neraka kan? tapi apa usaha kita nk masuk syurga kalau kita masih nk banyakkan dosa? serabut fikiran. layak ke aku bergelar ahli syurga sbb aku tk sanggup ke neraka. semua terletak atas dosa pahala aku sendiri. semua terletak pada kita sendiri untuk mengubah segalanya. untuk kita ramaikan umat Islam menuju ke syurga. Amin Ya Allah.

al-Fatihah untuk arwah kak ezy. moga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang beriman disisi Allah.

p/s : insaf bukan untuk sementara tapi untuk selama-lamanya...

salam sayang penuh keinsafan. 

here we come 2013.


selamat jalan awak. will miss you!


now is pukul 12 plus plus pagi. today is 31 dis 2012. a few hours dh nak masuk tahun lain. tahun 2013 :) *mana kelendar maya punya kiamat huh? al-Quran kn dh cerita semua* haih. kenapa aku mengeluh? hendak menempuh tahun yg lain kah? banyak kenangan aku tahun 2012. setiap tahun menyimpan kenangan kan.

tahun 2012 memberikan aku kenangan kegembiraan keputusan spm. even thouh tk straight but it worth. dpt pegi mini konvo dgn ahli genesis yg lain. miss them much much. tahun ni jugak aku bergelar budak cfsiium. aku berusia 18 rupanya. aku kenal ramai kawan. ana, fza, tra, shera, dira and banyak lagi. tambah lagi ada ain yg teman masuk uia. aku bahagia dekat uia. uia banyak sgt mengajar aku berubah ke arah kebaikan. and aku dpt result first sem dekat uia yg memuaskan even though once again tk 4 flat pun. banyak sgt kenangan kalau nk diceritakan.

but by hook or crook, esok tetap masuk 1 januari 2013. aku sangat berharap 2013 can be my precious year like many years passed. Aminn. and i hope i can achieve my azam too. azam who? azam pitt? shasya, stop merepek -.- okay, aku nk sediakan azam 2013. sebenarnya kan sangat lah jarang aku nk buat azam nie bagai. but i want to do it because i think it can motivate me. kot kot dapat berubah ke arah yg lebih baik kannnn. so here it is.

  • dapatkan dean’s list dalam setiap exam semester.
  • loose some weight. wuhuuuu. ain and my roommates will absolutely help me right?
  • mewajibkan solat dhuha and hajat. and perbanyakkan solat sunat yg lain
  • must read al-Quran everyday. habiskan bacaan tafsir jugak.
  • sentiasa menutup aurat walaupun hanya pegi tempat dekat-dekat tk kira in uia or anywhere. bukan muhrim tetap bukan muhrim walaupun jiran sebelah!
  • nak jadi budak rajin lebih2 lagi dekat rumah.
  • nak bangun awal tiap2 pagi walaupun hari cuti. tk nk terlebih tidur dah. penat.
  • nak jadi anak yg berjasa kat mama and papa. tk mau lawan2 cakap family. so tough for me!
  • nak kumpul duit bebanyak. nk buat hantaran kawin. oh, bab kawin itu gurauan tp hmm, cm best je
  • nk skating dekat sunway and pegi sunway lagoon.
  • nk buat trip keluar dgn kengkawan.
  • nk perbaiki bahasa drpd kasar ke lebih sopan.
  • nk jd muslimah yg berguna di dunia dan akhirat.
  • istiqamah dalam setiap perkara yg baik.
  • tknak study last minit. nk kena study setiap hari and haa, make some notes jugak.
  • nak berbaik dengan semua orang. sy kan suka berkawan.
  • nak jadi lebih aktif dari pasif.
  • and haa. lastly, tknak bercinta dgn lelaki. nk cinta Allah dan Rasulullah ^^

whoseyhh. banyak jugak ek. tapi no worries. i have 365 days to go. a longggggg journey to survive. please pray for me. harapnya semua azam aku tercapai sebelum aku buat another azam 2014 pulak. Aminnn.

hai awak. nk kenal boleh?


p/s : meluat tgk drama sekarang. menjerit je banyak. bingit sehh. *tetiba

salam sayang,

just be yourself


hipokrit? kenapa nk kena jadi hipokrit? kenapa nk kena jd org lain? kenapa nk kena jadi budak jahat? kenapa nk kena jadi budak baik? kenapa nak hidup atas pandangan orang lain? kenapa tknak jadi diri sendiri?
                                                      
yes, the best people is the people that act the real life of themselves. kita adalah kita. tak perlu menjadi orang lain. mencontohi perkara baik itu memang elok but then, kita tak perlulah act like someone else. sometimes when i found the great girl, i just hope to be like her. bila jumpa seseorang yang peramah banyak kawan. aku nak jadi mcm dia so that aku pun boleh dpt banyak kawan jugak. it’s just not that i hate myself but i think someone is better than me and i have nothing that can be proud of. i have very low-confidence in me.

