"Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui." [29:64]

23 July 2018

Jogja Istimewa; Itinerary ke Yogyakarta 2018

          Start: 17/7/18 2316

Hai Assalamualaikum. Saya datang ni bertujuan membersihkan habuk di blog. Setahun 2 bulan rupanya blog ni bersawang, degree pun dah berjaya ditamatkan dengan penuh duri dan ranjau. So hari ni dapat mood nak menaip semua, harap ni jadi permulaan untuk aku terus menaip lah. Tapi selalu nya semua ini acah saja. Ingat life aku ni menaip je ke? Baik aku taip resume aku untuk mohon kerja je.

K, back to main point. Ni sebenarnya nak menulis itinerary aku ke Daerah Istimewa Yogyakarta (Special Region of Yogyakarta). Utk penulisan kalini, aku akan menaip dari a sampai z so kalau korang taknak baca pun, KENA BACA JUGAK! Hahaha baca je lah mana korg nak tapi aku bgtahu sesiap aku akan cerita cemana start nak pergi sini, persediaan ke sini dan iti semasa di sini. Doakan aku mampu lah menaip ini semua. Ni pun dah 4 hari balik dari sana ntah ingat entah tidak ni haa haha. Haa, btw siapa tahu jogja ni kat mana? Jogja ni kat jawa barat okay. Sebab iolls dah malu haritu dengan Pak Supir iolls, dia kata dia orang jawa pastu iolls marah “dah tu kenapa kau di jogja? Bukan di jawa?”
Supir 1, Shasya 0

Trip ni start dgn borak kosong dgn Dayah since dia pun suka jalan-jalan. Aku dgn Dayah memang nak cari satu tempat utk graduation trip sebenarnya. Asal plan nak ke Korea tapinya ongkos mahal so cari tempat murah sikit maka dapatlah jogja ni haa since kakak ngan abang aku pernah pergi sana, Dayah pun pernah pergi dan nak pergi lagi. So ktorg pun setuju utk ke jogja. Plan ni dlm awal tahun lagi. Utk pergi lepas habis degree nanti. So first thing, kami cari kawan siapa lagi nak join ke sini. Susah sikit lah sbb dorg kena ada cash on the spot utk bayar tiket flight nanti lelagi final year banyak nak pakai duit. Setelah random ajak beberapa org, akhirnya sorang setuju nak ikut which is Qila. So trip ni ada tiga org dan terjadilah #ASHtakeJOGJA. Once dah confirm siapa yg ikut, ktorg sentiasa update bila air asia buat promotion. Tak silap ktorg beli tiket bulan mac, ktorg pergi hari weekdays sbb weekends confirm jogja sesak. Dan pilih 4 hari, 3 malam demi penjimatan wang haha. Depart dr klia2 pukul 3.25pm. Balik dr jogja pun petang, 5.35pm. Tiket return Air Asia utk seorang termasuk charges and gst= RM348.34 sorang. Ni harga takde kargo dgn makanan. Utk aku of course aku beli kargo hahahaha.

Ni payment details utk seorang


Next step, ktorg cari penempatan. Tiap2 malam scroll Airbnb, booking.com dgn agoda utk cari tempat tinggal yg best dan murah. Dan juga usha trivago utk membanding harga kerana kenapa perlu bayar lebih? Haha. Banyak yg ktorg dah book (yg free cancellation tu) last2 cancel semua sbb jumpa satu yg best. Jumpa kat Airbnb, bawah tu aku letak gambar dan harga satu malam. Dia ikut current rate jugak. Ni mcm style homestay lah kot, nama tempat ni Uttara the Icon Apartment, Jalan Kaliurang. Which ktorg sangat sangat puas hati. Satu malam cuma RM109.19 je, ada katil king satu, single satu, dua aircond, dua tv yg pakai wifi, lepastu ada wifi, dapur, ruang tamu daaaaaan ada free airport fetch dan hantar (hashtag penjimatan). Dan paling ktorg suka dia ada view Gunung Merapi depan mata sambil tengok sunrise. Pergh, bagi aku tu yg mahal. Aku puas hati dgn tempat ni sampai rasa if aku pergi lagi, aku cari tempat ni lagi utk stay. Lepastu kawasan dia mmg the bomb sbb hidup malam-malam. Bawah hotel je starbuck. Sepanjang jalan depan apartment tu mmg banyak sangat kedai makan, kedai bakpia ada. Sebab tu aku bagi 5/5 haha cuma air panas dia ada limit. Qila selalu mandi last selalu habis eh tapi tu sbb aku bazir air hahahahahaha. So tiga malam RM327.57 tp dpt diskaun RM108.15 dari Airbnb yg menjadikan seorang cuma bayar RM86.70 seorang utk tiga malam. Gila bukan :’) Oh ni haa number wasep host rumah tu, Vika +62 818-0808-0505

