"Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui." [29:64]

31 August 2016

Day 244 of 366: #MMdapnye

Assalamualaikum. Hi. This post pun bkn pasal 4 post yg aku plan nk taip tu. But let me write about this first.

Aku baru habis Tawe. Join as committee. Aku dah lama dah suka committee tawe ni. Dr aku masuk cfs aku nampak kakak comm aku dah aim one day i'll be like them. So masa cfs masuk lah sekali. Bila dah degree igt nak tunggu masuk 2nd year dulu baru join. Nyesal join lambat. Kalau aku tahu addict nye camni aku masuk awal dah kahkah. But nvm, Allah knew best. Alhamdulillah first time apply terus dpt. Top 3 aku regist, catering amd welfare. Aku letak multimedia no 5 tau tp boleh pulak dpt. Tu pun sbb dah takde pilihan sbb aku takkan pilih dni. Wake up call pukul 4.30 pg kot 😂 Tp next sem takmau dah apply regist depa pun kena buat wakeup call 😂

Multimedia Team. Tak pernah terlintas langsung akan jadi one of them. Sbb team ni need a skill. Dia bkn biro lain yg kena angkat brg, jaga budak, jaga masa apa semua. Kamera kena ada, skill photoshop dgn edit video kena ada. Mmg tak kena ngan jiwa aku. Tp ada satu benda je berkaitan, aku minat suka buat kerja edit² ni. Cuma yelah, noob je tahap pakai movie maker je.

Nak dipanjangkan cerita masa first day induction ni mcm the negative day lah. Dr ke tk dpt check in bilik, kena tumpang bilik org pulak pastu stor takleh bukak so brg aku manada. Harap brg aku bawak dr rumah je. Telekung pun takde bawak jubah je masa pi janda baik luls. Pastu lepas berkenalan lg down. Head ngan asst tk dtg. The only biro yg terhuyung-hayang. Aku terus ws abg hadi ptg tu mintak tukar. Tp dia suruh tanya kak qina dulu. So lepas tanya kak qina (super senior in mm) maka aku setuju utk stay. So kiranya ni platform utk aku cuba minat aku yg satu tu lah. Abg hadi tu pun mm dulu so aku rasa dia particular dlm pemilihan biro mm but why me? Luls.

Tapi alhamdulillah aku dpt ketua,asst dan semua subcomm yg masuk air. Kira boleh ngam ngan introvert (read: pemalu) mcm aku. Masuk OR je mesti gelak. Lawak dorg padu sgt. Punchline sampai dowh. Ada je satu dua tak sampai, aku yg rasa nak tumbuk dorg. Sbb kelakar sgt. Lawak menggudul! (Bhs jawa maksudnya tak semena-mena eh betul ke). Masa kt janda baik tak rasa lg rapat. Tu pun aku ckp ngan izzah, ecah, hani ngan anis. Pastu in dgn eiqa pulak. Paling rasa start preparation day lah. Baru rasa rapat. Maseni lah nak belajar photoshop, edit nametag, ambik gambar semua biro, buat wrap up apa semua. Pasal skill pulak, they willingly to teach noob like us. I appreciate that so much. At least skrg dah boleh edit gambar. Dah boleh buat hilang jerawat, hilang eyebag, merah bibir haaa okay lah tu kan? Design belom power lagi.

Selain tu jugak, apa yg merapatkan ktorg dgn makan bersama, gb di rumah terbalik kl. Tak lupa jugak main uno, jenga, werewolf, poker dan speed wlupun din je yg reti. Masa ni lah aku rasa yg ayat quran surah baqarah ayat 216 tu masuk sgt. "Boleh jadi kamu membenci padahal ia baik utk kamu. Dan boleh jd kamu menyukai sesuatu padahal ia buruk utk kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui." Dan tak sampai seminggu aku dah suka masuk biro tu. Sbb buat benda yg kita minat en. Lepas ni mmg aku pilih biro mm no 1. Sampai rasa nak beli dslr kot tp mahal betul cemanaaaa siapa nk belanja? Haha.

