"Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui." [29:64]

26 January 2014

i love you mama


tetiba teringat pasal mama. pasal pengorbanan mama.

teringat masa aku umur 6 tahun dulu, aku kena admit ke spital sbb tertelan duit 20 sen. teringat masa tu maghrib then aku pergi dekat mama papa yg baru habis solat maghrib dekat bilik to inform. teringat betapa kelam kabutnya mereka. mama bagi aku minum air tapi tak dapat telan. duit tu halang lubang pemakanan aku. so aku terus muntah balik. mama papa terus bergegas bawak aku pegi spital. masa tu ramai orang. tapi papa terus masuk bilik doktor tak hirau ramai org tengah beratur. papa terus panggil doktor tengok aku.

teringat mama yang teman aku selama aku dpt rawatan kat spital. every night mama sanggup tdo lantai beralaskan selimut temankan aku tdo kat atas katil pesakit. one day aku bangun pagi, aku gelabah mama takde kat tepi katil mcm selalu. aku panik. ohh, rupanya mama pegi solat subuh dan tukar baju. mesti masa tu mama ambik cuti kerja semata teman aku seminggu kat spital. mama lah yang kena angkut tiang yg menyalurkan air dlm badan aku tiap kali aku nak pergi tandas. mama yg sentiasa sediakan bekas untuk aku ludah buang air liur sbb aku tak dapat telan air liur, sakit sangat. bak kata mama, aku beruntung sbb duit tu tutup lubang pemakanan bukan lubang pernafasan. kalau tak mungkin aku tak dapat jumpa mama dah.
 
teringat masa nak masuk bilik pembedahan, doktor tanya mama sama ada mama nak teman aku kt dalam atau tak. aku pandang sayu dgn harapan mama paham aku nak dia masuk sekali dgn aku. then mama masuk, tp mama kena tukar pakaian khas and pakai penutup kepala khas. masa tu aku gelak sbb mama pakai tutup kepala tu dah mcm ada telinga arnab. tapi tak lama pun, lepas aku kena bius dan doktor nak start keluarkan duit tu, mama kena keluar. teringat masa lepas aku sedar dari operation tu, muka mama happy sangat sebab tengok aku dah selamat. alhamdulillah terima kasih Allah sbb bagi aku peluang melihat dunia lagi.

teringat masa first time mama pukul adik dgn kakcik dgn tali pinggang sbb ktorg usik2 kak timah dgn penjual burger padahal kak timah tak suka. sakit ma. tp bila dah besar adik paham yg mama sebenarnya nak mengajar kami hormat org yg lebih tua walaupun kak timah tu org gaji. mama tak pernah bezakan taraf.
teringat masa mama belajar dekat upm. mama balik sebulan sekali je. masa tu tetiba adik rasa sedih sangat, adik tak hantar mama, adik terus sorok dlm toilet dan nangis. pastu papa suruh ktorg anak2 hantar msg kt mama pakai hp papa. pastu papa gtau mama kecik hati sbb ktorg tak ckp yg kotg rindu dia. masa tu awkward sangat nak cakap adik sayang mama. hihi. adik happy sangat mama habis belajar masa adik darjah 6. rasa boleh spent time lama2 dgn mama. tp form 1 dah kena sekolah kl -.-

dan adik takkan lupa mama kata mama suruh tunggu kejap then mama pegi beli stokin kat airport sebelum adik terbang blek kl. semua sbb adik pakai kasut baru dan tak pakai stokin masa tu. so melecet. masa tu adik terharu sangat mama pegi belikan adik stokin.

ma, ni baru sikit je pengorbanan mama kat adik. sebenarnya banyak lagi yang mungkin adik dah tak igt. you are to precious to me. mama sangat bernilai dan takde sape yang dapat ganti mama dalam hati adik. sekarang bila adik tengok mama papa dah tua, rasa mcm tak banyak masa yg adik luangkan selama adik hidup almost 20 tahun ni. kadang2 rasa sedih rasa nk sambung belajar dekat sarawak je tp mama tak kasi. mama suruh belajar leklok je kat sini. okay ma. adik harap mama jaga kesihatan mama kat rumah leklok dan semoga Allah jagakan mama papa untuk adik.

ma, adik sayang sangat kat mama. sangat. you are my hero ms rahmah :')


anak bongsu puan rahmah murshidi,

17 January 2014

isu kalimah ALLAH

Bismillahirrahmanirrahim

This current issue has been a hot issue nowadays right? between muslims and non-muslims. tapi pernahkah anda kaji why this matter happened actually? or simply heard and think or guess either non-muslim can use it or not. 
before i go to this talk last night, i also have my own opinion which is "apesal dorang tak bley guna. kan Allah tu satu. kalau tak bagi dorang pakai nampak sangat kita bersetuju ngan dorang yang ada banyak tuhan tu. tiga je sebenarnya" so why malaysia ni gedik sangat tak bagi mereka pakai? i wonder. tapi biasalah saya yang kurang ilmu ni taknak cari ilmu baharu. biarkan di takuk lama dengan pendirian sendiri tanpa tahu kenapa.