Ni tajuk dia kalau nak search kat airbnb

Payment details


Lepas habis book flight dan tempat stay, kami pun meneruskan kehidupan degree seperti biasa, eh busy kot. Dah lupa dah trip ni semua hahahaha. Once dah habis degree, busy pulak dgn raya. So dlm 2-3 minggu before fly baru ktorg start bahagi tugas memasing. Aku buat iti dgn kira budget (ni file yg aku buat iti and budget boleh click SINI aku dah letak kat google drive. Dlm doc ni ada semua tau. Ktorg nyer iti dan bawah tu budget details. So tak payah aku nak tulis berapa bayaran satu2 bawah sini sbb aku dah mula lupa ni hahaha), Dayah cari Supir dan tolong buat iti. Qila buat apa qila? HAHA. Ni pengalaman aku buat iti, baca sebanyak mana iti yg best, lepastu list tempat2 yg best, list harga apa semua, then short listed mana tempat yg kau nak pergi. Then baru susun ikut masa apa semua. Ni antara main iti org yg aku refer boleh klik SINI dan SINI JUGAK. Lepastu, dayah pass iti ktorg kat supir dan dia akan susun balik sbb dia lagi tahu jalan kat sana. Bawah tu aku screenshot iti supir kasi kt ktorg. Dr iti ktorg, ada dlm 2 tempat dia cross out tp ktorg ada kan balik hahah dan cancel tempat lain. Tapi tak semua dlm iti dia pun, dia ikut. Sini aku bg doc aku buat iti sekali budget yg aku letakkan. Dan iti supir bagi. Oh btw, iti yg ktorg bg supir iti hari kedua dan tiga je sbb dua haritu je pakai supir. Hari pertama jalan kawasan hotel je. Hari last pakai grab. Eh dah lah aku dah ngantok nak tdo bye besok subuh aku sambung hahaha.

 



Hi, baru nak sambung tapi ni no longer subuh lah. Matahari dah tegak atas kepala. Tadi siap tengok few mv, tengok running man pun masih belum ada idea nak menaip ni haa. Oh btw cerita pasal supir, ktorg nak cari paling murah. Mostly harga 500k, tuan rumah ktorg stay pun buat jugak. Tapi ktorg carik lain, jumpa Pak Salim (contact number +62 881-6781-228). Tapi masa hari nak pakai tu baru ktorg dpt supir baru, Dwi Irawan (+62 853-2694-9281). Dorang under one agency tak silap. Dwi ni kerja dgn Pak Salim, hari tu maybe Pak Salim ada guests lain so dia pass Dwi ni haa. Tapi masa dok melawat, tersempak dgn Pak Salim. Pak Salim lg hensem dr Dwi hahaha kbye. Dwi okay je, umur baru 21. Cuma tak banyak borak. Tapi kalau kita tanya, dia jawab je lah soalan. Oh rate dorg ni 450k sehari. Lepas dah upah dorg, dayah jumpa pulak supir rate 400k sehari hahah tp takpelaaaaa dah book dah hahaha.

Then, start ktorg punya planning. Aku acah pc, settle the iti. Dayah pr, contact the supir and qila treasurer, pegang duit. Setelah kira-kira, ktorg sorang bagi 1 juta rupiah sorg kat qila, so everytime masuk memana tempat, qila yg akan bayar entrance fee dgn parking. Kira semua duit perbelanjaan tempat lawatan ktorg ada kat qila. Kecuali duit gondola, duit makan dan duit shopping masing-masing pegang sendiri. Utk makan pulak, biasanya yg bayar sorg. If ada beli apape bersama, ktorg akan biarkan seorang bayar. Then malam before tdo ktorg akan list balik hutang dan settlekan duit malam tu jugak. Kiranya everyday hari baru, duit yg ktorg pegang tu lah duit yg ktorg ada. Ktorg bertiga semua tukar duit Indonesia 2 juta sorg tp rate berbeza. Rate aku masa tukar tu 1 juta Rp. = RM285.70. Tp everytime bila nak convert duit Malaysia masa bayar ke apa, ktorg akan fikir 10k tu bersamaan RM3 je. Oh pastu mama bagi aku belanja dlm matawang rupiah dalam 800k lagi. So aku bawak duit ke sana 2.8 juta bersamaan lebih kurang RM800 dan berjaya bawak baki 267k je wehhh hahaha last minute shopping kat airport habis 109k. Banyak gila aku habiskan duit shopping ke cane HAHAHA.

So hari pun tiba. Aku fly ke kl malam sebelum berangkat then tdo kat salak tinggi sekali ngan qila before jumpa dayah kat klia2 dlm pukul 10.30 pg camtu. ktorg pukul 12 lebih dah masuk gate departure dah. Lama gak ah tunggu. Oh btw, ktorg solat jamak taqdim terus kt klia2 sbb sesampai jogja dah maghrib dah. Lelagi flight delay dlm setengah jam. Pukul 4 lebih ktorg berangkat. Sampai je airport adisutjipto tu, kena isi borang kastam. Pas dah dpt bag, keluar nampak lah ada sorg lelaki ni pegang kertas tulis “Syafiqah Yasmin Saipullah” hahaha Nampak nau nama facebook!!! Dah lah lupa nak ambik gambar. Excited tau sis first time ada org tulis nama kat airport. Oh tak, abg sis pernah buat dulu. Dia tulis nama sis kat handphone pastu acah2 mcm tak kenal eh poyo betul abang siapa ntah kutip pls. Masa sampai airport tu dah malam dah, pak supir rumah bawak ktorg ke kereta dan hantar ke rumah. Tak jauh sgt pun jarak dlm setengah jam gitu je. Patutnya ktorg beli simkad kat airport tp supir rumah tu kata nak beli simkad kena pakai identity kad org sana dan dia punya ic dah 3 kali kena pakai bulan tu so takleh dah. So ktorg memula mcm taknak caya nak tanya sendiri kat kedai tp dah malas sgt last2 ktorg tak beli pun simkad haha that’s why sepanjang trip ni ktorg kena bertiga rapat2 takleh berpisah sbb takde tenet nak contact haha. Dah sampai bilik tu, ktorg letak barang, lek japp pastu terus turun bawah carik makanan haha lapar ok last makan brunch pagi tu. Tu yg randomly cari kedai makan yg nampak ok, jumpa kedai nasi pedas bali yg pedas gilaaaaa sis taubat dah nak makan situ weh hahaha begitu trauma dia. Lepas jalan lagi carik eskrem, pergi indomaret beli cereal utk breakfast esoknya, beli bakpia kukus sbb nak sgt rasa bakpia tu apa hahaha. Balik bilik tu semua mandi, solat, kemas brg, iron sesiap baju tudung sbb besok supir ambik dlm pukul 5 pagi camtu.






