"Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui." [29:64]

26 October 2018

#ShasyaDiscoverFoods: Food Hunting in Johor Bahru (Oktober 2018)


This are few viral and legend foods I've eat at Johor Bahru, specifically (kecuali masa dekat mall LOL) kiranya makanan wajib di Johor Bahru lah gitu so I will go straight to the point sbb kalau tak, nanti aku merapu merapan. Before that, ni LINK cerita aku di Singapura sebelum aku ke Johor. Jemput baca. Okay start!

1. Amphawa Boat Noodle (dalam JB City Square Mall) 

Aku makan Squid Tomyam Rice Noodle and Thai green tea, total RM18.80. Ni mee tau, mi beras sbb tu english dia rice. For pe personally, aku sukaaaaaaaa tomyam dia sedap weh sumpah!! Tak pedas sgt (but still pedas for me? hahaha), cukup masin masam dia and creamy too. Cuma panas sangat dah tiup pun panas hahahaha. And green tea pun sedap, tak manis sangat since aku tgh cut out gula in drinks. Drinks je tau bukan foods kahkah. But, aku tak tahu kedai ni je ke apa, menu dia sikit sangat, tak variasi. Tak silap aku ada empat jenis main foods je. Antara mi signature, udang, sotong, or mixed. Harga lain-lain. Tp selain tu ada food lain seperti pulut mangga. Ada apatah lagi, sangkaya kot. Tp tak banyak lah. But, still sedap dan kenyang makan tu je.



2. Mr. Sam You Char Kway

Dalam google cakap bukak 12.30pm. So aku pergi dalam pukul 1.15pm dan tadaaaaa belum start goreng pun lagiiii. Doh semua dah ada, tinggal dia nak canai dan bentukkan. Dia jual donut dengan charkway (cakoi) tp yg viral tu dia punya cakoi. Sbb dia bukan cakoi ashe-ahse, dia berperisa. Satu cakoi berperisa (ada dua belah) RM3, yg cakoi biasa satu RM1, 3 RM2. Berperisa atau biasa, keduanya sedap gebu gebas ngko! Walaupun aku beli tgh hari, aku makan malam pun masih lembut. Perisa dia pulak banyak! Aku dah try choc oreo, choc cheese, cheese dan peanut oreo and my fav choc oreo. Cheese dia muak teruks sbb dia letak mayonis banyak. Donut dia pulak dia jual satu set RM7 ada 6 bijik pon berperisa. Aku rasa doh sama, tapi entah donut dia kureng sikit bg aku. Mungkin doh tak sama kot hahahaha. Kau kena cuba ni mmg sedap! Cuma tu lah, dua kali aku pergi, dua kali tunggu lama sbb dia bukak lambat. Aku tunggu dlm 30-45 minit camtu hahahahahaha lama tau bagi aku sbb aku selalu antara yg awal datang, takyah beratur pun tp still lama tunggu?!



3. IT Roo Cafe

Cafe ni jual chicken chop lejen katanya entah tahun bila aku tak semak. Dan tak silap, owner dia Chinese butttttt, locals knew that this kedai is halal. Pekerjanya pun melayu. Dia punya deco dalaman mmg mcm kedai lama-lama tapiiii, ada aircond hahaha. Dan mostly yg makan sini dorg book dulu. Sbb masa aku pergi tu dlm 8pm, banyak meja kosong tapi semua ada tanda reserved tp aku berjaya lah makan di dalam. Okay, memula kau masuk dia bagi kau menu dan kacang. Dan waiter siap jemput lagi makan kacang. So aku pun cam wow bagusnya kedai ni bagi kacang untuk menunggu ciken cop ke SEKALI BAYAR OK HAHAHAHA TIPAH TERTIPU BANG! Dah lah mahal, sepiring kecik RM2 dan aku tak habis pun makan sbb ingat free. Kalau aku tahu berbayar, aku dah bungkus dah kahkah. So menu dia ada chicken chop, chicken chop dgn telur dan ada few menu masakan panas lain jugak. Tapi dah pergi kedai chicken chop, mestilah aku order tu, without telur. Pilih kuah mushroom. Lagi satu sos is black pepper tapi aku tak suka lada hitam. So, bagi aku sedap, masa dapat tu panas lagi, dalam dia mmg moist. Dan portion besar sbb at the end tu aku mula muak nak habiskan. Tp mengenangkan sepinggan berharga RM16 yg bakal aku bayar, kena lah habiskan kan! So total *TERMASUK KACANG* dan service charge RM19.10. Kacang RM2 LOL bye.


4. Hiap Joo Bakery & Biscuit Factory

Ni pun kedai lejen jugak yang menjual kek pisang. Aku beriya nak pergi sbb instagram kak @wanakamal79 lah ni sbb dia suka sangat kek pisang ni. Alang2 kedai ni dah dekat dgn tempat aku stay maka apa lagi. Aku pergi hari bekerja pukul 11.30 pagi camtu pun org penuh jugak, kena beratur. Tp tak lama pun. Sbb kedai dia kecik je. Kecik sangat hahahaha. Jual roti apa ntah lagi tak ingat, aku cuma nak beli kek pisang je. So kau kena beratur, dekat pintu masuk tu ada orang jaga dan kau kena tunggu sampai dia benarkan kau masuk sbb kedai tu dah lah kecik, kau masuk 10 org pun dah bersesak. Dah masuk tu, sampai kaunter, aku order kek pisang, dua besar satu kecik (dlm gambar). Yg besar tu untuk org rewang rumah Shera, yg kecik tu buat aku makan hahaha. Total RM24. Aku taktahu berapa harga besar, berapa harga kecik sbb aku bayar total terus, tak tanya pun. And for me, mmg sedap kek dia. Sbb tak manis sgt dan lembut dan moist! Even org merewang pun cakap sedap. Patutlah lejen!