so last night ada talk berkaitan isu ni. based on law in malaysia. bukan dari ulamak mahupun ustaz terkemuka tapi by nur azizah aling. and she has her own references regarding this matter tapi maaf saya terlupa nama ustaz yang dia mention semalam. she worked at court but i dunno either she was a lawyer or not. seriously im very thankful to Allah sbb hadir ke programme anjuran mrc kc ni. and plus thanks for cfs terchenta. ehh my love towards cfs deep okay. ini serius. k sambung balik. so im going to share some that i've got from the talk. kalau salah awal2 saya minta maaf. saya tak sempurna dan juga mungkin tak layak untuk bercakap mengenai isu ini. ini sekadar perkongsian.

okay first of all, masalah ni timbul apabila church want to use word Allah in their own news which call 'herald - the catholic weekly' in malay version. translated of word God. they want to use Allah instead of Tuhan. so dah paham? itulah masalahnya sekarang. itulah punca sebenar.

then i just want to share about the kronologi about the matter.

started on 5 dis 1986 dah ada law in malaysia which is any other religion besides islam cannot use words Allah, kaabah, solat and Baitullah. *saya pun tak lahir lagi nih*
but unfortunately pihak gereja used Allah in their herald weekly tu since 1992.
so on 27 mei 1998 - they sent letter to church nak larang pakai word Allah but what do they care right? pakai jelah.
on 2002 - they asked surat tunjuk sebab from pihak church kenapa nak pakai jugak.
2006 and 2007 - keluar lagi surat amaran kedua dan ketiga.
on mac 2007 - mintak lagi surat tunjuk sebab kali kedua tp semua surat2 di atas tak dapat apa2 balasan. christ ignored surat2 semua. sehingga sudah 5 surat amaran diendahkan
on 7 jan 2009, minister buat surat that saying 'okay, herald boleh terbitkan malay version but tak boleh guna word Allah'

so disebabkan surat bertarikh 7 januari 2009 lah, isu ini dipersoalkan oleh pihak christ sampai sekarang dah 2014 dah pun. my question is, kenapa nak persoalkan surat pada tahun 2009 bila on 1986 dah keluar law larang, and dah 5 surat amarat dihantar, setelah 2 surat tunjuk sebab diendahkan? 

K E N A P A??
K E N A P A??
K E N A P A??
this issue very sensitive because it can affect national security. but personally, sebab believe orang islam malaysia ni tak berapa kuat, aqidah tak mantap sebab takut dengan bayang2 sendiri. well, this is malaysia bukan negara arab yang hebat islam nya.  kalau mantap dah islam kat malaysia then takde dah maksiat kat malaysia ni. correct me if im wrong please.
then ada cerita2 lagi but saya about terlupa2 jugak. just tak silap lepas tu mereka minta tolong akta penerbitan sbb akta tu ada hak sekat penerbitan bila tak mematuhi syarat. *mereka tu i forgot akta apa. sorry*
then jadi isu sensitif jugak adalah artikel 3 dimana malaysia boleh amal agama masing2 janji peace and harmony. so kalau ganggu harmoni, tak bolehlah pakai kalimah tu. pehe dok? orang islam malaysia feel insecure maybe when agama lain nak pakai si akan menggugat harmoni malaysia nanti. so daripada endless fighting, baik larang kan?
next what i like most about Artikel 11(4) which is any religion selain islam tak boleh berdakwah supaya ada orang islam murtad. hello, its prohibited in malaysia okayy.
islam ni ada hak istimewa dalam malaysia. so agama lain tak boleh pertikaikan bila islam ada hak dalam sesuatu, agama lain pun nak jugak. kan dah terang lagi bersuluh yang islam ni ada hak istimewa dalam malaysia.
as she said, malaysia is malaysia, malaysia is not middle east or indonesia or thailand. malaysia has own law. tak boleh terima law malaysia, tak payah mengaku malaysian lah macam tu. so no more arguing why negara arab boleh, masa zaman rasulullah dulu boleh je pakai kalimah Allah. zaman dulu rasulullah islam mereka mantap. tepuk dada tanya iman semantap mana dia dalam dada tu k.
one more to argue to myself when i said earlier yang "apesal dorang tak bley guna. kan Allah tu satu. kalau tak bagi dorang pakai nampak sangat kita bersetuju ngan dorang yang ada banyak tuhan tu. tiga je sebenarnya" (YES I COPIED FROM ABOVE. HAHA)
bak kata kak azizah, how come dia nak pakai bila kepercayaan mereka tu ada tiga tuhan, trinity. kita islam ni pun cakap Allah tu Ahad, Esa, Satu tapi mereka kata tiga.dah sah2 bercanggah di situ. if dia nak pakai kalimah Allah tu okay go on, but make sure kepercayaan tu hanya Allah itu Satu so come join us in islam and we'll enter jannah together.
akhir kata, maaf jika isu ini sensitif tapi ini isu kebenaran. and come tegakkan islam tertegak tegaknya di malaysia. maybe after this kita boleh doa hukuman jenis hudud di amalkan di malaysia :)