Bangun pukul 4 pagi, gilir2 mandi pastu tak sempat nak mekap. Ai sambung mekap dlm kereta cam biasa hahahah. Pak supir dah tunggu kat bawah, punctual gila. Dia pakai kereta besar, kereta apa ntah yg ada seat sampai kebelakang lah. Is it Avanza? Sorry lah baab kereta ni aku noob teruk lah. Ktorg tengok sunrise dlm kereta je mampu sbb dr hotel ktorg ke first place makan masa dlm sejam. Pagi tu ktorg sempat lah breakfast coco crunch kat rumah kejap. Qila lah tukang beli coco crunch tu. Rumah aku jarang makan cereal, cereal tu ibarat breakfast utk dakcik hahaha. First visit ktorg kat Jurang Tembelan. Masuk 2.5k sorang, parking 5k. Kat sini mmg lawa lah utk bergambar sbb dia atas bukit camtu tau, cuaca mmg sejuk sbb awal pagi lagi. Dia ada banyak spot best utk ambik gambar. Ada perahu lah, kapal terbang pon ada. Dah perahu tu kau kena ke hujung utk ambik gambar lawa. Dan bawah kau semua gaung. Hahahahaha tak safety betul tapi belum ada kes lg kot org jatuh sbb dorg semua lekje. Aku yg lelebih cuak hahahaha. So bawah ni aku letak gambar ktorg kat sana. And this place worth lah, korang kena pergi ok. Pergi pepagi best sbb org tak ramai takyah beratur nak ambik gambar bahahah. Oh haa jgn lupa ambik gambar kat kawasan banyak quotes seperti ‘kapan nikahnya?’ dan ‘jodoh otw’ wah perli sungguh haha.

Spot semut kepala merah

Bermula saat ini, baju putih dayah menjadi kotor akibat duduk di atas pelantar ini

Qilala


So, mau engak? Jap why engak bukan enggak?

Sis fefeeling titanic kettuw



Sesungguhnya, sis takut ok nak ke hujung cemni





Haa, lagi nunggu jodoh tiba ni haa

Nah, love iket!


Ok lepastu ktorg ke Rumah Hobbit kat Seribu Batu. Dekat je tak sempat panas punggung (acewah sopannya) pun dok dlm kereta. Masuk 2.5k sorang, parking 5k jugak. Pon kosong jugak kawasan tu. Sebab masih awal kot. Kat sini ada dua-tiga rumah hobbit, rumah kekecik camtu. Untuk buat bergambar comel lah, untuk buat tinggal mmg tak lah. Dia mmg ada pintu dan tingkap, tp belakang dia bukan rumah pun, ada yg hutan je. Kiranya rumah dia selapis je hahah menipu betul. Tapi sebelum sampai rumah tu, kau kena turun sikit dr tempat parking. Alah tak jauh pun. Cuma masa nak balik tu kena menapak naik hahahahahahahaha MALAS BETUL. Selain tu ada few rumah kecik dr kayu dan tumbuhan jugak, oh yes ada tiga ekor kancil jugak dlm kandang haha. Random gila ada tiga ekor kancil kat kawasan situ I cannot brain betul apa dorang buat situ (?). Kira cam sini aktiviti dia ambik gambar dalam hutan camtu je. So bawah ni gambar dekat sana. Lepas habis sana, ktorg brunch jap kat kedai. Situ banyak kedai so ktorg random masuk dan aku pun taktau nama kedai tu apa. Ktorg makan indomie goreng dgn bakso tusuk. Ktorg baru tahu bakso tusuk adalah bebola dlm bakso yg ditusuk dgn batang lidi tu. HAHAHA kitorg punya tunggu mana mi bakso tak sampai2, takkan bebola je hahaha *insert appropriate emoji*.




Jemah sorang-sorang


Fefeeling betul sharifah ni. Dwi layankan aje



Rasa mcm dlm cerita Brave. Apa ntah nama heroin rambut kembang tu


Next ke mana? Ke Hutan Pinus Mangunan. Masuk 2.5k sorang, parking 5k. Kat sini banyak pohon pinus tinggi2 untuk kau berposing dgn mereka. Selain tu, ada buaian jugak so ikut lah kreativiti kau cane nak bergambar dgn pohon pinus. Dah lah maseni supirnya kami nggak mahu ikut sekali jadinya photographernya kami nggak ada. So bnyak gambar sorang-sorang dan selfie kami bertiga. Ada satu gambar ktorg bertiga pakai action camera qila. Tu pun berangkut kotak bagai utk jadi tempat letak camera since tripod pun tak bawak, ada dlm kereta. Yelah dah dua tempat supir ikut, tolong ambikkan gambar tetiba tempat ketiga dia biarkan kami tanpa kata apa-apa hahaha. Nak sambung tdo dalam kereta lettuw.

