"Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui." [29:64]

31 December 2016

Day 366 of 366: Thank you 2016

Assalamualaikum. Finally dah boleh tulis day 366. Phewww. Haaaa memang saje nak menaip hari ni. Sebab last day en. Nak lah jugak post something.

This year has been? Entahlah. What happened eh? People come and go. And i go single hekleh bila masa kau berpunya ntah kahkah. I met more friends that i can depends on. Yg i can be clingy with hahaha. Alhamdulillah. Even there's one walk away from my life, heleh aku ada banyak kawan kot haha.

Tahun ni jugak banyak nau berjalan. Ke langkawi, penang, vietnam dan mekah madinah buat umrah. Alhamdulillah utk nikmat ini. Yelah kaki kuat berjalan khen. Kuat shopping sekali.

Bab studies, entah yg aku tau paper sem ni aku buat mcm teruk2 belaka hahaha. Tunggu result je lah okay ke dak sobs. Aku dah habis kerja jd captain anbu caring for a yeat, now still continuing my job as mrc welfare pulak. Penat weh pikul amanah ni tak tipu. Tp sokay, insyaAllah Allah tolong kan. Tp aku mengaku lah aku slow bab nak adapt sesuatu. Selow learner khenn 💁

So basically tu je lah cerita 2016 aku. Yg pasti aku tak kurus lagi kahkah. Emm *down* kbai.

Moga 2017 ada benda best berlaku 💍

19 December 2016

Tinta Musafir 2.0 #7: END (to be continue)

171216 jam 2331

Skrg dh dalam flight balik. Jam dah set ke waktu malaysia dah. Dah pukul 4.32 pagi now. Tak ready lah nk balik. Tak ready nak sengsorg hadap final exam. Huwaaaaa mesti homesick 😭

Mesti nty rindu suasana sana. Rindu mutawif yg petah bicara. Rindu melihat keletah jemaah yg lain. Rindu makanan dewan makan hiks. Rindu tdo tanpa memikirkan apape masalah event and such. Haih. Rindu nk fikir pasal ibadat je.

Maybe this is the end of journey of my second umrah. But i hope this is not the last jika diizinkan. Mungkin ada lagi tinta 3.0 mana tahu kan? Anyway thank you buat sesiapa yg terlibat dlm memberi ilmu mahu pun wang dan walaupun kalian tidak membaca nukilan ini, tetapi Allah sahajalah yg dpt membalas jasa kalian.

Jadi dengan ini, saya menutup tinta musafir 3.0. Sekian (weh rinduuuuuuuu nak nangesssss 😭)

191216 jam 1700 (at iium now)

Eh jap bukak balik. Hehe. Skrg rasa badan tak sedap. Dah rasa dedo2. Kepala pun dah pusing2 ni. Weng katanya (hiks) tp serius ah rasa nak nangis tau. Masih rindu. Yelah seorg shasya amat benci pada perpisahan. Selera mkn pun takde. Satu hari makan kurma je td. Entah lah nak.

Skrg dah mebghadapi realiti di uia. Doakan aku tabah. Exam first start jumaat ni je. Doakan kay. Tq!

So, 'AK 7 DISEMBER, BAS 3, UST KHAIRUDDIN' ended the journey. And hope for another journey insyaAllah.

Tinta Musafir 2.0 #6: Andalusia Travel & Tours

171216 jam 1502

Skrg lagi menunggu bas utk ke airport. Tadi tunggu lif nak ke tingkat bawah masyaAllah dahsyat betul. Asyik penuh je memanjang.

Btw, this is my second umrah with Andalusia for the second time gak. Kalau org tanya yg mana elok of course aku recommend pakej under Andalusia ni haaa sbb ni je aku pernah pakai kihkih.

Pakej dia banyak je. Bergantung airlines mana kau nak, hotel brp bintang kau nak, brp org satu bilik kau nak. Harga dia bermain ikut aspect tu. Mcm pakej aku ni dlm 6k sbb tgh musim cuti jugak so mahal sikit.

