"Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui." [29:64]

31 August 2014

Aku, Ego dan Merdeka 57

Assalamualaikum boys and girls *talking to wall actually*.

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yg ke 57! But this is not for Malaysia okay. Well, sarawakian very particular aby this. Because Malaysia wujud after digabungkan sarawak and sabah with malaya. So bila hari Malaysia? Sarawakian and Sabahan surely knoq right? 16 September 1963. So alert ehh. Haha. Dah sejarah pulak dah kenapaaa.

So again Happy National Day to semenanjung or more specific known as Tanah MELAYU. Ops tercaps lock. Nampak racist ke? Tak lah. Saje nak igtkan ni tanah melayu punya so tak payah nak perjuangkan sgt lah hak engkorg ntah bila ada hak? Sejak engkorang lebih rajin dr melayu? Yes melayu pemalas so what? It doesn't change the fact that Malaysia is ours! Hahahahahaha. Kau pesal sya? Dah sah2 org sarawak so diam sbb tu adalah pasal semenanjung malaysia while in sarawak there are many races and were united okay! Sbb semua berhak.

Lari tajuk nampak yunk?sebenarnya nak cerita kes pagi td. Pagi td flight to kl awal pagi. So flashback last night. Gaduh dgn kakak i terchenta! Well you know i ada darah panas membuak so mmg aku rasa nak carut je kakak aku! Hahahaha. Sbb dia melebih2 nak pukul2 aku. Dasar tgn sotong, budak tak matured! Haha. So di sebabkan terlampau ikutkan emosi maka keluar perkataan taik! Haha. Tapi gaduh tak lama aaa. Lepaih tu dh ckp balik. Ckp mcm takde benda berlaku.

So pagi masa hantar, tetiba ramai pulak org. So mama kata dia hantar aku tepi airport je aa. Tp aku request suruh kakcik hantar aku sampai dlm. Tujuan utama nak mintak maaf. Semalaman aku pkey tau. Nak say sorry ke tak? Before ni mana pernah. Pastu rasa ego sgt. Last2 bila fikir apa aku dpt dgn mengegokan diri? Tak dpt apa. So ku try rendahkan ego. Try ajew.

Lepastu masa nak salam kakcik, apa yg paling aku tak sangka tau? Dua2 say sorry serentak! How sweet kan? Then i know kakcik pun dah rendahkan ego dia. We knew each other well. Seteruk2 perangai ktorg, ktorg jrg mintak maaf after gaduh. Kecuali masa gaduh besar 2 kali dulu aa. So its good to know that we've grown up already. Org yg ego melangit tu semua childish. Well, nak ego kena ar bertempat bro. Kalau tak, ni makan dia *tunjuk penumbuk*

So after that, imma happy person. Sampai masuk kapal terbang dan layan cerita psiko dlm tu. Kacau masa aku nak tdo ah. Lain kali mas, nak pakai boeing pegi takat kl-sarawak takyah ah pakai plane ada skrin memasing. Susah aku nk tdo! Siap kena forward sbb dh nak landing tp masih 70% lg tinggal. Mesti ar nak tau who are the phychotic killer to get the heart tu. Heh.

Bila aku dh melalut maksudnya dah ngntok. Esok gerak kl dah pagi2. So genight! Eh jap. Sape kenal lg safwan?Td jumpa dia yeay. Aku jumpa lagi nanti aku masuk meminang je teruih. K. Bye.

28 August 2014

perhatian?


kalau ada lah nak baca kann.

tintasigadismerahjambu.blogspot.com akan di tukarkan kepada mintyminn.blogspot.com in 24 hrs. tak pun in a few days jugak. tu je. kbyeeee.

27 August 2014

Err hai UIA?

Assalamualaikum! Haih. Yeehaa kita mulakan entry kita kali ni dengan satu keluhan. Sbb in 3 days, i'm going back to kl. The next three days after that, dh boleh ckp hai uia. Ke nak ckp "bai kehidupan yg indah"?

Haihhh. Sorry another sigh. Barang dah near 80% dh pack. Tu pun masih ada barang tak beli lagi. Oh oh boleh ye nak keluarkan lg satu keluhan. Babnya ni baru packing belah rumah eh. Sabtu nty balik melaka then sambung packing habis2an. Ada less than 24 hrs kat melaka before pergi kl and daftar uia pada 2 september :(

Aku ni kalau dah di manjakan dgn kehidupan utk org pemalas ni, mmg lah akan homesick awal2 daftar ni. Sampai ckp ngan mama, "ma boleh tak adik nak stay je rumah jd maid? Ma nak bg gaji tak?" Tapi mama jawab tak so kena lah sambung belajar kenn. Oh ya dah dekat nak sambung belajar ni aku tak sure nak baiki balik jadual tdo aku atau pun nak biar je sampai cuti habis? Aku lebih berminat dgn jawapan kedua tp nanti kesian shera nak kejut aku pagi2. Tp sekarang ni aku masih pakai option kedua. Eheh.