Ni lah hasil letak box tempat action cam qila


Gila gigih photographer ni

Sejenis ke-acah-an




Dah puas ambik gambar kat sana, ktorg gerak ke Pantai Timang. Jauh gak ke sana dlm 1-2 jam camtu kot. Dah sampai sana dan parking (alamak lupa harga parking!! ke tak ada eh ALAH LUPA), Dwi bawak ktorg masuk kedai Pak Sis Lobster dulu order makanan. So nanti balik dr sana terus makan aje. Masa masuk dapur tu Dwi ambik lobster hidup suruh ktorg pegang -..- heh kecuali aku hahah sbb tangan lobster mcm labah-labah menggeletis so aku bg can lah kat dayah dgn qila yg pegang haha padahal penakot! kat sini menu ada dua je, pilih 3 ekor lobster besar or 6 ekor lobster kecik + semangkuk nasi + tempe + sayur + sambal + air = 550k Rp. tapi if nak tambah bawal hitam dan sotong celup tepung jadi 650k Rp. so ktorg pilih yg 650k tu sbb nya aku nak sgt rasa sotong hahahahah. Oh dan ktorg pilih 6 ekor lobster kecik. 3 masak sambal manis, 3 masak butter. After order, ktorg ambik jeep utk ke Pantai Timang. Jeep cost 350k Rp. return tu harga utk 4 org tapi ktorg 3 org je lah. Selain tu, kau boleh pilih moto jugak org bawakkan kat depan tak silap harga moto 50k seorang. Mula2 ktorg naik jeep sbb malas nak naik moto sbb sure yg bawak org lelaki kot kang di bawaknya lari tak ke org tak tahu hahahahaha gila paranoid nya hengkau? Tapi setelah naik jeep dan usha jalan nak sampai tempat tu, aku amat bersyukur naik jeep sbb kalau naik moto, aku tak rasa aku mampu menahan dr memeluk org yg bawak moto tu HAHAHAHAHA sbb sumpah jalan dia teruk gila. Ada yg naik mmg steep lah, turun apatah lagi, pastu berbatunya lagi aku rasa aku naik roller coaster doh. HAHA. Dan lagi puas hati, dpt supir jeep yg baik peramah pandai ambik gambar dan ada janggut hahahaha. Drive dlm setengah jam camtu, sampai sana kena jalan sikit ke gondola tu. But instead of jalan, ktorg lalu jambatan yg aku tak pernah baca lag ikat memana iti mention pasal jambatan ni. Sekali masuk 30k seorang. Memula aku cam eh kena ke masuk takde dlm perancangan ni tp masuk je lah kan. Sekali bila masuk, puas hati gila ok. Sbb permandangan pantai tu dah mmg lawa nak mampos, so bila dia bina jambatan kayu cemtu tepi pantai mmg syiok ah. Lelagi ada Pak Jeep yg pakar betul ambikkan gambar. Dia yg suruh ktorg posing, pilih spot utk bergambar apa semua.


Lawa khen gambar Pak Jeep ambikkan





Habis jambatan tu, akan turun terus kat kawasan gondola. So ktorg terus beli tiket takut lama beratur sekali ceh takde org pun beratur. Tak ramai sgt org kat sana. So beli tiket gondola 200k seorang, dia bg tiket dan cop. Pergi seberang naik gondola, balik pun naik gondola. Sebelah tu kan jambatan gantung, tp ktorg tak naik pun yelah dah ada gondola kenapa nak naik situ pulak kan. Lagipun ktorg baru tahu, yg handle jambatan gantung tu org lain, gondola org lain. So ada spot ambik gambar yg company jambatan buat, ktorg tak boleh pergi situ. Ha cam tu lah kisahnya. Boleh naik dua org sekali dlm gondola but we’re chose to be alone sbb lantak lah malas nak bersempit lagipun bayaran sama je hahaha. Yg ni gondola manual tau. Mmg ada dlm 3 org lelaki akan tarik dan tolak tali gondola tu haa. Sian dia penat tak tarik sis hahahahahah. Masa naik tu, air tak pasang so ombak tak mengganas pun. So ktorg leklek je naik best gilaaaaa. Dgn angin kuat gila tiup, lalu pulak tengah laut aisy cantic sgt lah sumpah tak leh move on dr sana. Dah sampai seberang pulak, ada sorg bapak tolong ambikkan gambar dan bg spot cantik bergambar which we call as Pak Mang (sbb bapak di Pantai Timang). Pak Mang nil ah paling win ambik gambar. Ktorg diri kat satu spot je, tp dia gi ambik sepuluh angle berbeza hahaha win gila. Dah lah pakai seliper je tp laju gila jalan. Sbb kat seberang tu dia mcm batu2 terumbu karang yg dah keras so tajam2 lah en tp ktorg yg pakai kasut ni pun takot2. Pastu dia ada bg satu spot ni bebetul tepi gaung, kau duduk nanti dia ambikkan gambar. Ya Allah wei sumpah gerun nak ke tepi tu!!! Tp demi spot lawa, apa salahnya kan. Tapi kalau jatuh, mmg ke laut terus weh. Bawah tu mmg laut terus nasib baik tak jatuh uhuhuhu. Pak Mang ni dia akan hantar kita kat spot tu, dia suruh kita naik hati2 takyah lelaju dan selagi kita tak duduk dgn selesa, dia takkan berganjak dr situ. Dia akan ada tepi kita. Kalau nak dia tolong pegang tangan kau pun boleh hahahahahaha sbb situ bahaya weh sumpah. Lepastu dia ambikkan gambar sebanyak nam ratus keping hahaha over betul nipunya. Tp banyak lah dr angle berbeza. Tapi aku suka lah semuanya. Pastu turun ke bawah pulak, ada tempat bergambar lagi. Lama gak stay situ sampai ktorg pun decide balik naik gondola semua. Carik Pak Jeep dan dia bawak ktorg balik ke tempat asal. Masa naik jeep turun cerus tu weh sumpah aku pejam mata sbb aku duduk depan. Aku rasa mcm nak bergolek dah kereta tu sbb steep sgt. Tp dgn adanya Pak Jeep, ketakutan aku bisa diatasi hahaha dasar gatal! Sampai je sana, ktorg ke kedai lobster for lunch. WEH SUMPAH SEDAP SEMUA BENDA KAT SINI KORANG YG DATANG NI KENA MAKAN TAU KAT KEDAI NI DAH LAH SEDAP, MURAH PULAK TU!!! Lepas habis makan igt nak solat sini tp tak selesa sbb tak selesa lah! Ktorg suruh Dwi bawak ktorg ke memana surau/masjid betul. So lebih selesa. Dekat area situ jugak je ktorg solat tp yg penting takde org hahaha itu lah definition selesa aku. Surau kat sini takde pembahagian lelaki pompuan tempat solat. Ada satu je aku jumpa dia punya penghadang tu pun rendah je harapan lah kau nak bukak tudung, mekap kat kawasan solat tu hahaha baik aku mekap dlm kereta lagi selesa haha setakat ada Dwi je tu pun focus drive. Lepas solat tu tetiba ktorg hyper semacam. Qila pun dah karoks belakang tu. Ktorg sembang ngan Dwi apa semua.