kadang-kala aku berangan.
bestnya jadi org hot. semua org nk dekat.
bestnya jadi org peramah. semua org nk kawan.
bestnya jadi anak yg baik. semua parents dok puji.
bestnya ini, bestnya itu. haihh

rimas. rimas sangat bila kita teringin nk jadi org lain. sebab bila kita menjadi org lain, kita nk orang tgk yg kita ni baik apa semua. the real is kita hanya nk menunjuk dekat orang lain je. the truth about diri sendiri masih sama. kenapa nk kena tunjuk dekat orang lain. dia bukan tiket untuk kita hidup di bumi ni.

and now, i realise, bukannya best pun dapat jadi org lain. aku adalah aku. mungkin aku baik tk seperti org baik yg lain. sebab ini memang diri aku. mungkin aku tk punya banyak kawan tp semua kawan aku the best. mungkin hidup aku tk seindah orang lain tapi Allah dah tentukan hidup aku begini. Allah telah menciptakan sebaik-baik kejadian. the best thing is grateful. bersyukurlah kepada Allah atas segala kurnianNya yang tiada tolok tandingnya.

anything positive, grab it. sebenarnya kan, kita bukan nk jadi sangat seperti orang tu tapi kita nak perangai dia, anything lah. but then apa kata kau just jadikan dia idola yg kau boleh contohi. bagi aku, nk jadi org lain pun jgn sbb org lain yg nk tgk. tk kekal pun kalau mcm tu. baiklah berubah ke arah positve agar kekal walaupun takde org nampak. org pernah ckp. nk tgk perangai sebenar org tu, bila dia melakukan sesuatu yg spontan. paling senang bila terkejut dan melatah. perkara apa yg terkeluar dari mulutnya? adakah dia mencarut? istighfar? or anything else. err, kalau aku melatah ‘oh mak kau’??

so aku nur syafiqah yasmin saipullah adalah diri dia sendiri. buka fauziah ghous bukan sesiapa. bak kata mat luthfi : just be yourself :)

bila aku menulis, aku malu nk baca balik sbb aku rasa aku merepek je kt atas ni. hahaha. siapa paham apa aku tulis ni, memey respek lah bro!

this is not me :P

salam sayang,

28 December 2012

coretan panjang kerana rindu!

sini, dengar aku membebel. banyak aku nak membebel. aku tk tahu nk membebel kt sapa. baik aku bising kt blog. sebab aku nk bising lama, nk coret panjang. at least tkde sape nk bebel blek kt aku. am i right? okay, aku tengah di tahap kerinduan yang melampau. aku rindukan apa? asal nya kerana aku baru lepas belek buku budi edisi ke 36. yes, buku budi tu buku sekolah. smss. aku rindu zaman sekolah menengah aku. paling utama, aku rindu family aku di sana, genesis! please bagi aku peluang nk luahkan segala benda. aku nk cerita semua yg aku tahu dengan bebasnya. tanpa ada siapa nk halang.

2007, aku form 1. aku masok smss, atas tajaan ys - yayasan sarawak. tk peliklah kalau jauh sgt haa aku terbang. 10 januari tarikh keramat. sebetulnya, aku malu nk igt masa form 1 especially masa minggu orientasi. no wonder lah, aku tk igt apa2 pun sekarang. muahaha. tu zaman memalukan. first day school, aku pkai baju sekolah tk beriron, sbb bangun lmbat. setengah tahun aku pegi prep pgai bru kurung renyuk tk beriron. tu lah namanya zaman hingus meleleh. bukan sbb tk tau iron, sbb aku tk reti jaga penampilan. sebenarnya betul lah tu, f1 baru aku reti iron. sbb kt rumah, org gaji ironkan baju sekolah. mmg mendidik aku jadi berdikari dan tak selekeh. drpd tk kenal kasut prep dh pandai beli kasut prep. dh pndai pkai stokin kaler2. dh pndai perfectkn tdung pkai starch. bhasa dgn kwn sana pun skema smpai aku kena ejek sbb nya aku guna saya-awak. haha. aku mana reti guna aku-kau. sekarang hambek kau berdas-das punya keluar. classmate is our housemate. semua classmate aku tu dak perwira ah. mana lah tk ktorg packed!. 3 tahun bersama. masa ni aku keluar perangai gatal aku yg gilakan lelaki terutama abg senior. nk listkan pun berjela jela sehh. haha, tk mampu. tp confirm classmate aku kenal abg akp. haha. siapa dia. biarlah menjadi rahsia perwira-usher. masa f1 jugak aku kenal dgn cinta monyet smpai aku bercinta dgn monyet kt hutan nuu. masyaAllah syaa. masa ni semua pakat nk mencuba jd librarian, prs, koopian semua. masa ni jugak aku start ada handphone and bawak pegi skolah. haha. sorry warden, langgar peraturan. masa tu aku guna no 013-282.... aku igt part tu je no lama aku. apa lagi ehh? ada lagi benda best ke? igt cikgu kh kita? yg suka mencubit tu? haa, now i forgot her name. cikgu apa eh? garang tp sportig. mcm mak mak je gaya. haa, masa ni aku rapat dgn nad dgn dura. ain masa tu buat group lain sbb dia tduh aku curi pemadam ke ink pensel. tau knapa dia tduh aku? sbb aku dok sblah dia. dan sbb itu, dia pindah duduk. haha. masa tu ada lah jugak kecik hati. tapi bila pikir sekarang, rasa nk gelak tergoleng. ada jugak pergaduhan antara lelaki prempuan sbb hal ejek nama bapak. ayokk, smpai cikgu tahu! smpai ada org tu nk bwak pistol ayah dia nk tembak. haha. so childish. ada lagi satu insiden, masa hari keusahawanan, kelakar punya. bob pegi jual krepek rm1 utk 10 paket. muahaha. kena marah! and ketua kelas masa tu amal, dia fedup dgn ktorg so dia letak jawatan. ain jadi ketua lepas tu. haih, kenangan f1, tkkan padam smpai bebila.