Even dua minggu je jumpa. Tp rasa bonding tu. Dgn committee yg lain pun. Sbb hari2 hadap dorg nak amek gambar en. Tu je lah modal dia. Tp perasaan yg paling best, bila aku buat wrap up video then org tengok. Tak kisah lah suka ke tak tp aku rasa kerja aku tu paid off lah. Rasa puas tau. Cuma down kejap semalam. Sbb tak sempat tayang (secara proper) wrap up yg aku paling ikhlas buat haha. Sbb last minit before dinner, aku habiskan dua lagi video. So kalau rasa tak ditayangkan, ada lah sikit down. Tp alhamdulillah tayang gak ah. Pakai speaker sendiri hahaha. Pastu down kali kedua bila ada org marah (bg dia marah manje kot haha) dia tak puas hati gambar biro dia 3 je padahal yg lain banyak. Dia ckp lah ei apeni mm tak suka lah (aku tk igt the real words tp something like that) biasalah newbies sentap. Aku ni dah lah mmg sensitif. Sbb aku buat last minit (k situ aku yg salah sorry) dan mestilah rushing dan aku masuk apa yg ada je. Aku tak sempat nk going through one by one. Cuma terkilan je lah video yg lain banyak dia kot. Ke tak nampak? Masetu lah aku rasa biasalah manusia, dia nampak kesalahan berbanding kebenaran :') eh ni bukan tacing tau. Saje nak share. Haha.

Bg aku being in mm, penat lah jugak. Penat main pun ye gak. Nasib baik kerja sempat siap haha. Nk edit bkn sekali, bnyak kali gak ah sbb bnyak silap satu hal. Belum masuk ada yg komplen kahkah. Kerja ktorg belakang tabir je. Tp bab amek gambar tu kena lah hadap students. Haha. Tp mmg seronok. Walaupun tetiap hari ambik gambar posing yg sama, org yg sama tp dah mmg kerja kan. Go on je lah.

So teammates, thanks!
Abd, dia ni head yg gila. Tp perform ah jd head. Dah lah pervert kahkah.
Anis, the asst. Muda setahun tp kira senior in mm. Kalau abd je head takde anis, mmg goyah gak ah mm.
Saro, org kata dia garang. Tp dia tak lah marah aku pun. Dia kalau tak kena dia punya taste, mmg dia tegas. Particular siket lah mungkin sbb anak bongsu?
Azim, our kykm hero. Budak jawa. Dia ni lah yg suka buat lawak menggudul sampai rasa nak sepak 😂
Matlim, aku kenal nama dia since sekolah tp baru berjumpa org nya. Dia ni lagi gila masa buat video gimmick. Tp hasil kerja gempak ah.
Acap, dia ni punya punchline padu dowh! Semua tak mengecewakan 😂
Din, haaa dia ni pemalu tp lama2 dah tk brp malu. Mkn dah lah slow! Haha. Tp dia ni kaki hindustan (walaupun palapes)  wey boleh buat geng.
Kak qina, the one yg bg semangat utk aku kekal dlm mm. Thanks for all the sharing kak. Kak qina dah 7 kali join tawe kot gila tak hebat?
Ecah, tak pernah pun jumpa dlm engin tp muka familiar lah. Dia ni gilaaaaaa. Haha. Baru jumpa pun rasa dah kenal lama, kenal luar dalam haa gittuw. Ni lah teman solat kt cac tu haa.
Hani, mula2 aku takut sbb dia cam garang tp dia okay je. She's very sporting dan dia boleh buat apeje utk kau sbb tagline dia #anythingforyou kau hado?
Eiqa, dia ni sebenarnya tua setahun. Tp tak nampak pun. Aku mula berbual ngan dia pun masa kt janda baik dah pakai aku-kau tau2 rupanya kakak but then dia okay je tp tu yg buat rasa rapat.
Izzah, kwn first masa masuk mm. Dieni lembut mak ai. Mmg perempuan melayu terakhir. Jd imam solat mmg cair weh! Dia banyak ajar aku photoshop.
Bella, mula2 dia ni pendiam. Bila dah masuk tu haaa terus bukak semua cerita yg ada.
Teah, dia ni pun pendiam gak. Sbb awal2 tu batuk kan. Dah sihat sikit haa terus kuat ckp. Ni lah pilihan hati abg palapes mm. Hahah.