Makan heaven nak mampus


Si Qila


Si Dayah




Nota meintak hahaha
After tu, patutnya ktorg ke pintoe langit tp Dwi cadang pergi Pinus Pengger sbb dia kat Pintoe Langit mcm takde apa sangat. So kita ikut je lah apa pakar kata. Ktorg ke Pinus Pengger. Kat sini takde bayaran masuk tp setiap spot tu ada kotak bayaran ikhlas. So first spot tu, dayah ngan qila bayar, spot seterusnya ktorg bayar dgn senyuman :’) Korg tengok lah sini ada apa dlm gambar aku boh bawah ni ok. Maseni dah penat, dah tak larat nak bergambar sgt. Ktorg nyer photographer pun hilang lagi taknak naik hahahahah. Oh sini ada jugak yg hammock susun2 bertingkat tu. Tp berbayar tak silap, ktorg tak ambik pun sbb malas lah ktorg bertiga je pun. Hammock ada lima. Nak naik tu kau kena naik tangga tinggi pastu duduk atas hammock tu. Ada org sana jaga lah supaya kau selamat. So jgn memandai buat hammock sendiri dekat tingkat 4 pastu ingat selamat? Kan sia-sia jatuh tu aduhh. Kesian aku baca kes student uitm dengkil tu haa. Tp tu lah, ajal Allah dah cakap kan. Patutnya boleh stay sampai sunset tp ktorg malas nak tunggu sbb ada dlm sejam nak sunset buat apa stay hahaha. Lepastu ke bukit bintang utk dinner tp kenyang lobster tak hilang lagi so ktorg tak turun pun, lalu je bukit bintang dia. Bukit bintang dorg ada kedai2 makan tepi bukit, malam2 boleh tengok bintang kot tu yg nama camtu hahah.







Pastu ktorg ke kedai kopi luwak, ke arah kota balik dah. Ada brief explanation pasal kopi tu, cara proses apa semua no wonder lah kopi tu mahal weh, dorg kopek satu2 manually. Aku beli serbuk kopi kecik je pun harga 175k, beli sbb mama suka kopi. Dan ktorg minum kopi kat sana jugak. Cawan sekecik tu rega 10k. Tp free if kau purchase serbuk kopi. Sambil ktorg minum bersama gula jawa tu, dia pasang cerita imam muda asyraf masa pergi kedai tu, ada disiarkan kat tv3 kata qila. Aku taktau nak describe rasa dia sbb aku minat kopi, tp bukan kopi pahit sgt hahahaha. Kopi tu pahit lah pastu dia takde bau kopi yg kuat tu. Haa tu yg paling aku igt lah. Pas habis situ, memula igt nak shopping kat malioboro street tp Dwi nampak moody semacam so ktorg mintak dia hantar ke hotel balik je. Ktorg rasa dia moody sbb dia nak balik rumah cpt sbb malam tu team England main. Rumah dia dah lah sejam perjalanan haha mana tak emo laki tu haha. Dah balik rumah tu, ktorg mandi2 solat apa semua dan keluar cari dinner kat kawasan bawah cam semalam jugak. Tp mlm tu makan simple je, bubur ayam Jakarta tapi sedapppp!!! Dah tu balik, iron baju and tdo. Finish day 2.




Makan dua bijik kopi bersama gula jawa, rasanya seperti kopiko. Emdap!

