"Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui." [29:64]

01 December 2012

Ya Allah, aku jatuh cinta!


terlalu indah, sangat indah untuk dikatakan sehingga tidak tahu bagaimana mahu digambarkan perasaan bahagia ini.
ya, aku telah jatuh cinta selepas subuh tadi. baru tadi. aku jatuh cinta pandang pertama dengan dia, si lelaki misteri. walaupun cuma dalam mimpi dan akan seterusnya menjadi khayalan buat diri ku tetapi mimpi itu sangat mempersonakan sehingga senyuman aku tidak lekang dari bibirku sehingga sekarang. mimpi itu biarlah hanya menjadi rahsia hatiku. aku jatuh hati padanya melalui pandangan pertamaku ketika si dia masuk melalui pintu utama itu. lelaki misteri aku memakai baju melayu berwarna coklat, kulit yang hitam manis and yes, aku masih ingat rupa parasnya. wajah yang tidak pernah aku kenali selama ini, cuma didalam mimpi yang seminit itu tadi. namanya juga hanya samar2 dalam mimpiku tapi hati aku kuat mengatakan yang dia wujud di dunia ini tapi sayang, aku tidak kenal siapa dia. tapi aku percaya dengan kuasa Allah. Ya Allah, bolehkah Kau perkenankan hajat aku yang ingin bertemu dengannya walaupun sebentar cuma? selamanya si lelaki misteri aku akan terpahat di hati aku. hanya sesaat aku telah jatuh cinta!



p/s : woseyhh, ayat aku mcm ayat novel kott :)

salam sayang,

0 Criticism:

Post a Comment

Tak puas hati? Nak lepas geram? Ledidgo here~