2008 - f2 time. haha. masa ni lah aku start BELAJAR guna aku-kau. konon gaya gangster lah. padahal biasa2 je pun. masa ni ktorg makin rapat dgn classmate. kelas pun cantik. ada karpet bagai. mana nk cekup kelas ada carpet wehh! tp kena curi! suspek, batchmate kelas lain lah. masa ni kelas wira rapat ngn dak deka dgn lima. sbb lawa kt bawah tingkat sorg2 dgn budak f1. ohh, dh ada junior dh nie, eheh. ada title hakak kau. tp dak boys dh mula tnjuk belang dorg. keluar fly, smoking dh jadi benda lali dh. dorg rapat gk dgn budak f4. selalu kamceng nk buat jahat. dua2 pun honeymoon year kan. smpai masuk paper belasah budak luar guna besi. tu lah, fly lah lagik. apa lagi benda best? haa, aku dpt jadi prs masa ni. dan bergaduh pulak dgn amal. smpai aku menangis kau. yelah, gaduh dgn classmate and dormmate. tk gila namanya tu? smpai amal mengadu dekat bf dia pasal aku. hahaha. kelakar tau igt balik. hah, cinta monyet lagi. ohh aku, dh pandai dating dgn senior. smpai kena tangkap dgn badar f5. malu gilaa. siap ada kakak f5 jeles dgn aku. zaman monyet betul lah. malas nk igt. tu lah namanya zaman jahiliah. zaman ni jugak, ada kes histeria terlampau. aku, Alhamdulillah selamat bertahan dlm AH. akademi hantu. haha. tinggal aku, aliah dgn ain je hari jumaat tu. yg lain semua dh cabut dah. masa ni jugak ustazah mek ana mengamuk dgn dura sbb tido smpai dibalingnya duster kt dpn tu. mana tk kalau bercerita sekarang, ktorg akn ungkit benda tu. masa ni jugak, ain digelar penjual ikan busuk sbb dia selfish yg teramat. nk pandai sorg2 smpai snggup belajar dlm tandas! ain jugak pernah gaduh dgn semua classmate girls sbb dorg habiskan air yg ain bekal. haha. aku neutral tk pihak sesapa.
2009 - zaman nk pmr ni. masa ni bond classmate trsgtlah kuat. dh 3 tahun kami sekelas, go usher! belajar pun sesama. kelas pun dh tersusun buat grouping meja. lagi galak kami bergosip. duduk pulak dpn meja cikgu. igt cikgu geografi "rujuqlah buku". zaman kena tegur oleh madam sbb gaduh manja dgn amal. zaman tgk alahh, comelnya cikgu kartiwani. kena denda dgn cingu shahrul sbb aku TERlelap. aku sumpah kaki tido dlm kelas wehh. pantang lepa sikit, mulalah nk tersengguk. paling best ukur meja. belajar dgn ustaz syed pasal agama. terigt soalan rongge, "boleh tk sodom kt bilik ikut imam bawah" soalan paling kelakar weh. and kes jugak dja gaduh dgn hilfi pasal hal duty sapu sampah. biasa lah. sometimes girls rasa tk adil bila mana asyik ktorg je kena sapu! maka dja pun tensyenlah smpai ktorg kena panggil dgn ustazah syima dan kena isi borg keeskan harinya. tp aku rasa borang tu konon nk gertak je. masa ni ktorg stayup tk igt dunia lg2 dekat nk exam. dh nk pmr kn. kenalah stayup bagai. aku dgn ain lah khususnya. stayup dekat study room mcm nk gilaa. smpai tk tdo pun ada. lg2 masa nk kh. aku poyo nk lawan kh ain padahal dia anak emas cikgu anifah, cikgu kh ktorg. pernah sekali, aku dh letak letak air kopi, fon, buku semua dekat study room. p ain tk trun lg. confirm dekat dorm aku sbb ain mmg ahli dorm aku yg ke11. tmpat dia kt katil aku lah kan. kalau tkpun, aliah. aku masuk dorm tgk dia cantek punya landing kt katil aku. padahal trial kh esok ni. dia pun kata "jom sya tdo jap. kol 1 kita stay up" aku pun on je lah. esoknya haru baru bangun pukul 5 lebih. bnyak lah ktorg punya stayup. haha. masa jawab kh tu mmg tawakal habis siap aku nazar lg kalau dpt a. sbb kh aku be4 ni susah dpt a. akhirnya kh aku masa tu a ckup2 mkn. happy gila. sejak tu Alhamdulillah kh aku a memanjang. sekali je aku dpt tnggi dari ain and highest dlm kelas. bangga sikit lah. tp masa tu soalan 30 je. aku tk igt tu exm apa. selepas aku tempur exam dgn angka giliran WP037K055. habis lelah, ktorg kena jadi org gaji kt sekolah, eh tk lah. buat kerja amal bersihkan sekolah dan zoo negara! malas nk bukak cerita dekat zoo, tu kena cerita sesama ain dgn sarah. kisah abg angkat, kakak yg mencarut, ptong carrot smpai darah, masuk bilik dingin beku membayangkan dekat iceland je gayanya, tumpahkan gula merah, jumpa tikus dekat stor! semua tu kenangan terindah ktorg bersihkan dapur zoo!! and Alhamdulillah jugak ramai diantara kami dpt straight a for pmr. haa, masa ni lah tertubuhnya nama genesis. padahal cadangan zephyr, zenith, zealous. last2 genesis yg menang bersama moto kami zealously to the zenith of success. go genesis 0711.
