"Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui." [29:64]

16 February 2015

CIS #3 Waqaf

Assalamualaikummmmmm.

Haa i've been thinking cemana nak pastikan masa kita takdak dah kat dunia ni, apa yg kita tinggalkan so that pahala kita masih berjalan.

Ada 3 benda. Doa anak yg soleh, ilmu yg bermanfaat dan? Carik sendirik hewhew. Argh baca je lah post ni dapat jawapan.

Jawapan paling mudah is waqaf. Waqaf lah apa benda pun. Beli selipar letak kat mesjid ke. Apa2 lah yg penting berpanjangan. Jgn kau pi letak kat mesjid yg takde org pakai dah. Mmg tak aaa.

Tapi kalau dh susah sangat ni jalan paling mudah. Waqaf alquran. Banyak je sebenarnya seperti waqaf lot tanah utk dibina mesjid. Tp ni kira paling mudah lah. Kau bg duit nty derang beli quran dan waqafkan pada tempat sepatutnya.

Tak mahal pun. Dekat jalan masjid jamek ada satu gerai bukak. Satu quran ada beberapa bahagian, satu bahagian tu rm5 je dan kau boleh letak nama kau and sesiapa lah yg kau nak. Letak nama yg dah jd arwah lagi sedap. Masa waqaf tu nanti ada lah akad2 dia.

Tapi ni ada lagi rahsia serohnok. Kau buat utk nama org lagi best sebab apa? Kau dan dia insyaAllah ada saham bersama. Kalau letak nama kau, kau je lah dapat saham. Mungkin mak ayah kau dpt saham sekali kerana telah membesarkan menjadi sedemiakian punya muslim yg ohsem tahap petala.

Ohh haa sekarang dr last week lagi dekat uia bukak org jual waqaf ni gak. Dekat atm bank islam. Lagi bahagia td org yg jaga waqaf tu kenal ite padahal dah seminggu berlalu nak bahagia boleh?

Okay maka ready lah saham dunia utk di lebur pada akhirat kelak.

CIS #2 Furqan

Assalamualaikum. Itu lah nama bakal anak ite hikhik kalau ite sempat merasa ada anak. Kalau tak ite bagi nama ni kat anak buah-buahan ite le nampak gayanye.

Heh malaya sangat lidah saghawak aku ni mohon insaf.

Oooookay what is kitab Furqan classs?

"Al-Quran teacherrrrrr", kata anak anak murid teacher chumils kbai.

As weolls know, argh tipu kalau korang tak tahu melainkan korang buat buat tak tahu itu aku caya. Al-quran is the largest mukjizat Allah turunkan pada rasulullah. Sedang baginda sendiri berkata usah tinggal yakni dua perkara; quran dan sunnah.

Itu bukti yang menunjukkan quran adalah sangat penting sbb itu yg menjadi panduan kita hidup sekarang. Kalau tak percayalahhhh korang akan hidup dalam keadaan mengkhinzir cacat penglihatan. Serious talk okeh.

But setakat kita percaya pada kitab quran seperti yang termaktub dalam rukun iman keempat tu tak seronok lah babe kalau tak baca dan cuba baca terjemahan seterusnya baca tafsir dia. Aku pernah dgr ada kakak usrah ni cakap bila org kata tinggikan martabat quran, bukan maksudnya letak di rak yg paling tinggi serta dipenuhi dengan habuk. Tak. Tak. Tak. Tapi disini bermaksud dgn membaca dan mentadabbur.

Dari kau letak dalam gelas kaca gah tanpa membaca lebih baik kau letak atas meja belajar harga 17.50 tapi kau baca selalu dan amalkan kan kan?

Apa yg aku nak pesan jgn pernah tinggalkan quran walau sehari. Cuba baca at least satu muka. Weh aku baca dua muka baru 5 minit takkan busy sangat kot taknak luang masa? Kang Allah tarik nyawa seminit lagi baru hang rasa.

Kang kalau kita tinggal quran sehari, esok pasti rasa nak tinggal lagi dan lagi tanpa kita sedar masa kita tinggal sehari tu, quran dah lari jauh dari kita siap dh cakap awal dia takkan tolong kita kat akhirat kelak. Nak camtu ke?

Tak tau baca? Tau tak org yg taktau baca ni pahala dia dua kali baca dari org yg biasa baca sbb dia berusaha lagi utk baca walaupun simpang siur lagik. Ni baru baca belum yg baca terjemahan siap tadabbur lagi pergh pergh impress nyaaa nak tawen dgn awak boleh?

Nak cakap spesel nya quran ni, ini lah satu2nya surat cinta maha agung dari Allah. Kalau down, sedih rasa nak bunuh diri cer cepat bukak quran bukan bukak fb tulis status mintak simpati muharan. Ambik bukak random page baca random ayat. Itu ayat Allah kasi kat awak agar tenang. Eh tak caya. Neelofa tu bukti dia see dah berhijrah pun dia.