5. Kacang Pool Haji

Kedai ni dekat Larkin. Dan dia ada dua cawangan dekat Larkin. Satu kedai sebijik. Satu dekat Medan Selera Bomba. Aku randomly click masa guna Grab dan aku sampai di kedai sebijik yay. Hahahaha tapi masa pergi dengan kawan aku, ktorg terpegi dekat Medan Selera. Okay je cuma menu dia tak sebanyak dekat kedai lah tp menu kedai lain kat ada haha. Yg aku makan dekat kedai ni, aku order Kacang Pool Daging dgn Lontong Goreng. Dua-dua harga RM6 each. Dan Kacang Pool dia sedap sbb aku berjaya habiskan. Aku pernah try kacang pool dekat Kuching dan aku tak dpt nak habiskan, rasa nak muntah entah kenapa. Tp dekat JB, aku habiskan hahaha. Selain tu, aku makan jugak lontong. Walaupun aku sangatlah bukan peminat lontong tp aku rasa lontong tu speciality sana so aku order yg goreng. And habis jugak hahaha yg ni aku mmg suka. Dia ada nasik impit, fishcake, telur, ayam, taugeh dan sayur apentah digoreng bersama. Tp takdelah crispy pon, dia mcm digoreng kering je. Dekat medan selera tu pulak ktorg order kcg pool, ABC sedap!!! (RM5.50 kedai Amy's Cafe), Laksa Johor (RM5) dan nasi ayam (RM6) dekat kedai tak tahu nama. Laksa Johor pun sedap, ikan kuah dia banyak dan padu. 


Lontong goreng

Ni yg kedai sebijik tu

Ni makan empat orang

6. Murtabak Majid Special Cheese No. 1

Dia ada banyak jenis ayam daging kambing dan ada banyak jenis cheese dan saiz jugak. Frozen pun dia jual. Kalau nak tapau, beratur dekat luar. Kalau makan dalam, kau masuk duduk panggil waiter dan order. Ktorg berempat order satu murtabak daging cheese special. Special maksudnya dia lapis dua layer katanya. Masa dapat tu weh cheese dia sumpah win! Padu dan murtabak dia sedap sangattttttttt. Aku suka lah walaupun bukan peminat cheese sgt hahah. Ni harga dia satu RM16. Frozen pun sama jugak harganya. Aku ada gambar je, video cheese ditarik ada dalam  instagram @shasyasmin_ dekat highlight tajuk Johor hahaha done pwomote kahkah.


So, tu jelah makanan yg sempat aku dan kami terjah di Johor. So skrg aku nak spam gambar jenjalan kami di JB, pergi Puteri Harbour je. Before tu sesat kat Kota Iskandar hahaha. Sekian cerita kalini bye!

 
Ni dekat BP btw, sejurus kenduri Shera

Kota Iskandar
 
Puteri Harbour




#ShasyaDiscoverPlaces: Sehari di Singapura (Oktober 2018)

Hi Assalammualaikum. Today, again I will write an entry about my solo and simple trip to Singapore, which was my first time as well. Before pergi tu, mmg dah tak keruan, gelabah teruks takut bag tak lepas ke, liquid lebih ke since I tak beli kargo sbb kena lah jimat (?), kena tahan immigrations sana ke. Too many things bermain di kepala agituw. But somehow, Alhamdulillah everything went well. Yup, semua kegelabahan dalam kepala tadi run smoothly. 

Before that, let’s begin from A. I bought the ticket (if tak silap) bulan Mac haritu. Masa Air Asia buat free seat promotion tu, dapat pulak tarikh tu ada free seat, alang2 kemungkinan besar shera tunang weekend tu (and dah selamat bertunang pun), so I just bought the ticket cost RM37 only direct from Kuching and it’s one way. And terus bagitahu mama and Kak Dils jugak. But it’s too early, 7 bulan sebelum kot. 

So towards the day, since I’m unemployed so duit pun makin kehabisan...and mama pun cakap kalau takde duit, baik tak payah pergi. Baik burn je ticket RM37 drpd membazir lagi ringgit. Yes, ada benarnya. Mama before ni ada jugak cek jadual dia, malangnya dia ada convo dekat maktab. Ye lah, aku punya ticket pon hari selasa noks hahaha padan muka pilih weekdays :’) And buat aku lagi rasa berat hati nak pergi sbb plan asal aku, tdo dua malam dekat singapore. Dah book pun, hostel je lah baru murah sikit. Murah tu pun, dua malam dekat nak RM200 tp masetu aku belum survey banyak lagi pun. Tapi masalahnya, ada majlis tunang Shera. Nak cancel rasa bersalah sbb dah janji. Beriya aku suruh Shera doakan aku agar dipermudahkan pergi sana dr segi wang dan masa. Mmg aku rasa berat hati sangat fikir....fikirkan wang hahahaha. 