Haa ada satu perkara menggembirakan. Sbb aku adalah satu2nya anak yg mama, papa hantar for the first and last *yg dekat belah semenanjung arr* Selama ni aku masuk smss dan cfs mama hantar sampai airport kuching je. Tp smss dulu lg ah. Mama tak hantar pun. Sbb mama buat haji. Takpelah. Anak2 mama lain pun mama tak hantar jauh. So aku patut lah berbangga mama sanggup siap tempah hotel dua mlm kat kl. Yeay!

So bila dah sambung degree ni, dh kena lah serius kan? Sbb degree sangat lah berbeza dgn cfs. Mungkin aku jd nanar nty. Yelah asyik bersuap je kan kat cfs. Mereka yg biasa perform kat cfs pun sukar nak perform balik kat degree life. Cuaknya lahai! Tolonglah dpt scholar jpa nanti. Sbb kalau tk dpt, kena mohon taun dpn pakai result degree dan aku tak yakin ︶︿︶ Cuma satu je aku eksaited. Eksaited dgn bilik kat degree. Sbb dpt compartment sendiri. Hai Mahallah asiah *lelambai dr kejauhan*

InsyaAllah aku try my best in degree life. Doakan aku kuat ye dr mengamuk dan stress sentiasa. Shasya bolehhhhh!!! Belajar secara serius tamau main2. Dan paling penting nawaitu lillah hi ta'ala. Oh ada lagi satu azam. Iaitu kurus. Hahahahaha. Kbai!

P/s: anak ami sibuk tau nak kacau ami packing.


26 August 2014

Aku nak buru hantu?

Assalamualaikum peeps! Holla mesti awak rindu saya sbb saya lama tak jenguk awak kan *ye saya sedang bercakap dgn blog saya*

Back to title. Soooo adakah yasmin nak memburu hantu? Haha. Takde lah. Tp tadi baru keluar dialog "ma, kalau adik jd one of them yg buru hantu boleh tak?". Terkejut tak? Ayat itu serius okay! Tapi lepas tu dialog tu do sambung "tapi adik ni lemah semangat, takpelah". Sendiri tanya sendiri jawab walaupun mama ada jawab "kau dah takde keje lain ke?" K ma. K.

Tp seriously, aku admit aku mmg sgt suka benda2 paranormal thing. Bukan mencari. Cuma melihat org lain mencari di tv. Hihi. Nak cari sendiri mmg tak arr. Siap doa lagi supaya Allah tak bukak hijab mata eden ini. Phew.

Start masa aku f5 lah. Along ajak tgk cerita paranormal activity 2. Malam tu termimpi kauuu. Lepas tu tertengok Ghost Lab cerita cari hantu tu. Tu pun terus mimpi ngeri. So aku buat conclusiom, cerita paranormal ni wayyyy to seram dr cerita hantu mekap acah2 ni. Lagi2 cerita hantu melayu lah kan. Mana pernah mimpi pontianak harum sundal malam lg. Dh nama pontianak maya karin, nak seram apanya?

Since tu, aku menunjukkan minat tgk cerita hantu paranormal ni. So paranormal activities aku dh complete semua. Lima2 dh tgk. Cerita melayu such as penunggu istana, seekers pun aku layan. Guess what aku tgk penunggu istana ada satu mlm tu kat asrama sekolah ngan zati and sarah, aku ngan zati ready bantal dpn mata. Kah! Seekers seronok jugak lah. Tp sbb tu hantu melayu so banyak adegan rasuk sbb kdg2 dorg bawak volunteer, artis pun adoo. Sbb seekers jugak, aku tersuka dgn jufri rayyan. Isy.

So now sejak ada Kix channel 729 kat astro ni, ada dua shows. Satu Ghost hunters. Satu lg GHI aku lupa stand for what. Tp aku suka GHI more! Aku suka lg omputih punya sbb alat dorg canggih2. Paling aku suka evp. Sbb boleh rakam suara tp suara benda ghaib ni frekuensi tak sama ngan manusia. Selain tu ada alat emf, kamera termal and so on. Ada laser jugak. Canggih nau tak paham aku aih.

Cuma tu lah. Aku mmg minat. Cuma bila terbayankan aku yg pegang alat2 tu. Dgr bunyi pelik je aku dh pengsan. Aku pun taktau. Since f5 tu aku dh jd penakut. Kalau tak, takde lah aku tdo ngan kakcik dgn alasan takde org kat tingkat bwh. Sbb bilik aku kat tingkat bawah. Tunggu ah ada hasben teman tdo bilik bawah. Hiks.

Daa for now. Genight. Assalamualaikum.

17 August 2014

Dulu dan sekarang

Tadi pi kedai ngan mama. Kedai everrise dpn rumah tu. Memandangkan everrise baru bukak selepas a few months tutup utk renovate, so ramai lah td org. Nak parking pun takde tempat so lastly mintak tolong papa hantar naik moto sorg2. Sbb mmg dekat pun. So nk balik tu mama naik moto dgn bebarang. Aku nak jln kaki balik rumah. Melenggang dgn payung kerana panas. Eheh.