Bubur ayam Jakarta


Okay, today Day 3 in Jogja gais. Ikut iti, by 5.30am dah gerak ke Prambanan but ktorg dah cancel, terus ke Borobudur harini. Semalam Dwi pun pesan gerak dlm 5.30-6 camtu so kami ambik yg pukul 6 tu je lah hahaha. So bangun pagi pun harini lambat sikit tapi aku tetap nak bangun awal sbb semalam tak sempat mekap, so harini kena cepat siap dapat mekap semua kahkah MOTIF? Harini ntah kenapa semua beria mekap weh tak bohong, qila yg tak pernah eyeshadow tetiba mintak. Dayah dok pakai eyeliner dlm toilet, tetiba tengok jam dah 6.05 pagi!!! Dayah bukak ws dia Dwi dah ws ‘dah sampai’ 15 minit lalu HAHAHAHAHAHA kelakar ok semua bergegas turun masuk kereta dan teruskan perjalanan. Dah lah awal pagi, jalan raya sunyi, dlm kereta pun sepi weh. Yg tak boleh blah, aku duduk belakang Dwi, so nampak dia through cermin tu kan, qila bgtahu aku Dwi mengantok. Lepas aku usha, seriau aku dia drive sambil mengantuk hahahaha cuak nak mampos! Aku pon bg hint kat dayah jejaga streng kereta tu kot terbabas. Takkan aku nak mengurut dia, anak teruna org tu oi hahahah. So after sejam lebih, sampai lah kat candi Borobudur. Dwi pun hantar ke loket foreigner. Loket tu kaunter tike. Masa nak bayar tu kata lah ktorg student, tunjuk matric kad tp iium mana ada expired date so ktorg kena bukak portal iium. Ktorg bukak imaalum. Dah log in tu, dia nak tgk status pulak active ke tak. Cuak aku bukak sbb status aku graduated kot. Setelah melambatkan masa seminit sambil cuit dayah dgn hint ‘alamak cemana ni’ haha aku pun bukak then org sana ckp OKAY? Hahaha aku tak paham tp terima jelah. Dayah pun lepas, qila pun lepas padahal aku terang2 nampak status graduated tp dia mcm tak tgk situ pun. Aku perasan dia tgk nama dgn gambar tally ke tak dlm portal tu. So entah lah tp yg penting kami bertiga lepas harga student which cost 210k Rp. If harga foreigner bukan student, tak silap 350k Rp. mahal khen? Pastu dia bg air complimentary either air mineral, coffee or tea. Tp minum sebelum masuk ceh so kena duduk dulu minum air panas tersebut. Kalau pakai seluar pendek or skirt, dia bg kain utk tutup. Dayah sikit lagi nak mintak walaupun dia pakai seluar panjang. Sbb kain tu lawa kot! Aku pun nak pakai mini skirt cemtu. K tipu. Sbb ke candi kan, kena lah tutup aurat. Hahaha gittuw.

Lepas dah minum and gi toilet, ktorg pun get ready nak masuk. Jauh gak lah jalan, TAPI TAK SEJAUH MASA NAK BALIK DAH LAH JAUH BANYAK KEDAI SHOPPING, BANYAK KEDAI MAKAN PASTU SALAH TEMPAT PARKING PULAK TU!!! Haha marah ke kak? Lepas jalan kejap, nampak lah candi tu. Aku tak tahu dia ada berapa tingkat, tapi YA ALLAH, tinggi gilaaaa kena naik tangga dah satu hal, tangga tu setiap step tu tinggi hello kau ingat aku ni tinggi ke nak melangkah besar! Mcm mendaki gunung rasanya dah lah semenjak final year sis kurang fit duduk dlm lab je kahkah done alasan. Candi tu aku ingatkan ada bilik ke apa, dia camtu je. Ada loceng2 batu, patung dewa berkepala dan ada yg tiada, dan begitulah seperti dlm gambar yg disertakan. Kat sini, selain antenna dayah aktif mencari lelaki omputih yg hensem (dayah marah aku japgi), ktorg jugak jumpa ada sorg security ni baik gila. Sbb sini ada security utk jaga akhlak dan perangai memasing seperti memanjat loceng tersebut. Hello, itu kan candi mestilah behave. Tp security ni tahan ktorg bertiga suruh sorg2 berdiri kt satu spot ni dia ambikkan gambar. One by one ok haha refer to Figure 4.5 (acah je kau igt aku tgh buat report fyp ke). Lepas kat situ masa nak turun tu, tersempak lagi, dia pi tunjuk satu spot yg Wallahi cantik gila dan tak ada org langsung ambik gambar kat sana. So ktorg conquer tempat tu lama gila hahah sbb dia nampak view semua candi bahagian atas. Meh aku bgtahu spot tu mana, dia kat level tetengah kot sbb masetu ktorg otw turun dr atas sekali taktahu level berapa. Kalau korg pusing candi level tu, akan ada satu bucu yg bila korg diri kat situ, view candi tu nampak lawa dan simetri. Nanti usha gambar kt bawah. Tempat tu luas tp aku tak reti nk bgtahu kat mana tempat tu hahah nanti pepandai lah cari based on view tu ok?







Ni gambar yg security ambik

Ni siap dia suruh posing hokei


Ni lah spot yg lawa tu, selamat mencari! Kosong kann takde siapa nak ambik gambar sini