            Sampai lah satu saat, sebelum aku give up, aku terfikirkan idea yang cukup bernas (lah sangat) buat aku lega. Idea aku, aku gi beli tiket return Kuching-JB dan beli lagi lambat dr tarikh sepatutnya utk jimat cost, just jalan JB jelah, terpaksa cancel Singapore, tak dpt jumpa Kak Dils. Lepas bagitahu idea bernas dekat mama, mama cadangkan a new idea paling bernas yg membuatkan idea bernas aku kelihatan bodoh....sbb nak beli tiket baru.... Idea bernas mama pakai jelah tiket Singapore yg dah ada, lepastu jalan lah satu hari, malam tu balik JB, tdo sana which was the greatest idea yg aku langsung tak terpkey kahkah. So lepastu, itulah ketenangan hati yg aku rasakan sbb rasa beban di bahu dan kepala hilang. Sbb stress fikir duit belanja Singapore, tp tak stress fikir duit belanja dekat Johor?? Kahkah, pelik perangai kau Sya. Jadinya, entry ni pasal jenjalan Singapore. Another post, pasal food hunting di Johor boleh click SINI. Ok jom mula!


            Okay, ni gambar itinerary aku. Based on aku google orang yg jalan sehari, tempat best di Singapore, tempat makan best. Jadilah itinerary ni. Tp ni pun lepas aku padam few places like breakfast and Mustafa centre apa ntah nama tempat tu, sbb tempat tu utk shopping, percutian aku namanya percutian bajet. Dan tak semua aku tulis dlm ni, aku pergi. Sbb ada plot twist dekat sana. Oh btw, dlm iti aku ada tulis nama stesen mrt nak kena stop, stesen mana nak tukar line. Yg tak tulis tu maksudnya, aku bercadang utk jalan je sbb based on bacaan aku, dorg jalan je. Okay, ni link peta MRT, tekan SINI. Ni few blog orang yang aku refer SATU, DUA, TIGA. Dan ini link cara-cara nak pergi JB from Singapore. So ni cerita apa yg aku lalui on the spot pulak. Nebes ok mak nak pergi singapura sorang2. Dah lah first time pergi sana, sorang2, first time naik international direct dr Kuching.




            So flight dr Kuching ambik masa dlm sejam lebih. Flight aku pukul 8 pagi, sampai sana pukul 9.20. Tapi 9.20 tu landing je, nak sampai gate tu masyaAllah, jauh teruks weh. Baru aku tahu, Changi Airport tu BESAR NAK MAMPOS!!! Besar gila wehhhhhh. Aku ada lah google ada apa dekat airport tu, mmg lah banyak tempat best, spot lawa, kolam renang. Logik lah sbb besar. Aku masa usha directory tu, dia asingkan T1-T4. Aku ingat T tu untuk Tingkat, rupanya untuk Terminal. Dan dr terminal tu, kau kena naik free shuttle, kau tak boleh jalan pun, jauh kot jalan berbelit! Aku landing dekat T4, mrt dekat T2. Lepas dah isi borang immigration (btw immigration dorg ketat) dan Alhamdulillah lepas je semua. Oh btw, aku pergi 9 Oktober kan? 6 Oktober Singapore baru keluar berita yg dorg dah taknak pakai borang immigration dah. So lepas ni, korang kena isi borang online before pergi. Sampai sana, just serah passport je. Tapiiiii, start 6 Oktober tu dorg buat trial 3 bulan which maksudnya masih boleh isi borang physical. Dan masa aku pergi, website online tu pun belum ada. So before pergi, check dulu okay.

            Kau keluar je tempat arrival T4, kau nampak belah kanan dia tulis shuttle to T2 & MRT. Kau naik shuttle tu, nanti sampai T2, kau keluar. MRT dlm T2 okay. Masuk T2, kau belok kiri kau nampak papan tanda MRT, dia kena turun bawah setingkat, belok kiri turun lagi. Bukan belok kiri dan jalan straight. Sbb depan sana ada tempat lain pulak. Sbb aku pun pening kat sini, sbb tak nampak tangga turun kahkah. Okay dah turun tu, cari ticket office (dekat belakang) dan beli one day pass. For me, pass ni mmg sangat berbaloi since aku tak tengok pun harga tiket satu2 stesen tu. Tp apa yg kau dpt dgn pass ni, kau boleh naik segala mak nenek mrt, bas selama satu hari, depends ah kau beli pass berapa hari. Aku beli one day pass harga 10SGD tapi bayar 20SGD, another 10 tu utk deposit dan kau boleh dpt balik bila kau pulangkan tiket tu. Dan ada few stations utama yg kau boleh beli dan return pass ticket ni seperti stesen Changi Aiport dan Woodlands.



           
            Sebelum aku mulakan lagi cerita, aku nak cakap pasal wifi. Dekat airport ada wifi. Tp aku takdan nak connect sbb terus gerak. Stesen MRT pun ada jugak, tapi style MRT dia nak connect wifi, kau make sure no kau boleh di pakai. I mean roaming lah. No aku, aku tak tukar setting dan ada masalah, so atas tu dia tulis no service. Sbb bila kau nak connect wifi, dia suruh kau masukkan no phone, nanti dia msg kau bagi password utk kau connect wifi. Sbb no aku tak boleh, aku tak boleh connect wifi. Walaupun aku boleh cuba mintak no sesiapa stranger utk aku dptkan password, tapi aku mmg ada penyakit malas bercakap. Lagi satu cara, kau boleh install app utk wifi, kalau ada app tu katanya boleh terus connect wifi, masalahnyaa.......nak download pun tak boleh? So last last aku give up, aku gi beli no Singapore, star hub tak silap. 100gb utk 7 hari, 1gb utk roaming, ada free call jugak, aku beli dekat 7 eleven, berharga 12SGD. Ye, aku agak desperate perlukan tenet sbb aku kena contact org, aku kena jumpa Kak Dils ptg tu nanti. Cane aku nak contact kalau takde tenet? Kan?