2010 - wohoo, aku dh f4 seh. masa ni kelas gabung dah. campurlah antara rumah2. masa tu sumpah janggal. yelah, 3 tahun classmate sama rumah perwira alih-alih kena sekelas dgn rumah2 lain. siap janji dengan kawan kelas lain, masa nk lunch nty tunggu. mula2 mmg janggal nk mampuih lama-lama semua okay dah. tkde puak dh. sbb genesis kan satu umpama satu malaysia. aku dpt kelas 4 maju. terpisah dengan ain, amal, dja semua. masa ni aku bwat gang baru iaitu al-an. nama islamik tau. geng aku ada sara masiah, atikah mahadi, dila dgn syairah. tu lah geng ktorg. tp tk bertahan lama. bkn ukhwah. tp rapat tu bertahan sbb pertengahan semester, semua tinggalkan aku. ktorg di streaming blek menyebabkan dila and syairah masuk jaya, tika and sara masuk setia. tinggalh aku sesorang. masa ni, aku rapat dgn dja, zati, byha apa semua. penat nk belajar subjek baru. mengenali subjek killer bio, phy, chem and addmath. tkde mkne sgtlah honeymoon year kn. huhh. ada jugak ckgu bm ktorg yg suka bercerita iaitu ckg md noor. galak gila dgn cerita dia. tp itu yg buat ceria. masa ni jugak timbul kes anisah. kalau aku cerita bulu roma aku meremang so aku decide tkmau cerita. kes dia tk suka nama aku, warna pink. pendek kata semua berkaitan dgn aku lah. smpai jd kes warden kejap. masa tu boys caring for a while. tanya aku okay ke tk. smpai aku menangis dekat lab bio. john pujuk aku masa tu. haha. semua aku igt. teringat dekat teacher bio ktorg. haru je. haha. teacher alice. isn't? aku paling suka bila tgk lcd belakan lab bio sbb aku akan pilih meja depan dan aku akan tdo! haha. evil kan. pernah cikgu tu buat kelas smpai pkul 6 sbbnya dia kata hujan. tkut ktorg basah blik dorm. smpai aku nangis. sara pun nangis. masa tu puasa. so kenalah cpt nk siap nk bukak kan. haha. masa ni aku tersuka dekat seorang ni. lawak gila bila igt. masa last exam ktorg is exam standard semua sbp. so adelah korek2 dr sbp lain. dptlah soalan bocor. tk dpt soalan bocor, mana hidup beb. heheh. masa ni addmath aku dpt d. sedih sgt. sbb aku suka addmath. tp ntah, kurang usaha mungkin. hmm. and now turn to f5!
2011 - trikh krmat nk amek spm plan mmg nk jadi budak baik tanpa kes. malangnya cikgu2 dpt tngkap satu kes masa ktorg f4. disebabkn tu, ktorg kena black list dgn cikgu2. masa tu sensitif. semua sedih. girls lah. yelah, student mana tk perlukan guru? tp ktorg buat kes jugak. ckgu pun ada perasaan jugak kan. tp salute, ckgu tetap mengajar ktorg tnpa pilih kasih. thanks to all teachers. without you all, sumpah merana ktorg. masa ni pressure gila nk kena kejar semua benda. homework lagi. study lagi. lab lagi. huh. smpai ktorg ponteng riadah nk siapkn hw. masa ni kn pengetua ckp dh tkde prep ptg. tp f5 je ada. mestilah ada. cikgu bnyak nk ajar. sabtu pun mesti ada kelas punya. smpai aku menangis dpn ckgu md noor nk mintak blek hari sabtu sbb along nk tunang. hahahak. tersenetip jap bro. cuti pengal dgn petengahan pun ada je homestay skolah lain join ktorg. pling best, cuti pertengahan lah sbb ktorg buat dekat upm. best gila. bilik 2 org je. kaler pink pulak. masa tu lah aku berangan nk masuk upm. tapi haru nk bangun pagi. kalau sorg tk bgun, lingkuplah gaya. haha. last day tu pling ktorg lmbat bangun. haru je.  siap ada girls nk fly pegi tgk muay thai kau. aku tk pergilah. dgn alasan munasabah musabab aku mama tk bagi keluar mlm. betul okay. moto genesis dh bertukar. zealous succes. mcm2 berlaku dkt ktorg. gaduh dgn f4 lah. smpai ckgu su selesaikan. kesian ckgu su tp ktorg tau dia sygkn ktorg. hehe. nangis sakan aku masa mintk maaf dekat cikgu su. nmpak noo bnyak dosa. haha. tahun ni jugak aku gaduh dgn john sbb dia annoying -.- sungguh. smpai spm bru mintk maap. skrang tk gduh2 dh. insap. masa pling best, dekat nk spm. f5 semua letak satu level. lg pack ktorg nk bsing apa semua. aku siap main badminton dgn zati mlm2!! haha, hilang tension. esok nk exam paper pn, aku dgn ain masih stayup. bak kata ktorg. tk pyah nk tdo awal sgt. habis exam tdo lah puas2. aku trtdo masa stayup bio. patut pun b. hahaha. alasan tk dpt a. aku pling benci phy alih2 spm dptlah merasa a-. rezeki Allah nk kasi :D teringat malam kasih selaut budi apa-ke-ntah-namanya. dgn ckgu yg masih boikot. skit je yg dtg masa tu. semuanya dh jadi kenangan dh pun.
see, panjang kan coretan aku. ni, nk campak gmbar pulak. semua tetap menjadi memori terindah. aku berharap sgt, bond genesis tkkan berubah, tetap erat. aku trbayangkn apa tau. wujudnya rumah asuhan genesis. genesis yg kerja semua bleh hantar nak dekat situ. sbb aku berharap sgt yg hbungan genesis bertahan smpai ke anak cucu. smpai anak cucu tu pun kenal genesis yg lain ibarat satu family besar. mcm anak aku nanti kenal aunty ain, kenal uncles and aunties genesis. boleh buat besan ke. bhahaha. over sgt ke angan aku nih? yg penting genesis is a big family :) ilovegenesisbagainakgila. 2 jam aku dpt kumpul memori 5 tahun aku.