Masa balik tu kena lah lintas padang. Saje nak mengenang kenangan dulu dulu. Dulu masa aku kekecik dan kakcik along angah senua kecik lg. Ktorg selalu main kt padang tu. Dgn kwn2. Main kejar2. Ada satu port ni mcm banyak bushes dgn batu besar. Situ lah port tangkap rerama warna purple. Sampai bawak net yg utk ikan tu nak tangkap rama2. Luls. Pastu amek bunga jarum tu isap madu dia. Tu dulu. Situ lah port mainan ktorg kecik2. Mana tahan ptg2 dok rumah. Mesti main keluar gak.

Nk lg best g taman belakang rumah. Jln kaki gak. Ada taman permainan. Aku suka main yg mcm spider web. Tak bukan spider web. Tp yg pasti main panjat2. Kat bawah ada sorg jd buaya. Kalau dia dpt sentuh kaki kita, kita lah jd buaya lepas tu. Tu taman dulu. Sekarang mana ada permainan dah. Track jogging je masih ada. Last jogging situ aku kena serang dgn anjing sampai sekarang trauma nak pegi.

Gambar aku kepilkan bersama tu gambar padang depan. Dh tumbuh meliar dah rumput. Bushes dgn rama2 lama dah takde. Tinggal batu seketoi dua jaa. Takde sape dah main kat situ dah. Eheh. Budak lejen aje yg main situ. Oh rindunyaa.

Last gambar tu kalau zoom nampak anjing dua ekor. Ada lg dua ekor dlm rumah jiran. Anjing tu garang. Nasib baik di ikat kat rumah. Kalau tak mesti dh kejar. Dulu ktorg ada anjing. Maksud aku satu rumah dekat lane rumah aku tu ada bela anjing. Ktorg panggil dia bobby. Dia dok luar je. Dia baik. Ktorg selalu main ngan dia. Tp masa main, ktorg dlm pagar ah. Hehe. Pastu masa dia mati ktorg sedih. Dia ada tinggalkan anak. Masa kecik ktorg panggil puppy. Sampai ke besar jd puppy. Dia pun mesra cm bobby gak. Tp last2 mati. Tiada berganti. Sampai sekarang kot igt. Kalau keluar rumah ke mesti panggil. Dorg mesti dtg. Tp dorg tak pernah dtg dekat. Dorg pun tahu batas. Heh. Dah tu je.

Menantu Vs Mentua by Dyadila

Hai assalamualaikum! Selalu buat review kat ig kann. Pastu taip panjang2 pastu org lain annoy. Haha. So i just buat review sini lah eh. Novel aku baru beli. Menantu vs mentua. Penulis dia dyadila yg turut tulis doktor cinta dgn giler kau dan kedua2nya aku takde pun.

So kenapa aku pilih review novel ni? Sbb aku nanges galak sgt baca. Sampai habis 10 helai tisu. Aku tgk kal ho na ho pun pakai 3 helai je! Before ni mmg ada aku nangis baca novel. Spt novel ketiga karya siti rosmizah lafazkan kalimah cintamu tu antara novel sr yg aku galak nangis. Siap teresak2. Novel kedua yg aku igt aku nangis teruk masa tarikh luput cinta. Nk ckp teruk tu sampai aku tak boleh teruskan pembacaan. Aku tutup novel pastu nangis semahunya. Kahkah. Nak igt balik pun malu.

Novel mentua vs menantu ni pulak aku nangis lama sampai mata sembab! Ye sembab ada gambar bukti yee. Sbb tu aku rasa ni teruk. Tak pernah lg aku nangis sampai sembab. Tapi sebenarnya nk suruh aku nangis sgt senang, bila ada kematian mmg confirm aku nangis. Sbb semalam tgk satu iklan yg ayah dia busy kerja bila balik rumah tgk anak bini takde. Igtkan eksiden rupanya g tarawikh. Masa tu tatau kenapa aku boleh nanges galak gilaa. Iklan je kott.

Well, like i said. A girl name nur syafiqah yasmin amat membenci perpisahan. Lagi2 perpisahan kekal iaitu kematian. Dan ye, that girl mmg cengeng. Kuat nangis. Hewhew.

So aku nak review sikit ah novel ni. Aku suka watak perempuan dia sbb aku rasa mcm aku sikit. Mcm arr. Sbb qeesya ni terlalu terus terang menyatakan perasaan nya pd rayyan. JAtuh cinta pandang pertama dan terus lamar. Sbb dulu masa kekecik masa zmn jahiliah kalau aku suka org, aku ckp terus kat org tu. Lani entah lah. Dh kurang kot. Kot lah. K. Sambung balik. Pastu kawen. Pastu biasa lah cerita novel. Tp laki ni tak luahkn dia cintakan bini dia sbb dia berpendapat actions speak louder than words. Masalahnya sbg perempuan mesti lah nk dgr kata hati suami kan kan *emosi* so qees dh anggap laki dia tak cinta pun. Pastu nk amek hati mentua yg tak sukakan dia sbb igt dia nk rampas harta. Biasalah typical org kayoo.