First place aku Bugis Street, aku turun kat stesen Bugis. Haa di sana, plot twist berlaku hahahahahahahahah. Selain airport besar, stesen mrt tu pun besar. Dia ada banyak exit tau. Kau kena tahu kau nak exit mana, dia bagi petunjuk by huruf. Masetu aku nak ke Bugis street, dr situ sepatutnya ke Arab street. So masa tengok exit2, Yg Bugis belah kiri, yg exit Masjid Sultan straight ke depan. Btw, Masjid Sultan dekat Arab Street. Masa belok kiri nak ke Bugis Street (btw dia tak tulis pun Bugis Street, dia tulis Bugis je kot), aku nampak ada simpang ke Bugis Junction. Aku pun masuk dan rupanya itu mall dan aku tak jumpa jalan keluar maka aku kelemasan dlm kegelabahan hahahaha, aku pon keluar balik ke tempat asal dan exit keluar tepi tu. Dan yeay, jalan sikit keluar nampak Bugis Street depan mata engko, kau kena melintas jalan. Kat situ kau nampak mall Bugis Junction, Bugis+ dan banyak lah lah pasal Bugis. Aku sampai sana, masuk 7e beli air mineral dan breakfast muffin bekal. Lapar weh! So masuk jap shopping mata dan terbeli stoking dan bag. Rega satu 4SGD, beli 3 10SGD, aku pon mcm org gila beli stoking comel sbb murah lah dgn syarat kau jgn convert duit ke RM. Kalau convert, satu stoking RM10 Allahuuuuuuuuu.



Mrt di seberang Bugis Street

Habis shopping situ, aku masuk balik dlm bangunan mrt, keluar pakai exit masjid sultan pulak sbb aku takut jalan luar hahahahaha yelah masetu tenet takde nak google pun tak dpt dan jalan semua jauh2 okay, aku dgn heret bag luggage lagiii!!! Oh btw, aku jalan situ refer peta yg di letak kat area Bugis Street tu which was very helpful. So lepas keluar exit tu, aku kena lalu few bangunan besar baru jumpa Arab Street. Haa itu lah plot twist aku. Walaupun tu mrt terdekat, sebenarnya tempat yg kau nak pergi tu tak dekat pun. JAUH OKAY JALAN?! Dekat Arab Street aku lunch dekat restoren Zam zam tu, bebetul berdepan dgn belakang Masjid. Aku order nasi briyani ayam, kopi o dan aku bungkus murtabak ayam utk dinner nanti. Dan aku tak menyesal bungkus, sedap ok murtabak, walaupun size kecik tp besarrrrrrrr ok. Boleh mkn dua org! Total 14SGD. Nasi briyani tu pun sedap tapi tak habis, portion besar. Air kopi tu pulak manis hahahaha. Lepas makan, aku gi masjid utk solat. Masjid tu best, ada wifi hahahahaha. Aku duduk situ solat, lepastu lepak jap sbb nak update semua dekat family. Aku beli no baru masa aku otw ke garden by the bay.


Masjid Sultan


Arab Street, di ambik dr tingkat 2 tempat solat wanita dalam Masjid Sultan


Nasi Briyani Ayam
Murtabak ayam (menyesal tak pilih daging!!) Sedap dan besarr!!

Lepas solat, patah balik ke mrt bugis, dan teruskan perjalanan ke raffles station nak tengok merlion. Sampai je raffles station, keluar dan aku terkulat-kulat, aku dekat mana ni? Aku nampak mcm waterfront tu, seberang tu ada padang besar, ada dua jambatan. Aku jalan sampai hujung jumpa peta pastu follow je lah. Dah sampai hujung belok kanan straight sampai jumpa simpang empat besar gila, kau tunggu lampu hijau baru kau lintas. Dah lintas dua kali, baru kau jumpa jalan ke merlion tu. Itu lah perjalanan paling penat aku, serius, sbb nak cari jalan satu hal, dah lah sorang, pemalas pulak tu nak tanya orang, jadi lah perjalanan aku ke merlion tu sangat memenatkan sepanjang aku di sana!! Sampai aku dah give up nak berjalan. Dalam gambar bawah, aku tunjuk gambar2 buildings yg aku tempuhi sebelum jumpa Merlion. Sepatutnya, dr merlion aku berjalan ke Helix Bridge, kemudian ke Marina Bay lepastu ke Garden by The Bay. Tp lepas aku tengok petak, jarak Helix Bridge tu aku rasa double perjalanan aku tadi, maka baiklah aku patah balik ke stesen mrt dan change plan, aku terus ke stesen marina. Hashtag pemalas.










Okay dah ke stesen Marina, aku tgk exit Marina bnyak sgt aku taktau mana yg betul, jadi aku terus ke Garden by the Bay. Jalan sikit, once exit tu kau dah sampai garden by the bay. Tempat ni je yg tak menipu aku hahaha sbb jalan exit dlm building dia dah panjang, tp lawa so takpe tak penat. Dah lah aku sorang jalan ke hulu hilir bawak bag kahkah hashtag gigih. Sampai garden by the bay tu, tempat tu garden yg besar, besar sgt dan aku tak sempat explore semua. Jadi aku cuma ngambil gambar dan duduk saja sbb kaki aku dah penat, dah cecah limit hahaha. Dah lepak2 situ, baru aku balik ke stesen, ambik mrt ke stesen woodlands pulak. Kat situ takde buat apa pun, tunggu kak dils balik kerja, jumpa kat situ. Jumpa pun tak lama sbb aku pun rushing nak ke woodlands train checkpoint. Oh btw, walaupun namanya woodlands train checkpoint (beza tau dgn woodland checkpoint) tp turun dekat mrt station mersiling lepastu kau kena naik bas pulak. Tp sbb aku mmg tak reti naik bas tanpa kawan, aku igt nak naik grab je ke situ. Dan alang2 Kak Dils pun sanggup temankan aku, terhawu sis. Padahal penat dia balik kerja huhuhu tp sempat spent our quality time together. 2 tahun ok tak jumpaaaa!!!