salam sayang,

26 December 2012

aku cinta siapa? hlovate?


sape tk kenal hlovate? memang nk kena benam paya belakang sekolah. joking. tu line in novel dia. yup, hlovate ni penulis but still aku tk tau dia ni laki ke perempuan? siapa tahu? tp firasat aku macam lelaki. hurmmm...

aku kenal hlovate. aku pernah baca novel dia tp utk membeli. oh tidak sama sekali. aku tk tahu kenapa. aku mmg tanamkan dlm diri aku yg aku tkkan beli hlovate punya novel. if baca novel dia sumpah tk bosan. aku penah baca aa+bb lamaaaaa duluuuu so aku tk igt dah. masa f5 aku sempat baca rooftop rant. aku jatuh cinta dah dgn watak dlm tu dgn hlovate hlovate sekali aku terjatuh. tp still tu org punya sbb aku tkkan beli.

malangnya hari tu masa aku beli novel dr pakcik aku yg dia letak semua harga novel dia rm10, aku terjumpa novel hlovate - tunas. yes, tu the first novel hlovate aku ada. and tadi baru habis baca. dan aku nk ckp aku jatuh cinta lagi sekali dengan watak dlm tu iaitu benz sekali angkut hlovate. malangnya aku bukan addin. so hari ni keluar pegi 2 kedai buku nk cari balik aa+bb. malangnya tk jumpa lagi. tkpe, aku akan teruskan lagi tekad aku mencari!!!




nampak? sekali dh baca karya hlovate weh, rasa nk kumpul dgn tuan2 dia sekali. nk kurung dalam bilik bawah tanah. bila aku baca tunas, aku rasa aku kt dalam novel tu sekali. tk tipu. aku rasa aku melalui zaman tu. gaya pnceritaan, dgn bahasa2 dia guna mmg type aku lah kan. bahasa pasar yg mmg aku guna start sekolah kt smss dulu. aku rasa sedih ada part addin nangis sbb benz. alah, dekat mall tu. dia tkde cintaa cinta mana tp aku boleh ckp kisahnya sweet. aku suka sangat watak addin. so . . . ntahlahh nk ckp mcm mana. tp i loikee. oh, i'm in love again with addin pulak. wehuu.

aku dapat rasa the value of friendship yg dorang tnjukkan. lagi mags 7 tu. im, juki, air-jee, a-cid, lee, eady and sape sorang lagi? haa, k-oi. suka lupa org ketujuh tau. takde cintan-cintun dorang ni. sangat menghargai persahabatan yg terjalin. walaupun penjenayah sekolah. ohh, aku rasa aku nk join. mana nk dapat? dah lah raja buat hal dekat kolej, tapi jemaah tk tinggal woo. ayat dorang berbual pun kelakar habis. bagi aku watak semua hidup!! bak kata a-cid, "i'm Panah Arjuna. i spread the love." ayat tk boleh blah. nk buat aku jatuh kali ke berapa?

pesanan penaja. siapa ada aa+bb? nk jual tak? ke sapa tahu mana ada?? gila terdesak mencari ni T.T ouh hlovate. aku jatuh lagi. rasa nk buat novel kau jadi bantal peluk aku!!

salam sayang,

19 December 2012

twilight and novel story.