Mungkin sekarang aku masih di tahap yg cuba istiqomah taknak tinggal baca but i will improve in reading the terjemahan jugak. Yang penting ape? Kerjasama? Boleh le tu. Tapi paling penting jangan tinggal kitab suci alquran ini. Biar dalam hati penuh dengan ayat suci yg backup kita kat akhirat nanti. Ameen insyaAllah sama sama okay?

15 February 2015

CIS #1 Mathurat dan Dhuha

Assalamualaikum. Disebabkan aku masih baru maka aku masih di peringkat memaksa diri. Paksa utk buat.

Tips pertama which are amalkan bacaan mathurat and solat dhuha.

Solat dhuha alhamdulillah aku start amal dr f5 lagi2 masa tu ustazah hilmoon buat sudut solat dhuha dlm kelas. Power kan? Tp dulu buat masa rajin ajew. Sekarang alhamdulillah aku masih amalkan. Cuma kdg2 kat rumah tinggal. Antara sebab nya malas dan bangun lambat. Dekat uia ni seboleh2 aku buat. Tp kelas pukul 8.30 straight sampai 1. Kalau bangun lambat tk sempat lah nk solat. Simple je bangun lah awal sikit at least 10 minit dr waktu biasa?

So apa aku nak buat adalah mewajibkan solat dhuha aku. Aku bukan setakat wajib ada 5 solat sehari tapi 6 solat sehari. InsyaAllah. Waktu dhuha sgt panjang kan. Bangun lambat pun selagi ada waktunya solat lah walaupun bukan waktu yg afdhal.

Nabi sentiasa solat dhuha sbb ni antara sunnah nabi yg dia nak ummat dia jgn tinggal. Solat dhuha ni elok utk rezeki. Bukan lah bila kau solat, duit berkoyan koyan turun dr langit. Tak weh. Cuma hari tu kau akan rasa rezeki kau di cukupkan. Kau cukup makan cukup pakai cukup segala aspek. Gicuu hikmah solat ini.

Next one is mathurat. Zaman sekolah baca mathurat ptg je yakni dlm dua kali seminggu ataupun sekali seminggu. Kalau piyed langsung tak baca. Tatau kena aku cepat sgt hilang istiqomah baca mathurat ni. Sbb kena baca pg ptg ke? So dr semalam aku try baca mathurat ptg waktu solat asar. pagi ni waktu subuh patutnya tp subuh td ngantok sgt jd iolls baca waktu solat dhuha hewhew. Lepasni nak cuba tanak tinggal walaupun uzur insyaAllah.

Mathurat ni pun elok. Eh mestilah elok apehal lak tak elok kan. Mathurat ni fungsi utk menjaga kita. Mathurat pg utk jaga kita pg sampai malam. Mathurat ptg utk jaga kita sampai esok pg. So kalau tak baca pg nanti Allah tanak jaga kita ayokkk tak tau. Aku pernah baca fadilat mathurat masyaAllah kagum sangat. Try lah search. Boleh jd pembakar semangat utk terus membaca jyeah.

Tu je tips buat masa ni. Gambar bawah tu baru td. Pink kan semua? Dh nama shasya. Mathurat tu iolls beli dr zaman sekolah beli kat pustaka rakyat bandar tasik kesuma.

Sincerely, me.

14 February 2015

Changes in Shasya CIS


hai! lately banyak dengar berita pasal kematian. paling terkesan ialah ulamak tersohor, tok guru nik aziz. walaupun aku setakat mengenali beliau hanya menerusi nama, tapi aku turut sebak atas pemergian arwah. entah. rasa macam ada yang hilang. entah ramai ulama' meninggal aku tak tahu nak fikir apa dah. semua tahu makin nak kiamat makin ramai ulama' meninggal. ramai yang fitnah TGNA ni tapi Allah dah tunjuk masa dia meninggal. tengoklah berapa ramai yg solatkan jenazah. kalau kita? Allahu tak mampu nak bayang. entah ada ke yang sudi? betapa Allah muliakan jenazah TGNA. agak2 Allah akan muliakan kita tak?

aku asyik terfikir je. mcm mana keadaan aku mati? bekalan aku cukup ke tak. iman aku nanti mcm mana? banyak sangat aku fikir. hidup ni ada dua pilihan je either kau mati dulu atau kau kena berhadapat dgn fitnah yg paling besar yakni dajjal. dua2 tu pun memerlukan iman yg mantap. dan aku masih terfikir iman aku bagaimana? entah serabut. nak sedapkan hati cakap lama lagi tu tapi sebenarnya hati kita sendiri menidakkan kan?