The only gambar orang ambikkan :')




Since aku dah beli tiket online ktm dekat SINI, aku pergi office dia tukar boarding pass dan tunggu gate bukak, kau beratur je kat luar tu. Tiket aku pukul 9.15, pukul 8 lebih aku start beratur. Lepastu dia check tiket satu2 pastu lalu immigration Singapore, jalan sikit lagi, lalu immigration Malaysia pulak, so nanti sampai JB, kau keluar je takyah lalu immigrasi dah. Btw, tiket ktm dr JB ke Singapore RM5, tp S’pore ke JB rega 5SGD which aku bayar dlm RM16. Perjalanan cuma 5 minit noks :’) And free seat too walaupun beriya kau pilih seat awal tu kahkah. Org ramai tak duduk pun sbb 5 minit je kan. Dan Alhamdulillah, sampai JB, ambik grab ke Hotel Erica. Aku mmg ambik hotel area city centre je supaya senang nak food hunt kehkeh. Okay the end. Apape soalan boleh tanya dan follow my ig, ada highlight pasal Singapore kat situ. Oh lagi satu informasi, walaupun aku pergi hari selasa dan awal bulan, orang masih ramai, lrt penuh gak ah so aku takleh nak bayangkan org pergi weekend, good luck lah :’) Tapi one day, if ada rezeki ke sini lagi, I’ll make sure aku tdo Singapore supaya dpt jalan puas2 tanpa heret bag dan supaya boleh pergi USS. Kalau aku ada kawan, boleh lah ke USS, tak lah bosan yedak? K tu je lah ceritanya bye.


29 August 2018

Aidiladha 2018; EZ Kembara ke Vietnam

Hi Assalamualaikum! My this month post is about my experiences joining EZ Kembara to Vietnam for Aildiladha. Ni dah 4 hari balik dari sana, harap ingatlah segala details cerita, harapnya :’). So after 2 years, hello again Vietnammm! Tapi ni tujuan dia lain, bukan untuk shopping semata seperti dua tahun lepas oi. Ni bertujuan untuk menyambut raya aidiladha bersama muslim di Vietnam. Which was my first experience sambut dekat negara luar, sambut dekat negeri Melaka dah biasa. Sambut kat Kuching je dah jarang dah. Since last year, aku dah tahu pasal program ni. Mama join EZ Kembara ke Cambodia last year, tapi tak boleh lah nak ikut sbb masih berhempas pulas menghabiskan degree. Dah lah nama EZ Qurban mmg gah, aku sokmo je dengar dlm radio ikim dulu-dulu. So this year, apa lagi! Walaupun aku tak berkorban this year, aku nak lah pergi untuk menyumbang tenaga ke apa. Walaupun kos pergi sana lagi mahal dr berkorban haha kau cakap je lah kau nak berjalan hoi!



Matric card UIA pun aku tak pakai, apatah lagi yg ni :')


Untuk kos ke sana, kau kena bayar RM500 deposit, which was sponsored by mama hehe thanks ma. Selebihnya bayar RM1690, aku pakai lah duit JPA aku hewhew. Duit tu termasuk tiket flight, makan minum, transportation, tempat tinggal dan apa lagi yg engko mahukan? Lepas dah bayar rasa settle semua benda padahal aku lupa duit belanja masa kat sana :’) Dah lah duit JPA habis masa pergi Jogja dengan Kelantan hahaha. Tapi Alhamdulillah Allah permudahkan untuk ke sana. Oh btw, sebelum aku terlupa, since aku pernah pergi Vietnam dulu, rupanya aku dah pernah buat entry untuk itu. Boleh click Vietnam 2016 Day 1Day 2Day 3 and Epilog. Satu entry untuk satu hari siap epilog nyah. Curlass teruks, sekarang nak buat satu entry pun makan masa seminggu!

So by Sunday night, kami bertiga (mama, kakcik and aku) dah bertolak ke KL, tidur semalam dekat Salak Tinggi before depart ke Vietnam besoknya (Isnin) flight pukul 2.25 petang. Aku ngan kakcik tak masuk lagi tau group kembara ni, mama je masuk so macam blur-blur sikit. Tentatif pun dia tak kasi lagi, dia bagi arahan simple je like gather kat mana, terus ke kampung, perjalanan 6 jam gitu-gitu je lah. Lantas aku pun google sajo tentatifnya at least ada lah gambaran. So Isnin tu, pukul 10 pagi, kami bertolak dari hotel terus ke KLIA, depa suruh gather kat depan pintu no. berapa entah. Masetu aku tengok sikit lagi orang and mostly semua dah dewasa hewhew. Geng mama je dah lima orang wakil IPTAR. Selain tu ada beberapa orang makcik dan pakcik. Rupanya yang pergi ikut rombongan 14 orang je :’) patut lah group whatsapp participant pun cuma 12; sbb aku ngan kakcik belum masuk kahkah. Tapi Ya Allah, gumbiranya daku sebab sikit orang hahaha. Haah, aku tak suka ramai orang sbb rimas dan sesak. The lesser the better kan? Dalam 14 orang tu, dua orang wakil EZ Kembara yg akan lead the trip which were Ust Azim dan pembantunya, Zaim. Oh btw, masa gather tu pihak EZK bagi satu bag hijau yg memuatkan buku program, tshirt, tag nama bag, nametag (?), pen, biskut dan juga air.