Then dia akan bg kau mutawif yg berkaliber (dan hensem ilmu mereka gittuh) utk pimpin perjalanan kau mengerjakan umrah lagi2 kt Mekah. Andalusia akn bawak kau kerjakan 3 kali umrah sekali. Then dia akan buat tazkirah berkenaan tempat suci tu, akan ada ziarah luar ke tempat2 sejarah zaman nabi. Lepas tu dorg ni dikira cam tour guide kot. Sbb ada je cerita pasal tempat2 sejarah ni kira cam ilmu dorg ni luaaaaaas bakhang so best lah ngan dorg. Dan dorg akan tolong kau semampu yg boleh. Mcm mutawif aku temankan mama ke klinik tuari. Baik kot derang ni haaa. Dah lah muda2 tk paham betul hahahahahaha k. Dan dia akan guide kau sampai akhir. Mcm dulu mutawif aku stay sana je so masa berpisah before sampai airport tu pergh haruuuuu sadis tau aku bersedih. Mutawif lani mmg dok malaysia so balik sekali mmg sampai ending lah dia tolong, bg air zamzam pasemua. Kira mutawif andalus kasi tak pernah tak best gituw.

Then makanan dorg akan ambik tender nusantara. So mmg sedap hewhew. Lepastu pegawai dr indon pun ade je. Dorg ni lah pak lawak hahaha. Hotel dia pun sebenarnya best je. Cukup ada katil, peti es, toilet, econ pe lagik kau nak haaa?  Lengkap ah. Makanan dap. Uisy bab makanan dia aku no 1 kehkeh.

Oh paling penting, pakej ni takde bagi kau kain warna biru, kuning utk kau buat kain, blouse mahupun telekung. Mungkin bg yg pernah tgk agensi lain paham maksud aku. Weh tobat taknak pakai weh kalau dia suruh buat baju siap cop andalus mmg tak ah 😂 ni pun dia bg kau 1 bag luggage, 1 hand carry sorong jugak, 1 sling bag. And 1 bag tote utk dia letak makanan. Makanan dia pun dh upgrade. Dulu bg roti je skrg ada box khas berisi kek, muffin dan jajan2 kecik. Kelas uolls.

Pendek kata Alhamdulillah aku mmg berpuas hati dgn pakej under Andalusia (dear andalus, please notice this review kehkeh)

Tinta Musafir 2.0 #5: Masjid Nabawi

171216 jam 0936

Hari ni nak balik dah. Flight malam kang. So skrg busy packing. Bag aku leklek je 😌😌😌

So kali ni nak cerita pasal madinah. Madinah ni berbeza dekat mekah. Beza first kiblat nya lah. Semua lurus ke depan. Pastu org nya pun berbeza lah pastinya. Org kt madinah ni lebih lembut. Jarang lah org tolak2 dan ambik space saf org 😂 pastu karpet dia lembut lagik ehehe. Warna merah. Kalau warna hijau maksudnya dlm kwsn raudah. Then kwsn perempuan dekat tepi belakang. Lepas tu before ke pintu perempuan, ada pagar kwsn perempuan yg akan ada guard yg jaga dan akan jerit 'haji/bhai sab' if ada lelaki masuk atas dasar alasan apa sekalipun. Pastu kt sini dia nampak je kau mcm malaysian dia akan sebut ibuk instead kt mekah only hajjah for all.

Pastu bunyik hon tk sebanyak kt mekah. Mekah bising ngan hon. Sbb madinah ni teratur sikit. Jalan ke masjid tepi2 laluan kedai so taklah kacau jalan. Sini mall pun bnyak. Sempat gak ah jenjalan kt mall semalam. Kira cam exclusive siket madinah. Bangunan pun tersusun. Pastu mcm tingkat semua sama setiap bngunan. Takde yg bangunan tinggi gilaaaaa semua sama je.

Hotel sini pun aku terpegun. Mewah ah mmg beza dr mekah tp mewah sgt sampai ramai sgt jemaah sini tak dan nk kenal muka pun. Beza gak dr hotel mubarak silver zaman umrah dulu. Silver tu haa lg besar biliknya tp holeh mawaddah al waha ni lg modern ah. Ah tk kesah lah janji selesa tdo.

Oh btw sini suhu rendah wei. Sejuk namatey. Kt mekah takat 26°C tp kt madinah ni cecah 16° wei. Pak sejukkkkkk. Kena pakai sweater pegi masjid sejukkkkkk. Laki aku untung ape sbb aku takkan request air cond kt bilik sbb aku alah sejuk kot kahkah sejenis promotion kah ini?