salam sayang,

chocolate strawberry muffin with apple pear jem filling

AMARAN : ARTIKEL INI DITULIS PADA 3 JANUARI 2014

ni projek mega yang pernah aku buat selama aku hidup 19 tahun 11 bulan ni. ecehh pirah. acah projek 1.4 juta je. haha. plan punya lamaa. motif sbb nk menyambut mama and nenek balik dr cuti kat London. so search tenet cari chocolate muffin. and tetiba rasa nk buat strawberry jugak. pastu mcm nk buat filling kat tgh muffin. then nak topping dgn choc. and aising tulis2 huruf atas cupcakes. so kira ada 4 jenis benda aku nak buat. a day before diorang blek on 1 jan.

so I’ve start pukul 11.30, kena masukkan baju dlm mesin basuh dulu sbb kakcik meroyan mengungkit asyik dia yg basuh baju selama ni. tak tahu apa benda merasuk dia sampai aku yg kena basuh pulak masa tu. so aku start dgn kupas2 kulit 2 biji epal and igt nak masukkan buah jambu tp tgk ada pulak pear so guna pear lah. cara nak buat jem ni mula2 potong buah tu jadi kiub kecik2. then masuk dlm periuk letak air separa tenggelam and taruk gula ikut suka hati nk manis mana. masuk bunga cengkih sebijik. pastu rebus dlm api yg slow. bila buah tu dh nk hancur, aku pegi hancur kan lg guna alat yg kita pakai utk masak burger tu. yg lubang2 utk tekan burger tu. so bila dh hancur, air dh nak kering, letak butter utk caramelize jem tu. and kalau dh siap boleh tutup api. settle one part.






next buat muffin. ambil 4 mangkuk. 2 utk perisa choc, 2 utk perisa strawberry. bahan dia semua sama kecuali beberapa je. mula2 ayak tepung dgn soda dgn baking powder yada yada barang asas en. dekat satu mangkuk letak coco powder jugak. so ambik 2 mangkuk lain letak gula, susu, telur, minyak masak. yg perisa choc boleh letak esen vanilla. yg perisa strawberry letak pewarna pink and perisa strawberry *itew takde buah strawberry* so masuk lah tepung masing ked lm acuan masing.







masa nak letak dlm cupcake tu terasa nak campur dua2 perisa. so letak perisa choc dulu. pastu masukkan jem kt dalam tu. baru top kan dgn strawberry. masalahnya aku terletak penuh satu cup sbb acuan banyak tp cup tak cukup. So bila letak dlm oven dia melimpah ruah. Failed habis.pastu aku meroyan pulak pkey acane nk buat ni. kembang pun tak cantik cupcakes tu. so last2 aku pegi potng atas tu ratakan sbb nak sapu topping choc nanti kan. hihihihi. sembunyi kehodohan dlm topping.








jahanam oven mama aku buat




nak buat topping sangat simple sampai buat tutup hidung mata pun boleh. masuk butter, susu pekat and serbuk koko. siap tp aku nak cairkan sikit so aku letak susu fresh milk dutch lady sikit. so siaplah dan sapu cantik2 atas cupcakes tu *bajet cantik*





lastly buat aising. festime buat ni. rupanya senang je. pukul butter pada kelajuan maksimum sampai jd warna putih. masukkan gula aising diayak tp aku pegi masuk gula kastor malas nk ayak janji keturunan gula. pastu kacau je sambil masuk esen vanilla and pewarna pink. and bila aku rasa benda tu mmg berjaya sbb aku rasa aising mcm atas kek tu dan aku tak suka sbb aku mmg tak suka aising. hehe. cuma slack dia gula tak hancur je. tulah org suruh pakai gula aising degil. so siap finally within 5 hours JE. AJE okayyyyy. hiks.

so nil ah hasilnya. nampak tak tulisan tu? WELCOME BACK. poyo en? hihihi. aku memang poyo. and mama kata sedap boleh jual. takat nak buat muffin bape keeping tu sampai 5 jam lingkup lah bisnes muffin aku ni.