K dah habis tulis. Byeee. P/s i'm writing this on a bus to melaka btw. Sbb nak update ig kang caption panjang sgt haha.

14 August 2016

Day 234 of 366: Rewang

Assalamualaikum. Haaa ni bukan cerita pasal Syawal. Belum ada mood hehehe. Ni mood nak menaip pasal rewang.

Before tu, rewang ni kan gotong royong memasak apa semua utk kenduri kawen. Tp skrg kt bandar harapan lah kau nak rewang. Mesti lah pakai catering. Tp aku bkn nak cerita pasal rewang kenduri kawen.

Aku baru balik dr kpg. Ada kenduri tahlil utk arwah atok dah 5 tahun dah pergi. So adik beradik mama balik kpg lah. Kenduri lepas zohor hari ahad. Ktorg gerak balik sabtu lepas maghrib. Sbb aku pun ada kelas tuition. Mama pun ada program ptg tu. So bila sampai kpg igt semua dh sampai tgh mini rewang. Nan hadooooooo. Rumah nenek kosong takdak kereta pun. Ktorg the first sampai rupanya kfine. So malam tu ktorg jelah yg buat2 sekali ngan nenek ngan cik jijah. Nasib baik bwg semua dah bland.

So malam tu mama buat kari rusa. Goreng ikan masing, potong2 sayur, kupas udang. Ktorg masuk tdo kol 12. Bila blek kpg automatik kol 12 tu kira lewat utk tdo padahal kt rumah kol 1 masih lek lg. Besok pg nya bangun subuh gi solat subuh kt sejid. Haa dekat kpg kau solat subuh kt rumah kena pandang slack. Yg selalu buat perangai tu aku lah. Yelah mama, papa semua gi sejid. Takkan aku ada mandat skip?  Tp aku okay je. Sbb bila lagi nak jemaah kt masjid? Masjid kpg sekangkang kera je haaa. Masjid rumah pun dekat tp jauh kit mungkin sekangkang king kong? K habis situ.

Lepas balik takley sambung tdo huaaaaa 😭
Sebab kena menolong di dapur. Kalau takde kerja dapur mmg aku balun haha. So pagi tu mmg banyak kerja, basuh ayam, goreng ayam, dan masak segala benda spt nasi, sayur, ikan masin, acar bodo *nenek cakap*. Mmg banyak lah. Tp org kpg tak kurang gak dtg tolong apa yg patut. Ni paling aku suka tau. Bila sama2 merewang. Pastu sama2 bergosips *tipuje*, bercerita, melawak. Aku siap belajar bhs sarawak lama lagi. Iaitu bhs masa mama kecik2 dok kpg. Aku taktau nape tp aku suka suasana kpg macentu. Sbb takde kt bandar kan. Sorry aku kan tradisional siket. Mase ni lah nk berkenalan ngan makcik2 kt kampung lagi2 yg ada anak teruna *k ni pun tipu jugak*.

Aku nak taip panjang lagi cerita. Tp malas. Sbb dah masuk tajuk lain. So aku ckp sikit je lah. Aku ada dua org kazen ppuan yg sekolah rendah lg. Kira cam A dan B. A lg tua dr B, tp masa kemas2 rumah after kenduri, B rajin menolong. Mmg lah selepas disuruh oleh mak dia tp aku salute lah kecik2 dh pandai menolong. Sedangkan A main je ngan kazen yg lain. Sbb mak dia pun tak suruh anak dia tolong. Mak dia pun tak tolong sebenarnya kahkah. K stop sampai situ kang melarat.