Aku baca pun sakit hati dgn mereka. Budak2 sgt. Pastu dtg cousin ngan makcik rayyan. Cousin rayyan nama dahlia yg juga ex rayyan dulu. So ada lah adegan nk rampas, pastu buat plan nak kena tangkap khalwat. Cliche angat novel melayu. Dah takde maruah gamaknya.

So apa yg sedihnya. Dia takde pun scene pukul2 dera ni. Tp ye lah dera mental lg sakit ye dak. Qees ni dh lah yatim piatu. Pastu jumpa khairul masa kecik, mak khairul jd mak angkat dia. Kira mcm hubungan dia ngan khairul tu sgt rapat mcm adik beradik. Tp rayyan lah jeles. Siap suruh pilih lg nak sape. Qees ada tulis dlm diari jgn suruh pilih antara khairul ngan rayyan sbb tu memilih kematian. Khairul tu umpama abg, adik, abah kpd qees. And qees do love rayyan. Tp Rayyan ni tak matured tol. Haha.

Part sedih nya memuncak bila rayyan jeles. So halang qees jumpa khairul. On the spot pulak tgh gaduh, khairul call so rayyan terus baling fon qees. Tau tak kenapa khairul call? Sbb nak suruh qees balik kpg tgk mak dia buat kali terakhir. Mak dia mati eksiden. Tp tk dpt call, tanam je lah mayat tu. Sampai lah a few day dia g rumah jumpa rayyan gtau. Masa tu rayyan rasa sgt bersalah. Dgn khairul. Dgn qees. K masa ni dh sedih. Dah lebat hujan air mata. Pfft.

Lepas tu qees jumpa khairul semua. Nangis2. Sekrang dia hanya ada rul je. Nak lg mantap sedihnya, a few days later, rania adik rayyan nak kena tangkap ngan laki jahat. So rul selamatkan rania tp kena tembak. Dan mati. K ni lebat tahap petir kilat dah ni. Qees hilang diri sendiri. Rania pulak trauma tk dpt nk cerita siapa yg bunuh rul kat polis. Qees berubah jd pendiam. Dia rasa sbb suami dia, mak ngan rul mati. So dia marah. Tanak ckp. Cara rayyan pulak bila dia rasa bersalah dgn qees, dia bkn pujuk or minta maaf. Dia mcm gaya marah jugak sbb dia rasa sgt bersalah ngan qees. Sampai qees nk mintak cerai tp rayyan tanak.

Sampai satu tahap masa bila eh. Oh masa qees masuk spital, masa tu rayyan nak pujuk tp takut. Dia tanak qees makin benci dia so dia kata dia tunggu luar je. Masa tu lah qees ckp dia perlukan semangat rayyan sbb dia rasa sgt lemah. Bila rul mati lg dia sgt perlukan rayyan. Tp rayyan ni ego tk paham bini sendiri. Perempuan kan bila dia marah, dia ckp lain tp dia maksudkan lain. So lelaki take note plis. So lepas tu dh bebaik. Smpai satu masa, qees ceroboh masuk bilik rahsia rayyan dia tgk banyak potret muka dia rayyan lukis. So baru qees tau rayyan cintakan dia gak. So pendek kata happy ending.

Oh ye. Kisah mentua qees? Mula2 kan kata tak suka. Dh lah qees tu tak pandai masak. Suruh masak ayam masak kicap, di bubuhnya satu botol kicap. HAha. Tp dia terdgr yg qees ckp kat tuk wan, qees ckp yg mentua dia tu ibu yg hebat sbb melahirkan rayyan yg hebat. Camtu2 lah dia terharu. Dh lah rul yg selamatkan rania pulak tu lepas tuduh qees curang ngan rul. So dorg dh kamceng walaupun masih gaduh bak anjing kucing lg. Oh ye aku tanak masukkan kisah dahlia dan emaknya. Buat semak.

So conclusion aku sgt suka jalan cerita dia. Sbb aku dpt get into the line. Feel what the character feels. Tp satu je cara penulisan dia harus ditingkatkan. Ceh bajet pengkritik pulak. Tal serius. Aku nk jenis bila baca akan terbayang. Tp penulis tak elaborate more mcm dia kat mana. Cth dia mcm mula ada kat luar rumah. So aku pun byg luar rumah, baca2 tetiba dh kat dapur sedangkan bila entah masuk rumah. Padahal tebal je kot novel ni. Tp kurang part tu. Bkn sikit tp banyak sgt sampai daya imaginasi aku terkeliru.

Novel mmg mcm tu. Dia bkn mcm komik yg ada gambar. Novel hanya sarat dgn tulisan. So penulis kena lengkapkan penulisan. Tak perlu lah spesifik sgt cerita sampai sarung kasut warna merah sebelah kanan lepastu kiri. Pastu menapak 3 langkah lalu bukak pintu kereta. Tak bkn mcm tu. Cukup sekadar lengkap tempat, siapa, dan actions. So taklah imaginasi tetiba masuk watak ni ckp padahal bila watak tu ada tak tau pun. Paham tak? Ye, aku bkn penulis tp aku sbg pembaca. Walau jln cerita menarik mcm mana pun, aku lebih suka melihat cara penulisan. Seperti contoh novel fixi - asrama. Aku tak suka gaya penulisan mcm tu.