After dah penat bergambar, ktorg pun cari jalan pulang. Otw nak keluar dr candi tu akan ada org2 jual brg kat kau. Dorg akan himpit kau gegila hahaha which is aku mmg tak suka keadaan tersebut makan aku terbuat muka maaf ibuk bapak hahaha nasib aku pakai shades kalau tak aku dah jeling dah huwaaaa maaf deh bukan ku pinta jadi sebegini *tampar diri sendiri* tapi kan dgr betul2 weh yg jual tu boleh jadi murah gilaaa sbb dia nak cari pembeli pertama, buat ‘pecah telur’. Mcm stail beli barang kt serikin, kat sana kalau kau org first dia akan bg harga murah sbb kau akan ‘pecah telur’. Kepecayaan dorg, once dah pecah telur, org akan ramai beli brg kat kedai dia. Sbb tu family ktorg suka shopping serikin pepagi buta haha. Ha tengok dah termasuk cerita lain -.- Ok berbalik di candi, aku cerita pasal dayah, org tu memula jual 2 purse berbalut batik harga 100k Rp. pastu dayah tolak sampai dia dgr org tu jual 7 purse beb 100k Rp. Haa 100k tu ibarat rm30 kau kira lah berapa sat utu. Dah lah purse bukan cikai tau, ada banyak poket kad, space apa semua. Tebal. Kiranya 2 100k tu pun nampak lah berbaloi dgn purse camtu tp nak kata brg kat sana murah kan. Aku sempat lah beli purse tu dr dayah satu. Aku mmg tak berniat beli purse or pouch (eh betul ke eja? haha) sbb before ni selalu dpt dr kengkawan, dan selalu bg kengkawan benda cemni kang tak pakai pulak. Eh explain pun panjang patut lah tak siap menaip blog walaupun dah 5 hari hahahaha. Pastu dah keluar kwsn pagar candi tu, nak ke kwsn parking kena lalu lagi kedai org jual2 sumpah panjang gila dan banyak gilaaaaaaaaa so ktorg pun sempat shopping few brg kat sana seperti baju tdo hahahah. Sebelum sampai di tempat parking tp tu bukan parking ktorg. So kena cari lagi. Dan jumpa yayy setelah 3 jam okay spent masa sana lama gila kan?

Setelah kembali di dalam kereta dan otw ke Gereja Ayam, ktorg mintak dia drop memana kedai makan. Dia berhenti kat Kedai Bale Kampung. Makanan sini pun sedap!!! Salute to Dwi Irawannn *haaa tephoook!!!* Masa tunggu makanan tu, kami pun memulakan operasi berbincang kenapa Dwi mengantuk pg tadi padahal semalam dah bg balik awal hahah. So Dayah kata mesti dia tengok bola mlm tadi, England lawan Croatia. Ok so ktorg pun plan nak suruh qila tanya soalan tu nanti utk Dwi. Aku expect qila tanya “Dwi layan eh world cup” as ayat pendahuluan tp qila hebat beb, straight gila tanya “malam tadi Dwi tgk bola eh” nasib baik dia tak tambah Dwi nampak mengantuk pg td hahahahahah. Aku terhibur betul dgn ke-striaght-an qila ni sampai kekadang aku jegil mata sbb straight sgt weh I cannot hahahahahaha. So jawapannya, Dwi tengok bola dan dia Team England. England pulak kalah so ktorg gelakkan lah Dwi sebentar hahah. Since tu baru mood Dwi ni ok sikit dan borak banyak gila dgn ktorg haritu. Hari ketiga tu lah baru aku rasa Dwi best hahahahaha.


So dah sampai Gereja Ayam tu, dia tanya nak naik jeep ke jalan kaki. Di sebabkan ktorg dah penat naik candi Borobudur so ktorg naik jeep hahahahahahaha. Boleh pilih naik jeep naik or turun or dua2. Of course ktorg pilih dua2 walaupun aku dgr qila cadang (naik pakai jeep, balik jalan kaki) tp aku buat2 tak dgr dan jawab jeep naik-turun 3 org pls. Sekali naik 7k Rp. per person so pergi-balik 14k sorang. Jalan dial g steep dr kat Pantai Timang engko -..- aku takleh bukak mata langsung sbb cuak masa turun tu eh merepek betul jalan dia tu! Dan ktorg dpt sorg tour guide di gereja ayam berusia 11 tahun, Namanya Agus comel betul haha. Tiket masuk 30k Rp. sorg sekali free makan keropok. Before ni aku usha dpt ubi rebus tp time aku pergi dpt keropok sedap diperasakan dgn rasa ayam-masin. Memula ktorg naik ke bahagian mahkota ayam dulu. Naik tangga (lagi!) tapi tak penat pun sbb ada aircond (?) Sampai atas sekali tu permandangan dia mesmerised nau! Nampak candi Borobudur dr gereja ayam tu. Dah habis situ ktorg turun bawah pergi cam muzium (?) entahlah tp kat situ cam mini gua ada bilik doa perseorangan bla bla bla, ada kertas jugak tulis wish or doa. Aku baca lah wish org tulis beria tulis kalimah basmallah atas tu before tulis wish. Maybe dia nak tekankan dia islam ok walaupun dia tulis wish dlm gereja? Entah idk aku tak berminat pun benda camni hahaha. Kat situ jumpa patung tuhan dorg gak pastu aku gelak cak jap sbb td gi jumpa dewa candi skrg pergi jumpa dewa gereja haha sungguh beragama lawatan hari ketiga. Pastu ktorg naik jap ke ekor ayam, masetu dia bg keropok buat makan2 sambil tgk permandangan dr ekor ayam. Dah turun bawah tu baru ambik gambar bertiga dgn ayam tu tp Agus tak perasan kot ayam belakang tu, mungkin dia hanya focus pada kami bertiga yg menawan, maka ayam dibelakang disembelih kepalanya :’) Dah habis situ, turun ke bawah kami udah rindu sama Dwi *err?






Spot Agus, our small tour guide

Next we went to Kraton. Ni dah ke arah kota. Kraton ni mcm istana sultan. Tapi malangnya, kraton tutup pukul 2 ptg. Kami sampai 1.58ptg maka kami jeling Dwi hahaha tapi ada bapak sana yg kami panggil Pak Ton (sbb kraton of course) nak bawak ktorg pergi tempat org canting batik for free. Tp kat situ ada jual lukisan batik jugak mmg lawa sumpahhh tp ktorg mana ada duit utk lukisan tu pastu Pak Ton jalan laju nau hahaha sorry Pak Ton, terima kasih bawa kami kesana. Tak sempat nak say thank you sbb masa tgh busy beli gelang tetiba Pak Ton dah hilang huhu.