twilight - yes, akhirnya hari ini aku berjaya tengok movie tu. tamatlah rekod 5 series twilight yg di tayangkan di cinema. aku berjaya habiskan yg terakhir ini walaupun lambat, nk dekat sebulan movie ini di tayangkan. penat membebel tiap2 minggu nak tengok tp dugaan yg datang mmg wa cakap lu lahh. JENUH!! and tadi was awesome :D ending yang menarik. masa lawan tu perghhhh, rupanya bayangan masa depan. berani mati lawanlah. confirm lah voluntri tu tk lawan punya. kisah alice pegi brazil cari vampire. paling lawak aku baru tahu banyak rupanya kerabat vampire sampai ke amazon sana nuu. and renesmee was cute!

bermula dengan coincidence aci redah pegi wayang dgn angah dan kakcik tp tk plan nk tgk movie apa. aku cadangkan masa tu tk silap madagaskar tp confirmlah angah si memilih reject awal2 (aku nk tgk santau pun kena reject dan dipaksa tgk movie cina!) dan last2 bantai je lah tgk cerita twilight yg pertama tu. masa tu tk tau pun cerita apa. lepas habis, hmm not bad. lepas tu, setiap series aku mesti cari masa nk tgk jugak walaupun bukan dengan angah. daripada awal sampai akhir, edward bkn menjadi pilihan aku. sbb aku suka serigala (bak kata charlie, big dog) si jacob. uuuuu si taylor lautner ^^. tp kalau nk cari family cullen aku suka charlise dgn alice. paling aku suka, aro and the brothers. ugly and creepy!!

novel - ambik duit plan nk topup dan beli satu novel. tetapi berakhir dengan dua novel di mph. tu pun bukan yg plan. dalam plan nk beli novel lain. last2 tk bertop up lah fon. bagi fon rehat secukupnya. takde pakwe nk text, Alhamdulillah. kalau tk, rugi aku. malam ni pulak pegii rumah dakdot nk borong novel. udak is dulu tauke novel sebelum tutup kedai. dia jual novel for rm10 each. untung kot. i chose three of them. dh bayar apa semua udak is dtg balik and give me two more for FREE. ahahahhh. seronok bergolek-goleh. terima kasih daun keladi :) nk kena habiskan 7 novel before balik cfs on 18th jan 2013. fighting syaaaa.

akibatnyaa balik dari the spring terus pengsan. dengar azan but i can't open my eyes. the phone's alarm ringing tapi aku hanya mampu padamkan. nk bukak kipas pun tk larat. last2 bangun kepanasan dan solat asar 20 minutes before maghrib. isy isy isy, anak dara apa ni -.- masyaAllah. insaf syaaaa.

salam sayang,

18 December 2012

plaza merdeka, the latest mall.



mall ni paling terbaru buat masa ini. official launching aritu pada 12.12.12. poyo :3 parkson dia pling besar kalau nk dibandingkn dgn mall lain. located depan padang merdeka. semua golongan tk kira tua dewasa kanak2 sengkek sederhana mahupun kaya tahap gaban boleh datang sini. terletak dekat dengan waterfront. tmpat pelancong datang. dikelilingi hotel2 di sarawak. dan seberang sungai sarawak itu ada kampung2 melayu tinggal. tk hairanlah banyak peminat yg dtg. tp kalau yg nk shopping lah syok dtg. butik banyak. nk enjoy? wayang, boling semua takdak. kalau nk enjoy sgt bawak bola sepak pegi main dekat padang merdeka seluas padang jarak padang terkukur. err, kalau tk malu lah. ke ada je yg main situ? haha. 

okay back. masa dtg pukul 9.30. parking semua pakai sensor nk detect dh ada org parking ke belum *salute* tnggu parkson bukak pkul 10 tp 10.30 baru bukak *clapclap* jejalan kejap. tgk food heaven ada jual apa. carik surau ada mana. ada, kecik je. tp sejuk. the spring mall lg kecik dr ni tp surau agak besar. my conclusion. berapa besar pulak surau dekat future city one, mall pling besar dekat sarawak and paling dekat dengan rumah aku. yeay. i'm the queen of city ne later. paling aku kagum kat sini air pancut hiasan dekat main lobby tu. aku tk pernah tgk kt memana lg. seriusly cantik. aku terkagum. mulut tenganga. nasib lalat tk wujud. tktau nk gambarkan mcm mana. kreatif airnya.

lepas sejam parkson pun bukak. jejalan tingkat bawah. lepas tu naik guna escalator yg tk gerak. lepas tu jatuh. oh noo. malu siottt *blushing* then mama ckp "pilihlah blouse mana nak" dan i'm thinking. vosyehh, zaman tshirt dh berakhir. sekarang zaman blouse and handbag tetapi handbag tajaan mama mampu. kalau nk pakai yg mahal. nk beli sendiri? duit gaji tk masuk2. hee. last2 aku hanya pilih seluar slack dengan stokin hitam utk kelas nty manakala kakcik dgn mama angkut blouse. ye, sy tahu sy humble. ade ke yg ckp??