gambar welcome back hilang. tengok w cukup lah

k gambar hiasan. jari tengah dgn jari manis melecur sbb oven yg panas. aku 10 kali baking pakai oven, 10 kali lah melecur gara2 tak pernah igt yg oven tu panas.



gambar hiasan kedua barang2 mama, nenek, ngah lia beli utk haku. suka suka suka. lagi2 ngah lia bagi kamera dia. tak jadi kumpul duit beli kamera. hiks.



salam sayang,

09 January 2014

going to enter the new world

Bismillahirrahmanirrahim
people. i is shadd. less than 12 hours left. esok pagi flight awal pagi. sedih nak tinggalkan rumah, tingalkan family, tinggalkan cikpon, tinggalkan makanan dan oven, dan etc etc.
esok berangkat ke melaka sebelum kembali ke sekolah. cfsiium terchenta. cuak nak tunggu result. selagi tak tau result selagi tu tak tenang. bukan result short sem. tapi result last sem. Ya Allah, semoga Kau permudahkan urusan ku esok dan makbulkan harapan aku yang satu itu.
start a new sem which is my last sem is the toughest. tafest kau hadoo? this is my last sem insyaAllah. dengan izin Allah. biar ujian datang melanda, biar halangan berguling di hadapan so what? aku ada Allah. kau siapa nak halang aku. haa, cm eksyen2 sikit kan. semua yang terjadi biar tinggal kenangan. 
walaupun sem ni tinggal 3 subjects je. JE?? gila kau. semua subjek aku cuak nak belajar lagi2 subject comp 2 iaitu programming. and plus understanding islam. 'kenapa nak takut islam kalau diri kau islam kan?' jangan phycho diri sya. and lastly physic 2. ni je tinggal subjek kira2. math dah takde dah. tu lagi cuak sbb otak aku lemah membaca. study pun last minit mana nak cekau? Ya Allah, tolonglah hambaMu ini.
so chaiyok sya. fighting. semua yang kau buat untuk family. yup for family :D kbye

so i nur syafiqah yasmin saipullah is ready forrrrrrr
FIGHTING!!!!!!
p/s : sy takde musuh sbb semua musuh sy adalah unknown.
salam sayang,

04 January 2014

welcome 2014 !!!


okay dah masuk tahun baru woiiii *bunga api* *mercun* *jerit* *konsert* *woooooooo* *anak luar nikah* k over.

dah masuk tahun 2014. tahun di mana umur aku bermula dgn pangkal no dua. pangkal no 1 dah berakhir. sobs sobs. umur pangkal 2 bermaksud umur dah boleh kahwin cuma no kedua tu kalau kosong masih terlalu muda ye. kecoh je nak cakap pasal kahwin kalau calon pun tarak. bak kata ustaz mcm nak makan tp takde makanan. so makan asap lah jawabnya.

so biasalah 2014 ni semua masing semangat semua baru acah nak bagi motivasi lah. *tempat aerobic aku siap cat warna baru lagi, yg semangat aku sbb cat warna pink. HOHO* pastu memasing dah ada azam nak buat ni, nak buat tu. blablabla. buatlah hampa oii. jangan tak terbuat je. bak kata aku, buat azam tu melebih bab melaksanakan hampeh. so tahun lepas dekat blog aku aku pi letak azam2 aku 2013 dimana aku pun lupa amenda en. so tahun ni, aku kuburkan azam tu. hihik. aku buat goal setting je utk capai matlamat aku. goal setting nampak cm serius sikit. kalau guna azam, baik aku cari laki nama azam je senang.

dan muncul lah status2 di fb dan twitter org mempertikaikan sambu tahun baru mcm galak nokharam tp tahun baru hijrah ala2 krik2 gitu. aku memang setuju. tahun baru je habis berjuta nak buat konsert bunga api. baik sedekah kat org miskin kumpul pahala dr kumpul dosa maksiat ambang tahun baru. ada jugak ckp pegilah buat yaasin tahlil semua. masalah2 mereka yg berkata ni tak buat pun. dorang pun sama bukak tv tgk retis menyanyi. dok komplen banyak sgt hiburan. takat cakap tak bawak makne pape oi. kalau dah berniat nak baca yaasin tu semua dptlah jugak pahala. nasihat sy jgn dok cakap propa sana sini tapi tak buat pape k. mcm politik pulak kata2 aku ni. isy isy. sy belum 21 tahun sekian.

so as well as me, aku pun banyak benda nak buat, nak menggembirakan hati yg gundah gulana ecehh lagi. so doakan tahun 2014, tahun 1435 hijrah ni tahun yg baik dgn aku, dugaan tak besar mana dan teruskan dengan Allah Yang Satu. so babai guys.

salam sayang,