K dah penat taip. Nak tdo. Nak hilangkan sembab. Dh lah nangis, tdo lewat. Pastu kena bangun awal sbb tolong mama masak nasi lemak. So for now genite!

16 August 2014

Kerana aku seorang wanita.

Sharing from gp wasep td. Agak kena ah sbb semalam baru je sebut pasal benda ni.

Seorang lelaki menjawab persoalan 7 wanita

Kaum hawa selalu mengeluh dan melafazkan “susahnya jadi wanita”, mereka telah digoda dan diperdaya oleh syaitan dan hawa nafsunya sendiri, seperti yang kita lihat dialog di bawah, bagaikan mempersoalkan ketentuan Allah terhadap mereka. Dengan kata lain yang agak kasar, Allah berat sebelah dan meletakkan kaum wanita dalam keadaan tertindas.

Keluhan remaja perempuan A:
“Aduh, situ tutup, sini tutup. Susah la gini. Apasal laki-laki mudah saja. Tak pakai baju pun takpe. Perempuan auratnya lagi banyak.”

Keluhan isteri A:
“Kenapa la kita para isteri ni nak keluar kena minta izin dari suami kita, padahal suami kita nak keluar ke mana-mana pun tak bagitau kita takpe pulak.”

Keluhan remaja perempuan B:
“Jika kita ikut faraid dalam hal pusaka, rugilah kita. Sebab bahagian harta pusaka perempuan lagi sedikit berbanding harta yang anak lelaki dapat. Kami mahu keadilan!”

Keluhan isteri B:
“Kenapa Allah jadikan wanita mengandung dan rasa sakitnya nak melahirkan anak. Suami kita rileks saja? Masa buat anak carilah kita, masa nak beranak kita tanggung sendiri!”

Keluhan isteri C:
“Islam kata kita perempuan wajib taat pada suami, tapi ada Islam cakap suami perlu taat pada isterinya? Mana keadilan pada kaum hawa?”

Keluhan isteri D:
“Bila nak cerai je, suami yang boleh jatuhkan talak. Kenapa isteri tak bolek ceraikan suaminya? Kenapa?”

Keluhan remaja perempuan C:
“Wanita tak boleh nak beribadat macam lelaki, sebab bila kita ada haid dan nifas, takleh nak solat dan puasa. Ingat perempuan ni suka ke tak solat dan puasa?”.

Dan kemudian datanglah pertubuhan dan organisasi yang membela kaum wanita, dan menuntut hak samarata antara gender, mengekploitasi fahaman wanita yang terjejas akidahnya dek kerana disogok pertanyaan.

Mereka sebenarnya membunuh wanita dan institusi kekeluargaan

Kaum lelaki pula cakap, “Ah, mujur aku ni lelaki!”

Tunggu..! Istigfarlah pada wanita yang ada perasaan seperti di atas. Mujur ada seorang lelaki yang bukanlah seorang ustaz namun amat yakin bahawa Allah itu Maha Adil. Dia tidak mampu menuturkan sabda Rasulullah s.a.w dan petikan dari ayat Al-Quran, namun dengan keimanan dan ilmu sedikit yang dia ada, diolah sebaiknya untuk menjawab soalan-soalan melampau itu.

Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan A:
“Cik adik, Islam lah yang mengangkat aurat wanita. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang teraman dan terbaik. Awak ada emas dan permata, adakah awak nak letak terdedah ditepi laluan lalu lalang atau disimpan di rumah agar tiada siapa melihat perhiasan itu? Ok, jika awak letakkan perhiasan tadi di kalangan orang, agaknya apa akan jadi dengan barang perhiasan tadi? Lelaki, yang utama hanyalah bawah pusat ke lutut tapi awak? Saya tidak dapat melihat kulit anda pun kecuali muka dan tangan! Awak tak mungkin akan terangsang nafsu tengok saya hanya berseluar pendek ke lutut kan? Tapi kalau sebaliknya, jangankan saya, tapi tok imam pun akan tercabut serbannya jika tengok awak pakai hanya seluar pendek!”

Lelaki beriman menjawab keluhan isteri A:
“Ok, isteri perlu taat pada suami. Jadi, lelaki apa? Suami perlu wajib taat juga kepada ibunya tiga kali lebih utama dari ayahnya, walaupun dia sudah berkeluarga. Isteri tidak perlu lagi, taatnya hanya pada suami. Kenapa awak perlu taat pada suami? Kerana suami kalian lah yang menanggung dosa yang kalian lakukan!”

Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan B:
“Betul ke wanita menerima warisan pusaka lagi sedikit daripada lelaki? Tapi kan, harta itu memang hak untuk wanita itu dan dia berhak lakukan apa saja yang dia mahu. Shh.. jangan kongsi dengan sesiapa walaupun suami. Tak kesian pada lelaki ke, dia perlu membahagikan harta pusaka itu kepada isteri dan anak-anaknya. Kalau isteri dia ramai, anak dia ramai, harta pulak secebis, tak merasa lah jawabnya!”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri B:
“Tahniah la sebab awak dapat mengandung dan melahirkan. Setiap kali awak begitu, wanita itu didoakan oleh sekalian makhluk dan malaikat! Beruntungnya awak! Andaikan awak meninggal pula masa beranak tu, percayalah… itu mati syahid dan ganjarannya syurga. Ya, syurga menanti awak malah beranak 15 kali pun sihat sampai ke tua! Sebab tu tak ramai orang wanita meninggal masa melahirkan”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri C:
“Akhirat nanti, saya dan lelaki lain didunia ini akan diminta bertanggungjawab keatas empat jenis wanita. Siapa? Mereka ialah isteri saya, ibu saya, anak perempuan saya dan adik perempuan saya. Tahu maksudnya? Awak nanti di akhirat, awak akan dibantu oleh empat lelaki! Siapa mereka? Mereka ialah suami, ayah, adik atau abang malah anak lelaki awak!”

Lelaki beriman menjawab Keluhan remaja perempuan C:
“Nak beribadat macam lelaki? Ingat mudah ke nak dapat syurga? Sedarlah, awak sebagai wanita boleh masuk sebarang pintu syurga yang awak sukai. Ya, dah la syurga, ada pilihan pula hanya dengan empat cara. Apa itu? Solat lima waktu, berpuasa bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan tahu apa satu lagi? Taat pada suami awak. Itu saja asasnya!”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri D:
“Saya, seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah. Awak, seorang wanita jika taat akan suaminya,dan menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah, maka awak akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata!”

Lelaki beriman bertanya, “Sebenarnya, apa lagi yang awak mahu, wahai kaum hawa?”

Namun, wanita-wanita tadi menangis dan salah seorangnya berkata, “MasyaAllah, sayangnya Allah pada wanita, namun kami sendiri yang mengheret diri ke neraka yang mana ramainya kaum kami berbanding kaum lelaki.”

Demikianlah dialog wanita-wanita yang curiga itu dengan seorang lelaki biasa namun beriman. Musuh Islam tidak akan berhenti melakukan segala upaya, sampai kita ikut dan tunduk kepada cara-cara dan peraturan yang dipromosikan dan diperjuangkan mereka.

Allah, yang menciptakan kita, maka sudah pasti Dia yang Maha Tahu pada manusia, sehingga segala hukum-Nya malah peraturanNya, tentulah yang terbaik bagi manusia dibandingkan dengan segala peraturan yang dicipta manusia.

Wahai lelaki, jagalah isterimu kerana dia perhiasan, pakaian dan ladangmu, sebagaimana Rasulullah s.a.w pernah mengajarkan agar kaum lelaki berbuat baik selalu (lembut) terhadap isteri anda sekalian.

Berbahagialah wahai para muslimah. Tunaikan dan tegakkan agamamu, nescaya syurga menanti.

Itu lah madah nya. Semalam aku baru je cakap tak pernah terlintas di hati aku utk menyesal di lahirkan sbg kaum hawa. Dan di atas segala jawapan ada. Serious said, aku rasa bertuah sgt jg seorang wanita. Kalau lah aku dilahirkan sbg seorang lelaki, aku sendiri tak tahu aku mampu ke tak nak pikul tanggungjawab seorg lelaki. Terima kasih Allah :')

15 August 2014

Eh, kau ni kasar lah.

Entry kali ni takde 'Assalamualaikum' yg pink tu like usual so i just give salam as manual. Assalamualaikum people! Pendek kata, post ni not like usual sbb di taip through tab! Yeay dh ada apps blogger. Before ni pernah ada tp tk dpt nak get through sbb email blog is from yahoo. And android just accept email gmail. So godek2 blog jumpa setting utk invite email jd penulis blog. Pendek cerita ni pakai email gmail. Sbb tu lah dpt.

So okay. Move on. Td aku kena tegur. Well, jgn jd manusia yg susah terima teguran kalau tak mcm mana nk perbaiki diri kan? *walau aku dulu susah gak* Aku pun pernah tegur kwn rapat aku so what kata sayang sampai sorga kan? So td kakcik approach mama, masa tu aku ngan mama. And kakcik tegur lah perangai aku yg kakcik tak kenan which were *plural ok* suka condemn org as in kasar bg pandangan and so on *akan di huraikan pd masa ke semasa*

Kisahnya kakcik ni jenis senang dgr ckp org. So bila dia mintak pendapat utk beli sesuatu dekat aku, dia ckp aku suka kritik lah. Ckp kasut yg dia nak tu mcm kasut org tua, "euww kakcik nak yg tu?", "tak cantik lah, hitam kot" camtu camtu lah aku mana nk igt. Yg aku igt yes aku suka kutuk dia ckp taste dia mcm org tua. Haha. Betul sbb dia kan tak pernah duduk jauh dr mama so kebanyakan dia ikut style mama. Dia mana pakai shawl. Dia jenis pakai tudung sarung. Handbag pun pakai mama punya. Pendek kata dia clone mama. Dan dia pulak senang sgt ikut kata org so bila dia nak ni, tp adik dia kata tak cantik automatik dia pun jd 'alaa tak cantik eh' cenggitu ah.

