"Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui." [29:64]

28 February 2013

andai dapat mengundurkan masa.


andai dapat mengundur masa,
aku nak pegi balik pegang jawatan yang pernah aku pegang selama ni lagi2 masa sekolah menengah iaitu prs and badar. bukan aku sayang yang amat jawatan tu. tapi aku nak perbaiki segala salah laku, silap buruk aku masa lampau. aku khilaf. aku terlupa apa yang aku pegang itu adalah amanah dari Allah.
tapi aku sia2 kan. aku tak menjalankan tugas dengan betul. aku menyampaikan maklumat ala kadar. aku malas, aku tak bertanggungjawab. apa yang Allah nak soal masa akhirat nanti? teruk kan aku. sukahati je terima jawatan tu sewenang2nya kan. ingat hapaa? glamor. kejar popularity. takde maknenya. glamor di dunia tetapi di akhirat?? tahu tak amanah tu benda yang paling berat sekali untuk di pikulllllll?? Ya Allah, mampu lagi dosa amanah aku di ampunkan??

andai dapat kembali ke masa silam,
aku nak sangat buat betul2 amanah itu. aku nk bertanggungjawab. kadang2 aku terpkey. mcm mana nk tebus blek kesalahan tu ehh? adakah aku kena tebus dengan menggalas tanggungjawab yang baru dengan penuh dedikasi? haihh. aku tk yakin lah. aku diberikan peluang. tapi aku belum mengambil kata putus. aku tk yakin aku mampu untuk memegang amanah Allah lagi sekali. takut, ye aku sangat takut. hanya satu jawapan kepada persoalan aku. istikharah kepada Allah. mohon petunjuk dari Dia, Dia Maha Mengetahui. in shaa Allah, dia ada jawapan untuk itu :)

 salam sayang,

17 February 2013

rumours di cfsiium.


ini namanya rumours yang ingin kita dengar sebenarnya. maybe ni adegan bebudak u, tapinya aku andaikan di cfs memandangkan aku ni kan budak masih belajar -.- rumours ni aku pun nak dengar weyhh. ada yg aku reka sendiri sebabnya aku nak benda tu berlaku :3 KALAULAH. hayatilah :

  • “weyh, dengar cite esok kelas semua batal sebab lecturers ada meeting kat Gombak.”
  • ttett ttett, massage received, inbox opened, ‘assalam. kelas physic hari ni batal ye. madam mc hari ni. tolong pass dekat semua student.’
  • semalam tertido awal dan tk sempat study quiz esoknya. keesokannya, “quiz hari nih madam postponed lusa.”
  • “hari ni dekat kafe kc makanan percuma. dorg buat sedekah amal jariah hari jumaat.”
  • “aku dengar2 fellow semua dah malas nk buat spotcheck dah.”
  • rebat rm200 utk smartfon sekarang dah boleh untuk student 18 tahun dah.

tu je yg aku mampu zahirkan dari kepala otak aku yang penuh dgn oxygen nih. baru balik jogging lah katakan *keningkening* tapi ada satu benda yg kalau boleh kita nak semua student dok cakap pasai nih. dan lebih indah lagi kalau ianya betul. apa benda? nie haa :

  • “BERITA TERGEMPAR. ADA ORANG CAKAP ELAUN DAH MASUK DAH!!!!”

tu seriously berita hotttttt. tak tipu. sape taknak dengar benda ni bak mai sini aku nk brainwash. tu je lah. selamat tinggal semuaaaaaaa :D

salam sayang,

ke-BUSY-an melanda.


busy, busy, busy, busy, busy, busy, busy, busy, busy, busy, busy, busy, busy, busy, busy, busy,
NAMPAK TAK AKU BUSY?? kalau tk nampak, ada yg pendek umur ni gamaknya. *lawak tk jadi, sekian*

lately kinda busy en? nk online pun tunggu hujung minggu. tu pun kalau ada masa free dan RAJIN nk pegi lobby nk dptkan waifai. yelahh, bilik aku kan kat hujung dunia -.- mmg waifai tk panjang mana lah nk connect ke sini. sekarang ni aku boleh ckp aku busy dgn kerja segala mak nenek. workbook chemist nk kena sentiasa update. habis je quiz math, the next bala tentera tutorial next topic dah menunggu. comp dgn notes dia yg aku asyik tangguhkan aje *tgh carik masa* arab dgn bi aku hold dulu. tapi dlm kelas aku kena focus lah. bukan abaikan tp nk kena focus more on core course. tp aku nak sangat exempted the exam. Aminnnnn.

