"Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui." [29:64]

19 December 2016

Tinta Musafir 2.0 #4: Masjidil Haram

121216 jam 1832

Memandangkan besok ptg pukul 2 dah nak berangkan ke Madinah pulak so biar aku cerita serba sedikit pasal Masjidil Haram ikut experience aku. So kalau tk betul tu sorry I'm not sheikh Google.

Dekat mekah sini, masjid dia bentuk segi empat tp dia punya kiblat of course menghala ke kaabah so kita akan solat in circle. Then tak yah risau tentang mana kau nak hadap sbb lantai kt sana dah disusun hadap kiblat so in case tak nampak kaabah, tengok lantai je insyaAllah. Then tempat dia mmg asingkan lelaki perempuan. Kalau lelaki nampak terbuka je kwsn. Kalau perempuan dia buat pagar pakai rak al quran. Standard masjid kan lelaki dpn perempuan blkng. Dekat sini, level 1 ngan level 2 aku syak dpn tu mmg lelaki belakang tu dia gilirkan kwsn lelaki dgn perempuan. Tp kalau kt ground floor tk sure. Yg aku sure, solat dpn kaabah yg tempat org tawaf tu mmg lelaki je. Perempuan dia kasi ke belakang sikit. So kalau dah masuk waktu, perempuan akan di halau ke blkng.

Tp kalau kt kwsn saie, random. Dia mcm terbahagi tau. Still dorg buat lelaki dpn (belah kanan) perempuan belah kiri sbb dekat saie kiblat dia senget. Tp kalau part masa nk solat sunat tawaf kt tempat hot spot spt dpn multazam, hijir ismail pasemua mmg random solat. Kau nampak spot, kau solat lah.  Walaupun kiri kanan kau lelaki 😅

Oh pasal hijr ismail kan, tips nk masuk mcm biasa lah dekatkan diri dulu ngan dia punya dinding tu pastu keep jalan kedepan. Once dh masuk tu, jgn straight. Dia kan mcm bentuk semicircle kan, jalan je dkt circumstances instead of diameter tu insyaAllah kt hujung tu ada spot tempat kau nk solat. Lepas tu jgn lupa keep baca rabbi yassir dan doa agar Allah permudahkan. Himpit, penyek tu biasa lah. Dan sbg org melayu yg lemah lembut, org kita mmg selalu reda kena himpit dan jarang menolak.

Tips nk cium hajarul aswad tk tau. Sbb tak sempat nk cium. Kakcik ngan mama cium dah. Along yg bawak derang. Kakcik ambik masa setengah jam. Mama kejap je bergantung pd situasi dan nekad kot. Kt sini lg dahsyat lah tolakan dan himpitan. Kadang sampai sesak nafas sbb org arab tetinggi nak himpit kau kan. Kakcik sampai sengal2 badan after tu. Mama pulak mcm ada magic sbb 2 ke 3 org dpn dia tetiba ghaib entah ke mana. Tips dr along, jln meniti tepi tu. Aku taktau lah. Aku bila berhimpit je jd sejenis reda.

Perangai org kt sini pulak dahsyat. Tp tatau lah dorg tu penduduk asal mekah ke ape. Tp mostly yg arab ngan pakistan (paling selalu)  haha bila jalan je tolak, masa tawaf je tolak. Kalau part carik saf lagi haruuuu. Sbb dorg sejenis lantak lah saf kau yg penting saf dorg. So dorg mmg akan berhimpit kt saf kau. Yg paling aku takleh lupa, dia boleh duduk tengah2 sejadah dpn aku. Pastu nk sujud atas karpet gak. Kalau atas lantai tu aku consider lah jugak. Ni pegi buat saf tetengah alam dua org je pulak tu. So aku ngan mama terpaksa berundur belakang sikit. Lepastu masa saie ada org buat perangai cmtu gak sbb dpn dia tu bukit marwah yg menurun. So dia pun berundur dpn aku dan aku tkde tempat sujud. Maka aku dgn berani tepuk bahu buat gerak tangan 'sila kedepan' pastu dia buat bahasa isyarat 'tak nampak ke bukit dpn ni' dan aku sekali lg buat isyarat tangan 'lantak kau. Sila kedepan' dan tau dia buat apa? Dia masuk saf sebelah aku :') padahal bawah bukit tu kosong je tak pahaaaaaaam betul aku. Hahaha.

Lepastu dekat mekah solat dia agak cepat. Nty aku cerita pasal madinah. Sbb selalu ziarah luar start pukul 7 pg ktorg siap boleh habis solat jenazah baru jalan menapak ke hotel sejauh 700m dan breakfast before gather. Dlm pukul 6 dah settle rasanya subuh.

Pastu kt sini selalu jem dgn manusia :')lagi2 balik masjid mmg ramai gilaaaaa manusia so expect jammed. Then kt sini makanan dia murah2. Kalau shawarma 3, 4 riyal dpt dah. Yg takleh lupa aku beli broast. Set ayam mcm kfc tu. 4 ketul ayam, French fries, roti bun 2 sekali garlic sauce semua hanya 13 riyal :')kalau kfc 13 riyal dpt lah snack plate ayam dua ketul keh. Then ice cream sini merataaaa yg 3 riyal tu sedap kot. Perisa mango,choc,strawberry and vanilla. And every kedai sama flavour tp lain dr segi tecture and rasa. Tp yg pasti semua sedap 😍 and sila beli kt mekah sbb kt madinah susah nk jumpa.

Ape lagi eh pasal mekah? Hotel ktorg menginap ni biasa je 2 bintang tp okay je. Sbb boleh kenal ramai org. Hera Palace namanya. 700 meter je dr masjidil haram. Makanan semua dapdap kehkeh. Pastu ada kucing gemuk jaga hotel haha. Yg pasti kt hotel ni tak seramai kt hotel madinah ni lah.

K tu je kot. Oh toilet mekah dah bina yg baru cool! But still jauh ah haha.

0 Criticism:

Post a Comment

Tak puas hati? Nak lepas geram? Ledidgo here~