Lepastu solat kt sini agak lama. Nk start solat pun lama tunggu. Mcm subuh masuk 5.36, pukul 6 baru start solat. Dlm 6.20 baru habis solat subuh. Tu belum part nk keluar masjid jalan ke hotel. Masa first day nk ziarah dalam ke raudah, ust cakap gather pukul 7 pagi maka aku makan pun cecepat sbb sampai hotel je dah 6.40 mana nk beratur lg, amek air wudhu lagi hewhew. Main point nk cakap lama lah, rukuk sujud pun lama. Tk rushing boleh leklek. Sbb solat kan utk rileks.
Then kalau kt Mekah org berebut nak solatbkt hijr ismail, coum hajarul aswad kan? Kt madinah semorang berebut nk masuk raudah. Kalau lelaki, waktu solat mmg dia bukak. Kalau perempuan, dia bukak raudah after subuh, zohor and isyak je. Nk tunggu masuk tu mmg lamaaaa and banyak checkpoint. Tp kalau dh lepas pagar first nk masuk raudah tu kira pass lah. Kira cam insyaAllah kau akan masuk walau brp lama kau tunggu. Raudah ni kwsn antara maqam nabi dan mimbar. Juga digelar sbg taman syurga. Tu yg org berebut nk solat situ. Lepastu ustazah pernah cakap, kalau doa situ, nabi aminkan. Dan Allah mesti nk kabulkan kan doa yg kekasihNya aminkan?

Tips nk masuk, sabr. Banyak selawat dan berdoa. Mmg berhimpit sikit before tu. InsyaAllah ada space kau nk solat sana even kecik. Solat sunat mutlaq ke, sunat dhuha or anything would do.

Ape lagi eh? Takde idea dah. Tengah layan sendu sobs. Bye je lah.

Tinta Musafir 2.0 #4: Masjidil Haram

121216 jam 1832

Memandangkan besok ptg pukul 2 dah nak berangkan ke Madinah pulak so biar aku cerita serba sedikit pasal Masjidil Haram ikut experience aku. So kalau tk betul tu sorry I'm not sheikh Google.

Dekat mekah sini, masjid dia bentuk segi empat tp dia punya kiblat of course menghala ke kaabah so kita akan solat in circle. Then tak yah risau tentang mana kau nak hadap sbb lantai kt sana dah disusun hadap kiblat so in case tak nampak kaabah, tengok lantai je insyaAllah. Then tempat dia mmg asingkan lelaki perempuan. Kalau lelaki nampak terbuka je kwsn. Kalau perempuan dia buat pagar pakai rak al quran. Standard masjid kan lelaki dpn perempuan blkng. Dekat sini, level 1 ngan level 2 aku syak dpn tu mmg lelaki belakang tu dia gilirkan kwsn lelaki dgn perempuan. Tp kalau kt ground floor tk sure. Yg aku sure, solat dpn kaabah yg tempat org tawaf tu mmg lelaki je. Perempuan dia kasi ke belakang sikit. So kalau dah masuk waktu, perempuan akan di halau ke blkng.

Tp kalau kt kwsn saie, random. Dia mcm terbahagi tau. Still dorg buat lelaki dpn (belah kanan) perempuan belah kiri sbb dekat saie kiblat dia senget. Tp kalau part masa nk solat sunat tawaf kt tempat hot spot spt dpn multazam, hijir ismail pasemua mmg random solat. Kau nampak spot, kau solat lah.  Walaupun kiri kanan kau lelaki 😅

Oh pasal hijr ismail kan, tips nk masuk mcm biasa lah dekatkan diri dulu ngan dia punya dinding tu pastu keep jalan kedepan. Once dh masuk tu, jgn straight. Dia kan mcm bentuk semicircle kan, jalan je dkt circumstances instead of diameter tu insyaAllah kt hujung tu ada spot tempat kau nk solat. Lepas tu jgn lupa keep baca rabbi yassir dan doa agar Allah permudahkan. Himpit, penyek tu biasa lah. Dan sbg org melayu yg lemah lembut, org kita mmg selalu reda kena himpit dan jarang menolak.