so nak buat bukti yg aku ni tk menipu. sila saji dan lihat gambar dibawah ini :



see? nampak en. betapa budak engineer ni memang busy tahap tak ingat. tk caye buat survey lah derr. gambar ni betul eh, bukan aku sengaja nk sepahkan. masa ni hari sabtu dan aku tgh buat tutorial math. then masa nk solat maghrib, aku tgk blek meja aku. MasyaAllah. cantekk beno rupanyaaa. then capai lah fon roommates aku dan capture. tp ada satu benda je. novel tu aku baru letak sbb nk amek gmbar. bak kata fizahh, “tunjuk sket budak engine multitasking”. foine dan inilah hasilnya. SEPAH bak hangg. ada laki nk buat bini ke cenggini. errr. *silence

p/s : menggila dengan ana dgn fizah lepas solat maghrib J





salam sayang,

15 February 2013

perfect day today


Alhamdulillah hari ni aku TENANG je. tak de emo emo bagai. Cuma aku dikelilingi org emo. haha. shera sebenarnya. emo sbb ape ntah. semua hari ni smooth je. balasan utk aku emo semalam kot. even td ada quiz chem. yg bg aku susah tk tipu, dgn empirical formula susah mcm hape jee. tp aku cool je. and walau td ada kelas math, ada benda aku tk paham but still. aku okay. semyum je lahkan. kalau aku emo pun dpt apa? bkn dpt bunuh org! *okay, itu gurauan kasaq nama nyaa.

and haa, utk classmates aku lelaki. aku sure dorg tkkan baca post ni. friends pun idak di mukabuku tu. tp kalau lah accidently, dorg baca LAGI BAGUS. agak2 lah nk menjawab masa madam tanya. lagi2 masa math. sumpah tk beradab! walaupun aku tk tau siapa org tu. bkn semua, aku tahu some of them je suka ‘menjawab’ tu. tp behave lh jugak. mdm tu tua dah. sensetip org tua ni lain mcm habaq kau. so sendiri mau igtlah. mungkin jugak sbb kau lelaki dan aku perempuan. perempuan kan reti baca hati sensetip!

salam sayang,

hey kaum adam.


saya wakil kaum hawa nk cakap sikit. dari mulut sy je pun idea ni datang, tkde wakil persatuan ibu2 mengandung pun ehh.

wahai lelaki. sy as perempuan tk suka :-

  • boys yg mintak girls belanja. girls : awk, teman kite tgk wayang? boys : boleh tapi awk belanja. ouhh, sakai sungguh anda lelaki. apehal nk mintak duit girls. dh sah2 klau kau jadi suami pun kau yg menanggunh isteri kau. KALAU KAU RASA KAU BERTANGGUNGJAWABLAH.
  • mengongkong. gila benci. belum kawen ada hat ink buat gf cm isteri sendiri. girls tu nk ckp dgn lelaki lain pun tk boleh. ape masalah kau hah lelaki? suami org pun consider lagi. kau igt perempuan tu HAK kau apa? kepala hotak kau *tiru madam zeti* tu hak ayah dia lagi paham. hak konon, bab nk bawak anak dara keluar, ada mintak izin mak ayah dulu ke? ada hat ink cakap psl hak. otak jgn letak bawah kaki.
  • smoking. pada girls yg tahan pakwe kesayangn anda smoke dpn anda, tahniahlah wehh. hang tk tau yg pkwe hang tu tgh try nk bunuh hang tahu? sygg sgt, sbb tu smoke tu pun kau nmpak cool je. asap rokok tu lg bahaya dekat org yg tk merokok. siot ouh sape merokok dpn aku. mmg rasa nk sepak pipi dia. aku ada HAK kan? hak tknak dibunuh secara diam oleh perokok.
  • baran. sikit2 nak marah. salah sikit marah. cemburu sikit marah. girls marah pun kau nk marah jugak. apa igt kau je yg dilahirkn dgn perasaan marah? igt girls ni perfect gila, penyabar gila. tahniah lah kalau ada. tp as you can see, mmg aku taklah! klau tk, tkdelah aku tulis blog nie.

boys, tolonglah paham wanita. jgn igt kaun wanita je nk paham perasaan kau. and suami, ni pun isteri anda tk suka ciri2 diatas. sekian terima kasih.

salam sayang,

aku penat teramat!


aku rindu nak menaip. sumpah. busy? itu salah satu alasannya. aku ada banyak benda nk cerita tp disebabkan kebusy-an aku, maka jaranglah aku bukak blog. aku belajar satu benda pasal diri aku. kalau aku stress, penat, aku suka release dengan menangis. menangis dekat Allah sebab Dia sentiasa ada di sisi aku nk dengar segala bebelan aku. next, aku akan menulis iaitu berblog. aku jarang cerita dekat org sbb aku baru tahu aku suka pendam cerita sedih aku. mcm yg terjadi hari ni.

tired, one word that can describe everything. 4 weeks already aku dekat cfs terindah dan hari ni aku tension. bnyak benda aku serabut. pasal core subjects, meeting bagai and so on. meh aku cerita satu2 kot release tension aku.