Cuma apa yg aku dpt ckp, ajar anak dr kecik. Lagi2 perempuan. Lelaki jgn diabaikan. Biasakan dorg ni ke dapur menolong. Nty takde lah iiumc confess pasal kak ipaq malaih masuk dapuq. Aku bersyukur gak ah mak aku stop amek org gaji once i entered boarding school kalau tak nan hado aku nak reti buat kerja2 semua tu sampai aku bercita2 nak jadi suri rumah je. K tu bersambung entry lain. Sbb tetiba je aku terpkey camni, ktorg ni tak lama lagi nak masuk fasa berumah tangga (baca: fasa beranak so kalau bukan kazen2 aku yg menolong di dapur siapa lagi kan? Kahkah geli gila apa benda ntah aku pkey. K stop dah.

Oh btw, aku ada banyak entry nak taip. Cuma tak tertaip. Pasal syawal, bekam dan domestic engineer. Dan mungkin akan datang entry pasal taaruf committee pulak kan. So tunggu je lah bila aku rajin dan bermood. Bye.

P/s: gambaq takdak sbb apa benda nk amek gambar berlemuih dlm dapoq sana haa.

07 August 2016

Day 220 of 366: Derma Darah


Hey. Gigih aku nak menaip pasal derma darah ni. Sbb siang tadi baru derma darah. Banyak benda nak cerita. Kalau cerita kat ig kang orang bengang so aku tulih sini jaa lah. Sebab takda siapa baca haa hahaha. Padahal report rumah anbu sem lepas tak buat lagi. Siapa suruh bagi due bukak sem depan. Haaaa kan makin seronok aku tangguh. Kerja menaip GW tu pun due 5 ogos, 4 ogos baru aku buat. Entah takde mood nak menaip. So tengah ada mood ni jangan usik.

Okay sambung balik. Sebab iklan MBO banyak sgt masuk email bagai. So i just knew abt the blood donations thingy. After checked my last blood donations which was on 19th April, so i've decided to donate my blood. Bak kata mama, "tak boleh ke kau cucuk sendiri ambik darah, dah siap nanti derma lah. Tu baru derma darah." Haa lawak kan mama hiuhiuhiuhiu. Macam lah dalam rumah ni ada perkakas tersebut ceh. Lagi satu sebab aku eager nak join walaupun sorang2, sbb nak merasa style sini. Sebab asyik derma kat uia je kan, nurse doc semua islam. So nak rasa lah jugak stye sini.

Mula plan bertolak dr rumah pukul 1. Sebab wayang pukul 2.55. Tapi disebabkan pagi td gigih ktorang kemas rumah maka terlambat lah sedikit. Dalam 1.30 gak lah derma. Sampai The Spring pukul 1.45 gitu. Sampai tempat wayang tu aku tak nampak tempat nak derma tu, just nampak meja isi borang. Kosong. So i thought boleh lah. Sbb ingat kalau ramai sgt nak derma after wayang je. So lepas isi baru dia tunjuk tempat menderma tu. Ya Allah ramai wehhhhhhhh. Tipah tertipooo! Hahaha. Ramai nya chinese, kira non muslim lah sebab aku takleh kesan muka iban, bidayuh semua tu. Melayu ada. Tapi tak ramai. Perempuan lagi sikit. Campur aku, dua org je perempuan melayu haha. 