Tips nk cium hajarul aswad tk tau. Sbb tak sempat nk cium. Kakcik ngan mama cium dah. Along yg bawak derang. Kakcik ambik masa setengah jam. Mama kejap je bergantung pd situasi dan nekad kot. Kt sini lg dahsyat lah tolakan dan himpitan. Kadang sampai sesak nafas sbb org arab tetinggi nak himpit kau kan. Kakcik sampai sengal2 badan after tu. Mama pulak mcm ada magic sbb 2 ke 3 org dpn dia tetiba ghaib entah ke mana. Tips dr along, jln meniti tepi tu. Aku taktau lah. Aku bila berhimpit je jd sejenis reda.

Perangai org kt sini pulak dahsyat. Tp tatau lah dorg tu penduduk asal mekah ke ape. Tp mostly yg arab ngan pakistan (paling selalu)  haha bila jalan je tolak, masa tawaf je tolak. Kalau part carik saf lagi haruuuu. Sbb dorg sejenis lantak lah saf kau yg penting saf dorg. So dorg mmg akan berhimpit kt saf kau. Yg paling aku takleh lupa, dia boleh duduk tengah2 sejadah dpn aku. Pastu nk sujud atas karpet gak. Kalau atas lantai tu aku consider lah jugak. Ni pegi buat saf tetengah alam dua org je pulak tu. So aku ngan mama terpaksa berundur belakang sikit. Lepastu masa saie ada org buat perangai cmtu gak sbb dpn dia tu bukit marwah yg menurun. So dia pun berundur dpn aku dan aku tkde tempat sujud. Maka aku dgn berani tepuk bahu buat gerak tangan 'sila kedepan' pastu dia buat bahasa isyarat 'tak nampak ke bukit dpn ni' dan aku sekali lg buat isyarat tangan 'lantak kau. Sila kedepan' dan tau dia buat apa? Dia masuk saf sebelah aku :') padahal bawah bukit tu kosong je tak pahaaaaaaam betul aku. Hahaha.

Lepastu dekat mekah solat dia agak cepat. Nty aku cerita pasal madinah. Sbb selalu ziarah luar start pukul 7 pg ktorg siap boleh habis solat jenazah baru jalan menapak ke hotel sejauh 700m dan breakfast before gather. Dlm pukul 6 dah settle rasanya subuh.

Pastu kt sini selalu jem dgn manusia :')lagi2 balik masjid mmg ramai gilaaaaa manusia so expect jammed. Then kt sini makanan dia murah2. Kalau shawarma 3, 4 riyal dpt dah. Yg takleh lupa aku beli broast. Set ayam mcm kfc tu. 4 ketul ayam, French fries, roti bun 2 sekali garlic sauce semua hanya 13 riyal :')kalau kfc 13 riyal dpt lah snack plate ayam dua ketul keh. Then ice cream sini merataaaa yg 3 riyal tu sedap kot. Perisa mango,choc,strawberry and vanilla. And every kedai sama flavour tp lain dr segi tecture and rasa. Tp yg pasti semua sedap 😍 and sila beli kt mekah sbb kt madinah susah nk jumpa.

Ape lagi eh pasal mekah? Hotel ktorg menginap ni biasa je 2 bintang tp okay je. Sbb boleh kenal ramai org. Hera Palace namanya. 700 meter je dr masjidil haram. Makanan semua dapdap kehkeh. Pastu ada kucing gemuk jaga hotel haha. Yg pasti kt hotel ni tak seramai kt hotel madinah ni lah.

K tu je kot. Oh toilet mekah dah bina yg baru cool! But still jauh ah haha.

12 December 2016

Tinta Musafir 2.0 #3: Iktibar umrah

Masih 101216 jam 1730

Aku rasa banyak benda hari ni yg Tuhan bayar cash. Sambung cerita umrah td.

Umrah harini lain maciam rasa dia. Entah rasa semangat lebih. Sbb yg pertama tu of course sbb penat direct dr airport kl kan. Umrah kedua lak hari jumaat. Hari jumat mmg org sana sgt ramai beriktikaf. Tambah2 ada solat jumaat so mmg ramai ya rabbi lah kan. So umrah kedua ni agak tough ah bg aku. Siap waktu tawaf aku sempat memejamkan mata tp kaki maintain berjalan yeah aku agak power bab tdo bab take short nap je aku fail. Hew.