So apa yg aku suka sgt dekat mama ni, bila dia bg nasihat. Contoh A tegur B. Mama takkan nasihat B je. Mama akan nasihat dua2. So td mama tegur aku supaya lembut sikit dan bg pendapat dlm bentuk positive. Cth instead of tegur "eii pesen cm org tua lah cik" tukar lah kpd "yg ty nampak cm org muda sikit cik" dan aku haah lah. Betul gak eh. Banyak nau negative charge dlm bdn aku ni eheh. Dan mama tegur kakcik gak supaya keras sikit hati tu. Tetapkan pendirian tu. Kalau dh suka sgt yg tu, beli je lah. Lepas tu mama kata kat kakcik, "kau nak mintak sokongan ke pendapat" bila kakcik ckp bila dia tanya pendpt aku ttg barang yg dia nk beli tu, dia mengharapkan aku sokong dia. Ni aku pun nk hentam gak kakcik. Sbb satu pendapat org confirm2 tak semua sama walaupun kau tu kembar. So bila kakcik mintak pendpt aku yg mmg taste sgt lain dr kakcik, dan bila aku bg pendpt yg aku tak suka, kenapa dia taknak? Dah nama pendapat. Dan dlm pendapat mana ada betul dan salah. Woi dh mmg kat mata aku tu taste org tua nk buat cemana --'. Walaupun kasar, tp more jujur yedak? Kehkeh.

Lepas habis mama tegur aku pun menyampuk. Aku cerita kisah ktorg beli mouse kakcik td. Kakcik tanya aku nak beli mouse mana. Dia nak murah, jenama sensonic dan pink. Mula2 aku cdg jenama g shark warna pink yg murah. Tp dia tanak sbb agak panjang dan dia keep tanya kalau rosak cemana. Pastu jumpa jenama sensonic warna pink tp mahal. Aku ckp okay lah tak lah mahal sgt. Pastu dia kata mahal. Nk beli g shark takut rosak. Well aku yg dh panas pun ckp kat dia, "ambik lah risiko. Try lah dulu jenama tu. Mmg lah end up semua benda pun akan rosak. Mcm kakcik pun akan mati." Bila aku dh keluar ayat mati tu maksudnya aku dh marah. After that aku ckp sukati lah then blah. So end up dia beli g shark pink. Tp bila try kat rumah dia kata tak sedap sbb tepi tajam --' Apakah? So dia blame on aku lah sbb tu pilihan aku en.

Satu lg aku marah perangai kakcik sbb dia suka salahkan org. Mcm td sepanjang kami bertiga meluah td tak habis2 dia dok ulang 'yasmin suka condemn'. Sebenarnya aku tak suka dia dok ulang nama aku. Sbb dia baru jumpa sorg org mcm tu. Padahal ramai lg. Aku ckp senang je, aku bg pendapat apa yg aku rasa. Yg pakai mouse tu kakcik, yg kluar duit pun kakcik so skati lah nk beli apa. Ni masih gak nk blame aku. Isy.

And dia ada ckp gak "tak sangka adik boleh tegur kakak mcm tu sekali". Ni gara2 isu taste org tua lah. Aku pun balas sebenarnya benda ni main phycho otak gak. Sbb dia kata kalau mama tegur dia boleh je terima. Bila aku tegur, dia sakit hati. So aku ckp sbb mama tu ibu, dan adik ni adik kakcik. Walaupun point ktorg nk ckp sama je. Cthnya nk ckp kakcik asyik beli kasut warna hitam je. Mungkin bila aku tegur panjang sikit bebelan. Tp di sebabkan yg ckp tu seorg adik, mungkin lah ego tercalar ye dak? Mcm cikgu tegur murid tu normal. Kalau murid yg tegur cikgu? Sama lah mcm adik yg tegur kakak kan? Ke tak sama? Bg aku ego tercalar punya pastu kakak aku tak boleh terima aku ckp tu mungkin sbb keegoan dlm diri dia. Weh, semua manusia ada ego weh cuma tinggi rendah jaa. Tu pun nak emosi ke der? Aku pun ada ego kot!

Aku tambah lagi. Kakcik ni masih lembik. Sbb kakcik masih duduk sarawak. Sejujurnya weh, org sarawak ni sgt lembut hati. Kuat merajuk pun ye. Kalau tak takde lah masa aku form 1, senior tegur aku sensitip. Sikit2 merajuk, kecik hati, sentap. Dan dua tahun awal aku sekolah kl, aku pakai saya-awak sbb bg aku dan most of org sarawak ni, aku-kau ni kasar. Tp tgk lah aku sekarang. Mana ada sy-awak dah. Skema gila. Huhiho. Aku admit, dok kl mmg ajar aku jd keras. Dannn kasar! Haha. Org kl lah ajar aku jd kasar ni. Percayalah kalau kakcik dpt posting kat kl dan bergaul dgn org sana. Aku pasti awal2 tu confirm dia banyak nanges-merajuk-sentap punya. Confirm! Aku dh rasa benda tu semua.