So aku terus kan je lah. Masetu pukul 2 dah. Mama ngan kakcik dah pergi shopping tinggal aku sorg je situ. Kalau tak kerana eager, takde nya aku berani sorg2. haha. Dia bg no tau. No aku 68. Yg menderma tgh no 49. Kerusi menderma dia sediakan 6 je. Doktor ada 4 (semua chinese and india). Pastu ada 3 meja which is 3 stages alah ni normal lah. First stage, dia cek jenis darah dgn haemoglobin (kan?). Kalau pass, kena cek darah tinggi. Aku tetiba masa nak cek ni lah debar. Kalau debar sgt, darah boleh tinggi tau. Nasib baik pass. K kau bayangkan aku beratur utk stage pertama pukul 2, nak tunggu stage kedua (sbb sorg je jaga) lama gak weh. 2.40 camtu lah. Dan giliran menunggu menderma tengah no 60. So masa kat stage ketiga which was stage penyerahan borang, aku bgtau doc situ aku nak tgk wyg. Kalau habis wyg baru aku derma boleh tak. So dia suruh aku tunggu je giliran. kalau tak sempat gak bgtau dia. Kira boleh je derma darah after wayang. Tu lah under mbo kan, kena lah sepot dgn tgk wyg cis. Haha. Oh lupa nak cerita, ada satu benda kelakar kaaaaaan, org depan aku tu cina sadoooooo weh. sampai nak cek tekanan darah tu, tak muat nak balut lengan dia hahah. So jgn sado sgt please. Iolls geli.

K so aku tunggu je lah giliran. Nama aku kena sebut pukul 2.55. Sebab menderma tu tak lama mana pun. So takpelah aku masuk wyg lambat ket. Mama ngan kakcik masuk dulu. So proses sama je. Dan semestinya sakit. Aku dah buat 4 kali pun tetap sakit okay. Aku benci betul suntikan. Sakit kot! Suntikan masa f3, aku bengkak tau. Yg derma darah kali kedua, tangan aku lebam dalam pulak. Mengada gila sbb ada badan manja. Tapi sakit2 pun aku gigit bibir je lah mampu. Tak dan aku nak jerit oih buat malu je. Derma for about 15 minutes. Habis tu dapat goodies bag and sijil kecik (bukan sijil pun more to helaian kertas sbb aku tak bawak buku). And dia suruh aku  minum air kat luar. Tapi aku tgh kejar masa kot takde masa aku! Haha terus pecut masuk wyg. Tengok cerita jackie chan. Best wehhhhhh serius best. Lawak. Lawan2 dia pun kelakar eventho aku tak suka cerita lawan2.

Habis wyg tu terus mama ajak makan. Topup tenaga aku kehkeh. Masetu lah aku bukak goodies tu. Sumpah best aku sukaaaaa gila. Sebab banyak brg dapat. Banyak sponsor kan. kalau kt uia, dapat air susu dutch lady pun dah bahagia. Dlm bag tu, dia bg pelekat kereta, coklat cadbury dua jenis (5 star dgn yg baru warna pink tu), ada air gas revive botol satu dgn air susu low fat good day, ada 3 in 1 green tea latte dr boh dgn satu air nutrisi good morning, Pastu dr cosmodem dpt facial and bb cream i loike. Dari mbo dpt patung dory yg aku taktau apa fungsi dia. Banyak kannn over gila kan? Pastu masa nak ngemas tu aku nak masukkan balik dlm bag dia, nampak satu envelope dr mbo. Bukak2 dlm kupon 11th street aku bg mama sbb mama suka shopping onlien situ. Dpt kupon nandos. Dan paling best dpt satu tiket wayang free. Likeeeeeeeeeee wow derma darah dpt wyg seh best gilaaa!

Dan sebab rasa seronok tu, habis makan. Ktorang pun shopping kehkeh. Kakcik siap belanja baju lagi hiuhiu. So tu je lah kisah derma darah pada hari ini sekian terima kasih. Nah gambar.

Of course iolls tutup berat iolls haha

Ni masa menderma. Baju belang2 tu doc india.

Ni lah goodies tu weee

Last. Sorry this is so yummy lama ngidam tau.

P/s: Next post pasal Syawal insyaAllah. Boleh jadi Syawal tahun ni atau tahun depan ikut kerajinan haha.

Salam Syang,