K so Umrah ketiga ni lah yg paling aku cam "k k jom semangat siket wei". Tetiba dah habis tawaf (siap baca doa sendiri mengikut tema setiap pusingan - contoh pusingan ketiga doa tang jodoh jaa 🙈)then go for saie. Eh before saie ktorg asar lu. Lepas je habis saie utk bertahalul pun still leklek. Sampai nk bangun dr duduk tu haaa pelvis kiri aku sakit gilaaaaa. Sakit yg takleh diri tegak kena bongkok sbb kalau tegak je rasa menegang pastu menyucuk. Sakit sampai aku terus menangis weh. Pakcik aku ckp muscle cramp sbb badan aku dh exhausted sgt kot tp still paksa2. Mlm tu pulak rasa badan bloated with angin. Menyucuk2 je angin dlm tu. Pastu perut pulak kena benda yg sama takleh tegang. Huhuhu dah lah dah 4 hari kena selsema tk berenti since dlm flight aritu lg. Pastu batuk pulak. Kira bnyak penyakit lah lg2 semalam.

Mmg aku rasa masetu Allah tgh bg aku penyakit sbb kifarah dosa aku. Yelah lagi2 bab preparation nk ke sini kan. Rasa tk seprepared umrah first dulu. Nasihat aku kan, kalau diberi peluang ke rumah Allah ni, buat umrah jgn pernah dtg dgn tangan kosong. Serius. Preparation is needed. Read a lot pasal ibadat umrah. Tengok doa2 ape yg patut di baca. There's a lot of duas. Masa masuk kota mekah, masa masuk baitil haram, masa tengok kaabah. So sangat rugi kau tk ready mental fizikal kau. Then buat solat sunat taubat, mintak maaf dgn org, bayar hutang2 tertunggak. Jgn pernah ambil mudah mcm aku buat ni. Bkn ambik mudah, sbb terlampau busy dgn esaimen pasemua. Solat sunat taubat pun buat a day before. Huhuhuhu sedih betul.

Tp Alhamdulillah now everything insyaAllah okay.

And now aku nk menulis pasal mustajab kata2 kita di sini. Kau sebut je, kau terus dpt. Kau nak ke taknak kau akan dapat. Kadang if kau berlagak pun lagi laaaa kau dpt.

First cerita kakak aku lah. Dia otw pi toilet maseni so kena lah keluar dr masjid. Pastu masa lalu perkarangan tu dia ckp ngan mak ngah aku yg dia tk pernah lg solat kt luar (perkarangan) masjid ni sbb selalunya dtg awal. Keluar toilet je habis pap full kena solat luar 😂 Aku pulak terdetik dlm hati je kot ckp tak pernah lg miss solat jenazah lepastu terus lepas isyak takleh solat sbb perut bloated ngat aih haha.

Along pernah ckp tetiba nasi arab lepas tu pi dewan makan mama dtg bawak nasi arab ngan ayam panggang. Aku pulak tercium bau jagung pastu terdetik lah dapnyewwww kalau dpt jagung so malam tu dinner dia buat salad letak jagung. Allah tak bagi tunggu lama pun wei. Baru cakap terus dpt. Maka aku terus cakap nk jodoh #ehh #kbai

Even kalau terdetik yg buruk2 pun cecepat istighfar. Mcm first night kt Madinah hilang kasut 😂 Beli kasut semata nk buat umrah pakai baru 7 hari dah lesaaaaaap hewhew takdak rezeki namanya. Sbb lupa bawak uncang masetu sobs. Klah bai.

Tinta Musafir 2.0 #2: Umrah dan Kota Mekah

101216 (1059 waktu mekah)

Assalamualaikum! Empat hari mendiamkan diri. Mungkin sbb ni kt Mekah kot. Dulu tetiap hari tulis blog kt Madinah. Aku boleh katakan kt Mekah busy. Sbb masa tu emas. Iktikaf kt masjid lagi best dr menaip blog. Walaupun aku bnyak tdo je dlm masjid. Eheh.