Dengan wakil-wakil IPTAR


Rombongan patbelas orang tapi dua orang takde, sorang ambil gambar, sorang pergi toilet kahkah.
Duduk (dari kiri): Hj Jalil, Ust Azim
Diri (dari kiri): Pwincess, Aunty Kay, Aunty Habibah, Aunty Nur Aini, mama Pwincess, Aunty Noriah, suami dia Cikgu Zul, Ustazah, Auty Shida dgn Aunty Salmi

Kami solat jamak taqdim dulu kat airport, dekat pintu gate okay, bukan dekat surau. Yelah gate dah lah paling hujung, boarding pulak few minutes after azan zohor. So flight take off dan kami tiba di Saigon International Airport 2 jam selepas tu, naik Malindo Air yada-yada, jam sana awal sejam dr sini (GMT +7) sama cam yindonesia. Sampai-sampai je airport, ambik bagasi blablabla, kami dipertemukan dgn Ust Shafiee (wakil EZ dari Vietnam) dan Cikgu Ashaari (tour guide Vietnam. Aku panggil cikgu sbb nama dia mcm P Ramlee dlm masam-masam manis so yeah cikgu suka main bola, hari-hari cikgu main bola) (geddit?!). Ktorg naik bas comel ada 28 seats menuju ke Kampung muslim Chau Phong di Chau Doc. So dalam bas tu, Ust Shafiee bgtahu RAYA BESOK!! Padahal should be dua hari lagi. Habis terbang aku punya nak puasa 9 zulhijjah tu. Yang lagi kelakar, wakil EZ Malaysia tak tahu :’) Allahu kejutan apakah ini. Kenapa tidak mengetahui benda sepenting itu sedangkan aidiladhal jatuh pada 10 zulhijjah. Once satu zulhijjah je dah tahu patutnya bila raya. Tapi tu lah, before ni dorg kata tak pernah lagi berlaku camtu so itu lah the only komen aku sepanjang trip ni; update each other before go. Buat final check. OK? Sbb benda dah jadi pun, and I’m totally ok with it, cuma taknak lah berulang kesilapan yang sama betul? Tapi nasib baik lah ktorg bertolak 2 hari before expected raya, buatnya bertolak sehari sebelum? Raya dlm bas jelahhhh bhahaha. See, ada je benda buat aku bersyukur pun haha.

Ust Shafiee, pakcik kakak jenazah.

Yang pakai topi tu Cikgu Ashaari

Senjaaaaa di Vietnam aaa syantek!!


Perjalanan mengambil masa selama 5-6 jam kerana jalan yg sempit, dan jem juga jalan yg tidak berapa elok terkadang lupa tengah naik bas ke roller coaster. Ktorg bertolak pukul 4.50 malam, sampai guesthouse almost 11 termasuk waktu berhenti ke toilet. Dalam bas tu ktorg diberi banh mi buat makan ptg kot? Lama ok aku nak rasa banh mi tapi taktau mana nak cari yg halal, jumpa jugak di sini woot woot. Untuk makan makan, ktorg diberi nasi goreng seafood yg penuh dgn udang sotong fishball yg dipotong kecik. Setiap suapan terasa seafoodnya eh over pulak kau ni. Tapi sedap lah, sepanjang trip ni aku rate 6/5 untuk makanan hahah. Yang paling menyedihkan, 6 jam perjalanan aku cuba untuk tdo tapi tak berjaya! Sedih ok sbb aku rasa mensia-siakan masa. Last-last aku layan lagu dan running man dlm bas sobs.

Banh mi yums


EH PANJANG NYA CERITA PHEW. So jam 11 tu sampai guesthouses dan sekali lagi, aku berpuas hati dengan tempat tinggal yg diberi. Yelah, kau duduk kampung, tapi kau dpt guesthouses. Ktorg bertiga dpt satu bilik, ada toilet, ada dua katil beserta aircond, maka nikmat Tuhan yg mana engkau hendak dustakan? Dan sekali lagi aku bersyukur, bilik asing-asing dgn semorang sbb hello ingat senang je aku nak terima strangers? Aku expect homestay yg satu rumah, semua perempuan Allahu nasib baik bukan. So usai diberi bilik, ktorg pun kemas mandi dan tdo sbb besok kena bangun awal nak solat rayaaaa! So besoknya bangun dan siap at 6am ok! Gerak ke nearest masjid pukul 6.30am gitu, tapi aku kena tinggal :’) dan dah diambil semula. Yelah nak contact pun bukan boleh call. Masjid tak jauh pun, kau keluar guesthouse, jalan ke kanan. Sampai jumpa simpang tiga, kau belok kanan lagi dan straight sampai jumpa masjid dekat dgn jambatan. Ya Allah, kenapa aku kena bagi directions ni??! Haha.