1)      pening dengan math – esok kelas math, tuto 2 aku tk sentuh lagi. then smpai sekarang dh masuk topic lain, aku still bengkek pasal inverse. aku blank, totally lost belajar pasal inverse! aku takut nk tanya madam, seriously. tanya classmate aku kenapa. dengan markah quiz 1 math aku tk memberangsangkan langsung. LANGSUNG. keciwaa. aku plan nk suruh org ajar. tp org tu tk bg jawapan lagi. dia just nasihat ambil wudu’ before study. ai ai captain! pkey math je rasa nk ngamok satu badan!!!.

2)      next is chemist. bila la aku nk jatuh hati dgn chem. betul2 ni. nmpak je kelas chem., aku ngeluh dah. belum bab ngntok lagi. bukan sbb madam tau. madam best, okay. tp aku ni haa, bnyak setan kot gayut. haihh. dhlah aku ada lost kejap masa awal2 topic 3. sekarang better sbb mengira je bnyak. aku sendiri tk tau bila nk cover bab yg aku blank tuu. workbook pun kosong lg padahal sikit lg nk habis belajar dh!

3)      bnyak en. masterchef. aku masok masterchef anjuran kc. bila dh dftar nama last week, dia call blek mlm tu ckp sebenarnya dh penuh dah. OKAY FINE. reda jelah. tkkan nk jerit memekak pulak. then tadi dpt msg suruh ready for breafing masterchef esok mlm. mmg BANYAKlah pulak kn persediaan aku bwat. call blek ckp nama aku mmg ada. fine fine, plan nk cari resipi mlm ni. and tadi bru dpt msg ckp nama aku tkde pun. dia salah hantar. BAGUS sangat lah perangai tu. dh lah hari ni emosi aku tk stabil. mmg lahh. terima kasih lah. ana pun dh bengang dah. aku? pegi mati! sorry, aku tk beli insurans mulut lagi. *istighfar

4)      meeting peers mlm ni. tp SORRY sangat tk dpt datang. sorry lah peers sayangg, bukan sengaja tp nanti aku dtg tk ikhlas dgn tkde senyuman manis aku nak? tknak kan. dh mcm singa lapar dh aku bayang.

5)      lastly, perhubungan. sorry dekat roommates aku sebab aku emo hari ni. semua aku nk mintk maaf, aku emo better korg jgn kacau woo. aku pn takut dgn diri aku sendiri. emo smpai asar aku pn lmbat tadi. maaf Ya Allah. bukan nk lambatkan tp nk kasi perasaan aku reda jap.

and now Alhamdulillah aku rasa better. esok quiz 2 chem. pray for me!

p/s : nty nk cerita pasal percutian aku ke jalan tar and rawang. sekali pics of us. tunggu masa aku lapang ehh.

salam sayang,

12 February 2013

walaupun terlambat.

sanah helwah nur syafiqah yasmin saipullah :) Alhamdulillah aku dipinjam nyawa lagi oleh Allah untuk bernafas di atas muka bumi ini selama 19 tahun, officially. i'm grown up already tapi angah ckp kecik lagi T.T keciklah sangat!

terharu, bersyukur sangat dapat menyambut hari ulang tahun. dah tk boleh berperangai bebudak lah cenggini. hahaha. tp aku rasa aku mmg matured lama dah. ye dakk? aku tknak ckp banyak. nk ckp thanks to semua yg wish aku. msg ke, through fb, tweet ke. thanks aw. and ain for the novel and the notes dekat tingkap. and shera for the cake choc tu. hadiah dari lain2 aku tetap tuntut tau :P hehe


and awak. kenapa awak baik sangat dengan saya eh? sy rasa saya dah buat banyak salah dengan awak. awak tak sedar ke yg saya jahat. tapi tadi awak buat sy terharu sangat. sangat! sy rasa bersalah dengan awak. sy rasa sy bnyak buat dosa kt awak. awak. sorry sangat. and thanks for the present J

salam sayang,