Lepas tu, ktorg ke Taman Sari. Taman Sari ni bangunan yg ada air sbb aku search dia water caste zaman roman. So cantik gitu je lah, ambik gambar hahahah bosan kan penerangan aku. Aku dah kata, aku bukan penghayati bangunan. Kau bagi scenery yg langit ke, nature, gunung tu nanti aku akan hayati betul! Kat sini lah sempat ambik selfie dgn Dwi sbb nanti aku nak review dia dan utk usik dayah hahahaha. Dah habis taman sari, patutnya ke alun-alun kidul. Alun-alun kidul ni tempat kereta2 bernyala main malam2 tu alah mcm kat pantai klebang, kat Putrajaya ke sepang ada satu. Aku tak berminat sgt pun. Tp masetu belum malam lg weh, naik main apanya!!! So ktorg lalu je lah mampu. Pastu tempat dah habis tp belum malam maka ktorh cadang kat Dwi bwak ktorg shopping kat Malioboro street utk shopping. Patutnya besok yg shopping tu, naik grab. Tp disebabkan ada masa dan boleh jimat duit grab, maka kami pakai lah Dwi haha. So ktorg bertiga pun shopping kat sanaaaa best weh semua memurah heaven gila eh melontar duit tanpa fikir apa-apa ni kan? Hahah aku borong gelang cam onggila dan semua aku punya, pakai pun cam onggila hahah.




Ni haa Pak Supir kami, Dwi Irawan



Habis shopping tu, ktorg pun balik ke hotel. Selesai bayar duit Dwi, naik bilik agih2 brg dan duit ktorg. Kan awal2 ktorg bg duit 1 juta kat qila buat bayar kan. Banyak gila lebihhhhh haha so ktorg kaya semua utk shopping semula? haha. So nampak lah aku habiskan less than 1 juta utk masuk tempat2 tu semua, selebihnya aku gi makan dan shopping eh DASAR! Malam tu, jalan kali terakhir di Jalan Kaliurang, beli gelato di tempo gelato. Maseni tak rasa nak makan malam, nak eskrem je hahaha. Dah dpt eskrem, ktorg pun balik sambil meroyan taknak balik Malaysia sbb jogja best dan ktorg belum habis explore lagi huhuhu maseni semua menyesal ambik 4 hari je patut seminggu weh! Hahaha. Malam tu, kemas bag dan tdo. Besok pg, ktorg berenang jap kat swimming pool infinity hotel tu since its free kan haha apo lagi. Dah habis berenang, breakfast megi, ktorg sesiap ambik grab nak lunch di Waroeng SS. Mmg rata2 baca iti org, kena makan kat sini sbb murah dan sedap. Tapi malangnya, haritu hari jumaat dia bukak 1 ptg since dorg ada pengajian apa ntah dia kata huhu. Kecewa gila weh sbb ktorg nak makan sini gegila sbb tu lah aku kena pergi lg jogja sbb nak makan sini lagi? Hahaha. Last2 ktorg ke Hartono Mall dpn tu je lunch kt food court. Dah tu ktorg balik bilik, kemas dan check out. Supir bilik dah tunggu kat bilik, dia bawak Velfire hengko! Rasa retis sgt weh hahaha. Otw ke airport tu, dayah tertinggal bag kt bilik hahahahahahaha nasib tak jauh lg so supir patah balik. Hailah, semua org baik2 ok.






Dah sampai airport, masuk, bag drop terus tunggu kat dalam tu. Aku sempat shopping kopi dan chocolate sikit sbb rasa nak habiskan duit rupiah? hahaha. Flight dah kena panggil tu, maka kami pun melangkah kesedihan utk mengahadapi reality dia Malaysia. DAH HABIS CUTI DAH KENA CARI KERJA KE HUWAAAA *nanges*. Dlm flight tu aku tak tido pun weh *haa tepukkk lagi* sbb gi buat video trip ke sana dan siappp. Aku taktau boleh letak ke tak video kat SINI, tp kalau ada video tu ada lah. Kalau tak ada, boleh request follow di Instagram @shasyasmin_ hahaha taktik apatu kak? Tp selalu org pepelik request, aku reject je hahaha. So berakhir lah entry aku mengenai jogja.



Nak pergi lagi ke tak? Sangat nak. Jogja ni aku boleh cakap istimewa di hati aku. No wonder ada lagu jogja istimewa, indeed. Even utk honeymoon pun sesuai lah dgn bertemakan adventure lah. Takde masa kau nak lovey dovey hanimun dgn laki kau je, kau kena explore banyak tempat kat jogja tau sbb semua scene-worthy dan Instagram worthy jugak lah hahaha. Tapi bawak family, mak ayah yg dah tua tak sangat kot sbb first, tempat jejauh gak and takut dorg tak enjoy. So kalau bawak org tua or budak kecik, kena pergi tempat yg ok2. Jgn bawak ke Pantai Timang dan biarkan anak kau berlari sana sini. Seriau aku tgk hahaha. K tu je lah, maaf salah silap utk isi dan oanjang dan typo sana sini. Harap berjumpa lagi dan doakan aku rajin menulis k haha bye.

Ada rezeki, kita ketemu lagi ya J?

End: 20/7/18 2102

Salam Sayang,