Kau pandang je tingkap sejid terus nampak kubur :')

Ni jelah jemaah perempuan haritu

Masjid An Naimah


Solat raya mcm biasa, takbir pun sama je dgn Malaysia. Cuma sini, lelaki ramai. Perempuan yg solat raya cuma rombongan kami dan 2 org penduduk tempatan. Rupa-rupanya masa sembang ngan makcik Vietnam tu, dorang ada dua masjid. Tapi dua mazhab berbeza. Yg ktorg pergi tu mazhab Shafiee. Yg masjid lagi satu mostly yg muda-muda. Balik dr sejid, ktorg pun breakfast rendang dan nasi impit mama bawak dr Kuching sbb hello, ni kan rayaaaa hahaha. Then breakfast banh mi op la pulak. Sedap teruks weh roti dia, gebu gila kat dalam!!! Oh masetu jugak aku jumpa kakak Syifa yg selama ni aku panggil dia akk jenazah :’) Sbb aku kenal masa dia ajar topik jenazah masa kelas study circle. Dah dia mmg selalu ternampak dia kt uia, dia org kuat masjid shas. Rupanya dia mmg asal org campa, tapi family dia dah menetap di Pahang. Tapi function gila dieni, sbb dia jadi penterjemah masa iptar buat program dgn budak-budak. Program colour-colour dgn penyampaikan sedikit hadiah, while padang disebelah 10 ekor lembu sedang disembelih. Lembu korban yg EZQ bawak. Bezanya korban kat sini, semua lelaki buat. Dari sembelih, lapah, timbang, agih. Semua lelaki. Sbb rasanya kat kampung biasa timbang dan agih tu kerja perempuan yg diketuai mama. Rasanya lah sbb dah lama tak raya kampung semenjak degree ni huhu. Lepastu lunch ktorg, daging korbang freshhhhhh buat ala-ala steamboat. Ya Allah sumpah ah sedap!!! Sbb kat Malaysia kan biasa makan sup tulang? So ni kita makan lah daging panggang fresh, makan dgn sayur dibalut dlm paper wrap, cicah sos sikit and walah!


Breakfast pagi raya. Tu banh paling win aku pernah makan!

Luncheon




Petang Day 2, ada city tour dekat pekan Chau Doc. Ktorg kena naik bot persiaran seberang Sungai Mekong untuk ke pekan. Naik bot pun teringat geng trip ke Langkawi :’) Hello gais, ingat aku lagi tak? Sampai sana, naik pulak beca untuk ke kedai eskrem kelapa. Offended betul naik beca tu lah hahaha dasar. Sampai kengkawan mama pun give up nak naik beca dah untuk balik. Lepas makan eskrem sorang satu tanpa perlu mengeluarkan duit sesen pun, ktorg jalan balik ke dia punya jeti (?), sambil tu lalu pasar dia tapi tak beli pape sbb Ben Thanh di hati hiuhiu. Dah balik semua ke guesthouse, mandi dan bersiap untuk dinner di rumah Ust Shafiee. Dapat pulak makanan tempatan lagi aku seronok. Oh ye dan dapat kopi ais sorang satu kecuali aku sbb aku dpt dua cawan sbb Aunty Salmi tak minum kopi. TAU TAK KOPI VIETNAM SANGAT BAE? Tujuan utama aku ke Vietnam selain untuk menyambut aidiladha, adalah untuk minum kopi ais…dan makan pho bo. Murni betul tujuan utama aku.

Bot persiarannnn

Sungai Mekong. Ergh gambar senget!!

See the baca belakang tu


Eskrem kelapa
Dinnerrrrrr


Besoknya tu, breakfast pho dekat kedai dlm kampung tu jugak. Ya Allah, cepat betul Allah perkenan doa aku. Tapi malangnya aku pi dengar cakap Jiah utk tambah sambal dietu dan aku tambah sesudu walaupun aku taktau tahap kepedasan dia. Walaupun aku terasa bodoh ikut kata Jiah sbb dia makan ayam gepuk pun cili level 50 dan aku level 1-3 je ?! Maka disebabkan pho aku jadi pedas, dan kedai tu tak sediakan air, maka it was such a turnoff for me. Aku habiskan daging je mampu sambil memujuk hati “sabarlah, pho di Hajah Basiroh ada lagi”. After breakfast, ada penyampaikan sumbangan dekat sejid oleh warga iptar tapi aku terlambat nak join, lunch anf after solat zohor, weolls terus depart ke Ho Chi Minh balik. Walaupun perjalanan masih 6 jam, tetapi sangatlah tidak terasa adakah mungkin kerana kami tidak sabar mahu melontar duit? *insert emoji jelir lidah*. Malam tu terus masuk bilik dekat hotel An Tam, terletak di Lorong Malaysia tu. Then dinner dekat Hajah Basiroh. Dinner masakan panas yg cukup pakej ada nasi + ayam + ikan + telur + sayur. Haa cukup mengenyangkan tak? Lepas dinner yg banyak, kami pun jalan2 kat pasar malam Ben Thanh untuk buang lemak setelah dinner tadi. Padu tak alasan nak shopping? Dan minum secawan kopi ais bae yang sedap.