Haha. Dah penat aku bebel. Aku mmg. Kalau benda tu betul walau senegatif mana pun, aku terima tp selagi aku tak puas hati, ada benda utk aku hujah aku akan tegakkan. Aku kenal diri aku. Walau aku suka pink sgt, pakai baju feminin mana pun, aku mmg kasar. Kasar tu subjektif. Tak lah kasar aku sampai jalan mcm lelaki, panjat pokok kelapa tu. Tak lah. Aku more on kasar pd pertuturan dan a lil bit in perbuatan. Kalau tak, takde lah org sanggup putuskan silaturahim sbb kekasaran mulut aku ni. Kan?

Okay lah aku dah puas membebel. Kan aku dh ckp terapi aku meluahkan mmg through typing! Kbye genait.

Gambar

Hari tu ada janji nak kasi gambar. Lepas dua bulan baru dpt di tunaikan. Disebabkan sebab2 yg agak munasabah. Heh. Haha. Haa nah lah.

14 August 2014

calon? cinta? err jodoh?


Saje nak bercerita kisah semalam. Kisah lunch kat luar. Err, Pizza Hut tu kena boikot ke tak eh? sbb ktorg lunch kat situ. dgn mama and kakcik.

dgn tetiba, banyak isu yg diperbualkan. tak lah banyak sebenarnya. banyak berkisar tentang pasangan-cinta-kahwin. topik cenggitu lah. alahh, topik mak-anak perempuan gittuw. dan entah mcm mana, aku bercerita pasal aku, yg cepat bosan dgn lelaki. dan mama ckp dulu pun dia mcm tu jugak. tapi sekarang ni setia je ngan papa so aku assume nty aku berlaki hilang lah kecepatan bosan aku pada lelaki. takkanlah nak bosan dengan laki sendiri yedak *gelak kecil*

move on. lepastu mama tetiba cakap "kalau ada lelaki yg serius, bawak dtg jumpa mama dulu utk tengok okay ke tak. tapi jgn janji apa2 dulu. kang janji nak sehidup semati tetiba mama tak kenan." agak terkejut ah. alahh, anak2 mama mmg dah layak kawen. sorg 25, sorg 23, last sekali doploh *senyum simpul*

tapi aku mmg tekad. if ada yg betul2 serious. yg betul2 dan tetiba aku tak bosan lah pulak kan. mmg aku bawak ke mama. sbb mama ni special sikit. dia boleh 'tgk'. bukan nk kata sixth sense tp more to instinct kot. dr zaman dia muda, makcik dia nk kawen tp mama aku tak kenan kat laki dia. and end up dah bercerai. laki dia tu bukan org baik. baru2 ni ada kes jugak mama tak kenan. and now yes lelaki tu bawak masalah besar pd isteri dia. gerun gak ngan mama ni. dah lah mulut dia masin. haha. kaitan.

tapi nak cari calon yg betul, teras dia satu je. taat pada Allah. tu je dah cukup. dia jaga solat dia insyaAllah dia boleh lah jaga kau. selalu lah doa agar Allah memberi jodoh yg berjaya di dunia dan akhirat *ni ustazah masa kat madinah ckp* k tu je. bye.

p/s: ari tu aku mimpi. bangun2 je bahagia. dlm mimpi tu aku dh berlaki. mimpi doc ckp kemungkinan aku mengandung. kahkah. bahagia nya lah haiii.


Deactivated


kemungkinan pertama aku akan kembali aktif di sini. di blog ni.
hanya jika aku rajin menaip.

hakikat pertama aku dah deactivate aku punya twitter.
tapi belum permanently delete. sbb aku ada sebab sendiri. sbb hanya twitter yg menjadi laluan utk kami berhubungan. tp arghh lantaklah tu semua tak penting. nak seribu daya tanak seribu lah dalihnya kan?

kemungkinan kedua aku nak delete facebook. tapi masih memikirkan. since ada group2 yg penting kat situ.

tapi sebab sebenar kenapa aku buat mcm tu sbb masa2 aku asyik lagha dgn laman sosial ni.

aku sedar masa aku di dunia tak lama. well, dunia ni hanya tempat persinggahan sementara. takkan kau nak singgah rumah sedara kau lama2 kot -.-

aku cuba berfikir apa purpose of laman sosial kait dgn purpose aku ada dekat dunia ni. dan entah tak jumpa. setakat tweet nasihat sekerat. yg lain tu banyak membebel ttg diri sendiri.

tapi kenapa aku memilih blog? sbb satu aku mmg suka menulis bila ada mood. kedua aku tak perlu interaction dgn manusia yg asyik nak menghentam *sbb mana ada org nk layan blog dah*. dan lebih baik tiada siapa nak baca. mana ada org sesuka hati baca diari org en? tp aku masih buat public. biarlah.

dan sekarang aku sdg memperbaiki cara aku menulis. aku dah rasa caca merba sgt sampai aku sendiri tak paham apa yg aku tulis. heh. k tu je buat masa ni.