lepas 2 jam dlm parkson, ktorg pun dh lapar and lunch dekat tmpat my favourite food iaitu pizza hut. seriously aku SUKA CINTA pizza tahu. and aku habiskan 3 and half slice pizza, the regular one. banyak kann. kenyang wa ckp luu. then turun everise beli brg2 rumah. bak kata mama rumah tkde biskut. org dtg tk tau nk hidang apa. nk beli case letak barang make up berharga rm6.90 kena reject dgn mama. mama kata mama bnyak dekat rumah dan mama pn sebut jenama2 yg terkenal. masalahnya corak dia tk cantik. aku masih muda, aku mahukan corak love2 warna pink tu T.T biar murah asal puas hati. dan aku jumpa coklat willy wonka. wujud rupanya. charlie and the chocolate factory tu betul lah kan? johnny depp yg hensem tu??*ehemehem* and masa balik tu jumpa lai, my cousin yg kerja everise. gaji dia lg besar dr gaji aku masa keja airport dulu. tk menyesal berenti. bulan 12 ni dh penuh dh pekerja part time terdiri dr budak lepasan spm. 

lepas tu pkul 2.30 pn blek nk kejar solat zohor dekat rumah. plan awal nk singgah rumah dakdot smbil nk beli novel dorg tp dakdot pulak keluar. change teh plan. and esok hahahaha. aku dgn kakcik keluar lg pegi the spring nk tgk twilight. 3 minggu aku dok membebel nk tgk movie ni. last2 mama izinkan. mama pn baru bg belanja tadi. and haa, dh boring sgt dekat rumah. aku nk angkut satu novel jugak dekat mph esok. hehehehehehe. fifi suka fifi suka (terikut fifi hotfm ataupun faiyum?)

p/s : oh yaa, gaji keluar hari ni 18 dis. padanlahh kan :P

salam sayang,

renovation oh renovation.



membebel, oh aku rindu. kali ini kembali dgn topik merepek meraban. dekat belakan rumah aku kt renovate. nk tambah 2 bilik tidur, ruang tamu lg 1 and besarkn dapur. tauke dia kami pnggil ah chen. org cina lh of course. kenapa aku exited? sbb adanya bilik tidur utk aku. before ni kan kongsi dgn kakcik dekat atas. bak kata mama. masing2 dh ada bilik so dh kawen nty senang. mama dh simpan duit utk beli perabit apa semua sbb renovate papa keluarkan ongkosnya. mama kata set bilik tidur utk smpai jd bilik pengantin terus! haha. kena kawen awal ke mcm ni?? bilik kecik je pun. acano nk sumpat laki? 

dgr kata bulan 1 siap. bln 1 jugak aku balik uia. agak2 sempat merasa? tkpun kena tnggu smpai habis sem 3. huahuahua T.T klau nk usha dr dlm rumah ada 3 tingkap. dr ruang tamu atau dapur atau satu lg dekat bilik komputer yg serabai tu. nk jejak pn aku tknak. tnggu lepas ni dia transform jd bilik bacaan nty aku masuk. harap je nama bilik komputer tp komputer wujud masa aku sekolah rendah je. sekarang lappy masing2 ada dekat bilik sendiri. buku je banyak berterabur. 

berbalik balik. aku kalau nk usha aku suka guna tingkap dapur. sbb masa basuh dekat sinki mmg confirm akan pndang tingkap. dekat ruang tamu ada tv buat apa nk pandang tingkap ye dak? so td masa basuh pinggan aku pn tgk. dah 3 hari tkde perubahan pn. apa yg dorg buat? *konon mem besar* sekali intai tingkap ruang tamu buat kali pertama terkejut beruk aku. beruk pun tk terkejut mcm aku. rupanya pagar dawai antara rumah aku dan jiran dah musnah. dh nk build up the batu bata dah. hahaha. baru aku tahu itulah perkembangannya. go go go ah chen yg suka bg rambutan budak sekolah. fighting. ada masa aku ambik gmbar yg bersepah dekat belakang tu. tunggu org hadiahkan aku kamera dulu :P

salam sayang.

01 December 2012

Ya Allah, aku jatuh cinta!


terlalu indah, sangat indah untuk dikatakan sehingga tidak tahu bagaimana mahu digambarkan perasaan bahagia ini.
ya, aku telah jatuh cinta selepas subuh tadi. baru tadi. aku jatuh cinta pandang pertama dengan dia, si lelaki misteri. walaupun cuma dalam mimpi dan akan seterusnya menjadi khayalan buat diri ku tetapi mimpi itu sangat mempersonakan sehingga senyuman aku tidak lekang dari bibirku sehingga sekarang. mimpi itu biarlah hanya menjadi rahsia hatiku. aku jatuh hati padanya melalui pandangan pertamaku ketika si dia masuk melalui pintu utama itu. lelaki misteri aku memakai baju melayu berwarna coklat, kulit yang hitam manis and yes, aku masih ingat rupa parasnya. wajah yang tidak pernah aku kenali selama ini, cuma didalam mimpi yang seminit itu tadi. namanya juga hanya samar2 dalam mimpiku tapi hati aku kuat mengatakan yang dia wujud di dunia ini tapi sayang, aku tidak kenal siapa dia. tapi aku percaya dengan kuasa Allah. Ya Allah, bolehkah Kau perkenankan hajat aku yang ingin bertemu dengannya walaupun sebentar cuma? selamanya si lelaki misteri aku akan terpahat di hati aku. hanya sesaat aku telah jatuh cinta!



p/s : woseyhh, ayat aku mcm ayat novel kott :)

salam sayang,

dear k-popers :)


saya ulang, DEAR eh, bukan WEYH mahupun WOI. siap ada smiley lagi, ceruk mana nk carik? kpopers tu betul kan utk org2 yg gila kpop? betul ke betul ke? aku kan dok dalam ceruk, mana tau apa benda tuh.