jadi dengan itu, aku nak buat tips utk diri aku sendiri. dan akan aku update di blog ni. kenapa? walaupun takde pembaca tapi aku lah yg akan baca balik blog ni. boleh aku imbas kembali apa yg aku telah buat takut terlalai dan terkeluar landasan lagi. bagi aku, setakat solat 5 waktu belum cukup lagi. yelah kita sendiri tatau solat kita tu dikira sempurna atau tidak. Allah terima atau tak. so kita kenalah tambah2 banyak lagi walaupun sekecil2 alam.

so i'm going to make a project. basically dunya and akhirah dan apa yg aku buat utk dunia dapat menjadi saham utk akhirat kelak biiznillah.

aku nak namakan projek ni as Changes In Shasya aka CIS.

objektifnya adalah suapaya aku ready mental fizikal utk menghadapi mati atau pun dajjal. mcm fara fauzana buat 30 hari 30 budi tu. aku nak perbaiki diri aku semua. nak keluarkan sifat2 yang baru.

selain itu aku akan selitkan about how shasya nak jadi kurus and pandai. mmg azam nak kurus tu lama dah ada. cuma usaha asyik ke laut. ni bukan sesaja. sbb aku taknak dapat penyakit berbahaya. aku dh rasa sakit2 bila tak kurus ni *kikikiki*. dan pandai. sbb dah masuk degree ni. aku nak balas jasa mama papa yg tanggung aku belajar dari kecik. takkan nak kecewakan dorang kan?

pendek kata i want to be a new me. a new girl name nur syafiqah yasmin. insyaAllah. semua dengan izin Allah. doakan aku.

salam sayang,

09 February 2015

Back to Allah

Assalamualaikum. Alhamdulillah. Dah genap umur 21 tahun 2 hari. Alhamdulillah untuk segala nikmat yang Allah kurniakan sepanjang aku bernafas.

Aku baru dapat satu berita masa kelas tilawah tadi. Abah sahabat aku, hafizah meninggal dunia. Tolong sedekahkan al fatihah buat arwah. Semoga Allah menempatkan arwah di kalangan mereka yg beriman. Apa yg mengejutkan fizah even tak.ckp apa2 pun ayah dia sakit ke apa tau2 dh meninggal dah. Innalillahiwainnailaihirojiun.

Masa dpt berita aku kaku. Tbh aku sedih. Aku pun menangis. Entah. Bila berkait dgn kemaitan, aku mmg sensitif. Ni kan pulak abah kawan baik aku sendiri. Aku pernah balik rumah fizah abt 3 times dah. Mmg lah tak rapat tp aku tau abah fizah was a good guy. Allahu. Sekejap je Allah boleh tarik nyawa kan? Ye sbb kita ni Dia punya. Bila Dia rasa Dia nak ambil kita balik, Allah can do it in a blink of eyes.

Aku cuma mampu berharap fizah dpt bertenang dan kuat agar the family members pun kuat jugak. Lagi2 mak dia tu. I dont even know what i am suppose to do. Should i go to her house? Seriously buntu. Even nak ke rumah dia pun aku tatau. Biasa fizah akan ambil dr stesen lrt. Now i shouldnt ask a help from her right now. I can feel the situation.

Tetiba terdetik kembali mimpi masa aku cuti sem hari tu. Aku mimpi fizah meninggal. Tetiba today ayah fizah meninggal. Dan last few days dekat uia ni lah aku mimpi one of our family member meninggal and i cant relate if the dream was a sign. But i guess it just a dream right? Kan kan?

Semoga Allah matikan kita semua dalam husnul khatimah.

Yang buntu,
NSY.

06 February 2015

Februari


Imma February baby jyeah.

dan esok lah hari aku menjadi baby. gittuw.

bila rasa umur 21 ni mmg rasa dah makin tak remaja dan tak rasa nak sambut birthday pun. entah. faktor usia kut?

alhamdulillah dah habis minggu pertama sem kedua. banyak benda berlaku. contohnya 3 lecturers yg aku pilih, turn out into different lecturers. and im very frustrating. SANGAT!

so what did i do, i drop my section and add another section. unfortunately semua closed so when i'm going to add back into my previous section, tu pun closed jugak. within the seconds kot. haha. nak gelakkan sendiri pun ada. rasa mcm peribahasa yg dikejar tak dapat, yg dikendong berciciran. satu lagi mendengar guruh di langit air di tempayan di curahkan. lastly org tamak mmg selalu rugi. well, otak bm aku bergerak dgn pastas pulak hari ni.

banyak aku fikir. ni lah akibat tak bersyukur. lecturers lain bertukar tu mesti ada hikmah dia. dan aku tak dpt masuk ungs ni pun mesti ada hikmah dia jugak kan. takpelah. last2 aku reda je lah jadual aku dh makin kosong. 

just be happy je lah kan sem ni masih panjang uk diterokai.

future bday girl esok,