"Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui." [29:64]

26 October 2018

#ShasyaDiscoverFoods: Food Hunting in Johor Bahru (Oktober 2018)


This are few viral and legend foods I've eat at Johor Bahru, specifically (kecuali masa dekat mall LOL) kiranya makanan wajib di Johor Bahru lah gitu so I will go straight to the point sbb kalau tak, nanti aku merapu merapan. Before that, ni LINK cerita aku di Singapura sebelum aku ke Johor. Jemput baca. Okay start!

1. Amphawa Boat Noodle (dalam JB City Square Mall) 

Aku makan Squid Tomyam Rice Noodle and Thai green tea, total RM18.80. Ni mee tau, mi beras sbb tu english dia rice. For pe personally, aku sukaaaaaaaa tomyam dia sedap weh sumpah!! Tak pedas sgt (but still pedas for me? hahaha), cukup masin masam dia and creamy too. Cuma panas sangat dah tiup pun panas hahahaha. And green tea pun sedap, tak manis sangat since aku tgh cut out gula in drinks. Drinks je tau bukan foods kahkah. But, aku tak tahu kedai ni je ke apa, menu dia sikit sangat, tak variasi. Tak silap aku ada empat jenis main foods je. Antara mi signature, udang, sotong, or mixed. Harga lain-lain. Tp selain tu ada food lain seperti pulut mangga. Ada apatah lagi, sangkaya kot. Tp tak banyak lah. But, still sedap dan kenyang makan tu je.



2. Mr. Sam You Char Kway

Dalam google cakap bukak 12.30pm. So aku pergi dalam pukul 1.15pm dan tadaaaaa belum start goreng pun lagiiii. Doh semua dah ada, tinggal dia nak canai dan bentukkan. Dia jual donut dengan charkway (cakoi) tp yg viral tu dia punya cakoi. Sbb dia bukan cakoi ashe-ahse, dia berperisa. Satu cakoi berperisa (ada dua belah) RM3, yg cakoi biasa satu RM1, 3 RM2. Berperisa atau biasa, keduanya sedap gebu gebas ngko! Walaupun aku beli tgh hari, aku makan malam pun masih lembut. Perisa dia pulak banyak! Aku dah try choc oreo, choc cheese, cheese dan peanut oreo and my fav choc oreo. Cheese dia muak teruks sbb dia letak mayonis banyak. Donut dia pulak dia jual satu set RM7 ada 6 bijik pon berperisa. Aku rasa doh sama, tapi entah donut dia kureng sikit bg aku. Mungkin doh tak sama kot hahahaha. Kau kena cuba ni mmg sedap! Cuma tu lah, dua kali aku pergi, dua kali tunggu lama sbb dia bukak lambat. Aku tunggu dlm 30-45 minit camtu hahahahahaha lama tau bagi aku sbb aku selalu antara yg awal datang, takyah beratur pun tp still lama tunggu?!



3. IT Roo Cafe

Cafe ni jual chicken chop lejen katanya entah tahun bila aku tak semak. Dan tak silap, owner dia Chinese butttttt, locals knew that this kedai is halal. Pekerjanya pun melayu. Dia punya deco dalaman mmg mcm kedai lama-lama tapiiii, ada aircond hahaha. Dan mostly yg makan sini dorg book dulu. Sbb masa aku pergi tu dlm 8pm, banyak meja kosong tapi semua ada tanda reserved tp aku berjaya lah makan di dalam. Okay, memula kau masuk dia bagi kau menu dan kacang. Dan waiter siap jemput lagi makan kacang. So aku pun cam wow bagusnya kedai ni bagi kacang untuk menunggu ciken cop ke SEKALI BAYAR OK HAHAHAHA TIPAH TERTIPU BANG! Dah lah mahal, sepiring kecik RM2 dan aku tak habis pun makan sbb ingat free. Kalau aku tahu berbayar, aku dah bungkus dah kahkah. So menu dia ada chicken chop, chicken chop dgn telur dan ada few menu masakan panas lain jugak. Tapi dah pergi kedai chicken chop, mestilah aku order tu, without telur. Pilih kuah mushroom. Lagi satu sos is black pepper tapi aku tak suka lada hitam. So, bagi aku sedap, masa dapat tu panas lagi, dalam dia mmg moist. Dan portion besar sbb at the end tu aku mula muak nak habiskan. Tp mengenangkan sepinggan berharga RM16 yg bakal aku bayar, kena lah habiskan kan! So total *TERMASUK KACANG* dan service charge RM19.10. Kacang RM2 LOL bye.