Okay kesinambungan cerita haritu. Alhamdulillah sampai je jeddah tunggu imegresen tk lama sgt, beratur pun tk lama. Hatta tunggu bas pun okay. Entah smooth semacam wei tk tipu. Alhamdulillah. Sbb nk di bandingkan mase dua tahun dulu, beratur pasemua dr asar sampai sempat solat maghrib dan isyak di airport jeddah tu ha. Nk kata lamanya tu kan. Mutawif ktorg org msia je. Ustad Khairuddin. Hensem org nya eheh. Tp tetap takkan dpt lawan mutawif no 1 di hati ai, ustad iswan. Entah kt mana ntah dia. Aku rasa mutawif medan ni mmg semangat luar biasa lah.

Lepas dpt naik bas tu, kami ke mekah tp otw tu stop kt masjid terapung sbb nk zohor sekali makan lunch cm biasa mkn ayam penyet sebijik ktorg mkn 2 tahun dulu haha cuma beza nya dulu nak tknak je mkn sbb masetu malaysia pukul 2 pg gitu gila ngantuk jetlag kot. Skrg ni baru rasa nikmat lebih sbb mkn sambil hadap laut merah cantek 😍

Sampai hotel dlm pukul 4 ptg pastu briefing bg bilik pasemua then rehat. Pas maghrib turun gather nk buat umrah wajib. Oh btw ni waktu solat kt sini, fyi mlm lg panjang dr siang tau. Subuh 5.30 zuhr 12.18 asar 3.18 maghrib 5.38 isyak 7.10. Seronok en? First day masa tunggu isyak tu ngantok ehei sbb malaysia dh tgh malam. K habis situ. Umrah first ni, bnyak jugak rintangan. Sbb berjalan ke masjidil haram dlm 15-20 minit. Pastu sampai sana dh nak isyak. Kt sana kalau nk isyak dorg tutup gate nk ke mataf (tempat ada kaabah utk tawaf) so sampai ustad jalan brp gate dah semua dah tutup last2 isyak dulu. Pastu sesak2 jap before dpt ke mataf then buat ibadah tawaf 7 pusingan. Baca niat, bg ciuman kt hajarul aswad dr jauh pastu pusing, sampai rukun yamani baca lagi bismillahi allahu akbar walillah ilhamd pastu baca yg doa robbana tu sampai jumpa lg lampu hijau dan dikira satu pusingan.

Masa tawaf ni mcm solat, kena tutup aurat dan dlm keadaan berwudhu. Habis tawaf solat sunat di multazam pastu minum air zam zam dan gather di checkpoint ustad bg. Pastu sama2 ke saie dan kami semua dah berpisah maseni. Saie ni mcm biasa beyond expectations aku. 7 kali ulang alik antara safa dan marwah. Jauh berjalan, luas permandangan aku hehe. Pastu kaki aku sakit sbb bnyak jalan kot. Kt part betis boleh rasa urat menegang. Phew. Habis tu boleh lah bertahalul yakni potong at least 3 helai rambut. So alhamdulillah habis umrah wajib pukul 10 mlm gitu :')

Day two ktorg free takde ape sgt. Jadual ktorg iktikaf kt masjid pukul 4 pg sampai subuh. Pastu balik sarapan. Then pukul 11 gi lagi utk zohor then balik lunch. Pastu gi asar stay sampai isyak dan dinner after tu. Selain berhenti beli eskrem sedap 3 riyal. Serius eskrem sini unik dan sgt sedap. Tp semalam asar kt musolla hotel je sbb smlm day three buat umrah kedua yg bermiqat di tanaeem. Start pukul 9.30 habis umrah 15 minits before zohor masuk. Semalam sempat solat jumaat kt masjidil haram sbb semalam kt jumaat. Lagi satu nikmat yg tak boleh didustakan.

Btw semalam kan start khamis mlm nye tu sampai satu hari jumaat tu kan org ramai sgt. Ramai tahap Tuhan saja yg tahu sesak nya tu. Nk keluar pintu toilet pun mcm buat rusuhan. Kt sini org dia ganas tau. Aku rasa org asia mcm kita2 ni lembut. Kat sana jalan main tolak. Yg paling tkleh blah, dia ambik saf kita dgn duduk di tengah2 pastu kita kena berundur :') Saf kt sini kau tk boleh nk kawal lurus dia tu. Kdg dorg boleh solat tengah2 tu walau takde saf. Saf kena berebut. Tp takdehal kau boleh solat kt mana2. Smlm pun solat jumaat kt tempat saie je. Dekat bukit marwah pulak tu.