Nah kakak belanja bunga nama kakak; Melati

Ni lah kopi bae namanya

Pho bo


Day 4, sepatutnya pagi tu lepas breakfast kat Hajah Basiroh, ada lawatan ke ChuChi Tunnel :’) Aku masa tengok tentative ke chuchi tunnel tu, aku mampu menangis dlm hati sbb satu, aku dah pernah pergi dan dua, aku tak minat sejarah tolonggggg. Bagi aku lawat tempat nature (padahal tunnel tu kat hutan haha) ke pun boleh tapi janganlah sejarah. Tapi nasib baik since ramai jugak dah pernah pergi situ, jadi kami dibenarkan beraktiviti bebas (iaitu shopping lah!!!). Yang pergi lawatan cuma Ust Azim, Zaim, Cikgu Zul dgn isteri dia, Aunty Noriah. Tapi habis je shopping fasa pertama tu (ye shopping ada banyak fasa), masa nak masuk hotel kena tahan dgn receptionist, dia kata ktorg salah bilik. So ktorg kena pindah ke bilik dua org instead of tiga org. Dah lah tangan penat bawak benda berat, kena pulak tukar bilik tak semena-mena, Ust Azim pulak pergi lawatan Allahuu dugaan sejenis apakah ini. Setelah berdiskusi dgn receptionist dan Ust by phone dan ulang alik naik lif ke level 2, 7, back to kaunter reception last last kena tukar bilik gak sbb pihak hotel yg silap bagi bilik semalam. Tapi sbb bilik dua org + satu katil tu sangat sempit utk tiga org, kalau nak solat pun kena atas katil :’) Sempit dia kan tahap ktorg mampu gelak je. Jadinya ktorg terpaksa tukar bilik dgn Ust. Ust siap bagi dua pek kopi tanda mintak maaf padahal tu silap pihak hotel!! Haha org Vietnam ni en mmg susah nak say sorry betul. Tapi nampak tak hikmah ktorg tak pergi lawatan? Kalau semua pergi lawatan, tak dpt nak kosongkan bilik yg salah tu sbb dia kata ada customer nak masuk tu yg dia desperate semacam suruh ktorg pindah bilik time tu jugak.

Since haritu lunch sendiri, ktorg makan kat Restoren Osman sbb dulu nak pergi asyik penuh je tapi rezeki kami pulak, mama jumpa dua ekor lipas dlm nasi briyani yg dah nak habis dimakan wehh. Bila bgtahu dorg tak terkejut pun just mama tak yah bayar nasi tu. Bila ditanya knp ada lipas dia jawab “memang banyak. kami dah bersihkan pun ada lagi” Ya Allah sungguh kembang tekak aku teringat jawapan dia maka dengan itu, siapa yg terbaca post aku ni, elak makan di Restoren Osman ok? Terletak di sebelah Hajah Basiroh. Baiklah kau makan kat Restoren Idris tu je. So hari keempat tu repeat the same cycle. Shopping sampai puas, dinner bila tiba waktu makan, minum kopi ais jalanan dan jalan pasar malam sebelum tdo. Since tu dah malam last, so aku pun shopping sampai duit dong habis. Duit dong je yg habis, duit Malaysia ada lagi dan aku sungguh berbangga sbb mampu jimatkan duit. Yelah, penganggur mmg cemni lah kehidupannya! Btw, dinner kat Restoren Musakariem pun sangat recommended sbb sangat sedap dan tak jumpa lipas yay! Dinner tema yg sama cuma aku suka gila ayam dia tu, masak apentah tapi sedap sbb aku habiskan ngehehe.

Last day tu, after breakfast di Musakariem gak, jenjalan kejap tapi aku malas. Aku naik bilik pack barang sbb by 11.30am dah kena turunkan bag. After solat jamak taqdim, weolls turun makan dekat Restoren Hj Mansour. For me, situ kureng sikit takpun sbb ktorg dah bosan makan benda yg sama hahah. Habis makan terus gerak naik bas ke airport. Tak sempat nak tdo pun dalam bas, dah sampai airport. Sangatlah sekejap check in dan bag drop Alhamdulillah. Yg lama tu masa berbaris utk masuk ke departure tu, masa immigration checked dgn tempat check hand carry tu. Dah lah aku hilang brooch masa beratur tu sumpah sedihhh sbb tu brooch baru mama kasi, brooch lips warna merah sobs! So tunggu kejap dlm gate for one hour kot? Then masuk plane, terbang dan sampai di KLIA kembali. Lepas ambik bagasi semua tu, salam-salam thanks-thanks semorang then ktorg bergerak ke hotel salak tinggi tu since flight ke Kuching besok pagi. THE END OF CERITA TRIP PHEW PENATNYA TAIP!!!! Before aku habis cerita, aku nak cakap aku berjaya minum lapan cawan of vietnam kopi gais, lapan dalam masa 4 hari dan aku rasa sungguh caffeinated. Memang hello diet lah cerita dia!!

Last Day!

 
Balik dah

Nah kakak belanja gula-gula kapas



So ni aku nak taip apa yg aku rasa sepanjang trip ni. Kalau tanya aku, I would definitely repeat this kind of trip again. Sbb experiences satu bab, dapat jumpa orang baru siap. Dan aktiviti dia tak memenatkan dan membebankan. Sangat sempoi dan rileks. Tido semua cukup. Dan objektif utama trip ni sambut Aidiladha pun bagi aku tercapai. Aku siap tengok lembu kena sembelih live depan mata weh. Dari dia menggelupur sampai lah dah mati, darah semua memancut keluar dan respon aku hanya “oh cemni rupanya sembelih lembu” gila curious nya kau perempuan? Hahaha. Dan aku suka the way ktorg makan kat HCM. Sbb ktorg pergi restoren lain-lain. Biasa kan makan kat hotel, catering by org yg sama. Ni ktorg siap rasa 3 restoren berbeza. Aku dtg sini kan utk food hunting hahah. Dan semua benda ditanggung termasuk randomly naik beca, makan eskrem apa semua. Kau berlenggang je weh! So conclusionnya aku nak kata yg aku sungguh seronok dgn trip ni walaupun sedih sikit masa nak berpisah. Aku bab berpisah mmg sentiasa over hahahah. Harap ada rezeki untuk join trip ni lagi insyaAllah. K tu jelah entry untuk kali ini. Selamat enjoy the gambars. Aku dah kena fokus mencari kerja setelah menggangur 2 bulan ni. Doakan aku! Byeee.

P/s: Kalau ada typo tu pepandai lah teka sbb aku type dlm word, dia sukahati makpak je auto-correct semua benda!

Salam Sayang,