4. Hiap Joo Bakery & Biscuit Factory

Ni pun kedai lejen jugak yang menjual kek pisang. Aku beriya nak pergi sbb instagram kak @wanakamal79 lah ni sbb dia suka sangat kek pisang ni. Alang2 kedai ni dah dekat dgn tempat aku stay maka apa lagi. Aku pergi hari bekerja pukul 11.30 pagi camtu pun org penuh jugak, kena beratur. Tp tak lama pun. Sbb kedai dia kecik je. Kecik sangat hahahaha. Jual roti apa ntah lagi tak ingat, aku cuma nak beli kek pisang je. So kau kena beratur, dekat pintu masuk tu ada orang jaga dan kau kena tunggu sampai dia benarkan kau masuk sbb kedai tu dah lah kecik, kau masuk 10 org pun dah bersesak. Dah masuk tu, sampai kaunter, aku order kek pisang, dua besar satu kecik (dlm gambar). Yg besar tu untuk org rewang rumah Shera, yg kecik tu buat aku makan hahaha. Total RM24. Aku taktahu berapa harga besar, berapa harga kecik sbb aku bayar total terus, tak tanya pun. And for me, mmg sedap kek dia. Sbb tak manis sgt dan lembut dan moist! Even org merewang pun cakap sedap. Patutlah lejen!


5. Kacang Pool Haji

Kedai ni dekat Larkin. Dan dia ada dua cawangan dekat Larkin. Satu kedai sebijik. Satu dekat Medan Selera Bomba. Aku randomly click masa guna Grab dan aku sampai di kedai sebijik yay. Hahahaha tapi masa pergi dengan kawan aku, ktorg terpegi dekat Medan Selera. Okay je cuma menu dia tak sebanyak dekat kedai lah tp menu kedai lain kat ada haha. Yg aku makan dekat kedai ni, aku order Kacang Pool Daging dgn Lontong Goreng. Dua-dua harga RM6 each. Dan Kacang Pool dia sedap sbb aku berjaya habiskan. Aku pernah try kacang pool dekat Kuching dan aku tak dpt nak habiskan, rasa nak muntah entah kenapa. Tp dekat JB, aku habiskan hahaha. Selain tu, aku makan jugak lontong. Walaupun aku sangatlah bukan peminat lontong tp aku rasa lontong tu speciality sana so aku order yg goreng. And habis jugak hahaha yg ni aku mmg suka. Dia ada nasik impit, fishcake, telur, ayam, taugeh dan sayur apentah digoreng bersama. Tp takdelah crispy pon, dia mcm digoreng kering je. Dekat medan selera tu pulak ktorg order kcg pool, ABC sedap!!! (RM5.50 kedai Amy's Cafe), Laksa Johor (RM5) dan nasi ayam (RM6) dekat kedai tak tahu nama. Laksa Johor pun sedap, ikan kuah dia banyak dan padu. 


Lontong goreng

Ni yg kedai sebijik tu

Ni makan empat orang

6. Murtabak Majid Special Cheese No. 1

Dia ada banyak jenis ayam daging kambing dan ada banyak jenis cheese dan saiz jugak. Frozen pun dia jual. Kalau nak tapau, beratur dekat luar. Kalau makan dalam, kau masuk duduk panggil waiter dan order. Ktorg berempat order satu murtabak daging cheese special. Special maksudnya dia lapis dua layer katanya. Masa dapat tu weh cheese dia sumpah win! Padu dan murtabak dia sedap sangattttttttt. Aku suka lah walaupun bukan peminat cheese sgt hahah. Ni harga dia satu RM16. Frozen pun sama jugak harganya. Aku ada gambar je, video cheese ditarik ada dalam  instagram @shasyasmin_ dekat highlight tajuk Johor hahaha done pwomote kahkah.


So, tu jelah makanan yg sempat aku dan kami terjah di Johor. So skrg aku nak spam gambar jenjalan kami di JB, pergi Puteri Harbour je. Before tu sesat kat Kota Iskandar hahaha. Sekian cerita kalini bye!

 
Ni dekat BP btw, sejurus kenduri Shera

Kota Iskandar
 
Puteri Harbour




0 Criticism:

Post a Comment

Tak puas hati? Nak lepas geram? Ledidgo here~