Dan harini ada ziarah luar. Pegi singgah jabal tsur td tp tk panjat pun ambik gambar sahajo mampu. Jabal tsur ni tempat rasulullah dan saidina abu bakar bersembunyi masa musyrikin nk serang. Alah gua yg labah2 buat sarang tu igt tak? Then ke jabar rahmah. Ni pun tuhan saja yg tahu bertapa aku gigih utk panjat dan berdoa mengenai jodoh :')Jabar rahmah ni tempat pertemuan adam dan hawa dulu. Tu yg simbolik org doa jodoh kt sini. Tp kau jgn menggatal tulis shasya ♥ ****** pulak habis jatuh syirik. Plus gatal benar kau yob.

Pastu singgah ke masjid ja'ranah utk bermiqat umrah kali ketiga insyaAllah japgi nak selesaikan. Tgh otw balik hotel lunch dulu dan sedang berihram ☺

10 December 2016

Tinta Musafir 2.0 #1: Labbaikallah

071216

Hi Assalamualaikum.

Sekarang ni masih dalam kapal terbang. Skrg waktu maleis 11.49 am. Baru pas makan nasi lemak Pak Nasser ekekeke *perlu ke mention?* pasni boleh sambung tdo. Eheh. Lagi 3 jam nak mendarat sepatutnya. Flight td pukul 5 pg. Igtkan flight 5,6 jam. Rupanya 8,9 jam ye tuan puan. Target sampai sana pukul 9.30 pg waktu jeddah. Yakni 2.30 ptg kt msia.

Alhamdulillah ni insyaAllah umrah kedua aku. Umrah pertama 2 tahun dulu mmg fully sponsored lepastu best sangat! So kalini bila mama plan nk pi aku pun eager nk join sebab pertama rindu lah of course. Then aku nk rasa umrah masa musim sejuk di sana. Last sekali sbb mak ngah i dr london turun sini sbb nk join the family. So mestilah aku join. Tp kena carik duit sendiri. But still mama bayar 2/7 gitu lah dr bayaran ni. Tu pun aku dah huhuhu terharunya sbb mama masetu baru pas sponsor beli laptop baru. Tu baru bayaran umrah. Lepas tu igt tak pasal visa baru arab? Siapa yg pernah pergi sana within 3 tahun kena bayar lagi 2k. Dan last aku pergi kan 2 tahun so aku kena bayar. Masetu dah cuak dah mana nak cari duit ni. Tp alhamdulillah mama bayarkan lagi. Murah rezeki mama 😍

Kalau nk banding umrah dulu ngan skrg mmg bnyak beza dr segi preparation. Sbb dulu pergi masa cuti habis cfs. So mmg masa banyak khatam buku umrah bnyak kali. Tp kalini masih ada kelas, ni pun aku apply absence leave for 10 days. So sebelum gather kt airport semalam pun aku still habiskan report, isi for eit sbb aku nak masa kat sini, aku taknak ambik peduli dah pasal hal2 studies kejap. Bg lah can release stress jumpa Allah. Baca buku umrah tu pun td dlm kapal terbang jugak. Dan memori dua tahun lepas tolong sekali lah.

Beza kedua, dulu pegi madinah dulu. So umrah start bila ke masjidil haram kan. Kira bertenang dulu lah cerita dia. Tp kalini ke mekah dulu. Which kena bermiqat dlm kapal terbang sejam sebelum mendarat nanti. Lepastu bermula 13 pantang dlm ihram. Kalau part aku, just jgn tutup muka, pakai wangian, kerat kuku ke rambut ke tu basicnya lah. So apa yg aku rasa skrg agak nervous. Everytime masuk bab pantang larang mmg aku nebes. Lagi satu sbb nak lalu benda yg baru. Kira cam kita kasi settle umrah sini baru kita lawat rasulullah kat madinah 💕

Cuakz gak sebenarnya. Tp harap Allah permudahkan semuanya. Dgn preparation aku alar kadar ni sobs. Packing pun semalam tahu 😢 Walaupun aku kecewa dgn diri sendiri, harap Allah tk kecewa sobs. Doakan aku!