FIRST OF ALL, aku bukan kpopers, tapi aku seorang peminat running man sbb dia gelakkan dan ceriakan aku, aku kenal lah jugak setakat big bang, girls’ generation dan dbsk. tapi itu tak boleh menjadi saksi, bukti ataupun alibi yg aku adalah seorang kpopers! mahkamah pun bukan setakat nk pkey beribu kali, smpai dorg pun malas nk pkey. so please, I’m not kpopers!

yg anti habis dekat kpop kan pantang betul dgr mcm nie, “aku suka dgr lagu big bang tu”, “max changmin tu handsome la” maka korg confirm akan dijerit “KAU KPOPERS” di sebelah telinga anda oleh anasir2 yg anti nie. bayangkan mama aku dia tgk the great seer, the great doctor, dong yi, city hunter dan pelbagai lagi drama korea di saluran 393 tp adakah dia kpop walaupun aku berkali2 ckp kt dia yg pelakon jin hee dlm cerita the great seer dgn yes captain tu sama tapi dia menafikan! isy isy isy, lee min ho pun dia tk kenal padahal hari2 tgk city hunter dgn the great doctor tuh. blom aku tanya mama kenal big bang ke tak. dia kpop ke? klaulah mcm tu, sekali tgk cerita indon, tkde pulak digelar ipop?
so aku nk ckp aku bukan anti dan aku bukan peminat gila. so aku neutral, yg mana aku suka tgk, layan je lah. yg mana bosan, aku tutup je lah. easy :)

kejap2, kenapa aku baik maik pulak nk cerita nie? hehe. kenal ayuni? mesti ada yg kenal kan. tk kenal? search di google. aku pun baru tahu pasal dia. tp aku tktau bila benda nie berlaku. aku pun tau bila jumpa di blog sesapa ntah. dia nie kan kpop aw. nk di jadikan cerita, ada kumpulan korea nie buat persembahan kt shout award. aku tk tau kumpulan apa, aku tk reti nk baca mahupun eja. maaf, aku buta huruf! so masa persembahan tu, rakyat malaysia yg aku kira anti kpop kot baling sampah dekat artis tu (kalau silap cerita maafkan, aku pun maca kt blog je) so ayuni nie pun marah gila2 ckp tkde manner apa semua and lastly dia kata ‘saya bukan rakyat malaysia dah’. rasional kah apa yg dia ckp tu?

HAHAHA, gelak dulu jap. boleh membesar sikit tak? aku tktau lah berapa umur dia tapi aku rasa dia nie trlampau emosi dan keanak2 kan. lawak kot. meh sini aku kasi pendapat aku. aku setuju dgn dia bila dia kata org malaysia tkde manner! betul, bila aku tau aku pun nk cop dorg yg baling2 tu tkde manner. bila persembahan tu antarabngsa, kau tu bawak nama malaysia . tk payah lah nk tunjuk aksi kurang sopan dan kurang ajar. kalau tk suka, pekakkan telinga butakan mata bukan hati, takpun bukak smartfon pegi bukak app alQuran, baca biar tenang sikit. apa dorg buat kt kau smpai kau kena baling benda2 tu semua? memalukan nama malaysia je! pm bersusah payah nk berbaik dgn negara luar, kau nk cemarkan nama malaysia sesenang hidup kau je. baik kau je yg keluar malaysia. hua hua hua.

okay, next turn is ayuni dan geng kpop. aku tau lah kau tu die hard fan kpop. tkde kpop agaknya mati kot? tp agak2 lah derr nk tukar KEWARGANEGARAAN MALAYSIA? berapa lama kau duduk malaysia? berapa lama pulak kau minat kpop. bagi 10 benda kpop bg kt kau, dan bg 10 benda malaysia bg kt kau? ada hati nk jd warganegara korea. pirahhh. baik kau bersyukur dok malaysia yg tk kena tempias bencana2 besar, tk perang dgn memana negara. dekat korea, kau igt senang nk crik makanan halal? kau hanya ckp org korea je baik, tk mcm malaysia. berapa bnyak org korea yg kau kata baik? setakat artis je pun. artis, biasalah. kalau tk baik, ada peminat ke? mak ayah kau baik tk? dorg org malaysia ke korea? nasib baik tukar kerakyatan tu tk sama mcm tukar agama. kalau tk, na’uzubillah aku ckp. be matured okay.

kita manusia dan kita mempunyai hak masing2. tetapi berpada padalah dalam sesuatu, jangan terlau over. fikir sesuatu sebelum melancarkan suara atau pun perbuatan. yang penting, be rational and always positive. renung2kan dan selamat beramal.

salam sayang,