"Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui." [29:64]

07 August 2016

Day 220 of 366: Derma Darah


Hey. Gigih aku nak menaip pasal derma darah ni. Sbb siang tadi baru derma darah. Banyak benda nak cerita. Kalau cerita kat ig kang orang bengang so aku tulih sini jaa lah. Sebab takda siapa baca haa hahaha. Padahal report rumah anbu sem lepas tak buat lagi. Siapa suruh bagi due bukak sem depan. Haaaa kan makin seronok aku tangguh. Kerja menaip GW tu pun due 5 ogos, 4 ogos baru aku buat. Entah takde mood nak menaip. So tengah ada mood ni jangan usik.

Okay sambung balik. Sebab iklan MBO banyak sgt masuk email bagai. So i just knew abt the blood donations thingy. After checked my last blood donations which was on 19th April, so i've decided to donate my blood. Bak kata mama, "tak boleh ke kau cucuk sendiri ambik darah, dah siap nanti derma lah. Tu baru derma darah." Haa lawak kan mama hiuhiuhiuhiu. Macam lah dalam rumah ni ada perkakas tersebut ceh. Lagi satu sebab aku eager nak join walaupun sorang2, sbb nak merasa style sini. Sebab asyik derma kat uia je kan, nurse doc semua islam. So nak rasa lah jugak stye sini.

Mula plan bertolak dr rumah pukul 1. Sebab wayang pukul 2.55. Tapi disebabkan pagi td gigih ktorang kemas rumah maka terlambat lah sedikit. Dalam 1.30 gak lah derma. Sampai The Spring pukul 1.45 gitu. Sampai tempat wayang tu aku tak nampak tempat nak derma tu, just nampak meja isi borang. Kosong. So i thought boleh lah. Sbb ingat kalau ramai sgt nak derma after wayang je. So lepas isi baru dia tunjuk tempat menderma tu. Ya Allah ramai wehhhhhhhh. Tipah tertipooo! Hahaha. Ramai nya chinese, kira non muslim lah sebab aku takleh kesan muka iban, bidayuh semua tu. Melayu ada. Tapi tak ramai. Perempuan lagi sikit. Campur aku, dua org je perempuan melayu haha. 

So aku terus kan je lah. Masetu pukul 2 dah. Mama ngan kakcik dah pergi shopping tinggal aku sorg je situ. Kalau tak kerana eager, takde nya aku berani sorg2. haha. Dia bg no tau. No aku 68. Yg menderma tgh no 49. Kerusi menderma dia sediakan 6 je. Doktor ada 4 (semua chinese and india). Pastu ada 3 meja which is 3 stages alah ni normal lah. First stage, dia cek jenis darah dgn haemoglobin (kan?). Kalau pass, kena cek darah tinggi. Aku tetiba masa nak cek ni lah debar. Kalau debar sgt, darah boleh tinggi tau. Nasib baik pass. K kau bayangkan aku beratur utk stage pertama pukul 2, nak tunggu stage kedua (sbb sorg je jaga) lama gak weh. 2.40 camtu lah. Dan giliran menunggu menderma tengah no 60. So masa kat stage ketiga which was stage penyerahan borang, aku bgtau doc situ aku nak tgk wyg. Kalau habis wyg baru aku derma boleh tak. So dia suruh aku tunggu je giliran. kalau tak sempat gak bgtau dia. Kira boleh je derma darah after wayang. Tu lah under mbo kan, kena lah sepot dgn tgk wyg cis. Haha. Oh lupa nak cerita, ada satu benda kelakar kaaaaaan, org depan aku tu cina sadoooooo weh. sampai nak cek tekanan darah tu, tak muat nak balut lengan dia hahah. So jgn sado sgt please. Iolls geli.

K so aku tunggu je lah giliran. Nama aku kena sebut pukul 2.55. Sebab menderma tu tak lama mana pun. So takpelah aku masuk wyg lambat ket. Mama ngan kakcik masuk dulu. So proses sama je. Dan semestinya sakit. Aku dah buat 4 kali pun tetap sakit okay. Aku benci betul suntikan. Sakit kot! Suntikan masa f3, aku bengkak tau. Yg derma darah kali kedua, tangan aku lebam dalam pulak. Mengada gila sbb ada badan manja. Tapi sakit2 pun aku gigit bibir je lah mampu. Tak dan aku nak jerit oih buat malu je. Derma for about 15 minutes. Habis tu dapat goodies bag and sijil kecik (bukan sijil pun more to helaian kertas sbb aku tak bawak buku). And dia suruh aku  minum air kat luar. Tapi aku tgh kejar masa kot takde masa aku! Haha terus pecut masuk wyg. Tengok cerita jackie chan. Best wehhhhhh serius best. Lawak. Lawan2 dia pun kelakar eventho aku tak suka cerita lawan2.

Habis wyg tu terus mama ajak makan. Topup tenaga aku kehkeh. Masetu lah aku bukak goodies tu. Sumpah best aku sukaaaaa gila. Sebab banyak brg dapat. Banyak sponsor kan. kalau kt uia, dapat air susu dutch lady pun dah bahagia. Dlm bag tu, dia bg pelekat kereta, coklat cadbury dua jenis (5 star dgn yg baru warna pink tu), ada air gas revive botol satu dgn air susu low fat good day, ada 3 in 1 green tea latte dr boh dgn satu air nutrisi good morning, Pastu dr cosmodem dpt facial and bb cream i loike. Dari mbo dpt patung dory yg aku taktau apa fungsi dia. Banyak kannn over gila kan? Pastu masa nak ngemas tu aku nak masukkan balik dlm bag dia, nampak satu envelope dr mbo. Bukak2 dlm kupon 11th street aku bg mama sbb mama suka shopping onlien situ. Dpt kupon nandos. Dan paling best dpt satu tiket wayang free. Likeeeeeeeeeee wow derma darah dpt wyg seh best gilaaa!

Dan sebab rasa seronok tu, habis makan. Ktorang pun shopping kehkeh. Kakcik siap belanja baju lagi hiuhiu. So tu je lah kisah derma darah pada hari ini sekian terima kasih. Nah gambar.

Of course iolls tutup berat iolls haha

Ni masa menderma. Baju belang2 tu doc india.

Ni lah goodies tu weee

Last. Sorry this is so yummy lama ngidam tau.

P/s: Next post pasal Syawal insyaAllah. Boleh jadi Syawal tahun ni atau tahun depan ikut kerajinan haha.

Salam Syang,

0 Criticism:

Post a Comment

Tak puas hati? Nak lepas geram? Ledidgo here~